Bab 5

Drama Completed 35637

Sementara Tiara menceritakan segalanya kepada Farhan dan Hadirah, Akmal dan Hafiz pula soal siasat Hadi.

"Oi Di! Aku tak pernah tengok kau borak dengan perempuan selain pasal kerja ini kan pulak kau membuli perempuan. Kau ok tak ni?" Hafiz memulakan perbualan

"Tu lah. Gila doh kau Di. Kemain kau suruh dia tadi. Tak sekarang ni, macam mana kau kenal dia? Sebelum dia masuk universiti ni kau dah jumpa dengan dia ke? Asal kitaorang tak tahu ni?" tanya Akmal pula

"Relax , tenang. Mana ada aku buli dia. Aku suruh dia bayar gantirugi je. Memang dia kena bertanggungjawab pun"

"Aku dengar pasal basikal? Ape ni?! Aku makin pening. Cerita apa ni?!" kata Hafiz

"Ye lahh. Aku cerita" kata Hadi kemudian dia menceritakan segalanya yang berkaitan dengan Tiara kepada mereka berdua.

Selesai Hadi cerita ,
"Ouhhh , macam tu cerita nya. Kau ni Hadi, dengan perempuan kot. Gentleman la sikit. Bertolak ansur" kata Akmal selepas mendengar cerita Hadi.

"Ahh, tak ada kerja aku nak bertolak ansur dengan perempuan macam tu. Kau pun dengar tadi ayat dia macam mana. Tak makan saman betul. Ikut hati nak aku jahit je mulut dia"

"Tapi, serius la kau nak suruh dia beli breakfast kau seminggu? Kena lebih 8 ringgit pulak tu. Itu dah macam membuli tu Di. Kita ni tak membuli Di. Kita famous sebab kita handsome" kata Hafiz sempat memuji diri sendiri.

"Betul tu! Kita famous sebab kita handsome. Tapi handsome kitaorang tak boleh lawan kau la. Semua student perempuan panggil kau 'most wanted guy'. Jealous kita" kata Akmal setuju dengan Hafiz

"Apa korang merapu meraban ni? Kita bukan cakap pasal perempuan tu ke? Yang selit sekali pasal handsome la, famous la. Dah kenapa?" kata Hadi.

Tersengih mereka berdua mendengar kata-kata Hadi. Betul la tu. Sempat pula mereka puji diri sendiri.

"Kau tanya tadi serius ke aku nak dia beli makanan untuk aku? Pernah ke apa yang Ikhwan Hadi cakap tak serius? Ye la, aku serius. Kau ingat aku cakap kosong? Memang tak la. Yang aku tau, Isnin minggu depan makanan ada atas meja aku. Kalau tak ada, siap la dia" kata Hadi

"Suka hati kau la Di. Tapi, aku pelik la. Macam mana perempuan cantik macam tu kau boleh nak buli. Kau memang tak ada perasaan ke macam mana?" tanya Akmal

"Apa kau cakap tadi? Cantik? Celah mana cantik nya? Cuba kau cakap. Kalau cantik, mulut macam mintak kena sepak tak payah la"

"Tak pe Di. Kau tak nak dia, aku nak. Kau jangan nanti tiba tiba pulak kau nak dia" gurau Akmal

"Eee, mintak di elakkan la. Tak ada nya aku nak dia. Kau nak dia, kau hambik! Aku tak hingin walau sekelumit" balas Hadi.

"Okey Di, aku pegang kata-kata kau. Kau Fiz, jadi saksi" 

"Akmal, akmal .. semua kau nak try" kata Hafiz sambil menggeleng kepala.

Sebenarnya, Akmal hanya bergurau tentang dia nak 'try' Tiara. Dia saja nak melihat reaksi Hadi. Entah kenapa dia dapat rasakan yang satu hari nanti, Hadi akan tarik kembali kata-kata nya. 
//
"Haishhh! Macam mana aku boleh sama course dengan diaa. Arghhh! Kalau satu universiti pun dah serabut, ini kan pulak satu class. Argh! Rasa macam malas pulak nak pergi class esok. Tapi, tak kan aku tak belajar hanya disebabkan mamat mereng tu je? Tidak! Aku akan buktikan yang Tiara Adriana bukan perempuan lemah! Tapi … Habis la duit aku minggu depannn!! Dah la seminggu, lebih 8 ringgit pulak tu! Makanan aku pun aku bajetkan tak lebih 5 ringgit. Dia sedap sedap nak lebih 8 ringgit. Eee, ikut hati nak aku tunjal tunjal kan je kepala dia tu. Mentang mentang kaya, sedap kau je nak buat macam tu? Kerja aku pulak nak kena bayar gantirugi basikal dia yang cuma TERCALAR! Kalau tak nak tercalar basikal tu, kayuh dalam rumah la!! Sedap je suruh orang joging dalam rumah. Eeee! Ikhwan Hadi!!!" bebel Tiara panjang lebar setelah dia masuk dalam biliknya.
//
"Assalamualaikum" kata Hadi setelah dia masuk ke dalam rumah nya.

"Waalaikumussalam" jawab ibunya, Puan Balqis. "Ikhwan balik dah? Lambat pulak Ikhwan balik harini? 

"Ouh, Ikhwan ada hal tadi sekejap. Tu yang balik lambat tu. Hawa mana?" 

"Hawa ada dalam bilik dia. Tengah buat kerja sekolah kot. Ikhwan pergi la mandi , solat dulu. Lepastu kita makan" kata Puan Balqis

"Okey" jawab Hadi. Dia naik tangga dan menuju ke bilik nya.
Seperti Tiara, dia pun melepaskan geram dengan membebel.

"Mulut perempuan tu memang tak makan saman. Padan la muka kau kena belikan aku makanan seminggu. Biar kau tau siapa Ikhwan Hadi dekat universiti tu. Boleh dia cakap nak calarkan lagi basikal aku. Dia tak tau yang aku ni rasa nak calar kan muka dia je. Hish! Esok kena hadap lagi muka dia. Bukan esok je, sampai aku habis belajar. Rasa macam nak tukar universiti pun ada. Tak apa, sabar Hadi, sabar. Kau tunjuk kat dia siapa kau sebenarnya" 

Tiba-tiba pintu bilik nya dibuka. Muncul seorang budak perempuan yang berusia dalam lingkungan 8 tahun di balik pintu.

"Eh Hawa" kata Hadi apabila melihat adiknya, Iman Hawa.
"Kenapa abang tak jumpa Hawa? Hawa tunggu abang balik tau tadi"

"Umi cakap Hawa tengah buat kerja sekolah dekat dalam bilik. Abang tak nak la kacau. Hawa belajar apa tadi dekat sekolah?" tanya Hadi.

Itulah rutin biasa Hadi. Dia akan bertanya Hawa apa yang dia belajar di sekolah. 

"Hawa belajar tambah. Cikgu bagi soalan dekat kertas lepastu kena jawab" cerita Hawa

"Lepastu Hawa betul tak jawab?" tanya Hadi

"Betul. Hawa betul semuaa! Cikgu cakap Hawa pandai"

"Uuu, pandai nya adik abang ni" kata Hadi sambil mengusap kepala Hawa. "Hawa, abang nak mandi dulu lepas tu abang nak solat. Hawa dah solat belum?"

"Dah tadi. Lepas balik sekolah Hawa mandi. Lepastu Hawa solat la"

"Okeyyy. Hawa keluar dulu. Abang nak mandi"

"Okeyyy" kata Hawa sambil keluar dari bilik Hadi dan menutup pintu.

"Nasib baik ada Hawa. Dapat jugak hilang marah aku pasal perempuan sengal tu" kata Hadi.
//
Pagi itu, Tiara tidak sempat bersarapan kerana dia terlambat bangun. Dia 'cuti' jadi dia kunci jam pukul 7 , tapi terlajak sampai pukul 8.

Gelabah dia bila tengok jam dah pukul 8 pagi. Entah mana nak di capai nya tuala, kemas katil, dengan baju dan tudungnya tak bergosok lagi.

Pendek kata, memang kelam kabut dia pagi itu. Jarak antara rumah dia dengan universiti agak jauh. Sebab itu Tiara selalu keluar rumah awal. Tetapi hari itu berbeza.

Sebelum dia keluar rumah, dia mengisi makanan kucingnya dan mencapai sekotak air Milo. 

"Air Milo pun jadilah. Aku bukan macam Hadi tu siap nak makanan lebih 8 ringgit" kata Tiara semasa mengunci pintu rumah. Sempat lagi dia mengutuk Hadi pagi pagi itu.

Sebelum keluar rumah, dia sudah order grab jadi selepas 10 minit kereta sudah sampai. 

Semasa di dalam kereta, Tiara sudah habiskan satu kotak air Milo nya. Tetapi dia masih lagi lapar. Dia pula jenis kuat makan.

Jadi, dia bercadang untuk beli roti dan air Milo lagi satu kotak di kafe universiti nya.

Sesudah sampai, kafe terus di tujunya. Selesai beli, dia pun duduk sebentar di meja untuk makan roti yang di beli.

Selepas habis makan, dia pun pergi untuk masuk ke kelas. Air Milo nya masih tidak habis lagi. Jadi, dia minum sambil berjalan.

Sedang dia berjalan, ada notifikasi masuk di telefon nya. Dia pun tengok daripada siapa. 

Tiba-tiba dia terasa seperti dia melanggar badan seseorang. Air Milo kotaknya terjatuh dan kena kasut orang itu.

Tiara panik melihat air Milo terkena kasut orang itu. Kasut berwarna putih pulak tu. Dia bertambah panik apabila melihat orang itu adalah Hadi! 

"Oh my god! Habis kasut aku! Engkau lagi!" kata Hadi apabila dia perasan orang yang melanggarnya adalah Tiara.

"Sorry la, mana aku perasan"

"Sorry hotak kau. Kasut aku dah la warna putih. Ya Allah, haish! Pagi pagi lagi kau dah buat hal" marah Hadi

"Kan aku cakap aku tak perasan!"

"Perasan tak perasan. Mata kau letak mana?! Haritu telinga tak dengar, ni mata tak perasan. Organ deria kau elok ke tak?!" 

Nasib baik di kawasan situ tak ada orang. Kalau tidak memang orang dah berkumpul dah dekat situ. Lagi lagi pulak , Hadi dekat situ.

"Apa masalah kau nak cakap organ deria aku elok ke tak?! Aku cakap aku tak perasan bukan tak nampak! Ada beza kan?!" kata Tiara tidak mahu kalah.

"Aku tak kira la organ deria kau elok ke tak. Sekarang aku nak kau basuh kasut aku ni" arah Hadi

"Ha?! Basuh kasut kau? Kau ingat aku bibik kau nak basuhkan kasut kau?"

"Siapa yang buat? Aku ke yang buat? Kalau aku sendiri yang buat aku akan sendiri yang basuh. Masalahnya sekarang ni, engkau yang buat. Jadi kau la yang kena basuh"

"Ini air Milo. Kalau kau tak tahu, aku kenalkan. Milo. Air coklat. Kasut kau putih. Kau fikir kalau basuh, warna coklat tu boleh hilang ke? Alah, lagipun kau kaya. Beli je la kasut lain" kata Tiara

"Ewah, senang nya kau cakap. Aku kaya , aku boleh beli kasut lain. Aku tak kira, aku nak kau basuh jugak" kata Hadi tetap dengan pendirian nya.

"Kalau aku basuh sekali pun, kau nak pakai ke?! Dah kotor, ada warna coklat. Apa masalah kau niii" 

"Aku tak ada masalah, kau yang bermasalah. Aku cakap apa? Aku tak kira, aku nak kau basuh jugak. Okey, kau pilih. Kau nak basuh kasut aku ke ATAU kau nak belikan aku breakfast selama DUA minggu? Which one? Pilih cepat"

Ketika itu, Tiara rasa macam nak hentak je kepala Hadi dekat dinding.

"Ye la! Aku basuh kasut kau! Bak sini kasut kau" marah Tiara

"Eh , lepas tu kau nak aku berkaki ayam masuk kelas? Hello, I'm Ikhwan Hadi okey. Semua dekat universiti ni kenal aku"

"So, kau nak aku buat apa kalau kau Ikhwan Hadi? Nak aku kenal kau jugak?" Geram Tiara dengan lelaki tu.

Nama je lelaki tapi banyak cerita macam perempuan.

"So, aku tak akan jatuhkan air muka aku dengan berkaki ayam dekat dalam universiti ni"

"Lepastu? Kau ada kasut lebih ke?"

"Ada" jawab Hadi

"Hah , pakai laaaa! Itu pun nak kena ajar keee?! 'Ikhwan Hadi' konon. Pemikiran pun cetek" kutuk Tiara perlahan.

"Kasut kau" kata Hadi

"Apahal dengan kasut aku?" tanya Tiara sambil melihat kasutnya.

"Bagi aku kasut kau. Itulah kasut lebih aku" kata Hadi sambil tersenyum berlagak.

"Apa?! Lepastu aku pakai apa?!"

"Itu masalah kau la. Janji aku berkasut dan tak berkaki ayam" "Kalau aku berkaki ayam, kau kena belikan breakfast aku untuk SEBULAN" Dia sengaja tekankan perkataan sebulan.

"Gila la kau ni" kata Tiara. Itu sahaja yang mampu dikatakan nya.

"Well, I know I'm a crazy handsome guy. Cepat pilih"

Meluat Tiara mendengar Hadi memuji diri sendiri.

Handsome apanya? Nak Tiara pijak je muka 'handsome' dia tu.

"Ye lah. Kau pakai kasut aku. Tapi muat ke?" kata Tiara.

Penat dia melayan kerenah lelaki gila itu.

"Aku rasa muat" jawab Hadi. Puas hati dia ketika itu dapat mengenakan Tiara.

"Tapi sebelum tu, aku nak letak buku aku dalam kelas dulu. Lepastu, kau ikut aku pergi surau" kata Tiara.

Suaranya bukan lagi seperti mahu melawan tetapi lebih kepada suara pasrah.

"Surau? Buat apa?" tanya Hadi

"KAU NAK PAKAI KASUT AKU, LEPAS TU KAU NAK AKU BERJALAN KAKI AYAM JE KE? KAU INGAT KAU JE YANG TAK NAK MALU? AKU BOLEH PULAK MALU? KITA PERGI SURAU , KAU AMBIK KASUT AKU. AKU BASUH KASUT KAU. SAMBIL TU AKU PINJAM DULU SELIPAR SURAU. FAHAM TAK?!" amuk Tiara

Hilang sudah suara pasrah nya. Kesabaran nya memang sudah hilang entah ke mana. 

Terkejut Hadi mendengar Tiara menjerit.

"Okey , ye! Aku faham! Tak payah la jerit" kata Hadi.

"Sorry, tiba tiba rasa nak menjerit. Dah la, jom la cepat" kata Tiara sambil jalan ke arah kelas dan diikuti Hadi.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience