bab 10

Romance Series 423079

“Eh La… sabar kau nak pergi mana tu? Riz jom pergi kat Ella. Dia buat hal lah.” ajak Reen gelabah apabila melihat Ella sudah pun menuju ke arah gadis itu. Ayriz bagaikan kembali ke dunia nyata. Dia turut mengikut jejak rakannya.

“Eh you kan perempuan yang langgar I tadi? You tak reti minta maaf ke hah?” tanpa salam Ella menyembur gadis itu.

“Excuse me? You yang langgar I. Sayang ni la perempuan yang I cakap tadi.”

“Hello, kau tu yang tengok telefon lepas tu langgar orang.”

“Ella dah la tu, tak ada guna kau cakap dengan orang macam dia. Jom.” ajak Reen. Ayriz masih lagi mendiamkan diri. Ella dan Reen sudah terbiasa dengan suasana Ayriz jadi tidak hairanlah. Fariz hanya mendiamkan diri sejak tadi apabila melihat isterinya.

“Hah you bawak kawan you and sorang lagi kawan you ni blah daripada sini. Jangan kacau I dengan tunang I boleh tak?” katanya sambil memaut lengan Fariz. Ayriz tergelak sinis. Semua mata terus memandangnya.

“Excuse me, apa benda yang lawak?” Wawa memerhati gadis yang sejak tadi mendiamkan diri dan memandang ke bawah. Ayriz mengangkat kepala memandang Fariz dan Wawa. Jelas Wawa kelihatan terkejut ketika itu.

“Ayriz, kau kenal ke diaorang?”

“Diaorang? Nope tak kenal. And tak berminat nak kenal. Dah jom , aku lapar… jangan sampai dua orang depan mata ni aku makan.” bersahaja Ayriz berkata namun memberi kesan mendalam kepada Fariz dan Wawa.

“Jom.” ajak mereka serentak. Ella dan Reen terus beredar manakala Ayriz masih lagi disitu. Fariz masih lagi mendiamkan diri. Wawa disebelahnya memandang tempat lain sambil tangannya masih memaut lengan Fariz.

“Lain kali ajar tunang berbudi bahasa dengan orang.” perli Ayriz terus meninggalkan mereka. Perkataan tunang saja ditekankan. Wawa merengus geram. Fariz pula sudah menggaru belakang kepalanya.

“Jom sayang…. biarkan dia.”

“Aku geram betul tengok minah tadi tu. Kemain berlagak lagi… ikut hati aku memang lunyai dia aku kitai. Nasib dalam mall je.”

“Kan wey…. kekwat betul dia. Apa tunang? Hah tunang dia pun tak layan dia masa dia mengadu tu. Senyap je aku tengok.”

“Eh kau perasan ek? Aku ingat aku je. Tunang bukan main helok lagi. Tapi bakal isteri macam dari neraka. Macam mana dia boleh stay dengan perempuan macam tu.”

“Dia buta.” dua perkataan mampu membuat Ella dan Reen memandang ke arah Ayriz.

“Riz, asal kau sembur je dia tu. Aku tunggu kau bukak mulut je tadi. Kau kalau bukak mulut boleh pekak dia.” tertawa Ella dengan lawaknya sendiri.

“Itulah aku tunggu juga Ayriz ni bukak mulut. Tapi macam tak kenal Ayriz ni macam mana… macam ada emas dalam mulut dia.”

“Aku lapar…. malas aku nak layan benda benda macam ni. Daripada kita bazirkan rehat kita dengan minah tu baik kita makan. Korang dah sudah tak? Kalau dah jom balik office. Kerja aku bertimbun.”

“Itulah Ayriz Elyna. Sekelip mata topik tadi hilang.” kata Reen sambil bangun. Gelak kecil mereka.

‘Tak apa husband… keluarlah sepuas puasnya. Just one month. Awak belum kenal siapa Ayriz Elyna.’ tersenyum makna Ayriz sambil berjalan. Banyak rancangan di dalam otaknya.


Sekejap sahaja masa sudah pun hujung minggu dan sudah seminggu juga perkahwinan Ayriz dan Fariz berlangsung. Sejak kejadian bertemu di mall itu Ayriz dan Fariz membuat hal masing masing. Tanggungjawab Ayriz sebagai isteri tidak diabaikan. Ayriz masih lagi masakkan suaminya makan malam.

Pelik juga Fariz, Ayriz tidak langsung mengungkit kejadian itu. Mana tidaknya balik sahaja daripada office dia terus berjumpa kaunseling tak berbayarnya iaitu Eriq tentang mereka terjumpa. Banyak juga Eriq membasuh otak Fariz ketika itu.

“Ayriz…. dah siap belum. Cepatlah.” laung Fariz daripada bawah. Tidak lama kemudian Ayriz tiba dengan wajah masamnya.

“Tak reti sabar ke? Yang excited sangat nak pergi kenapa? Dah tak sabar nak jumpa si Sya tu?” geram Ayriz apabila mama papanya masih memaksanya untuk pergi ke rumah ibu saudaranya.

“Eh kau tahu tak jalan jem nanti.”

“Hah kalau jem tak payah pergi, senang. Ayriz tak ada makan makan tu still jadi.”

“Jangan buat hal boleh tak? Mama papa dah tunggu kat sana. Ni apahal pakai macam ni? Pergi tukar baju. Kau ingat nak pergi joging ke?” mana tidaknya Ayriz memakai baju tshirt dan juga seluar trek.

“Lawa lawa buat apa? Paling tidak mummy daddy ajak kawan kawan dorang je. Awak tak takut orang usya saya nanti?”

“Kau ni kuat perasan kan? Pergi tukar baju. Kang orang cakap aku tak pandai jaga bini.”

“Memang pun.” jawab Ayriz selamba dan terus menapak ke atas. Fariz menjeling geram.

“Kurang asam punya budak. Nak jumpa family dia. Aku pulak lebih.”


Setibanya mereka di rumah itu, ramai tetamu yang hadir. Ayriz mengenakan baju kemeja sahaja. Rambut diikat seperti ekor kuda. Jelas penampilan ringkas. Muka? Dia hanya mengenakan bedak baby dan liptint sahaja. Sudah puas Fariz membebel namun dibuat tidak endar.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam. Hah sampai pun ingat tak nak datang rumah mummy.” Mummy memeluk anakbuahnya.

“Tak akan tak datang. Jalan jem sikit la mummy. Mummy yang lain mana?” Ayriz memandang sekeliling mencari kelibat abang sepupunya.

“Macam biasalah dekat bilik Ami. Fariz masuk jangan segan.” Fariz yang lagi tadi diam hanta tersenyum.

“Ayriz nak pergi kat diaorang. Fariz nak tunggu sini ke macam mana?” berkerut dahi Fariz apabila Ayriz memanggilnya dengan nama.

“ikut.” jawab Fariz sepatah dan mengikut belakang isterinya.

Semasa naik tangga saja Fariz bersebelahan dengan Ayriz.

“Asal panggil macam tu?”

“Panggil macam mana?”

“Panggil nama… asal panggil aku nama camtu.”

“Elok Ayriz panggil nama daripada Ayriz panggil aku kau.” saja Ayriz merenung lama suaminya. Sedikit gelabah ketika itu.

“Eh korang buat apa depan pintu ni?” tegur Ami yang baru sahaja bukak pintu.

“Saja… siapa je kat dalam. Baby dah sampai dah.”

“Semua dah sampai. Masuklah. Fariz masuklah. Selalu pintu ni bukak sebab budak ni ada. Ni laki dia ada tak payahlah aku bukak lagi pintu ni.” Fariz mengangguk faham. Terselit rasa cemburu apabila Ayriz sering bersama abang abang sepupunya. Walaupun hanya sepupu tetapi mereka tetap lelaki.

“Eh princess dah sampai.” tegur Ayie. Ayriz hanya tersenyum dan duduk di tempat biasanya. Fariz pula duduk di atas katil yang berdekatan mereka.

“Dah mula ke?” soal Fariz.

“Belum. Ni kejap lagi mula la ni. Baby asal pakai macam ni. Baby ingat pergi pasar ke?” tegur Am yang daripada memandang adik sepupunya.

“Tak payah cakap Am. Puas mulut aku ni bebel suruh dia tukar. Buat tak tahu je.” Mereka tertawa kecil manakala mulut Ayriz sudah muncung.

“Pergi rumah mummy je pun.”

“Siapa cakap? Malam ni kitaorang nak naik genting. Tak nak ikut?” saja Andy memancing Ayriz. Dia tahu Ayriz mesti mahu ikut.

“Apa korang ni! Kenapa tak bagitahu baby awal awal. Suka buat benda last minute. Sajalah tu tak nak baby ikut.

“Tak adalah…baby okay dah pakai macam ni. Lawa je abang ayie tengok. Abaikan Andy ni.” Ayie sudah tahu jika tidak pujuk awal mahu gadis bermasam muka sepanjang hari. Ayriz masih lagi diam tak lama kemudian dia tersenyum dan bangun dan terus keluar daripada bilik.

“Eh budak tu nak pergi mana? Kau la ni Dy…tengok budak tu dah blah.”

“Dia memang selalu macam tu ke?” sudah lama Farix ingin menanya soalan itu.

“Eh tak adalah… dulu lagi teruk. Ni dah kurang. Dulu cakap sikit terus tak nak jumpa dua tiga hari.” cerita Am tertawa.

“Sebab Andy ni la suka mengusik dia. Sorang buat semua dia tak tegur.” tambah Ami pula.

“Mesti kau terpikir an macam mana kitaorang boleh layan perangai perempuan macam tu?” soalan Ayie dijawab dengan angguk. Mana tidaknya 24 jam dengan merajuk siapa je dapat bertahan.

“Kitaorang daripada kecil dengan dia. Bagi orang luar Ayriz tu mengada, gedik nak attention je…. tapi untuk kitaorang yang lama kenal dia. Kitaorang lagi prefer dia macam ni daripada dia diam je. Kalau kau nak tahu, sejak tahun lepas, Ayriz nak duduk lepak dengan kitaorang pun payah… jumpa lagi makan bulan. Setiap kali ada makan makan ke apa dia mana ada pernah duduk dengan kitaorang. Dia duduk dalam bilik je. Bercakap? Mana ada dia bercakap macam sekarang. Ibarat kau cakap dengan budak bisu. Kau tanya kau jawab sendiri. Sejak korang kahwin ni baru dia duduk lepak dengan kitaorang, bercakap dengan semua orang. Banyak benda dia hadap sebab tu dia jadi macam tu. Lagi satu dia dulu tak pakai macam sekarang. Dia pakai sama apa perempuan pakai… nak melawa semua. Tapi macam aku cakap sebab satu benda dia jadi macam sekarang.”

“Asal dia boleh sampai berubah macam tu?”

“Kau kena tanya dia sendiri bro. Kitaorang nak dia cerita dengan kau sendiri.”

“Eh dah la jom turun. Dah nak mula tu. Dengar kemain ramai kat bawah.” ajak Ami apabila melihat jam ditangannya.

“Ayriz?” soal Ayie.

“Biarlah dia. Nanti dia turunlah tu. Jom Fariz.” Fariz hanya mengangguk. Dia juga mencari isterinya namun bila sudah diajak dia terpaksa ikut.

‘Manalah budak ni… siapa nak teman aku.’


Ramai tetamu yang hadir. Fariz tidak tertinggal bersama sepupu sepupu Ayriz. Dia juga berharap Ayriz turun secepat mungkin.

“Hai Fariz…. mana Ayriz?” tegur Sya dengan manja.

“Entahlah daripada tadi tak nampak.”

“Dia memang macam tu. Mana pernah duduk dengan family. Kesian you sorang sorang. Tak apa I teman you okay?” saja Sya tertawa kecil sambil duduk bersebelahan Fariz. Fariz mula tidak selesa. Bukan apa dia tahu Ayriz tidak suka dengan gadis disebelahnya.

“Kawan you tak datang ke? Pergilah dekat kawan you.”

“You macam tak suka je I teman you dekat sini? Kenapa Ayriz ada buruk buruk kan I ke?”

“Eh mana ada. Ha tu laki tu daripada tadi pandang you… you pergilah. Kawan you kot.” Sya memandang ke arah Fariz katakan. Dia tersenyum.

“Haahlah dah sampai. I pergi dulu. Anything just datang je dekat I.” Fariz hanya senyum sebaris.

“Ayriz, mana kau ni.”

sorry if this chapter bosan sikit

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-07-16 20:39:23 

next ...tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience