Rate

Prolog

Adventure Series 4310

Bulu roma merinding tatkala angin malam menghembus lembut. Segera Isna memeluk tubuhnya dengan harapan dapat menghilangkan rasa dingin. Dia mendongak ke langit ingin melihat sang rembulan.

Apa yang dia lihat hampir tidak masuk akal. Apa? Bulan putih bertukar warna menjadi warna ungu? Angin kuat datang tiba-tiba. Isna segera berlari ke arah tempat perkhemahan mereka yang tidak jauh dari situ. Dia berlari sekuat hati. Hutan di kiri kanannya tiba-tiba hilang lenyap begitu sahaja.

"Kamu semua! Lari!!!"

Isna menjerit sekuat hati. Tidak sempat dia mencelik mata, rakan-rakannya hilang dari pandangan mata satu per satu. Tanah tiba-tiba terbelah dua menyebabkan mereka jatuh ke dalam rekahan itu.

"Aku tak nak mati lagi!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience