BL4

Humor Series 177333

BL4

Nafas di helakan apabila tubuh yang seharian berkerja itu sudah terbaring di atas katil.
Mata yang sudah terpejam itu kembali terbuka apabila telefonnya berbunyi.

Farah melepaskan keluhan.Telefon tang berada di tepi meja katil di capai. Nama pemanggil sudah tertera di Screen.

Gibran.

Screen di tolak ke kanan dan terus telefon di tekup ke telinga.

"Farah..." Suara garau untuk terus menyapa gegendang telinganya.

"Assalamualaikum Gibran."Lembut suara Farah memberi salam.

"Oh sorry!" Ujar Gibran. Dia yang mendengar salam terus mengarukan keningnya. Salam di jawab di dalam hati.

"Takpa biasakan nanti ya."Lembut Farah berbicara.

Mungkin Gib masih tidak biasa dengan kehidupan barunya. Apa salahnya kalau Farah berusaha untuk membantu lelaki itu. Dan lelaki itu juga bakal suaminya. Teringat akan hal yang satu itu wajah Farah sudah kemerahan.

Malu!

"Dah tidur?"

"Belum lagi tapi dah nak tidur atas katil dah ni."Jawab Farah.

"Aku kacau kau?"Soal Gib lagi.

"Tak. Awat hang call ni?"

"Saja."

"Cit!" Farah mendecit. Jarang seketul Gib menghubunginya. Selalunya tiba-tiba saja muncul.

"Farah..." Pangil Gib lembut

"Ya Gibran....."

"Jaga diri. Aku tak ada dekat sini ni nanti."

"Hang pi mana? Lama ka?"

Terdengar tawa Gib di hujung talian. Bertambah merah pipi Farah apabila tersedar ketelanjurannya. Mulut ni kan..

"Jangan risau tak lama. Belum sempat kau rindu aku dah muncul depan kau."

"Eh! Mana ada rindu. Tanya je."Bentak Farah menafikan.

"OK. Pergi tidur dah lewat ni."

"Iyalah. Dia yang kacau orang."

"Good night My Queen. Take care." belum sempat farah membalas panggilan telefon itu sudah di matikan. Farah memandang lama telefon di tangannya. Perlahan-lahan Bibirnya naik mengukir senyuman.

"Good night too My king."

Acehhh..

Lepas saja mulut itu melontarkan kata kaki Farah naik menendang angin. Tangannya dia tepuk-tepuk kuat dia atas katil.

"Gatai hang noh paah." Terkekek-kekek Farah ketawa sendirian tubuhnya di gulingkan kiri dan kanan.

......

Farah memandang sekelilingnya. Tugasannya hari ini sangat mencabar. Kali pertama dia di tugaskan bersama unit lain. Dan membuatkan dirinya tidak selesa.

VIP ini adalah orang dari luar negara. Dan dia agak pelik. Adakah kes yang baru di terima minggu lalu melibatkan VIP ini?

Danila lee. Nama itu masih segar di ingatannya. Entahlah seperti ada sesuatu dan dia juga tidak pasti apa.

Bukan hanya dia yang perasan, nampaknya Mey Ling juga menyedari hal ini. Dan dia pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Aduh ini diluar bidang kita rasanya ni. Dah macam bodyguard dah aku rasa."Mey Ling mengeluh. Farah hanya tersenyum tipis. Mana tidak hanya ikut VIP itu kesana ke mari. Satu Mall sudah di pusing mereka.

"Sabarlah sikit. Rasanya ini hari terakhir kita dengan dia." Ujar Farah yang masih berdiri di sebelah Mey Ling.

"Ayoo" Mey Ling mengeluh lagi.

Farah mengelengkan kepalanya. Hari itu kemain kau rela kerja dari duduk rumah. Tak nak cuti. Ini baru kerja tak sampai setengah hari dah mengeluh.

Wajah wanita VIP yang di iringi mereka itu tersenyum lebar setelah keluar dari sebuah butik ternama. Matanya terus memandang Farah dan Mey Ling.

"Thanks sebab sudi teman saya hari ini." Wanita itu tersenyum mendekati Farah dan Mey Ling. Dua gadis itu sudah terkebil-kebil memandangnya.

"Sama-sama Ini Tugas kami Madam."

"Ini untuk kamu berdua." Wanita VIP itu memandang ke arah Farah dan dua beg kertas di hulurkan ke pada Farah dan Mey Ling.

"Terima Kasih." Jawab Mey Ling teruja. Gila tak jenama LV Kut. Louis Vuitton belum tentu boleh beli. Namun tak semena-mena tanganya ditahan seseorang. Terkebil-kebil Mey Ling memandang ke arah Farah yang tajam memandang ke arahnya.

Faham dengan tindakkan Farah. Wanita itu ketawa perlahan.

"Tak apa saya pegang dulu. Selesai tugas kamu saya akan berikan. Jangan risau saya Faham." Madam Evans sekali lagi mengukir senyum sebelum melangkah meninggalkan Farah dan Mey Ling.

Bang!!

Mereka terkaku seketika. Namun sesaat tersedar serta merta memandang sekeliling mall itu. Dari tempat dia berdiri dia nampak lampu berwarna merah yang sudah di halakan pada Madam Evans. Segera dia menarik tubuh wanita itu.

"Madam tunduk !"Jerit Farah. Semua pengunjung panik dan ada yang bersembunyi di Premis peniagaan di dalam Mall itu.

"Kita cari tempat sembunyi." Farah menarik Madam Evans ke satu arah.

Bang!

"Mey!" Jerit Farah kuat. Apabila penembak itu sudah mengubah mangsanya. Tetapi tidak berjaya Mey Ling sempat bersembunyi.

"Aku rasa macam tengah main PUBG wey.." Ujar Mey Ling. Nafasnya tercungap-cungap memandang sekeliling.

"Mana yang lain? Tak akan tak ada orang cover kita" Suara Farah pula kedengaran. Mata Farah tak lepas melihat hujung senjata api itu bergerak-gerak umpama mencari sasaran. Seketika matanya membulat sebaik gerakan itu berhenti dan menyasarkan pada satu arah.

Tak semena-mena tubuhnya bergerak sendiri berlari mendapatkan susuk tubuh yang bakal menjadi mangsa sasaran.

Bang!

"Tuan!"

"Farah.." Mata Mey membesar tidak percaya apa yang baru berlaku di hadapannya.
Farah menarik tubuh lelaki itu Rapat ke arah tempat persembunyian mereka.

"Dia ada di tingkat 4. Kita kena cari jalan keluar untuk selamatkan Madam Evans dulu." Suara Farah memberi arahan. Lelaki yang bergelar 'Tuan' berpaling memandang wajah Farah.

"Aku terfikir satu idea" Mendengar apa yang keluar dari mulut Farah. Serta merta mereke menatap mata dingin gadis itu.

"Apa dia?." Soal Mey Ling.

"Kita tak tahu berapa orang mangkuk tu. Dan Aku pasti ada orang dalam yang terlibat."Ujar Farah sambil mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya.

Farah memandang wajah Madam Evans pucat dan hanya diam di tempatnya. Tubuh wanita itu sedikit mengeletar. Mereka sedang bersembunyi di dalam sebuah kedai pakaian.

"Mey kau bawa Madam Evans keluar dan Tuan Hanif akan kawal kau dari belakang. Aku akan alihkan perhatian diorang dan cari mana mangkuk tu duduk.. Tuan boleh ikutkan Arahan saya?" Soal Farah tanpa riak.

"Kau gila ke Najwa!" Marah Mey Ling. Farah hanya menayang wajah tenang lantas berpaling memandang Madam Evans.

"Madam percayakan saya" Soal Farah lembut.

Lama wanita itu memandang Farah. Dan perlahan-lahan kepalanya di jatuhkan.

"Kalau Madam percayakan saya. Kita tukar pakaian boleh? Saya pakai baju Madam dan Madam pakai baju saya?." Ujar Farah dia menghulur senyum manis. Ingin memberikan keyakinan kepada wanita itu.

"Najwa." Tuan Hanif cuba membantah.
Dia tak dinafikan gadis dihadapanya sangat berani. Tapi ini seperti menyerah diri untuk mati.

Gila.

Farah dan Madam Evans berpandangan sesama sendiri buat seketika.

"Saya percayakan awak Inspector Najwa." Perlahan suara Madam Evans berkata.

"Thanks Madam.Let's change. We don't have time."

.....

Farah mengemaskan Pakaiannya. Earpiece di telinga di betulkan.

"Mey Kalau percayakan akukan.." Melihat anggukan rakannya Farah mengukir senyuman.

"Kita akan keluar sekali. Tapi lepas tu kita terus berpecah. Kau bawa Madam Evans ke tempat yang selamat. Kalau boleh elakkan dekat dengan orang awam." Farah memberi arahan.

"Baik Babe. Kau jaga diri. Jumpa lepas abis tugas nanti."

"Najwa."

Farah berpaling memandang wajah kacak lelaki itu.

"Jaga diri."

"Baik Tuan."

"Ready..Go!" Mereka terus keluar dari tempat persembunyian. Pantas Farah berlari membawa tubuh itu menjauhi orang ramai. Dia tetap berjaga-jaga dan mata masih mencari penembak itu.

Bang!

Serta merta tubuh Farah ditarik seseorang dan mereka berlindung disebalik dinding. Nafas mereka bersatu laju.

Farah terkaku seketika apabila melihat mata gelap itu tajam merenungnya.tubuhnya melekap di tubuh sasa lelaki itu dan wajah kacak itu begitu dekat dengannya.

"Bangsat tu ada dekat Level 4 semua 3 orang" Lengkap maklumat disampaikan Megat Omar yang berpakaian hitam itu. Sebaik itu Megat Omar berpaling memandang Farah dihadapanya. Tangannya naik menjentik dahi gadis itu.

"Kau ingat tengah main game ke? Winner winner chiken dinner?" Marah Megat Omar.

"Ini urusan darurat Along." Lambat-lambat Farah membalas. Dahi di di sentuh.

Sakit.

Dah lah bantuan lambat tiba tetiba sampai nak marah-marah hampeh.

"Hotak Hang!! Ni dengan kepala tak bertutup. Hang ingat apa." Tinggi suara Megat Omar memarahi adiknya.

Farah diam. Iya darurat. Dia terpaksa membuka tudungnya. Dan dia tahu dia salah seperti permainkan agamanya. Tapi dia terpaksa. Dan dia tahu dosa yang bakal di tangungnya.

"Sekarang ini kau dengar arahan pulak dengar arahan aku. Kita gerak keluar dari sini. Ikut aku jangan nak buat kepala ketegak hang."

Farah mencebik.

"Faham daq?"

"Faham." Perlahan-lahan Farah mengangguk faham dengan arahan.

"Dalam kiraan tiga. Satu. Dua. Tiga." Sebaik mereka keluar sekali lagi bunyi jelas tembakkan itu.

Bang! Bang!

Namun larian tangkas membuat tembakan itu tersasar. Mereka sama-sama menarik nafas sebaik berjaya berlindung di tangga kecemasan. Namun belum sempat nafas mereka diatur satu tembakan tempat pada dinding di sebelah Farah berdiri.

Bang!

Membulat mata Farah ketika itu. Dengan pantas tubuh Farah di tarik Megat Omar.

"Careless." Marah Megat Omar.

Bang!

Satu tembakan dilepaskan lagi.

Farah memejamkan matanya rapat apabila Megat Omar membalas tembakan.
Mata lelaki itu melilau mencari sesuatu. Pemadam api yang tergantung di ambil.

Mata Farah bergerak melihat Megat Omar mengangkatnya lantas dibaling kuat keluar dari tempat mereka bersembunyi.

"Tunggu sini." Serentak itu Megat Omar melepaskan berdas tembakan dan keluar dari ruang itu.

Bang!

Bang!

"Along."Jerit Farah apabila melihat Megat Omar sudah rebah memegang pahanya.
Laju kakinya berlari mendapatkan Megat Omar.

Buk!

Farah tersungkur. Di sebelah tubuh Megat Omar. Tubuhnya tiba-tiba ditarik kuat sehingga dia terkeluar dari tempat persembunyian.

"Along!"Farah menjerit kuat membuatkan Megat Omar tergamam melihat Farah sudah berdiri dan di lehernya sudah di letakkan sebilah pisau.

Farah kaku tidak dapat bergerak. Dia dapat merasa ketajaman pisau itu kini sedikit demi sedikit melukakan lehernya hingga darah menitis.

"Seronok perbodohkan orang?!" Suara garau dari belakang buat Farah memejam mata rapat.

"Tapi kau silap aku tak bodoh." Pisau itu ditekan dalam.

"Kalau aku tak dapat dia. Aku dapat kau."Kata suara garau itu lagi.

"Aaaaash." Farah mengadu sakit.

"Adik." Megat Omar mengagahkan dirinya untuk berdiri.

Buk!

Namun belum sempat dia cuba berdiri kini gilirannya ditumbuk kuat di rahang. Mata Farah membulat melihat lelaki itu menumbuk dan memijak luka tembakan di paha Megat Omar.

Bang!

Sesaat kemudian lelaki yang memijak Megat Omar sudah terkulai.

"Get your dirty hands off her."Tegang suara itu berkata.

"Hero datang?!" Soal kasar lelaki yang meletakkan pisau di leher Farah. Tajam matanya menikam mata lelaki di hadapannya. ada kedengaran suara sinis di hujung kata lelaki itu.

"Selangkah kau ke hadapan. Aku tak teragak-agak panggal kepala perempuan ini!!" Sekali lagi garau lelaki di belakang Farah buat langkah Gib berhenti.Dia memandang wajah pucat Farah. Dan Pisau di leher gadis itu sudah menilik sedikit cecair merah.

"Aku tak berminat untuk bermain lama-lama times up!."

Buk!

"Farah."

"Adik!" Serentak Gib dan Megat Omar memanggil. Mereka tergamam dengan tindakkan Farah yang sangat drastik.

Walaupun pisau tajam masih dilehernya Farah menggunakan kepalanya menghentak kuat kepala lelaki itu. Mujur paras ketinggian mereka sama. Perut lelaki dibelakang di siku sekuat hati. Terundur lelaki itu beberapa tapak kebelakang.

Farah mengunakan peluang yang ada. Pisau di tangan lelaki itu di tempis kasar. Tubuhnya di pusingkan dan kakinya di angkat tinggi menghadiahkan tendangan padu tepat dikepala lelaki itu.

Klak.

Dan serentak itu juga dia mendengar pistol ditarik. Perlahan-lahan Farah menoleh kebelakang. Seseorang menghala sepucuk pistol kepada Megat Omar Dan

Zhas!

Membulat mata Farah melihat lelaki yang mengacu Pistol di kepala Megat Omar tumbang serta merta. Dia turut berpaling kebelakang melihat lelaki dibelakangnya juga sudah terkulai di atas lantai.

Matanya terkebil-kebil memandang Gib yang tersenyum sinis memandangnya.

Gib membantu Megat Omar untuk berdiri. Kesan luka pada kaki lelaki itu di tekan dan di ikat bagi menghentikan pendarahan.

"Sakitlah sial pelahan la sikit."Megat Omar menempis kasar tangan lelaki itu.

"Tahan la sikit!"

"Sakit lah bangsat!!" Jerit Megat Omar.

Mujur dia dapat menghubungi Gib memaklumkan apa yang sudah terjadi. Dan dia terpaksa meminta Gib untuk campur tangan walaupun ini sudah melanggar kesalahan.
Namun dia tidak peduli demi keselamatan Farah dia harus melibatkan Gibran.

Farah masih berdiri memandang lelaki-lelaki itu. Apa yang berlaku sebenarnya? Macam mana Gib boleh ada di sini? Bukankah seminggu lepas Gib memberitahu dia ada urusan? Banyak persoalan di fikiran Farah saat ini.

Gib kembali berdiri Jaket hitam di tubuhnya di tanggalkan. Lalu di letakkan di atas kepala Farah. Tajam matanya memandang gadis itu.

"Tutup! Jangan berani buka lagi melainkan untuk aku." Nada Gib sedikit keras.

"Aku tak boleh lama dekat sini. Aku gerak dulu. Jaga diri. Pergi Hospital sekali Omar cuci luka di leher kau tu." Ujar Gib pujuk kepala Farah di usap perlahan. Dan dia terus meninggalkan tempat itu. Farah memandang belakang Gib. Tenang lelaki itu melangkah meninggalkannya.

.....

"Najwa" Mey Ling terus berlari sebaik melihat tubuh Farah yang sudah terbaring di atas katik pesakit. Dan di jaga oleh seorang anggota polis wanita.

"Kau buat aku risau." Tubuh Farah di peluk erat.

"Aku okey lah tak mati lagi.."Jawab Farah tersenyum.

"Kau tahu tak, aku punya kecut perut fikirkan kau. Hilang otak aku bila dengar bang sana bang sini." Meyling memandang Farah yang tersenyum itu. Malah ketika Ambulans membawa Megat Omar ke hospital tadi muka lelaki itu pucat. Mungkin Megat Omar kehilangan banyak darah.

"Sayang juga kau dekat aku.."

"Madam Evans macam mana?"Soal Farah.

"Dia selamat. Sekarang Team lain handle kau. Buat masa ni kau rehat dulu Tuan kata.." Balas Mey Ling. Farah anggukan kepalanya.

"Najwa. Apa jadi lepas kita berpecah?" Soal Mey Ling memandang Farah.

Ya dia ada sedikit curiga.

Mana tidaknya. Semua penjenayah itu mati di tembak. Tetapi yang maklumat yang baru di terima jenis pistol yang di gunakan tidak sama yang di bawa Megat Omar dan Farah ketika bertugas.

"Aku.." Belum sempat farah ingin membuka bicara. Pintu bilik itu terbuka.

"Adik."Megat Fairus terus menerpa ke arah Farah.

Tanpa memperdulikan Mey Ling tubuh farah di tarik sedikit dan di periksa. Kepala Farah di tolehkan ke kiri dan kanan. Tangan Farah di akan sikit di lihay setiap inci. Setelah berpuas hati Lalu dia lepaskan keluhan lega.

"Nasib tak hodoh lagi.."

Farah mendengus rasa nak sahaja sumbat mulut Megat Fairus dengan kain buruk. Busuk!Tak nak mengaku yang lelaki tu abang dia boleh tak suka hati kata aku hodoh.

"Kan Angah kata orang perempuan ni tak elok kerja kasar-kasar ni?" Risau jugalah dia melihat balutan di leher Farah itu.

Farah terus menepis tangan Megat Fairus.

"Yang Hodohnya angah. Yang Cantiknya orang. Ish tepi-tepi rimas." Bebel Farah.

"Hang kan.. Angah prihatin tau mai sini tengok ang. Nanti aku call bakal laki ang mengadu kat dia jatuh hantaran ang biaq padan muka. Aku yang helok ni kata huduh sakit hati kita."

Bebelan Megat Fairus di biarkan telefon yang bergetar di bawah bantal itu di capai.
pesan masuk yang baru di terima di buka. Berkerut dahinya membaca.

'Nice to meet you Insp Najwa. Thanks kerana selamatkan saya."

-Hanif

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience