Chapter 18

Romance Completed 11802

BAB 18

Lapan bulan kemudian..

“COFFEE, sir.”
“Thank you..” Segaris senyuman dikuntumkan buat pelayan itu. Ramah. “If there’s anything else, just make an order.”
“Sure,” balasnya perlahan. Masih tersenyum seperti tadi. Pandangannya kini dialihkan – memandang gambar-gambar manis yang pernah diuploadnya di laman Instagram dahulu. Gambar dia dan Nina. Nina Aulia. Si bibik yang pernah mencuri hatinya dahulu. Dan kini.. masih. Masih lagi dicurinya.

Senyuman kian mekar tatkala terkenangkan memori-memori yang ditinggalkan di sebalik gambar. Kata Yuna, setiap gambar ada lagunya. Tapi kata Megat Rayyan, setiap gambar ada kisahnya, kenangannya. Kenangan yang tidak mungkin mampu untuk dilupakan, sampai bila-bila.

Kopi yang dipesannya sebentar tadi dihirup seketika. Coffee Beans. Kopi yang sering dibancuh oleh Nina dulu khas untuknya. Tatkala diri ini teringatkan Nina, rindukan Nina, pasti Coffee Beans bakal dipilih, meskipun rasanya tidak sama. Langsung tidak.

“Ops, sorry. Tak sengaja. Cik okey?”

“Tak apa, tak apa. Saya okey.”
Suara itu. Macam kenal. Macam suara..

Pantas Rayyan menoleh. Memandang si jejaka dan si gadis yang sedang sibuk memungut buku-buku yang berteraburan di atas lantai. Lama. Dan.. tika mata ambernya melekat pada wajah gadis itu, dia pantas bangun. Bangkit. Setapak demi setapak gadis itu dihampirinya, dipaut lengannya. Akibat rasa terkejut yang amat, lantas gadis itu menoleh. Mendongak. Dan memandangnya. Serentak itu juga, mata mereka bertaut. Kemas.
“Ni.. nina?”

“NI.. Nina?”

Aku terdiam sejenak, membeku seperti ais batu. Kaku. Kaku tubuh aku tuk seketika. Terkejut. Tergamam saat terpandangkan seraut wajah itu. Terlihatkan mata ambar itu. Rindu.

Air mata yang asyik bertakung sedari tadi aku cuba tahan. Enggan menangisi masa lalu. Penat. Entah mengapa, hati ini terasa sedih. Sebak. Pilu. Terasa seperti ada luka lama yang terkopek kembali, berdarah tak henti-henti. Pedih. Perit, sehinggakan jiwa ini menjerit.

“A.. awak buat apa kat sini?” Terketar-ketar aku menyoal. Masih terkejut akan keberadaan lelaki itu di sini. Tak sangka. Hmm.. setelah berbulan-bulan dia melarikan diri, melangkah pergi, kenapa harus bertemu lagi? Bertembung lagi? Adakah ini yang dikatakan sebagai.. jodoh?

Oh Nina. Sudah-sudahlah tu. Berhenti berharap, berhenti berangan. Kalau memang Tuhan jodohkan aku dengan dia, pasti sudah lama kami bersatu, bukan? Pasti sudah lama kami kecapi bahagia. Ini tidak.. asyik berpisah aje. Asyik menderita aje. Terasa pahit segala-galanya.

Rayyan memandang aku. Anak mata ini masih setia dipanahnya, direnungnya. Dalam. Sedalam perasaan yang mengalir dalam jiwanya. Sedalam cinta aku padanya. Kali ini, aku didekatinya, dirapatinya. Perlahan-lahan kaki panjang itu menapak ke hadapan – mendekati aku.

Gugup aku untuk seketika, tatkala terpandangkan jarak antara kami yang boleh diertikan sebagai rapat, dekat. Aku tunduk – memandang lantai. Jantung tak lekang minta dipam darah – berdegup sepanjang masa. Dada pula bukan main kuat debarannya. Mana taknya, haruman Giorgio Armani yang dipakai lelaki itu sudah menusuk ke dalam hidung aku. Berasak-asak. Sesak dada aku dikerjakannya.

Seketika kemudian, barulah aku angkat muka – memandang wajah si dia yang penuh pengharapan. Apa yang diharapkan? Entahlah. Aku sendiri tak tahu dan aku tak nak tahu. Terlihatkan mata ambar itu, hati kembali dipagut rasa sayu. Sedih. Pilu. Ada rindu di sebalik mata itu. Ada rindu yang membuku. “Saya.. saya rindukan awak, Nina..” ucapnya seraya memeluk aku, selamba. Terkaku tubuhku untuk seketika. Beku. Tak sangka begitu pula reaksinya. Tak terduga.

“Dah lama saya cari awak, Nina.. Tapi tak jumpa-jumpa. Risau saya dibuatnya. Mujurlah harini Tuhan pertemukan kita. Alhamdulillah..” Sayu kedengaran suara itu. Pilu. Tubuhku masih kemas dipeluk Rayyan. Kuat, seakan-akan enggan melepaskanku, enggan merelakan pemergianku. Aku sekadar membiarkan, terus membeku di situ.

Pelukan dileraikan. “I’m so sorry, Nina.. So sorry and I’m really mean it. Saya tak pernah buang awak, campak awak dari hidup saya. Sumpah tak pernah, Nina. Demi Allah.” Tak pernah buang aku? Tak pernah campak aku? Bukan ke selama ni kau dah berbuat sedemikian, Rayyan? Membuang aku seolah-olah aku langsung tak bererti. Mencampak aku seakan-akan aku tiada harga diri. Macam barang terpakai. Nak lebih power lagi, macam sampah. And now.. what? Kau nak pungut aku? Kau nak jilat balik apa yang kau dah ludah dulu?

Tanpa disedari, ada cecair yang menitis di pipi. Hangat. Rasa sebak mula menyelubungi diri. Sebak maha amat. Sedih. Sesungguhnya, hanya Allah saja yang tahu apa yang terbuku di hatiku kini. Aku tersenyum sinis, memandang Rayyan. “Stop saying sorry to me. Your sorry means nothing. I’m just.. sick of it.” luahku perlahan. Air mata yang kian galak mengalir aku seka kasar. Sudah penat hendak membazirkannya pada orang yang salah. Sudah letih.

Rayyan sedikit terkejut. Ada riak serba-salah di wajahnya. “But Nina, I’m really mean it. Maksud saya, saya benar-benar ikhlas minta maaf pada awak. Saya tahu, saya salah dalam hal ni. Saya tak patut..”

“Don’t say tak patut kalau awak dah mematutkannya. Sudahlah, Rayyan. Anggaplah semuanya dah berakhir, dah terkubur. Buat apa awak nak kenang masa lalu? It’s too sad to be thought. Saya.. saya dah lama lupakan kesalahan awak, kesalahan mummy awak. Cukuplah, Rayyan. Enough.” Aku menjauhinya, mengambil langkah untuk pergi. Namun, langkah itu termati saat Rayyan menghalang. Enggan melepaskan diriku.

Kali ini, tangan sasanya mula mencapai bahu aku. Menahan tubuhku agar tidak membelakanginya. Mata masih tajam merenungku. “After 3 years 7 months 4 weeks 2 days of waiting you, awak ingat semudah tu je saya dapat lepaskan awak? Lupakan awak?”

Tersentap. Ya, aku tersentap akan kata-katanya itu. 3 tahun 7 bulan 4 minggu 2 hari? Itukah jangka masa Rayyan menunggu aku? Huh, entah ya entah tidak. Macamlah aku nak percaya. Pasti dia sengaja nak membantutkan niat aku. Alah.. Rayyan. Macamlah aku tak kenal perangainya. Asyik bermanis mulut sepanjang masa. Itulah sebabnya hati ini tak henti-henti terpaut padanya, tergila-gilakannya. Oh Tuhan.. bodohkah aku? Ya, aku memang bodoh. Bodoh sebab mudah tunduk pada Megat Rayyan.

Senyuman sinis diukir. “Apa susahnya nak lupakan saya? Saya bukannya model jelita, bukan juga anak orang berada. Saya bibik aje kot. BIBIK. Bibik lepasan SPM. Huh.. see. Apa je yang saya ada sampaikan awak susah sangat nak lupakan saya?” Tajam mata ini merenungnya. Geram. Menyampah. Meluat. Semuanya ada.

Rayyan menghela nafas. Tenang saja lagaknya. Langsung tiada aura nak mengamuk. Perlahan-lahan tangan aku dicapainya, lalu diletakkan pada dada kirinya. Tergamam aku sejenak. Terkedu. Seperti dahulu juga, jantungnya berdetak kuat bagaikan mahu pecah. Dup dap dup dap. “Awak ada ini – hati saya. Itu yang membezakan awak, dengan mereka. Itu yang membuatkan saya, jadi gila.”

Gulp! Rasa macam ada kepala yang nak pitam sekarang ni.

***

MIMPI. Mimpi lagi. Kenapalah aku asyik termimpikan Megat Rayyan sejak dua menjak ni? Apa dah tak ada orang lain ke dalam kepala otak aku ni? Hanya Rayyan, Rayyan dan Rayyan?

Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Tak sangka sampai macam ni sekali rindu aku pada Rayyan. Sampai terbawa-bawa ke alam mimpi. Dah berbulan-bulan aku tinggalkannya, pergi jauh dari hidupnya. Dah berbulan-bulan juga aku bersusah payah melupakannya, memadamkannya dari kotak minda. Namun hasilnya? Begini. Asyik masuk dalam mimpi. Hambar sekali.

“Amboi anak dara.. tak bangun lagi?” ucap satu suara di sebalik muka pintu. Tersentak aku dibuatnya. Pantas aku membaluti tubuh dengan comforter. Sampai ke muka. Buat-buat tidur kononnya, hehe. “Nina.. oh Nina. Bangunlah.. dah subuh dah ni.” Suara itu masih bergema. Namun, kuatnya makin ketara. Hmm mungkin si empunya suara sudah mula mendekati aku. Mata kekal dipejam. Rapat. “Nina.. bangun. Nenda panggil Noah karang.. baru tahu!”

Terdengarkan sebaris nama itu, terus menaik bulu romaku. Terus tegak tubuh aku. Wajah tercengang Nenda Nerina aku pandang. Dia juga turut sama memandang aku. Ternganga luas mulutnya – terkejut barangkali. Aku sengih. “Hehe, terkejut ke Madam? Sorry..” Selamba aku bersuara. Gigi yang putih tersusun sengaja aku tayangkan. Dia hela nafas lega.

“Nina niii.. kalau nak kidding-kidding dengan Nenda sekalipun, agak-agaklah. Nasib baik tak terlompat keluar jantung Nenda tadi. Tersentak tau,” adu Nenda manja. Dadanya diurut lembut, kononnya terperanjat maha amat. Serba-salah aku dibuatnya. Wajah takut-takut aku dipandangnya. “Oh ya, alang-alang dah bersua muka dengan Nina ni, Nenda nak beritahu something.” ucapnya perlahan. Nampak gaya macam berat hati.

Aku terpempan seketika. Terpinga-pinga diri ini memandangnya. Dalam hati, aku sudah curious. Membuak-buak rasa ingin tahu dalam diri. Telinga aku tadahkan seluas-luasnya – bersiap sedia hendak mendengar omongan dia. “Nenda.. err.. Nenda dah nak bertolak ke Hong Kong pagi ni.”

“What?!” Mata terbeliak luas. Mulut menganga besar. Terkejut. Tergamam dan segala-gala ‘ter’. Wajah Nenda aku pandang bagaikan tak percaya. Tangan tuanya mula aku capai. “Nenda.. Nenda cakap apa ni? Takkan Nenda nak tinggalkan Nina kat vila ni? Dengan Encik Noah pulak tu? Adoyai, Nenda.. mana boleh. Meletus Perang Dunia Ketiga nanti,” ujarku selamba bersertakan riak sedih di wajah. Nenda Nerina sekadar tertawa lucu. Bingung aku melihatnya. Lawak ke?

“Alahai, sayang.. Nenda pergi kejap aje lah. Tak sampai sebulan.”

Tak sampai sebulan dia kata? Oh My God. Gila, takkan aku nak tinggal sebumbung dengan Encik Noah tanpa dia? Lebih seminggu pula tu. Mahu melarat perang antara kami nanti. Haritu pun sudah bergusti, apatah lagi hari-hari yang seterusnya? Tanpa Nenda lagi. Masak dia begini. “No, Nenda. No.. Nina tak setuju. Pokoknya, Nina tak nak Nenda pergi. Nina tak nak! Nenda tahu kan, perangai Encik Noah tu macam mana.. Usung perempuan ke hulu ke hilir. Nanti kalau dia bawa perempuan masuk rumah macam dulu, acanee?” ucapku tanpa berlapik. Selamba badak aje aku dok mengutuk cucu wanita itu. Ah, nasiblah. Lagipun, memang itu kenyataannya, hakikatnya. Tidak boleh dinafikan.

Nenda tersenyum nipis. Rambut panjangku dibelainya dengan penuh kasih sayang. Senang aku melihat perlakuannya. “Nina, Nina jangan risau ya. Nenda tahu, cucu Nenda tu tak baik mana. Nakalnya boleh tahan. Tapi senakal-nakal Noah tu, Nenda yakin ada baiknya juga. I mean, I convince that he can take care of you. Trust me.”

“Tapi kalau..”

“Tak ada tapi-tapi. Think positive, Nina. Mana mungkin Noah sanggup apa-apakan Nina sebab.. yeah. Dia dah anggap Nina macam adik dia sendiri. Nenda pun dah sayangkan Nina macam cucu Nenda sendiri.. Tiada alasan untuk dia bertindak bodoh. Am I right dear?”

Kata-kata Nenda Nerina itu dibalas dengan diam yang lama. Kelu lidah untuk seketika. Cukup keberatan untuk mengangguk dan berkata ‘ya’. Hmm.. boleh percaya ke mamat tu? Boleh count on ke? Hmm.. tengok muka macam tak. Muka player. Muka buaya. Muka yang langsung tak boleh diharapkan. Ah, matilah aku begini. Matilah. Aku ketakutan sendiri.

“Dah.. pergi solat Subuh sana. Termenung apa lagi?” Bahu aku ditepuk Nenda. Tersentak aku untuk seketika. Terus mati lamunan aku juga.

Aku mula bangkit – bangun daripada pembaringan. Terasa longlai lutut ini mahu berjalan, menapak ke bilik air untuk berwudhuk. Keluhan kecil dilepaskan jua.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience