Bab 23

Vampire Series 4523

Sudah beberapa jam dia berdiri di luar balkoni pada malam itu . Dan beberapa jam itu jugalah tangannya melekap di dahinya sendiri .
Boleh percaya ke apa yang Emelya cakap tu ? Kang tak pasal-pasal aku tertipu , malu aku dibuatnya .
Tapi kalau betul.. Kenapa rasa bahagia semacam saja ?
Aku tau lah kau dengan Cleo tu kekasih sehidup semati Cealyn oi . Tapi janganlah kau buat diri aku ni macam diri kau .

Tiba-tiba pula situasi tadi bermain di fikirannya . Situasi dimana Alyaa dari tadi dekat saja dengan Cleo .
Dari breakfast tadi sampai dinner pun dia duduk dekat Cleo . Nasib aku bukan sesiapa dekat sini tau , kalau tak memang dah lama aku berkepit dengan Cleo .
Biar padan muka kau tak dapat dekat dengan Cleo ahak !

Jap jap . Ayat aku tu kedengaran macam aku sedang cemburu kan ? Aku pun tak pasti sebenarnya . Mungkin juga aku dah jatuh cinta dengan dia ? Mungkin..
Aku tak tau macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia sedangkan cara dia layan aku ni boleh buatkan aku gila .

“ Demam ke ? ” soal seorang lelaki yang sudah lama berdiri di sebelah gadis itu .

Laju saja pandangan Emelyn dialihkan ke sebelahnya . Pandangannya bertembung dengan pandangan Cleo yang turut memandangnya .
Eh ? Sejak bila dia masuk ?

“ Tak . ” jawab Emelyn sepatah .

“ Habis kenapa tangan kau dari tadi melekat dekat dahi tu ? ” soal Cleo lagi . Sejak dia berdiri disini , kelihatan gadis itu dari tadi memegang dahinya .

Emelyn yang baru perasan akan tangannya yang masih lagi melekap elok di dahinya terus menjatuhkan tangannya semula .
Tanpa sengaja , tangannya jatuh ke atas tangan Cleo dan membuatkan mereka saling berpandangan .
Wuish sejuknya tangan .

“ Sorry . ” kata Emelyn perlahan lalu mengalihkan tangannya dari terus memegang tangan Cleo .

Namun belum sempat tangan itu dialihkan , Cleo terlebih dahulu menggengam semula tangan itu dengan erat .
Berkerut dahi Emelyn melihat perangai Cleo yang agak pelik malam ni .

“ Kecilnya tangan kau . ” kata Cleo sambil membelek-belek tangan Emelyn yang digenggamnya .

Emelyn masih memakukan pandangannya ke wajah Cleo .
Kali ni aku mengaku , kacak sungguh jejaka yang berada di sebelahnya sekarang ni .
Mata yang menawan , hidung mancung , bibir merah kalah bibir aku pergh . Senyuman yang boleh buatkan iman runtuh .

PERFECT !

“ Dah puas pandang ? ” soal Cleo apabila menyedari Emelyn dari tadi memandangnya .

Emelyn tersedar dari lamunan apabila mendengar suara Cleo . Huish wajah dia ni boleh buat orang terpukau .
Emelyn menggeleng perlahan lalu mengalihkan pandangannya ke depan semula .

“ Boleh saya tanya awak sesuatu ? ” soal Emelyn tanpa memandang wajah Cleo . Rasa malu pula nak pandang wajah dia ni . Dah lah tangan aku yang kecil ni dia genggam erat . Dapat aku feeling yang aku dah berpunya sekarang ni huhu .

“ Hm . ” jawab Cleo . Macam tu je ? Hm ? Adoi apa punya jawapan lah .

“ Boleh awak ceritakan serba sedikit tentang Cealyn ? Saya tak tau apa-apa tentang dia . ” kata Emelyn perlahan .

Cleo memandang wajah Emelyn semula . Berkerut dahinya mendengar soalan daripada gadis itu .

“ Dia hidup dalam diri kau tapi kau tak tau apa-apa pun tentang dia ? ” soal Cleo semula .

Hm betul juga kan . Dia hidup dalam diri aku tapi aku tak tau apa-apa pun tentang dia .

Emelyn hanya tersengih mendengar soalan daripada Cleo .
Cleo menggeleng perlahan .

“ Cealyn dia macam kau . Tapi lebih cantik dari kau . ” kata Cleo selamba .

Kuang ajo kau . Rupa kita orang sama saja kan ? Asal dia lebih cantik dari aku pula ? Lain lah kalau kau cakap Cealyn lebih cantik dari Alyaa . Tak gitu ?
Eh asal aku libatkan Alyaa pula ? Tak habis-habis pasal Alyaa kan aku ni ?
Cleo tergelak kecil melihat reaksi yang diberikan oleh Emelyn . Marah nampak .

“ Cealyn dia separuh Demon , separuh Vampire . ” sambungnya lagi .

Emelyn mengangguk . Yang itu dia tau lah . Sebab mata kanan dia macam Vampire , mata kiri dia macam Demon .

“ Boleh tak kau tanya soalan lain ? ” kata Cleo . Serius bunyinya .

Ala kau ni . Banyak lagi aku nak tanya tentang Cealyn .
Tak apalah , next time aku tanya orang lain . Mesti ahli keluarga ni tau tentang Cealyn kan ?

“ Terangkan serba sedikit pasal Vampire dengan Demon boleh ? ” soal Emelyn sambil mengelipkan matanya berulang kali .

“ Apa yang kau nak tau ? ” soal Cleo semula .

“ Bukan Vampire hisap darah manusia ke ? Sebab sepanjang saya duduk dekat sini , saya tak pernah nampak awak semua hisap darah manusia . ” soal Emelyn . Serius , aku memang tak pernah nampak diorang hisap darah manusia sebelum ni .

“ Kau nak aku hisap darah kau ? ” soal Cleo sambil mendekatkan wajahnya ke leher Emelyn .

Laju saja Emelyn menjauhkan jarak dia dan Cleo . Ala kau ni , aku tanya saja pun .
Dan lagi satu . Aku soal kau , kau soal aku balik . Ingat ni sesi soal menyoal ke ?

“ Vampire bukan macam yang manusia fikirkan . Ya kami memang hisap darah manusia , tapi kami kawal diri kami . Kami tak nak jadi pembunuh . ” terang Cleo sambil mengalihkan pandangannya ke depan .

“ Habis macam mana nak hidup kalau tak hisap darah manusia ? Dan kalau korang tak dapat nak kawal , apa akan jadi ? ” soal Emelyn lagi . Berminat pula dia dengan semua ni . Yalah , dah alang-alang Vampire depan mata kan ? Jadi jangan lepaskan peluang hehe .

“ Kalau aku , aku hisap darah haiwan saja . Dan kalau kami tak dapat kawal , kami terpaksalah hisap darah manusia tu . Kalau kami cuba untuk kawal diri semasa hilang kawalan pula , kami yang akan mati . ” terang Cleo .

Hah ? Ma.. mati ? Sengsara rupanya kehidupan seorang Vampire ni . Nasib aku dilahirkan sebagai manusia .

“ Ada soalan lagi ? ” soal Cleo .

Amboi kau . Macam artis pula eh kena soal-soal ni .
Tapi aku memang banyak persoalan yang nak ditanya pun dengan kau ehem .

“ Apa maksud ‘ Sekali gus dapat menambah kekuatan aku ’ ? ”

Kata-kata Demon itu masih terngiang-ngiang di telinga aku . Pelik juga dengan kata-kata dia tu .

Cleo terdiam seketika . Pandangannya dialihkan ke atas langit . Berfikir sejenak .

“ Contoh kalau aku makan Vampire atau Demon yang hampir mati , kekuatan aku akan bertambah dua kali ganda . Kau nak tau siapa yang terkuat di dunia ni ? ” soal Cleo semula sambil memandang Emelyn . Entah mengapa dia suka memandang wajah ini . Ianya seolah-olah tengah bercakap dengan cinta hatinya . Cealyn..

Emelyn menjongketkan keningnya sebagai persoalan .
Cleo mendekatkan wajahnya ke telinga .

“ Cealyn.. ” bisiknya cukup perlahan di telinga aku . Ya , memang dia yang paling kuat disini . Sudah banyak Demon dan Vampire yang dimakannya .

What ?! Serius ? Cealyn paling kuat ? Wah banggalah aku sebab dia hidup dalam diri aku sekarang ni .
Patutlah Demon tu happy semacam saja bila berangan-angan dapat bunuh aku .

“ Jadi siapa yang dapat bunuh Cealyn , dia lah yang paling kuat antara yang terkuat disini ? ”

Cleo mengangguk perlahan . Masih lagi dia ingat Cealyn rebah di pangkuannya . Sesiapa pun yang membunuh Cealyn , dia tak akan maafkan insan itu . Tak akan !

“ Okay last question.. ” kata Emelyn sambil menunjukkan satu daripada jarinya .

“ Alyaa tu siapa ? ” soalan paling penting diajukan untuk Cleo tersayang ehehe .

“ Bukan kau dah kenal Alyaa ke ? ” soal Cleo semula .

“ Maksud saya , Alyaa tu siapa dalam hidup awak ? ”

“ Dia kawan baik saya dari kecil . Dia selalu ada untuk saya terutama sekali masa saya sedih . ” kata Cleo perlahan .

“ Habis Cealyn tu siapa dalam hidup awak ? ” soal Emelyn tidak mahu mengaku kalah . Ingat Alyaa saja yang penting dalam hidup Cleo ? Aku tak kan biarkan !

“ Dia adalah nyawa saya . ” jawab Cleo .

Wahh ! Penting sangat tu . Bermakna kalau Cealyn tiada , hilanglah nyawa kau kan ?
Emelyn memandang sekilas wajah di sebelahnya . Jelas terlukis wajah kesedihan . Mesti dia teringatkan pemergian Cealyn ni .

“ Hm.. Kalau Emelyn pula ? ” usik Emelyn . Saja mahu mengembirakan lelaki di sebelahnya itu .

“ Emelyn ? Hm kalau Emelyn.. ”

Cleo mengetuk perlahan palang besi itu . Berfikir jap .
Emelyn yang berada di sebelah masih setia menanti jawapan . Mana tahu kali ni dia jawab ‘ Dia adalah jiwa dan raga saya ’ . Perghh ! Memang malam ni juga aku cintakan kau !

“ Emelyn . Dia.. bukan siapa-siapa dalam hidup aku . ” jawab Cleo selamba sambil menggeleng .

Argh ! Sampai hati dikau !

Hancur-hancur cintaku
Sakit-sakit hatiku
Tapi tak bisa aku menyalahkanmu
Inilah jalanmu, Inilah nasibku
Yang tak ku suka

Laju saja tangan yang digenggam oleh Cleo ditarik kasar .
Tak nak kawan !

Langkah diatur menuju ke bilik air . Mandi lebih bagus !
Pintu dihempas kuat . Nasib tak tertanggal pintu tu . Kalau tak memang dia mandi tanpa pintu lah jawabnya .

Cleo hanya melihat Emelyn hingga hilang dari pandangannya .
Perlahan-lahan senyumannya terukir di bibir .

“ Kau adalah nafas aku . ” katanya cukup perlahan .

Entah mengapa dia mula selesa dengan kehadiran gadis itu . Mungkin juga kerana Cealyn hidup dalam dirinya .
Ditambah lagi dengan perangai yang sentiasa mencuit hatinya . Semua ini membuatkan dia sentiasa ingin mendekati gadis itu . Kehadiran gadis itu mampu mengembalikan dirinya yang dulu .

Aku mula cintakan kau Emelyn..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience