Rate

BLACK ROSE (broken inside) 3

Drama Completed 921571

Tepat pukul 12 tengah malam, majlis kelab peminat Aydean sudah pun selesai. Mawar dan yang lain-lain, mula mengemas segala peralatan. 

Ramai yang memuji masakan Mawar memenuhi citarasa mereka. Kembang hidung Mawar ketika Adam memberitahu hal tersebut kepadanya. Hatinya berbunga riang. Hilang segala penat lelahnya seharian.

SYAKIR
"Semua orang puji masakan you, Mawar. Good job!" ucap Syakir dengan senyuman yang lebar. 

MAWAR
"Alhamdulillah," balas Mawar ringkas. Dia memandang sekilas ke arah Syakir sambil meneruskan kerja-kerja membasuh buffet set di sinki. 

SYAKIR
"Jom, makan dulu Mawar. Tinggalkan dulu kerja tu," ajak Syakir. Matanya meliar mencari kelibat yang lain.

"Mana Zara?" soal Syakir lagi. Dia mencari-cari Zara.

MAWAR
"Dah ada dekat depan kot," Mawar memberhentikan kerjanya. Perutnya juga agak lapar. Dia terus berjalan meninggalkan Syakir di situ.

SITI
"Kak Mawar, jom nyanyi!" ajak Siti yang sudah pun berada di mini stage restoran itu. Mawar hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia menuju ke arah Zara yang sudah pun menjamu selera di situ. 

Mawar mengambil makanan dan melabuhkan punggungnya di sebelah Zara. Zara memandang sekilas ke arah Mawar.

MAWAR
"Kusyuknya makan," tegur Mawar sambil tersenyum. Dia memandang ke arah Siti yang sedang menyanyi pelbagai genre lagu. Mawar tersenyum.

Teringat zaman kegemilangannya. Mengikut band-band jalanan membuat persembahan. Jamming dengan geng-geng sekepala sampai pagi. Rindu!

ZARA
"Marvellous lah Mawar masak. Patut ramai puji," balas Zara sambil bangun untuk menambah makanan. Mawar hanya tersenyum. 

ADAM
"Mawar esok you masuk petang macam hari ni boleh? Sebab malam esok family Aydean and Syakir nak datang makan malam di sini. Syakir request you masak," pinta Adam. Kalau ikutkan esok off day Mawar. Mawar terdiam seketika.

MAWAR
"Esokkan off day saya," balas Mawar dingin. Dia terus menjamu selera tanpa memandang Adam. 

ADAM
"Yes, I know. Lusa you cutilah," balas Adam selamba. Dia tidak mahu Mawar menolak.

MAWAR
"Esok saya ada kelas Martial Art. Tak boleh skip suka hati," balas Mawar sengaja membuat Adam rasa serba salah. 

Dahlah masa Aydean marah aku, kau diam je! 

ADAM
"Martial Art?" Adam menelan air liur. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Dia duduk di sebelah Mawar.

"Tak boleh tukar hari lain ke kelas you tu? Please..," soal Adam separa merayu.

MAWAR
"Tak boleh!" tegas Mawar dengan muka selamba. Dia merenung Adam yang terkebil-kebil mendengar jawapannya itu.

ADAM
"You ada marah I ke?" soal Adam tanpa berselindung lagi. Dia dapat merasakan aura kemarahan Mawar sejak dari pagi tadi selepas wanita itu bergaduh dengan Aydean.

MAWAR
"Awak memang jenis tak back up krew under awak ye?" soal Mawar dengan muka selamba. Adam terpinga seketika. Terkebil-kebil mata lelaki itu.

"Bila nak minta tolong, kemain merayu," tambah Mawar dengan wajah yang dingin.

Jangan sampai dengan kau-kau aku anti nanti!

Adam menelan air liur sekali lagi. Sudah, aku pun kena. Adam tidak pernah melihat sikap Mawar seperti ini. Dia menarik nafas dalam.

ADAM
"Okay, sorry Mawar. I bukan tak nak back up you. Aydean tu my friend and our boss. Kita kena respect dia. Anggap itu satu teguran. Kita kena perbaikilah," jelas Adam dengan lembut. Dia tidak mahu Mawar memanjangkan isu tersebut.

MAWAR
"Oh.. Macam tu. So, esok off day saya," Mawar bangun dari situ meninggalkan Adam yang terpinga-pinga mendengar jawapan Mawar itu.

Boss gila! Respect konon! Boleh pergi mati!

Mawar masuk semula ke dalam dapur dengan hati yang sebal. Inilah pertama kali dia merasa marah dan bengang terhadap Adam. Selama dia bekerja di bawah Adam, dia menghormati lelaki itu. Namun, kejadian pagi tadi membuatkan dia bengang dan berang apabila Adam membatu tanpa berkata apa-apa ketika dia dimarahi Aydean.

Tidak lama selepas itu, Syakir masuk ke ruangan dapur mencari kelibat Mawar. Dia telah diberitahu oleh Adam bahawa Mawar tidak mahu datang pada hari esok. Jadi, dia perlu memujuk Mawar.

SYAKIR
"Mawar, let's talk," ujar Syakir sebaik sahaja melihat wanita itu. Mawar masih sibuk dengan kerjanya. Dia menarik nafas dalam. Dia tahu kenapa Syakir mencarinya.

MAWAR
"Cakap je Encik Syakir. Saya dengar," balas Mawar dingin. Syakir diam seketika.

SYAKIR
"Mawar, I'm your boss. Please, respect me," Syakir mula bertegas. Dia tidak mahu krew di dalam restorannya itu tidak menghormati dirinya dan Aydean.

Mawar memberhentikan kerja-kerjanya. Dia memandang ke arah Syakir yang sudah berada di belakangnya sejak dari tadi. Dia merenung Syakir dingin. Syakir tersenyum segaris. 

SYAKIR
"Thanks. Let's talk here," Syakir berjalan menuju ke meja di ruangan dapur itu. Dia duduk sambil menunggu Mawar. Dengan langkah yang malas, Mawar menghampiri Syakir. Dia berdiri tegak di hadapan Syakir.

"Have a sit," pinta Syakir apabila melihat Mawar tidak duduk. Wajah wanita itu kelihatan letih.

MAWAR
"No, thanks, Encik Syakir. Saya dah penat sangat ni. Nak settle kerja, nak balik je ni," balas Mawar dengan suara yang perlahan. Kalau ikutkan, dia malas mahu mendengar kata-kata dari lelaki itu.

SYAKIR
"Alright," Syakir menghela nafas dalam apabila melihat kedegilan Mawar itu. 

"Mawar, when you working here, automaticly you terikat dengan peraturan restoran. I and Aydean is your boss. You have to respect us. You salah seorang krew yang sangat bagus, Mawar. But, please, come with good attitude. Terima teguran dari sesiapa sahaja...," belum sempat Syakir membebel dengan lebih panjang, Mawar mencelah.

MAWAR
"Encik Syakir, my attitude is based on how people treat me! If you don't like my attitude, quit talking to me! Saya berhenti hari ni," Mawar cuba berlalu pergi dari situ. 

SYAKIR
"Mawar!!!" Syakir menarik nafas dalam. Dia tidak sangka Mawar akan membalas kata-katanya seperti itu. Langkah Mawar terhenti.

"Okay, rileks. I'm sorry. Let's talk. I bukan cakap I tak suka your attitude. No, jangan salah faham," Syakir cuba memujuk Mawar. Wajah wanita itu dingin merenungnya. Syakir teringat akan kata-kata Adam sebentar tadi. 

Mawar ada kelas martial art. Martial art??? Kena pujuk elok-elok, takut aku dia dilipatnya nanti!

MAWAR
"Saya nak berhenti," tutur Mawar satu persatu. Dia sudah malas mahu mendengar ceramah dari lelaki itu. Dia juga tidak mahu biadap terhadap Syakir seperti mana dia biadap dengan Aydean.

SYAKIR
"Don't quit. We still need you here, Mawar," pujuk Syakir lagi. Dia cuba mencari ayat yang sesuai untuk memujuk wanita itu.

"I'm sorry. I'll pay you double this months," tambah Syakir lagi. Dia memandang Mawar yang masih membeku di situ. Syakir menyilangkan tangannya sambil memeluk tubuh menunggu jawapan dari Mawar.

MAWAR
"This is not about payment, Encik Syakir. This is about your partner attitude. Saya tak pedulilah dia actor ke, dia majestrit ke, ahli muzik ke, tapi, perangai dia sangat menjengkelkan. Saya tak boleh hormat orang macam tu!" tegas Mawar sambil berjalan menuju ke lokar pekerja. Malas mahu membebel panjang disitu. Menanah telinga lelaki itu nanti jika mendengar bebelannya.

SYAKIR
"Mawar, please! Kita bincang. Jangan macam ni!" Syakir membontoti Mawar. Namun, langkahnya terhenti apabila wanita itu masuk ke ruang lokar krew wanita. Dia setia menunggu sehingga Mawar keluar dari situ.

Beberapa minit kemudian, Mawar keluar dengan baju yang di pakai pagi tadi. Dia menyandang beg galasnya di belakang sambil memegang helmet. Dia melihat Syakir yang masih menunggunya di situ. Dia mengeluh kecil. 

Tak blah lagi mamat ni!

SYAKIR
"Okaylah, kalau you tak boleh datang esok, it's okay. Tapi, please, don't quit. I bagi you cuti dua hari. Rest," pujuk Syakir sambil tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Mawar tersenyum nipis. Terasa dirinya sangat berharga apabila Syakir merayunya sebegitu.

MAWAR
"Tengoklah macam mana," Mawar terus pergi meninggalkan Syakir terpinga-pinga di situ.

Syakir melepaskan keluhan apabila melihat Mawar terus menuju ke pintu keluar restoran. 

SYAKIR
"Aduh.. Dean... This is your fault!" gumam Syakir sendirian. Dia meraup wajahnya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Pantas tangannya mendail nombor telefon Aydean.

Berkali-kali dia mencuba, tetapi tiada jawapan. 

SYAKIR
"Pick up the phone la!" Syakir mula geram. Dia terus keluar menuju ke kereta.
Keretanya dipecut menuju ke kondo Aydean sambil tangannya mendail sekali lagi nombor lelaki itu.

AYDEAN
"Yes,baby. You nak apa?" soal Aydean sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumahnya. Dia merebahkan tubuhnya ke atas katil. Matanya berat dirasakan. Jadualnya terlalu padat selepas dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan anugerah berprestij baru-baru ini.

SYAKIR
"I on my way to your house. I have something urgent to talk about," Syakir memasuki perkarangan kondominium Aydean. 

AYDEAN
"Please baby. I mengantuk  sangat ni. Kita discuss tomorrow okay," balas Aydean dengan matanya mula tertutup.

DING!DONG! 

Bunyi loceng rumah Aydean bergema. Aydean membuka matanya semula.  Dia melepaskan keluhan kasar.

SYAKIR
"I'm here!" balas Syakir tidak peduli akan rayuan Aydean itu. Panggilan dimatikan. Dia menunggu Aydean membuka pintu dengan penuh sabar. 

Aydean mencampak telefon bimbitnya ke katil. Kemudian, dia berjalan malas menuju ke pintu utama. Tombol dipulas. Pintu dibuka dan Aydean melihat wajah Syakir yang tenang itu. 

AYDEAN
"What's wrong, baby? I tak curang dengan you. Cek la, takde perempuan lain dalam rumah ni," Aydean berpaling semula berjalan menuju ke sofa sambil merebahkan dirinya di situ. Letih sangat dirasakan.

SYAKIR
"Dean, kau call Mawar, say sorry to her. Now!" Syakir memberi arahan kepada Dean. Dia berdiri tegak sambil tangannya menyeluk ke dalam saku seluar.

AYDEAN
"Mawar? Who is she?" soal Aydean dengan malas. Matanya masih tertutup rapat.

SYAKIR
"Where's your phone?" soal Syakir tanpa menjawab soalan Aydean itu. Aydean memberi isyarat menunjuk ke arah biliknya. Syakir terus menuju ke arah bilik Aydean dan mengambil telefon bimbit lelaki itu. Kemudian, dia kembali semula ke ruang tamu.

Nombor Mawar di dail dan diletakkan ke telinga Aydean.

SYAKIR
"Say sorry," arah Syakir sebaik sahaja suara Mawar kedengaran di corong telefon.

AYDEAN
"Sorry," ucap Aydean yang sudah separa tidur itu. Syakir tersenyum. Panggilan dimatikan. Aydean dilihat sudah pun lena di kerusi tersebut.

Syakir membuka applikasi pesanan di dalam telefon bimbit Aydean dan dia menghantar satu mesej ke nombor telefon Mawar.

^AYDEAN^ Hai, Mawar. Dean's here.  I'm sorry for what happened today.  Please forgive me and please don't quit. The restaurant need you!

SENT!

Telefon Aydean diletakkan di atas meja ruang tamu. Kemudian, Syakir melangkah keluar dari rumah Aydean. Tombol pintu di kunci. 

SYAKIR
"Sweet dreams, darling," ucap Syakir sambil menutup menarik pagar rumah. Dia terus berjalan menuju ke arah lif. Rambutnya di selak kebelakang dengan penuh gaya. Dia menghela nafas lega. 

Syakir berdoa agar hati Mawar terpujuk. Dia tidak mahu Mawar berhenti kerana khidmat Mawar sangat diperlukan ketika ini. Ramai yang sudah tahu mengenai air tangan Mawar. Sesuatu yang lain dan sesuatu yang baru. Dia perlu menjaga kepentingan restorannya. Jadi, Mawar ibarat aset yang berharga buat restoran mereka.

Sementara itu.

Mawar mengerutkan dahinya melihat ke skrin telefon. Membaca satu persatu ayat dari mesej yang dia terima dari lelaki bernama Aydean itu.

Macam tak ikhlas je!

Dia terus masuk ke bilik air dan membersihkan dirinya. Siap. Badan direbahkan di atas katil. Beberapa minit sahaja dia sudah terlelap.

××××××××××

Petang itu, Mawar sudah pun berada di restoran menyediakan semua bahan untuk makan malam ahli keluarga Syakir dan Aydean. Syakir yang melihat kehadiran Mawar itu tersenyum puas. Dia menghampiri Mawar.

SYAKIR
"Thanks for coming," ucap Syakir sambil kedua tangannya di dalam saku. Dia tersenyum.

MAWAR
"Pay me double," balas Mawar tanpa memandang wajah Syakir. Syakir ketawa kecil sambil menganggukkan kepalanya.

SYAKIR
"As you wish. Nanti you masuk bilik I. I nak jadikan you permanent krew. With new payment and new terms," Syakir sudah membuat persediaan awal untuk mengikat Mawar di restorannya. Mawar mengangkat wajahnya perlahan memandang ke arah Syakir.

MAWAR
"Okay," balas Mawar tanpa berfikir panjang. Hatinya berbunga kerana akhirnya dia telah menjadi staff tetap di situ setelah setahun bekerja. Dia tersenyum di dalam hati.

SYAKIR
"You belajar martial arts apa?" soal Syakir tiba-tiba. Syakir masih lagi berdiri di hadapan Mawar. 

MAWAR
"Boxing," jawab Mawar ringkas. Syakir terdiam seketika. Dia menelan air liur sambil menganggukkan kepalanya. 

SYAKIR
"You minat boxing?" soal Syakir lagi. Dia berminat untuk tahu lebih lanjut tentang martial arts yang di pelajari oleh wanita itu.

MAWAR
"Sikit. More to self defense," balas Mawar sambil meneruskan kerja-kerjanya. Syakir mengangguk sekali lagi.

SYAKIR
'There's something interesting about her!' gerutu Syakir di dalam hati sambil tersenyum merenung wajah Mawar.

ADAM
"Encik Syakir, Aydean call I tadi. Dia busy untuk minggu ni. So, malam ni dia tak dapat join," Adam yang baru masuk ke dapur memberitahu Syakir tentang panggilan telefon dari Aydean itu. Syakir memandang wajah Adam sekilas. 

SYAKIR
"Alright," balas Syakir sambil menganggukkan kepalanya. Dia kembali memandang Mawar yang masih tekun meneruskan kerjanya.

"Okaylah. Mawar nanti you jumpa I. Don't forget," Syakir mengingatkan Mawar sekali lagi. Mawar hanya menganggukkan kepalanya tanpa memandang wajah Syakir.

Syakir berlalu pergi ke pejabatnya. Adam yang berada di situ memandang ke arah Mawar. Dia mnghampiri Mawar dan duduk dihadapan wanita itu.

ADAM
"Apa yang membuatkan Cik Mawar berubah fikiran?" soal Adam ingin tahu. Dia menongkat dagunya dengan tangan kiri. 

MAWAR
"Encik Syakir nak bayar saya double," jawab Mawar ringkas. Biarlah dia terlihat mata duitan sekalipun. 

Janji boss tiga suku tu dah minta maaf pada aku!

ADAM
"Encik Syakir nak bayar you double? Seriuslah. Dia tak pernah offer I macam tu tau," balas Adam dengan wajah teruja. Mawar hanya memandang dingin wajah Adam.

Haaiisshhlah dia ni. Susah nau nak senyum!

ZARA
"Mawar, ada customer nak jumpa," celah Zara yang baru muncul dari luar. Mawar memandang wajah Zara sambil mengerutkan dahinya.

Siapa?

Tanpa bertanya Mawar bangun dan membersihkan tangannya. Dia kemudian terus ke luar mencari kelibat orang yang dimaksudkan.

Lama Mawar merenung susuk tubuh tersebut. Dia menghampiri wanita itu. Mereka berpelukan erat. 

QISTINA
"Kiera sihat?" soal Melur Qistina kakak kandung Mawar. Mawar hanya menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum nipis.

"Boleh ke kita berbual sekejap ni?" soal Qistina lagi. Mawar melihat jam di dinding restoran.

MAWAR
"10 minutes," jawab Mawar ringkas. Qistina menarik tangan Mawar ke suatu sudut.

QISTINA
"Tak nak balik jumpa papa?" soal Qistina seolah merayu. Mawar tersenyum pahit. Dia diam tanpa menjawab apa-apa apabila mendengar tentang lelaki itu.

"Balik la sekejap. Dah berapa tahun Kiera tak jumpa papa. Tak kan tak rindu?" Qistina seolah mendesak Mawar. Mawar mula tidak selesa dengan desakan itu. 

"Actually, I datang sini nak beritahu you yang papa nak serahkan syer you pada Zaryn and Johari," Qistina berterus terang. Mawar sedikit pun tidak terkejut kerana dia tahu ayahnya, Dato' Khalid lebih sayangkan adik tirinya itu, Zaryn.

MAWAR
"It's up to him. I takde kena mengena dalam hidup dia, apatah lagi dalam company tu," balas Mawar dengan tenang. Qistina terdiam. Dia mengeluh berat. Degil sungguh adiknya yang sorang ini. 

QISTINA
"Hey, he's our papa! Kiera nak ke semua harta papa tu jatuh pada aunty Zahlia dengan Zaryn?? I tak nak, okay!" tegas Qistina dengan suara yang agak keras. Mawar masih tenang.

MAWAR
"So, fight for yourself. I tak nak campur. Qis, that's your papa. Not mine anymore. Dia dah halau I dari rumah. So, I bukan anak dia lagi. Fullstop!" Mawar menarik nafas dalam. Dia menjengah melihat jam di dinding. 

"Time's up. I banyak kerja nak buat," Mawar cuba berlalu pergi tetapi ditahan oleh Qistina. Mawar menoleh semula ke wajah kakaknya itu. 

QISTINA
"You know that I love you?" ucap Qistina dengan wajah yang sayu. Mawar terdiam seketika. Dia tersenyum segaris.

MAWAR
"I love you too. Drive safely," Mawar mencium pipi kanan kakaknya itu. Mereka berpelukan sekali lagi. Kemudian Mawar melangkah masuk semula ke ruangan dapur dan menyambung semula kerja-kerjanya. Dia menguatkan volume earphone. Lagu Hsyteria-Muse berlagu rancak di telinganya.

FLASHBACK

Dato' Khalid memandang wajah Mawar Kirana dengan wajah yang tegang. Dia mencengkam pipi Kirana dengan kuat.

DATO' KHALID
"You memalukan papa!! Kalau aunty Lia tak beritahu papa, sampai ke sudah papa tak tahu yang you pernah mengandungkan anak haram!!!" jerkah Dato' Khalid sambil melepas kasar wajah anak perempuannya itu. 

KIRANA
"Maafkan Kiera papa, please.. Kiera janji, Kiera tak kan ulang lagi. Kiera akan ikut semua cakap papa," rayu Kirana dengan airmata yang mengalir deras bersama esakan dari mulutnya.

DATO' KHALID
"It's too late. Keluar dari rumah ni!!! You not my daughter anymore!!!" jerkah Dato' Khalid dengan wajah yang menyinga.

KIRANA
"Papa please. I have no one out there!! Please jangan halau Kiera. Please.. I beg you, papa!!!" rayu Kirana sambil memegang kaki Dato' Khalid.

DATO' KHALID
"Security!! Get her out of here!!!" Dato' Khalid menendang tubuh Kirana menjauhinya. Kirana meronta-ronta apabila tangannya di pegang oleh dua orang sekuriti rumah agam Dato' Khalid itu.

KIRANA
"Papa!!Please!!" jerit Kirana. Tubuhnya ditolak keluar dari pagar rumah agam tersebut. Dia menangis teresak-esak mencari hala tuju yang dia sendiri tidak tahu kemana harus dia pergi tika ini. 

Melur Qistina yang baru pulang dari pejabat itu terkejut melihat adiknya berada di luar pagar rumah mereka dengan tangisan yang menggila. Dia cepat-cepat keluar dari kereta dan memeluk adiknya yang menangis teresak-esak itu. 

QISTINA
"What's wrong Kiera??" wajah Qistina cemas melihat adiknya itu. Seperti sesuatu yang buruk telah berlaku. 

KIRANA
"Papa..Papa dah tahu. About my.. my pregnancy.. Aunty Lia..she told papa..about it," teresak-esak Kirana menjelaskan apa yang berlaku kepada dirinya. Qistina terdiam. 

QISTINA
"Come. I pujuk papa for you," Qistina menarik tangan Kirana untuk masuk semula ke dalam rumah, namun, Kirana menggelengkan kepalanya. Dia kenal benar akan Dato' Khalid itu. Jika itu keputusannya, tiada siapa akan dapat mengubah atau memujuk lelaki itu lagi.

KIRANA
"Papa dah halau I. I tak boleh masuk rumah ni lagi. I just want you to help me. I takde duit nak pergi mana-mana. Please..I..," Kirana tidak sanggup menghabiskan kata-katanya. Hatinya terlalu sebak. Qistina memeluk erat tubuh adiknya itu.

QISTINA
"I akan tolong you. Don't worry. I love you, Kiera," Qistina turut menangis. Mereka berpelukan erat sesama sendiri. 

Hampir 3 tahun berlalu peristiwa itu. Setiap kali Mawar berjumpa dengan Qistina, pasti kenangan tersebut bermain di fikiran Mawar. Pada Mawar, Kiera atau Kie, dah lama mati dan terkubur dalam jiwanya. Mawar adalah orang yang baru. Yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri. 

Mawar menarik nafas dalam. Airmata diseka perlahan.

I'm not Kiera or Kie anymore. I have no one..... Just me.. Rose... Black Rose.. the broken one.....Broken inside....

ayah saya masih di dalam wad kerana sawan. tolong doakan kesembuhan dan kesihatan ayah saya ye.. terima kasih.

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-03-27 19:51:40 

moga ayah awak d beri kedembuhan...aamiin


NovelPlus Premium

The best ads free experience