BAB 12

Horror & Thriller Completed 2300

Zaquan kemudian membuka bajunya. Hamiza terkaku apabila melihat tangan kanan dan kiri Zaquan seperti mahu putus apabila hanya dijahit dengan benang untuk mencantumkannya. Air mata ketakutan mula berjujuran menuruni pipi mulusnya itu.

“Kalau Hamiza tak sayang abang, pergilah bukak pintu tu. Abang terpaksa potong badan abang sebab Hamiza kalah.” Kata-kata itu menyentap hulu jantungnya.

Dia bagai hilang bicara apabila dia memerhatikan suaminya. Zaquan bagai dirasuk syaitan. Lelaki itu tersenyum sarkastik yang membuatkan dia meremang bulu roma.

“Hamiza ! Bukak pintu. Aku dan skuad aku dah sampai!”

“Sayang, cepatlah habiskan permainan!”

Dalam ketika Hamiza gelisah itu, Zaquan terus menolak tubuh gadis itu kasar sehingga dia terhenyak ke dinding. Hamiza mengaduh kesakitan. Matanya terpandang ke bawah meja kopi. Ya Tuhan! Apa yang suami dan anakku telah lakukan?!

Bum!

Daun pintu terbuka dan pihak polis merempuh masuk. Zaquan tidak mengendahkan malah terus bermain dengan khusyuk.

“Celaka! Aku kalah lagi!” Zaquan menjerit.

Dia mengangkat pisau tinggi-tinggi lagi dan mahu memotong tubuhnya. Puteri Kareena menjerit memberi amaran tetapi Zaquan tetap meneruskan niatnya.

Zup! Tubuh Zaquan yang terbelah dua itu terkulai di hadapan Hamiza membuatkan gadis itu menjerit bagai orang gila. Bagai terbayang di ruang mata suaminya mengangkat pisau itu tinggi-tinggi sebelum mencecah tubuh lelaki itu dan terbelah dua.

Zainol.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience