Ji Eun Juga Cintakan MJ?!!

Fanfiction - KPOP Completed 640

Ji Eun hanya mampu mengelakkan matanya dari bertembung mata dengan gadis gadis yang berada di sekolahnya.Kini Sexy Girlz sudah tidak menakutkan lagi.Sekolahnya lebih berbahaya !
Silap hari bulan,wajah nya ada parut.
Ngeri rasanya memikirkan hal itu.
"Seronok nya jadi kau Ji Eun ! Couple dengan MJ ya..."Nakal nada suara Bohee.
Ji Eun hampir mencubit Bohee.Geramnya pada Bohee masih belum hilang.
"Eleh,kau pun.Berani lah sikit.Rupa dah ada,cuba je belum.Pergilah pikat Kyung Soo yang tampan tu."Sakat Ji Eun pula.
Bohee terdiam.Dirinya langsung tiada keberanian.Semangatnya hilang begitu saja.
Ji Eun menelek temannya,Bohee.
Rambut pendek sampai bahu,tetapi lurus dan sedikit beralun.Matanya bulat,bibirnya munggil dan bewarna merah jambu.Wajah Bohee tidaklah dikategorikan cantik,tetapi comel dan punya baby face gitu !
Bohee mencuri pandang ke arah Kyung Soo kesayangannya itu.
Ji Eun mengambil peluang itu.Dia menolak Bohee sekuatnya sehingga Bohee hampir terjatuh.Mujur Kyung Soo segera bangun dan berjaya menangkap tubuh Bohee ke dalam pelukannya.Kelas menjadi senyap.
Mata mereka semua tertumpu pada Bohee dan Kyung Soo yang berkeadaan begitu.
Kyung Soo kaku,Bohee juga kaku.Matanya tepat bertentang mata dengan Kyung Soo.
Sesaat kemudian,Bohee terus rebah dalam pelukan Kyung Soo.
"Bohee !"Jerit Kyung Soo.Ji Eun terkejut.
Kyung Soo tahu nama Bohee?
What?
Tanpa membuang masa,Kyung Soo terus mencempung tubuh Bohee dan membawanya kelur dari kelas.
Ji Eun mengelamun.
'Jangan-jangan... Kyung Soo sememangnya ada hati pada Bohee?'
Bibir Ji Eun terukir senyuman penuh makna.

"MJ ! Tengok apa kau dah buat ! Disebabkan cinta kau ni,skandal muncul !
Habislah kareer kita kalau macam ni ! Kot ya pun nak couple,kau couple la diam-diam !"Marah Gwangjae membulat matanya.
Min Jae diam.Tahu salah silapnya.
"Maafkan saya,Hyung.(abang)
Tapi itu aje cara supaya Ji Eun terima cinta saya !"Jelas Min Jae.Dia tahu Ji Eun tidak akan menerima cintanya jika dia mengaku secara baik.Jadi,lebih baik supaya dia tidak mengambil risiko.
Dia tahu baik budi Ji Eun.Ji Eun tidak akan memalukannya dengan menolak cintanya.
Gwangjae mengeluh.Remaja kalau sudah jatuh cinta,haihh...Tapi masalahnya MJ bukan remaja tetapi sudah dewasa !
"Kau pegi balik !"Halau Gwangjae tanpa berselindung.
Min Jae akur.Dia bangun dan berlalu meninggalkan managernya.

"Hello,Ji Eun.Awak kat mana?Saya ambil awak."Ujar Min Jae dengan suara yang lemah.Hatinya serba salah kerana sudah memperlakukan managernya a.k.a sahabat baiknya,begitu.
"Hello,saya kat rumahla.Kenapa?Awak nak bawa saya pegi mana?"Soal Ji Eun dengan suara yang lembut.Kedengaran seperti memujuk di telinga Min Jae.Rasa sedih dan rasa bersalahnya hilang begitu saja.
"Saya nak bawa teman wanita saya keluar.Siap sekarang.Saya on the way."Nada suara Min Jae bertukar riang semula.
Dahi Ji Eun berkerut.Talian sudah dimatikan.Hairan betullah laki ni sorang !
Tak paham betul aku dengan lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience