Rate

Bab 6

Fanfiction - KPOP Series 3234

Habis sahaja waktu persekolahan jam 7 malam, eunbyul memberitahu abangnya untuk balik dahulu dia mahu ke kafe dulu sebelum balik ke rumah. Masuk sahaja ke kafe, eunbyul terus nampak Jungkook yang sedang menunggunya di meja kawasan yang agak tertutup. Eunbyul terus sahaja berjumpa dengan Jungkook dan duduk di hadapanya. Jungkook nampak sahaja eunbyul terus dia tanya apa yang eunbyul mahu minum. Eunbyul kata di suka minum air coklat tapi dia mahu tengok menu dahulu. Mereka meninggalkan buku di meja supaya tiada orang akan duduk disitu. Tiba di kaunter eunbyul terus melihat menu dengan tekun, Jungkook membeli air strawberry smoothy, eunbyul tersenyum kerana di beli Jungkook adalah selera untuk kanak2.

Eunbyul tidak tahu dia ingin membeli choco oreo atau rose pink tea kerana choco oreo adalah air kegemaranya dan rose pink tea pula air yang ingin dicubanya. Jungkook kata belilah dua2 air tu. Eunbyul balas, nanti tidak habis pula air itu membazir. Jungkook, tidak apa nanti saya habiskan. Eunbyul terkejut kerana Jungkook mahu tolong dia menghabiskan air itu. Jungkook terus sahaja membeli kedua2 air tersebut dan terus membayar. Eunbyul melarang Jungkook membayar airnya, tetapi Jungkook dengan degil kata biar dia belanja malam ni. Selesai membayar,mereka kembali ke meja. Eunbyul mengemas meja buku yang diatas meja dan meletakkan di kerusi sebelahnya.

Semasa menunggu air mereka siap, Eunbyul berasa agak sejuk kerana dia lupa untuk meminta abangnya baju panas tadi. Jungkook perasan yang eunbyul kesejukan, dia terus memakaikan eunbyul jaketnya dan terus zipkannya. Eunbyul terkejut kerana Jungkook memakaikan jaket tersebut dan berlutut untuk zipkan jaketnya. Eunbyul terus sahaja memandang Jungkook tanpa berkelip. Jungkook tanya eunbyul sama ada dia masih rasa sejuk atau tidak. Jungkook terus melihat eunbyul yang tidak menjawab soalannya itu. Mereka saling berpandangan dengan lama tanpa sedikit gangguan pun dalam beberapa minit. Mereka tersedar apabila nombor mereka dipanggil di kaunter kerana air mereka sudah siap, eunbyul dengan perasaan malu terus sahaja memalingkan wajah dan Jungkook pula pergi mengambil air tersebut.

Sampai sahaja Jungkook di meja, terus sahaja dia menghidangkan air tersebut. Eunbyul terus minum, sama juga Jungkook. Eunbyul terus sahaja mula bercakap apa yang dia ingin sampaikan. Eunbyul kata yang dia ini bukannya tidak suka Jungkook tetapi dia tidak percaya dengan cinta. Jungkook mula tunduk kerana dia rasa yang dia tidak mempunyai harapan Eunbyul meneruskan bercakap yang dia mahu mencuba untuk 1 bulan, untuk Jungkook ajar dia apa itu rasa kasih sayang daripada seorang lelaki yang bukan abangnya. Jungkook terus memandang eunbyul dengan mata yang bersinar. Tapi eunbyul ada 2 syarat di sebalik permintaannya itu. Eunbyul kata yang dia nak ajar Jungkook math supaya dia dapat buat latihan sukan dan dapat seimbangkan pendidikan dan sukan. Kedua ialah tidak ada sentuhan fizikal yang melampau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience