Series
                        
4680
                    Jam di bilik aku kerling buat seketika . Pukul sembilan malam . Lama juga aku berkurung dalam bilik ni .
   Aku memegang perut aku yang dari tadi mengeroncong . Kesian kau kan perut , dari pagi tadi tak makan . 
    Sebenarnya aku pun nak juga keluar dari bilik ni , tapi aku takut nanti aunty ngan uncle Zhao belum balik . Kang tak pasal-pasal diorang pujuk aku sampai aku mengalah macam mana ? Aku tak sanggup nak kahwin dengan si Noah tu .
     Aku menarik nafas dengan dalam . Aku tekad nak keluar dari bilik ni . Ceh , macam nak lari dari rumah pula kan ? Tak lah , aku nak pergi makan je .
     Biarlah diorang nak pujuk aku atau apa , aku tetap dengan keputusan aku . Noktah . Eh jap , aku ni confident betul yang diorang nak pujuk aku jadi menantu diorang kan ? Hadeh ...
     Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu bilikku , lalu kepala aku keluarkan . Memandang ke kiri dan ke kanan . Yalah , mana tau diorang tunggu aku dekat depan pintu bilik ni . Kan payah tu .
     Okay , Line Clear !
     Aku menuruni anak tangga lalu memandang ke arah ruang tamu . Sunyi . Mungkin aunty dengan uncle dah balik . Mesti aku dah kecewakan mereka kan ? Huhu maafkan aku semua ..
      Tapi mama dengan Lya mana ? Sunyi betul ni . Bapa naga ? Hm perlukah aku cari dia ? Tak payah lah . 
     Aku berjalan menuju ke dapur dan tadaaaa !! Terserlah wajah sang naga yang sedang kelaparan disitu .Tapi serious , dia pandang aku macam dia betul-betul nak telan aku . 
      Mama pun ada dekat sebelah dia . Tapi dia tak lah pandang aku sampai macam nak telan aku . Cuma terserlah kemarahan dia disitu . Sebab muka dia merah padam .
      Aku buat tidak tahu dengan pandangan mereka lalu aku berjalan menuju ke peti sejuk .  Dan tanpa aku sangka , si bapa naga tadi menarik tangan aku lalu menampar pipiku dengan kuat sehingga aku terduduk .
“ Kau saja nak malukan aku depan mereka kan ?! ” tengking Lucas .
     Aku memegang pipiku yang terasa hangat lalu berdiri . Aku membalas renungan mautnya . Ingat aku takut ? 
     Mama aku tengok dari tadi senyap je . Tak ada tanda-tanda mahu tolong aku untuk berdiri ataupun tenangkan si bapa naga . Mungkin dia lebih menyokong dia daripada aku kan ?
     Baiklah jika begitu ..
“ Sekarang nak salahkan Lyn pula ?! Siapa suruh papa buat cadangan secara terburu-buru ! Papa tak bincang dengan Lyn pun tentang semua ni ! Kalau papa suka sangat dengan anak diorang tu , papa sajalah yang kahwin dengan dia ! ”
     Aduh apa aku cakap ni ? Adakah patut aku cakap macam tu . Sempat aku melawak masa-masa macam ni kan ?
     Sekali lagi pipi aku menjadi sasaran tamparannya , malah kali ini lebih kuat daripada tamparannya yang tadi .
     Oi ! Kau ingat pipi aku ni tempat pelepasan kemarahan kah ?!
“ Kau memang anak yang tidak berguna ! Dari dulu sampai sekarang kau memang tidak berguna di depan mata aku ! Kalau saja bapa kau masih hidup , aku jamin dia akan menyesal kerana dapat anak yang tidak berguna seperti kau ! ”
    Kata-kata maha tajam dilemparkan dan menusuk tepat ke jiwa kalbu aku . Hina sangat kah aku ni ?
    Baru sekarang Anne pergi ke tempat Lucas untuk menenangkannya . Mungkin kerana kata-katanya sudah melampau . Marah itu boleh tapi jangan sampai melibatkan penghinaan .
“ Baiklah ! Kau rasa aku tak berguna sangat kan ? Aku akan pergi ! ”
Laju saja kaki aku menuju ke pintu keluar . Hati aku benar-benar terluka saat ini . Kenapa perlu libatkan ayah aku ? Kenapa mama perlu sokong si naga tu ?
“ Emelyn ! ” jerit Anne . Benarkah anaknya akan pergi meninggalkan mereka ?
    Aku hanya mengangkat tangan kiriku tanda tidak mahu untuk bercakap lagi . Aku sudah malas mahu menoleh jauh lagi mahu menghadap wajah mereka .
    Mungkin juga kamu akan menganggap aku ini seseorang yang berperangai kebudak-budakan . Tapi kamu tidak tahu betapa terlukanya hati apabila dikata seperti itu . 
    Baru saja aku mahu memulas tombol pintu , tiba-tiba sepasang tangan memeluk aku dari belakang . Aku perhatikan sepasang tangan itu , aku kenal sangat siapa gerangan yang memeluk aku sekarang . 
“ Kak Lyn jangan lah pergi . Please.. ” kata Lya sambil mengeratkan lagi pelukannya .
    Dapat aku dengar esakannya . Ui sayang juga kau dengan aku kan hehe .
    Aku mengeluh berat . Pelukannya aku leraikan lalu aku menoleh menghadapnya . Ternyata dia sudah ternampak apa yang terjadi diantara aku dengan papa . 
    Aku memaut bahunya untuk menghadap aku lalu menyeka perlahan air matanya yang dari tadi mengalir . Aku senyum ke arah Lya .
“ I'll be back . Promise . ”
   Aku mengusap lembut kepalanya . Aku memandang ke arah mama buat seketika sebelum keluar dari rumah yang aku rasa sangat menyeksakan .
   Mama sedang memujuk si bapa naga sambil mengalirkan air mata . Kasihan sungguh . Macam mama tak tahu perangai papa , hati batu .
   Aku meneruskan langkahku yang terbantut tadi . Sungguh aku rasa macam nak saja lari dari rumah ni . Tapi itu hanya akan mengeruhkan keadaan . 
“ Jangan sesekali kau kembali ! Aku benci tengok muka kau ! Aku juga harap kau tak pernah wujud di dunia ini ! ”
Aku mendengar dengan jelas apa yang dikatakan olehnya . Apa sebenarnya salah aku sampai dia sanggup berkata seperti itu ?
Share this novel