BAB 10

Family Completed 7465

Usai makan malam, Diana mendapatkan Mak Kiah di dapur. Ketika itu Pak Amin juga ada sekali bersama isterinya yang sedang duduk minum kopi di meja dapur.

“Hermmmm Mak, kalau Diana nak tanya sesuatu boleh tak? Perlahan suaranya. Memang sengaja dia berkata sedemikian perlahan agar tiada sesiapa yang mendengar, melainkan hanya mereka.

“Hah apa yang kamu nak tanya? Cakaplah…’’ Soal Pak Amin. Mustafa menarik kerusi bersebelahan dengan Mak Kiah . Hatinya berdetik ingin tahu. Benarkah segala apa yang di katakan oleh along tadi? Tentang dirinya yang sebenarnya. Dan nama ayahnya Harun, bukan Amin seperti yang tertera di surat beranaknya.

“Sebenarnya Diana nak tahu di mana sebenarnya Mak dan ayah Diana?’’ Tanya Diana.

Mak Kiah tidak menjadi mahu menghirup kopi panasnya di cawan. Di letakkan semula cawan itu ketempat asalnya.

“Diana kenapa kamu tanya pasal mak ayah kamu? Kamikan keluarga Diana.” Pak Amin berkata.

“Kalau tak silap nama ayah Diana Harun kan? Nama mak Diana pula Tini.” Langsung tidak dia terus menjawab pertanyaan Pak Amin, tetapi masih merenung wajah Mak Kiah yang mendiamkan dirinya.

“Mana kamu tahu semua ni?” Tanya Pak Amin lagi.

“Along dah beritahu Diana semuanya. Dia dah tunjukkan surat beranak Diana yang asli.”

“Apa yang kau nak tahu dari aku?” Tanya Mak Kiah.

Akhirnya, Mak Kiah bertanya. Itulah peluang yang dia tunggu-tunggu. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Apatahlagi bila dia melihat gambar-gambar yang di simpan oleh Mak Kiah dengan dirinya.Dia dapat rasakan yang Mak Kiah menyanyangi dirinya. Bukan seperti yang dia tunjukkan di depan semua. Segalanya berbeza.

“Mak dengan ayah Diana. Dia orang dekat mana?” Bercahaya mata Diana. Sama sepertinya cahaya bulan yang menerangi malam.

“Esok pagi, kau ikut. Aku tunjukkan kau mana mak ayah kau sekarang.”Terus sahaja Mak Kiah berlalu meninggalkan dapur. Walau banyak yang ingin di persoalkan, dia menahankan sahaja suara hatinya.Dia akan sabar menantikan hari esok. Hari yang bakal menemukan dia dan insan yang amat dia rindu. Nur Athieyah atau lebih mesra di panggil Tini. Sepeti yang di janjikan oleh Mak Kiah malam tadi, dia di bawa ke satu tempat. Tempat yang di beri nama Kampung Pertanian. Tanah perkuburan, Kampung Pertanian. Diana tidak banyak kata mahupun ingin bertanya lanjut. Di fikirannya sudah tersedia maklum, orang tuanya sudah meninggal dunia.

“Ni, kubur adik aku. Tini. Mak kandung kau.” Mak Kiahterduduk di depan kubur adik kesayangannya.Bertapa rindunya dia terhadap Tini, hanya Allah sahaja yang tahu. Mujur Diana bersamanya. Setidaknya, lepas jua kerinduannya terhadap adiknya.

“Assalammualaikum Mak.. Diana datang mak…” Diana berkata.Perlahan-lahan dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan Mak Kiah yang sedang membaca surah Yassin.

“Mak.. Diana , Diana rindukan mak. Diana rindukan mak, rindu sangat-sangat mak..” Diana. Berjujuran airmatanya mengalir. Hatinya dihimpit rasa pilu dan sayu.

“Mak, kenapa mak pergi cepat? Belum sempat Diana nak bermanja dengan mak. Kenapa mak pergi? Mak tak sayangkan Diana lagi ye. Diana jahat ye mak masa kecil. Sebab tu mak tak nak jumpa Diana lagi.” Diana bercakap, seoalah Mak Tini berada di depannya.Bacaan Yassin Mak Kiah jadi tersekat-sekat. Di selang-selikan dengan esak tangisnya yang pilu melihat anak saudaranya itu. Kasihan.

“Mak.. nanti mak tunggu Diana ye dekat sana. Diana nak jumpa mak. Diana nak manja-manja dengan mak. Diana janji, Diana tak nakal lagi. Diana akan jadi anak yang dengar cakap mak.Tapi, mak pun kena janji dengan Diana juga. Yang mak takkan tinggalkan Diana lagi. Mustafa tak sanggup kehilangan mak. Janji ye mak.” Berjujuran airmata Diana mengalir membasahi bumi.Inilah kali pertama dalam hidupnya yang telah mencecah lapan belas tahun, dia bertemu dengan mak kandungnya setelah dia di serahkan kepada Mak Tini untuk di jaga. Diana membuka Yassin di tangannya. Perlahan-lahan dia memulakan bacaan. Walau matanya masih lagi bergenang dengan airmata, hatinya masih lagi sedih dia gagahi juga tekadnya.Dalam perjalanan pulang ke rumah, Diana sempat bertanyakan Mak Kiah sesuatu.

“Mak, kubur ayah Diana mana?”Langkah kaki Mak Kiah terhenti. Dia memandang wajah anaknya itu.

‘Patut ke aku beritahu dia di mana ayah dia yang sebenar? Dia boleh terima ke hakikat ini?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience