BAB 7

Mystery & Detective Completed 2119

“Balqis ! Itu tetamu kita. Jangan kau berkasar dengannya.” Nek Maembong tiba di ruang tamu. Aku hanya mendiamkan diri. Nama yang sungguh klasik. Aku dimana sebenarnya ni? Fikiran aku terbang. Namun apa-apapun tidak dapat aku hadam.

“Siapa dia? Kenapa dia itu istimewa sungguh? Balqis tidak pernah lihat ada perempuan berpakaian sebegini. Dari mana dia datang Nek Maembong ?!” Balqis geram.

“Dia adalah cicit kepada Tejo Budiono . Kamu berdua ni adalah sepupu. Jangan kau jahat sama dia,” keras suara Nek Maembong memberitahu.

Balqis merenung tajam ke anak mataku. Aku hanya mampu menelan air liur.

“Balqis mahu ke kamar sebentar Nek Maembong . Mahu ambil baju dan kain batik buat dia.” Balqis pamit. Nek Maembong hanya menganggukkan kepala.

“Maaflah Maisarah … Balqis hanya akan berbaik dengan manusia yang ada pertalian darah dengannya. Yang tidak, dia hanya berteman gitu-gitu sahaja.” Aku mengangguk tanda mengerti.

“Tak apalah Nek Maembong , Maisarah faham…”

Nek Maembong mengerutkan dahinya. “Apa maksud ‘faham’? Nek Maembong tidak pernah mendengarnya.”

“Ertinya mengerti Nek Maembong .” Entah kenapa, aku terasa senang berbual dengan Nek Maembong . Walaupun sudah tua, tetapi kudratnya masih tetap kuat seperti orang muda.

Nek Maembong hanya tersenyum.

“Nah! Aku mahu nanti kau tukar baju pelik kau itu.” Balqis menghulurkan baju kebaya kepadaku.

“Ini saja yang aku boleh beri. Kain batik malam nanti,” ucap Balqis lagi.

“Terima kasih Balqis …” ucapku lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience