Chapter : 20

Action Completed 47669

~TIGA TAHUN KEMUDIAN~

Shira menolong anak anaknya memakai pakaian untuk menyambut hari jadi mereka berdua. Shira tersenyum melihat anak perempuannya. Dia melahirkan anak kembar, lelaki dan perempuan. Sangat comel.

Anak sulungnya bernama Tengku Shikir Rizal bin Tengku Shahril Razin. Anak keduanya pula bernama Tengku Shamira Adeliana binti Tengku Shahril Razin. Shira tersenyum akhirnya keluarga mereka bahagia selepas menghadapi pelbagai cabaran.

Razin masuk ke dalam bilik anaknya. Dia melihat Shira sedang memakaikan anak anaknya pakaian sambil tersenyum.

"Hai anak anak ayah. Alololo comelnya dia ni"Razin mencubit kedua dua pipi anak anaknya. Dia bahagia di kurniakan anak kembar.

Razin memandang ke arah Shira,begitu juga
Shira dia memandang ke arah Razin. Hatinya rasa pilu dan sayu

"Sayang,smile pleas"pujuk Razin. Dia tahu apa yang difikirkan oleh Shira. Dia juga sedih apabila mengenangkan apa yang telah terjadi.

Shira mengukirkan senyuman. Dia mengusap kepala anaknya. Dia memimpin anaknya turun ke bawah. Shira melihat mama dan papanya sudah berada di bawah sedang berbual bual dengan tetamu yang hadir.

"Hello tuan puteri dah turun dah"tegur satu suara.

Shira menoleh ke belakang. Dia tersenyum

"Mana anak kau?"perli Shira

"Hey,kau punya mulut tu memang nak kene cili kan"Shira tergelak

"Hahahaha,kau takde kerja ke main anak orang. Main lah anak sendiri"usik Shira lagi

"Biy,ambik cili kejap dekat dapur,sayang nak cili mulut isteri Razin ni"jerit Adelia

Hahahaha. Shira simpan senyum. Dia gembira dapat sepupu a.k.a kawan baiknya semula.

"Hah sengih sengih apa tu. Aku cili betul betul karang"ugut Adelia

"Dah dah lah tu. Buat bising je kerja kamu ni kan Adelia. Tak penat ke"tegur Datin Sharlina

"Alah Aunty Lina ni. Lama tau, tak berkepit dengan Adel ni. Rindu dia muah muah"hahaha kata Adelia sambil mencium pipi Shira

"Eee,geli lah. Kau buat lah dekat biy kau tu"kata Shira lalu menolak muka Adelia ke tepi. Dia berjalan menuju ke meja makan.

"Okey semua,jom kita potong kek"ajak Shira.

"Ibu, ibu"panggil anak lelakinya Shikir

"Ye sayang"

"Nak ukong"kata Shikir sambil mengangkat kedua dua tangannya.

"Oloh,meh sini. Mana adik dengan ayah?"tanya Shira pada anaknya yang ada di dalam dukungannya

"Atik tengan ayah ate tekat titu(adik dengan ayah ada dekat situ)"jawab Shikir pelat lalu menunjuk ke arah dapur. Kelihatan Razin sedang berbual dengan Shamir.

"Bang,jom lah"panggil Shira. Sempat pulak dua orang tu sembang dekat dapur

"Ye ye"

Mereka menyanyikan lagu happy birthday bersama sama. Shira memenggang tangan Shikir manakala Razin memenggang tangan Shamira. Mereka memotong kek tersebut.

"Yeayyyy"jerit para tetamu.

Shira dan Razin berpandangan dan memberikan senyuman.

Sudah satu jam berlalu

"Hey you Adel. Jaga diri baik baik tau,kalau tak aku culik anak kau ni"gurau Adelia

"Eh, culik anak kau sendiri lah"balas Shira pula

"Kau ni,aku tahu lah aku takde anak lagi"kata Adelia

"Hah satu lagi. Boleh tak kau panggil aku Adel masa kita dua orang je. Kau tau tak member aku semua confuse. Dah lah nama kau pun Adel, Adelia"ujar Shira

"Haishhhh,yo la yo la"

"Byeee"Shira melambai tangan ke arah Adelia dan Shira. Dia tidak perasan yang ade sepasang mata yang sedang memandangnya. Dia masuk ke dalam rumah

"Kau ni Shira memang susah nak mati kan. Ke kau nak suruh aku bunuh anak kau lagi sorang"kata seseorang

Malam itu Shira hanya termenung di beranda bilik. Anak anaknya sudah nyenyam tidur di bilik masing masing. Shira sudah mengajar anaknya untuk tidur sendirian. Mereka sudah berumur dua tahun.

Razin masuk ke dalam bilik selepas minum air di tingkat bawah tadi. Razin melihat Shira sedang termenung.

Razin mendekati Shira. Dia memeluk pinggang isterinya dari belakang. Terkejut Shira apabila terasa pinggangnya di peluk. Dia menoleh ke belakang.

"Kenapa ni sayang? Sayang fikir apa?"tanya Razin lalu memberikan kucupan pada dahi sang isteri.

Shira hanya senyum tawar. Razin sudah agak apa yang isterinya menungkan

"Sayang dengar ni. Setiap orang akan tinggalkan dunia ni. Cuma kita tak tahu bila dan bagaimana,tapi tak bermaksud kita perlu meratapi pemergiannya. DIA tarik Shirin tapi DIA bagi dua kembar dekat kita sayang"ujar Razin. Tubir matanya sudah bergenang tapi di tahan

Shira melepaskan tangisannya di dada bidang Razin. Dia memeluk erat tubuh badan sasa itu. Dia tak sekuat lelaki itu. Dia tak kuat.

"Sayang,kalau sayang nak dia bahagia sayang kene redha pemergiannya. Sayang tak boleh macam ni"pujuk Razin

Makin lebat tangisan Shira. Razin sudah tidak menahan air matanya apabila melihat isterinya menangis.

"Abang,kalau sayang jaga dia elok elok mesti dia masih hidupkan"kata Shira perlahan

"Sayang,dia dah takde. Kita sedekahkan Al-fatihah dekat dia ye"ucap Razin

"Shira tak kuat"badannya sudah lemah, penglihatan semakin kabur. Akhirnya dia pengsan di pelukan Razin

"Ya Allah,sayang"Razin perlahan lahan menggangkat tubuh isterinya dan di letakkan di atas katil.

Dia baringkan diri di sisi isterinya. Dia memandang siling bilik. Dia juga tidak kuat dengan dugaan ini. Tapi dia tetap bersabar.

Razin tertidur dengan mata yang berair.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience