dua puluh satu

Romance Series 207117

"Bangun.. bangun.. bangun.." pipi Khalish dicuit lembut beberapa kali menyuruhnya bangun.

Setiap kali Shira mahu beralih badan, lelaki itu akan menariknya kembali. Shira terpaksa mengejutkan Khalish.

Dia mula mengeliat kecil dan menggumam perlahan. Tapi buka-buka mata saja, tubuh Shira dalam dakapannya.

Shira yang tersenyum manis melihat Khalish terjaga tadi tiba-tiba..

"Ehhh bang...."

Bukk!

"Aduhhhh.. apa masalah abang ni?" tutur Shira sedikit berang dengan tindakan refleks Khalish yang pantas menolak kuat tubuhnya jatuh dari katil, menjarakkan kedudukan.

Lelaki itu duduk tegak di atas katil, memandangnya dengan wajah mencuka.

"Pervert." sepatah perkataan yang keluar dari mulut Khalish membuatkan Shira terlopong.

"What did you just said? Pervert? Me?" Khalish mengangguk perlahan, masih memandang kosong ke arah Shira.

Tak jadi marahnya, Shira ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia bangun perlahan-lahan menggosok pinggulnya.

"Haish..ada-ada jela abang ni.. kalau patah tulang punggung Shira macam mana? Suka suki dia je tolak orang.." wanita itu mula membebel nenek sambil perlahan duduk di birai katil menghadap Khalish.

"Kau ambil kesempatan." perlahan tutur Khalish, tapi amat kuat di pendengaran Shira. Membulat matanya mencerlung menatap wajah innocent si suami.

"Apa?! Shira ambil kesempatan? Sebab tu abang tolak Shira? Nonsense betul.. dalam hubungan suami isteri mana ada istilah ambil kesempatan kecuali hal berkaitan kewangan or something of similar kind."

'Pagi-pagi lagi dah bikin panas laki aku ni.' desis hatinya.

"Peluk ambil kesempatan.. kiss ambik kesempatan.. habis tu boleh buat apa je? Jawablah.." Shira mula menggesa Khalish. Wajahnya sudah cemberut.

"Whatever." Khalish membalas dingin sebelum turun dari katil dan beralih ke bilik air meninggalkan Shira. Malas mahu berdebat.

"Whatever? Itu je jawapan dia? Eyyy.. patutnya aku cubit-cubit pipi dia bagi merah, baru padan muka.. kot dengar sikit cakap aku." omelnya sendirian.

Shira merengus kasar, tak puas hati.

"Takpe.. fuhhh.. chill Shira. You can do this.. Nanti habis muka cun aku kerut, tak sampai 30 tahun lagi ni.." wajahnya dibelek-belek seketika sebelum melakukan controlled breathing, menenangkan dirinya.

Inhale..exhale..inhale..exhale..

Selepas sedikit bertenang, Shira mula mengemas katil. Bantal-bantal disusun kemas, begitu juga cadar dan selimut yang ada.

Shira ambil kain tualanya dan mandi di bilik sebelah, beg-begnya di luar bilik Khalish dibawa masuk ke dalam wardrobe lelaki itu.

Suka hatilah kan..

Khalish mandi agak lama, dia teringatkan peristiwa tadi. Air shower yang jatuh di kepalanya dibiarkan membasahi tubuh.

'Aku peluk perempuan pelik tu.. gile ke? Mesti dia yang rancang.. letak tangan aku atas dia.. hmm. betul jugak tu, dasar perempuan murah..'

Entah apa yang bermain di fikiran Khalish hingga beranggapan negatif begitu. Dia cuma tak pasti dan tak mahu meletakkan harapan bagi insan bergelar perempuan selain ahli keluarganya.

Jika dia mula menyayangi dan kemudian ditinggalkan, hanya dia yang akan merana.
'I'll not let the same thing happened again.. but.. Ikhlaskah dia? Haih...'

'Are you out of your mind? No one suit you well Umar Khalish. Behave.'

Khalish terangguk-angguk seorang diri, selepas mandi dia mengambil wuduk dan mengelap dirinya sebelum keluar memakai bathrobes.

Shira yang mendengar bunyi pintu bilik air dibuka pantas mengalihkan pandangan pada Khalish.

'Ya Allah.. rezeki pagiku.' Tanpa sedar, dia tersengih miang pada Khalish yang sedang mengelap rambutnya.

Lelaki itu menjeling tajam Shira.

"What?" tanyanya dingin.

"Abang ni janganlah sexy sangat pepagi ni.. saje je tau.. hihihi" Shira yang berada dalam telekung dan duduk di sejadah ketawa gedik sambil cover ayu menutup mulut. Gatal.

Tak sesuai betul.

Dahi Khalish berkerut.

'Perempuan ni bahaya..' tak membalas, dia masuk memakai kain pelekat dan baju melayu yang disediakan Shira sebelum keluar mengimamkan solat subuh mereka.

Deja vu.

Dia membiarkan Shira menyalaminya dan Khalish sedaya-upaya melarikan diri daripada dicium perempuan itu.

Gila.

"Eh.. lepas salam kene la kiss. Practice make perfect tau..cepatlah." Shira mula menghampirinya.

"Tak nak lah.." meleret suaranya menghalang Shira yang mula mendekatinya. Tahu niat perempuan pelik itu.

"Nak kiss jugak! Meh sini. Bukannya buat apa pon..." wajah Khalish ditoleh kiri kanan, tak mahu.

Shira sudah memegangnya, entah kenapa kuat betul perempuan itu. Tak sampai seminit dia cuba pertahankan diri..

Khalish mengaku kalah. Dia langsung tak bertenaga. Penat dan malas mahu pertahankan diri, akhirnya Khalish rela 'dinodai' si isteri.

"Hahaha..comellah abang ni. Macam pakai blusher. Shira kiss pipi dengan dahi pun dah jadi tomato bucuk dah.."

Shira ketawa kecil melihatkan perangai comel Khalish. Dia masih statik terbaring selepas dicium Shira tadi di atas lantai dengan tangan naik menutup wajah.

Malu....

Segan...

Urghh...

"Dah la tu.. jom turun. Tolong Shira buat breakfast nak? Jom lah.." tangan Khalish yang menutup wajah cuba dialihkan tapi setiap kali itu juga tangannya ditepis.

"Hurm taknak.." Khalish merengek kecil.

Alah-alah.. ngada betul.

Shira cuba mengusik si suami beberapa kali lagi tapi Khalish masih tak mahu berganjak.

'Amboiii.. Merajuk ke apa ni?' Shira tersengih suka.

"Eleh.. abang tak yah nak malu ngan Shira lah. Kita kan husband and wife.. biase la tu." Shira mencuit lengan Khalish, memujuk.

Tak jalan..

"Yela yela... Shira turun buat breakfast dulu ye? Dah dah la tu malunya.. macam orang takde hidung pulak nak malu-malu.. ni nak baring pi baring atas katil tu, terdampar dekat sini macam duyong berkain pelekat ni dah ape kes? Dah bangun.." Shira mengajak Khalish.

'Dah terbalik pulak sekarang.. patutnya aku yang merajuk, nak dipujuk, malu sakan.. ni dia pulak. Untunglah dapat laki Schizo ni..'

Shira berkata-kata sendiri sebelum dia melangkah keluar, Khalish dilihat sekilas sebelum pintu bilik ditutup.

Langkah diatur turun ke bawah, senyuman tak lekang di bibirnya.

Sungguh, Shira bahagia dengan rumahtangganya. Biarlah orang kata dia tak bahagia memiliki lelaki seperti Khalish, dia tak kisah.

Mereka tak tahu sifat sebenar lelaki itu, dingin dan beku pada luaran tapi sebenarnya penuh dengan kehangatan.

Manja, pemalu dan kadang-kadang mengada. Cute.

Siapa sangka En Schizo Shira begitu? Hanya dia yang tahu..

Mrs. Umar Khalish.

Pesan umi, Khalish kurang suka makan nasi sejak dia menghidap penyakit itu. Jadi Shira hanya membuat blueberries pancakes saja tanpa sauce dan chocolate milk shake kerana Khalish tak suka minuman panas.

Haih... childish betul.

Dessert turut dia keluarkan. Apabila siap menghidangkan makanan, orangnya saja yang tak ada lagi. Shira melihat jam pintar di tangannya.

7.30am.

Anak tangga dipanjat mencari Khalish, pintu bilik diketuk beberapa kali dahulu sebelum dia menjenguk ke dalam.

"Bang?"

Kosong.

Aik?

"Mana abang ni?" Shira ke balkoni.. kosong. Ke bilik sebelah kosong.

Habis satu tingkat atas ditawafnya, masih tiada. Tak pula dia lihat Khalish turun ke bawah tadi memandangkan hanya tangga utama itu saja satu-satunya jalan turun ke tingkat bawah.

"Bang.. Bang!! Abang kat mana ni?" Shira melaung mencari Khalish. Dia mula panik, risau jika apa-apa berlaku pada Khalish.

Bagai suaminya itu budak tadika saja Shira mencari. Dia mencari di tingkat bawah pula, mungkin dia yang tak perasan Khalish turun tadi.

Library dan bilik kerja lelaki itu diterokai, masih tiada batang tubuh si suami.

'Aduhhh.. mana pulak dia ni..?' Cuak Shira mencari Khalish, jantung mula berdetak laju. Kalut.. Risau.. dia keluar dari rumah pula.

Sedang dia mencari di tepi kawasan rumah, bayangan seseorang kelihatan.

"Ya Allah abang!"

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-06-24 23:29:09 

maybe.hehe.sy dah mengantuk..x larat nk tunggu u update H.I.M..g night ..

Mimie Harmiza
2020-06-24 22:57:25 

kenapa komen sy berdouble2 ni.haishhh

Mimie Harmiza
2020-06-24 22:56:40 

so switt.hehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience