Rate

BAB - 4

Fanfiction - KPOP Series 1243

Keesokkan harinya Lee Sun Hee pergi ke kerja dengan berpakaian seperti biasa.

Kim Taehyung yang masih berada di dalam bilik pakaian di tunggu sehingga dia keluar. Glup. Air liur ditelan berpasir.

'wah kacaknya dia' bisik hati kecil Lee Sun Hee.

"Lee Suk-Chin?" panggil Kim Taehyung apabila melihat Lee Sun Hee tidak lepas memandang nya sejak dia keluar dari bilik persalinan. Kim Taehyung meraba wajahnya, mungkin ada yang terlekat di wajahnya. Beberapa kali dia memanggil Lee Sun Hee akan tetapi tiada respond dari Lee Sun Hee.

Lee Sun Hee tersedar dari lamunan dan kembali ke dunia nyata. Setelah mengetahui bahawa dia telah memandang Kim Taehyung tanpa lepas dan menyebabkan satu perasaan halus yang dia sendiri tidak tahu apakah maksud nya.

"Lee Suk-Chin?" panggil Kim Taehyung lebih kuat untuk menyedarkan Lee Sun Hee.

Menyedari hal itu dia terus menjawab "haaaa... maafkan saya" Lee Sun Hee terus meminta maaf atas kesalahan yang dia telah lakukan.

"kenapa awak tengok saya sampai macam tu? Ada sesuatu ke pada wajah saya? " Tanya Kim Taehyung sambil tangan nya meraba wajahnya buat kali yang kedua.
"ehmmm. Tak ada apa apa pada wajah Cik Kim." balas Lee Sun Hee sedikit gagap.

"tah tah awak...." belum sempat Taehyung mahu habis kan kata kata nya tiba tiba jimin memanggilnya.

Lee Sun Hee menghembuskan nafas lega. Tak lama selepas itu dia membontoti langkah Kim Taehyung.

Pada waktu makan tengah hari Kim Bora memberi tahu apa yang dia lihat semasa dia berada di pusat membeli belah. Semua tidak percaya apa yang dikatakan oleh Kim Bora.

" Tak pelik ke apa yang awak beritahu kitaorang, die tu lelaki mana boleh tiba tiba berubah jadi perempuan, ni awak cakap dia siap pengang baby lagi. Awak silap tengok kot . " kata Beom Seok.

"betul tu" kata yang lain menyokong apa yang dikatakan oleh bodyguard Suga.

"haaaa.... Atau pun tu kembar die ke" tebak Sang-Ook pula.

"Hmmm macam masuk akal juga apa yang kau cakap tu" kata Yong-Sun.

Kim Bora bingung. Siapa yang dia nampak semasa berada di mall semalam.

Pekerja yang lain hanya mengendahkan Kim Bora dan terus sambung menghabiskan makanan yang mereka beli di cafe tersebut.

'aaaihsss bila boleh makan ni. Perut aku dah tak tahan dah ni. Lapar nya!!' jerit hati Lee Sun Hee.
'orang lain dah makan kenyang kenyang aku kene tunggu dia. Arhh apa lah nasib aku jadi bodyguard ni.' omel Lee Sun Hee lagi. Dalam sedang menunggu, beberapa minit selepas itu akhirnya Kim Taehyung selesai melakukan kerja nya.

"Suk-Chin. Awak dah makan?" Tanya Kim Taehyung.

"belum" balas Lee Sun Hee.' mestilah belum dah terang terangan aku berdiri kat sini macam tiang elektrik tunggu kau habis kan kerja kau tu. Boleh pula kau tanya aku soalan macam tu.' bebel Lee Sun Hee dalam hati.

"Kalau macam tu jom saya belanja awak makan" ajak Kim Taehyung.

"ehh tak payah la" kata Lee Sun Hee cuba menolak ajakan Kim Taehyung dengan baik.

"tak pe la awak dah tunggu saya lame kat sini" ajak Kim Taehyung lagi.

Lee Sun Hee akhirnya mengikut Kim Taehyung ke cafe yang berada di tingkat bawah.

"awak makan ni je?" Tanya Kim Taehyung setelah melihat Lee Sun Hee hanya mengambil sebungkus roti dan sebotol air mineral.

"saya diet" bersahaja Lee Sun Hee menjawab tanpa berfikir panjang.

"diet?" Kim Taehyung mengulangi apa yang dikatakan oleh Lee Sun Hee. Tercorek satu senyuman dan tawa halus yang menampar lembut gegendang telinga Lee Sun Hee. Lee Sun Hee tersedar apa yang dia baru katakan.

'alamak apa yang aku cakap tadi mana boleh lelaki diet masa macam ni' bisik hati Lee Sun Hee setelah dia sedar apa yang telah dia katakan tadi.

"Lee Suk-Chin. Awak tu dah kurus buat apa nak diet lagi dan awak kene ingat yang awak tu bodyguard saya. Kalau awak terlalu kurus macam mana aku nak lindungi saya masa saya kena serbu dengan fans yang lain. Silap silap bukan awak yang lindungi saya tapi saya yang lindungi awak." kata Kim Taehyung.

"saya dah kenyang cik Kim sebab tadi pagi saya dah makan" cuba mencari alasan untuk diri nya.

"tak pe lah. Suka hati awak lah yang penting awak makan juga dari pada awak tak makan langsung." Kim Taehyung terus menyambung makan.

Usai makan Lee Sun Hee terus menyambung kerja nya sebagai bodyguard kepada seorang lelaki yang semakin hari menjadi pujaan gadis gadis diseluruh dunia kerana ketampanan yang dimilik oleh seorang lelaki bernama Kim Taehyung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience