“Auni kau dah habis makan kan? Ceritalah dekat aku pasal tadi, apa yang terjadi pada kau? Maaflah selepas habis kuliah tadi aku terus balik dengan Alia tak sempat nak bagitahu kau. Qisya berkata
”Yelah, tak apa sebab lepas habis kuliah tadi aku pun tinggalkan kau, oklah aku cerita ni, kau dengar betul-betul okay.” Lalu Auni menceritakan semua yang berlaku sebentar tadi kepada Qisya sehinggalah Auni menangis teresak-esak dan Qisya terpaksa memujuk Auni dan menenangkannya.
Semenjak dua bulan kejadian itu berlaku, Auni dan Danish tidak pernah bertegur sapa. Masing -masing punya ego sendiri yang Auni nya ke utara dan Danish pula ke selatan. Sudah suka itu, cakap sahajalah. Ini tidak, dipendam lama-lama.
Akhirnya tiba masanya mereka untuk melalui saat-saat peperiksaan akhir semesta. Dan selepas peperiksaan ini, semua pelajar akan menjalani majlis graduasi dan mereka akan membuat haluan masing-masing.
Semasa minggu peperiksaan akhir semesta itu, Auni memaksa dirinya untuk fokus kepada mata pelajaran yang diambil, dia mengetepikan hal Danish tetapi dalam masa yang sama ada juga dia bermimpi semasa tidur bahawa dia berkahwin dan hidup bahagia bersama Danish, tetapi dia menganggap mimpi itu hanyalah mainan tidur.
Setelah dua minggu, pelajar-pelajar selesai menjawab peperiksaan akhir semesta dan mereka pulang dengan rasa yang gembira.
“Auni, kau tahu tak? Tadi masa jawab kertas periksa tu, aku cuak gila sebab tak ingat apa yang aku baca, lepastu aku selawat tujuh kali. Fuhh !! Nasib ingat semula. Hehe.”
Kata Qisya setelah kami keluar daripada dewan peperiksaan dan menuju ke kafe untuk mengisi perut yang sudah membuat konsert rock kapak !
“Aku masa dekat dalam dewan, nasib baik apa yang aku baca semua aku ingat dan tak lupa, tulah aku dah cakap jangan asyik main telefon bimbit kan sudahnya tak ingat, nasib kau baik ingat balik tadi kan?” Aku membalas kata-kata Qisya dengan bebelan tak tidak berapa panjang.
Setelah kami tiba di kafe, aku teringat semula peristiwa dua bulan lalu, peristiwa yang membuatkan hubungan aku dengan Danish putus begitu sahaja. Walaupun pada luarannya kami tidak bersama, tetapi hatiku kuat berkata yang Danish juga menyukaiku.
“Qisy, aku rasa aku tak nak makan di sini, jom pergi makan tempat lain jom. Nak tak?” Aku berkata kepada Qisya, bukannya aku takut bertembung dengan Danish, kalau bertembung dengannya lagi aku suka kerana selalunya semasa di dalam kelas
Danish banyak mengelakkan diri daripada bercakap, memandang dan lalu di sebelahku. Aku amat kecewa dengan sikapnya yang dingin itu, seperti aku ini terlalu hina dimatanya.
“Tapikan Qisy aku malaslah nak makan dekat tempat lain, lagipun makanan kat sini sedap-sedap belaka. Boleh ya makan dekat sini?” Qisya meminta persetujuan Auni untuk makan kafe itu. Auni berfikir sejenak. Setelah lebih dua minit Auni mendiamkan diri, Qisya menegurnya.
“Auni, kau boleh ke tak makan dekat sini? Kau ni, terkenang hal dua bulan lepas ke?” Qisya bertanya kepada Auni untuk memastikan yang Auni tidak mengingati lagi peristiwa itu.
“Taklah, aku cuma fikir. Kalau kita makan dekat sini rugilah sebab kita lepas ni dah tak boleh makan dekat tempat kegemaran kita, ala yang dekat Restoran Cik Pipah tu? Ingat tak? Yang ada Nasi Lemak yang berlemak-lemak tu? Ingat?” Aku berbohong kepada Qisya, kerana sebenarnya aku masih terkenang peristiwa dua bulan lalu itu.
“Oklah kalau macam itu, jom kita makan dekat Restoran Cik Pipah. Let’s go nenek !” Qisya memberikan kata persetujuan. Selepas itu kami terus pergi ke Restoran Cik Pipah yang berdekatan dengan rumah sewa kami. Dan itu adalah kali terakhir kami berdua duduk di kafe universiti walaupun sekejap sahaja.
Aku menangis teresak-esak setelah aku turun daripada pentas semasa dianugerahkan sebagai pelajar yang berjaya. Aku berasa sangat bersyukur kerana segala pahit manis yang telah aku lalui selama ini membuahkan hasil yang sangat manis dan perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Ibu dan ayah aku turut tumpang berasa gembira atas kejayaanku. Aku juga sempat mengambil gambar kenangan bersama ibu dan ayahku, Qisya juga ada turut serta.
Semasa kami bertiga dalam perjalanan menuju ke tempat letak kereta aku ada terlihat seseorang yang amat aku cintai, Danish Uwais ! Lalu aku memberitahu ibu dan ayah aku untuk masuk ke dalam kereta dahulu, sementara aku ingin berjumpa dengan Danish sebentar. Aku berlari anak mengejar Danish yang sedang berjalan dengan membawa kamera berjenama Canon.
“Danish !! Danish !!!” Sebaik sahaja Danish mendengar namanya dipanggil dari belakang, dia tersenyum dan memandang ke belakang dan sebaik sahaja dia terlihat Auni, senyumannya mati secara tiba-tiba. Danish hanya kaku berdiri sambil matanya memandang Auni dan bibirnya tidak mengukir secalit senyuman pun.
Share this novel