Aileen berganjak ke belakang kerana terlalu berdebar. Ayai dan Nazeem menghampiri Aileen dan Aileen memaksa otaknya untuk berfungsi pada waktu ini kerana dia terlalu terkejut. Sekarang Ayai dan Nazeem betul-betul di depan Aileen.
“Boleh kita cakap sekejap?”
Aileen termangu kerana Ayai mengetahui namanya dan pantas Aileen melirik ke arah Nazeem yang menggaru kepala itu.
"ya, tu.. nama saya.." ucap Aileen sepatah demi sepatah kerana terlalu berdebar tahap dewa lalu menelan air liur kelat.
Suasana menjadi janggal dan membuatkan Nazeem menggelengkan kepala. "alahai.. tadi bukan beriya lagi, ni dah depan mata. cakap aje- aduh!" Nazeem memegang perutnya yang disiku buas dan ganas oleh Ayai itu. Jimin mengukirkan senyuman nipis kepada Aileen dan membuatkan dia terkedu. handsomenya....
"hmm.. ada ape ye nak jumpa saya..? saya nak cepat ni.. um," kata Aileen kepada Ayai. Betul, Aileen betul-betul nak cepat kerana ingin bertemu dengan Una yang bertugas di perpustakaan pada hari ini.
"oh, awak nak cepat ke? em.. saya nak mintak maaf kat awak,"
ucapan maaf Ayai itu membuatkan Aileen pelik. Aileen menggaru kepala sambil membuat muka keliru. "kenapa mintak maaf? ni baru first time kita berbual kot," ujar Aileen kepada Ayai lalu dia melemparkan senyuman tipis kepada Ayai.
"hmm, kena jugak… sebab Zaida.. maaflah ya?"
Aileen tersentak tatkala Ayai menyebut nama Zaida merangkap girlfriend-nya. Ergh, perempuan tu….
“Aileen?"
Aileen memandang Ayai. Nais, Aileen baru tersedar yang dia mengelamun. "oh, hmmm alaa takpe la! memang salah saya sebab jalan tengok tempat lain... um, kasut dia… kotor sangat-sangat ke…?" tanya Aileen kepada Ayai sambil membuat wajah gusar. Ayai memandang Aileen sambil automatik jari-jemarinya meraup rambut ke belakang. Aileen terkedu. Halamak handsome gila….
"um tak sangat.. ala dia tu kecoh je lebih, setakat kasut je ape la sangat.. esok lusa baik la dia tu.. don't worry la,”
mendengarkan kata-kata Ayai itu membuatkan Aileen berasa lega. "betul ni?" tanya Aileen lagi meminta kepastian.
"betul," Ayai mengukirkan senyuman nipis.
"okay..! um.. kalau takde ape lagi, may I go now..?" pinta Aileen sambil memandang Ayai dan Nazeem.
"oh, boleh-boleh.. ah! by the way, my name is Azrai Iskandar tapi panggil Ayai jelah," Ayai memperkenalkan dirinya kepada Aileen.
"nice to met you, Ayai.." kata Aileen sambil tersenyum. "oh, nama saya-" kata-kata Aileen dipotong oleh Ayai dan membuatkan Aileen tergamam dan terkejut. Nazeem juga terkejut.
"nama awak,Aileen Aiman, kan?"
kau tersenyum tipis lalu memandang Jimin dengan pandangan hairan. "a- awak tahu nama panjang saya?"
"kau tahu nama panjang dia? Oh memang la kau tahu hagagagagaga apalah aku ni.”
"ya, saya tahu nama panjang awak... awak kan kembar Anas, kan? Mestilah saya tahu nama awak.. okay, saya pergi dulu... jom, Zeem. nanti waktu rehat abis lak kang," ungkap Ayai sambil merangkul leher Nazeem.
"oh.. okay.." jawab Aileen lalu dia terus beredar dari situ. ops, pembetulan... dia LARI dengan laju ke arah perpustakaan.
***
"APAA?! SERIUS AHHHH?!"
"shh!! senyap sikit! sini bukan tempat nk buat bising!" marah Cikgu Azianna terhadap Una yang tiba-tiba menjerit itu.
"err, maaf, Cikgu Azianna," ungkap Una sambil tersenyum kambing lalu kembali memandang Aileen. Pantas Una menarik kolar baju Aileen dengan kuat dan membuatkan Aileen hampir tercekik.
"kau berbual dengan Ayai? crush kau?" Una berbisik kepada Aileen. Aileen mengangguk lalu Una terus melepaskan kolar baju Aileen.
"pastu.. he knows your full name? like freakin’ seriously?!" Una membulatkan mata sambil memandang Aileen. lagi sekali Aileen mengangguk. tiba-tiba Una merangkul leher Aileen.
"dia jodoh kau.."
Aileen menjulingkan mata ke atas. tahu nama panjang pun boleh dikatakan jodoh ke? pelik betul budak si Una ni. Aileen menolak Una lalu wajah Una dipandang.
"pale botak kau la jodoh," ucap Aileen sambil mendengus. kalau betul, mesti seronok tapi....
"eh! mana la tahu mulut aku ni masin kan? tup, tup. kau kahwin dengan dia."
Aileen tersenyum nipis. “mana la tahu…. Hmm.”
***
"Yai, aku nak Tanya ni..."
Ayai memandang Nazeem.
"amende?" balas Ayai sambil mencapai roti coklat kegemarannya.
"cemana kau kenal Aileen? Padahal dia baru pindah masuk sekolah kita tahun ni kot. Ke Anas bagi tahu?” Pertanyaan Nazeem itu membuatkan Ayai terkelu. Dia sendiri tidak mempunyai jawapan bagi soalan Nazeem itu. Ayai kemudiannya mengatur langkah ke arah meja yang kosong lalu melabuhkan punggung.
Kelihatan Nazeem turut melabuhkan punggung dengan duduk berdepan dengan Ayai. Ayai perasan yang Nazeem tidak membeli apa-apa makanan.
"yang kau tak beli makanan apahal?" soal Ayai kepada Nazeem.
"yang kau tak jawab soalan aku apahal?"
Ayai terdiam lalu niat untuk makan terus terbantut. Wajah Nazeem yang sememangnya menjadi pojaan hati setiap pelajar perempuan Tingkatan 1 dan 2 dipandangnya.
"aku sendiri tak sure... How I knew her full name... entah la.. Aku tak tahu la! dah jangan tanya! aku lapar ni!" Ayai terus menyambung memakan roti coklatnya dan hanya membiarkan renungan Nazeem itu. Lantak aku dah lapar tahap dewa ni!
***
Aileen mengeluh berat kerana Una terpaksa membantu cikgu di perpustakaan. di dalam benaknya terfikir, kenapalah buku-buku baru sampai pada hari ini?! Aileen terus membenamkan mukanya di meja tetapi sekejap sahaja kerana tiba-tiba mejanya diketuk kuat oleh seseorang. Aileen mengangkat muka dan menghadap gerangan yang memukul mejanya dengan kuat itu. Rupanya Iqwal atau lebih mesra disapa sebagai Iwal.
"Zaida and the gang nak jumpa kau... Diorang nampak macam bengang gila-gila ah, apa kau dah buat kali ni weh?" Iwal mempamerkan riak bimbang manakala Aileen mengeluh.
"aku tak tahu, gentle.. Aku cuma terpijak kasut dia sikit je.. Tu je," Aileen meraup wajahnya. kenapalah sedih sangat nasibnya pada hari ini. Aileen bangkit lalu menuju ke arah pintu kelas sebelum dia ingin keluar, dia sempat menangkap apa yang Jackson katakan:
"elok-elok weh, diorang nampak... Buas.. Papehal roger tau.. Eh pahal aku cuak tak tentu pasal ni?!"
Aileen tergelak kecil lalu menguak pintu kelas.
***
"Zaida, perempuan tu dah sampai..." sebaik saja mendengarkan Faiqah mengatakan yang Aileen telah sampai, Zaida terus berpusing menghadap Aileen.
Belum sempat Aileen berhenti daripada berjalan, Zaida dengan tiba-tiba menampar pipi Aileen. Kuat.
Pang!
Disebabkan tamparan kuat Zaida, wajah Aileen terdorong memandang ke arah rakan-rakan Zaida yang tersenyum sinis memandangnya. Aileen memegang pipinya dan memandang Zaida dengan pandangan bengang. Aileen dapat rasakan pipinya pedih lalu dia mengesat cecair tersebut lalu dilihatnya. Mata Aileen membulat.
Darah.
"ops! sorry! aku saje tak potong kuku... Sebab aku NAK CAKAR MUKA KAU!" Tengking Zaida dengan kuat dan membuatkan Aileen memandangnya dengan pandangan tajam.
***
Mendengarkan tengkingan kuat Zaida, pantas Iwal mengintai melalui tingkap. "kenapa tu?" Iwal mengecilkan matanya.
***
"kau apahal tetiba tampar aku?! Aku dah mintak maaf kan tadi! Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?! Apa salah aku hah?!" Soal Aileen dengan bengang kerana dia betul-betul tak faham dengan Zaida yang secara tiba-tiba menamparnya.
“ memang! Memang aku tak puas hati dengan kau! ah! tak payah pura-pura yang kau ni baik la, perempuan! kau tahu kan sebenarnya Ayai tu siapa? dan kau pulak siapa? please la perempuan, sedar la diri! kau sape nak dekat dengan Ayai! eh.. Bukan setakat Ayai je, kawan-kawan dia pun.. TAK LAYAK!!"
Aileen tersenyum sinis dengan kata-kata kesat Zaida terhadapnya itu. Cuba nak ugut ke? “kau siapa nak kata aku tak layak, excuse me, kau kenal Anas?”
Zaida mengerutkan wajahnya. “Anas? Heh, satu sekolah kenal dia tu siapa! Eh, kau siapa nak sebut nama Anas!”
Aileen ketawa kecil. Eh kelakar la perempuan ni. Takkan nak cakap pasal abang sendiri tak boleh? Tak sedar diri punya perempuan, dia tu hah yang sebenarnya tak layak nak cakap pasal Anas dengan kawan-kawannya dia. “aku siapa? Oh, kau nak tahu aku siapa? Meh aku perkenalkan diri aku eh? Nama aku Aileen Aiman binti Othman, adik kembar Anas and of course aku kenal kawan-kawan dia kecuali beberapa orang yang aku tak kenal sangat… so, what’s your problem now?”
Zaida dan kawan-kawannya terdiam.
“asal diam? Koyak? Malu?”
Zaida menjadi bengang. “engkau ni…!!!” Zaida mengangkat tangannya untuk menampar Aileen.
"ZAIDAA!"
Aileen terkejut kerana tiba-tiba lengannya ditarik oleh seseorang dan sekarang kedudukannya, dia dibelakang seseorang. Aileen dapat merasakan gerangan itu mengenggam erat lengannya. Tak lain tak bukan, seseorang itu ialah Anas.
"Anas…"
Zaida menjulingkan mata ke atas sambil tersenyum sinis.
"wahh, Nas.. tak pernah pun kau cerita kat kitorang yang kau ada kembar kan? Nak buat suprises ke?”
"perlu ke doh aku cerita yang aku ada kembar kau kat kau? Kau bukan siapa-siapalah bagi aku."
“dari cerita kat perempuan cam kau, baik dia cerita kat aku.”
Pantas Aileen memandang ke belakang. Rupanya Iwal. Aileen tersenyum nipis. Sekarang ada abang kembar dan sepupunya dating menyelamatkannya.
Kata –kata Anas dan Iwal membuatkan Zaida bengang lalu Zaida mengetap gigi sehingga rahangnya bergerak."fine! whatever! hei, perempuan.. Kali ni kau selamat... only this time..." kata Zaida kepada Aileen yang dibelakang Anas itu.
“kau takkan dapat apa-apakan dia selagi aku dengan dia….”
Zaida menggenggam erat buku limanya lalu dia dan kawan-kawan meninggalkan mereka.
"kau okay weh? patut la aku rasa aura minah-minah sewel tu even diorang tu kawan kawan aku, la jugak.. tapi sumpah lain macam je... tu sebab aku panggil si Anas tadi!” cerita Iwal dengan bersungguh-sungguh.
“Leen, bibir kau darah… Wal, kau ada plaster tak?”
“ish no need ah! Alaa sikit je pun!”
“pale botak kau la sikit!”
Aileen mencebik.
"jap, jap… eh! aduh! mana pulak plaster ni! mase ni pulak la nak lari!! halamak!!"
Aileen menggelengkan kepala dan tergelak kecil dengan kelakuan Iwal itu.
“takde ke?”
“takde ah….”
“yo! Apesal berkumpul luar kelas ni! Mesyuarat apakah yang kalian bincangkan ni?”
Pantas Aileen, Anas dan Iwal memaling ke arah gerangan yang bersuara itu. Rupanya Nazeem. Aileen perasan yang Nazeem memandangnya dengan pandangan pelik.
"Aileen, asal bibir kau tu?"
"aaaa tak-"
Kata kata Aileen dipotong oleh Iwal. Aileen mengeluh berat.
"Zaida tampar dia! kau tak nampak ke kesan tapak tangan setepek kat pipi dia ni?! minah sewel tu la punya kerja! sampai berdarah bibir Aileen minah tu buat! aku takboleh weh, aku rasa nak meletup ni weh! WEHHHHHH!" cerita Iwal dengan mimik muka sekali ada. Nazeem memandang Aileen.
"ye ke, Aileen??"
"betul la apa si Iwal cakap tu. hah Zeem, kau ada plaster tak?"
"plaster? Jap! Kau tunggu jap!! Biar aku cari dalam beg aku jap!”
Sebaik saja kelibat Nazeem menghilang ke dalam kelas, pantas Anas memandang Aileen. “kau nak nangis, nangis ajelah… nak tahan-tahan pulak..”
Pantas Aileen menjeling Anas. “bila pulak aku nak nangis?!! Manade… aku tak… nangis….” Tanpa dipinta air mata Aileen mula gugur dari kolam mata dan membasahi pipinya. “Nas, sakit… ibu pun tak pernah nak tampar aku camtu… perempuan tu siapa nak tampar aku!” luah Aileen sambil mengesat air matanya.
Anas berasa kasihan dengan adik kembarnya itu lalu dia menepuk-nepuk belakang bahu Aileen untuk menenangkannya. Iwal hanya memerhatikan dua sepupunya itu.
“dah jumpaaaaa!!!”
“weh dah terbantut niat aku nak nangis,” pantas Aileen menolak Anas menjauhinya.
Anas mencebik. “eleh, kau nak malu apa? Aku kan abang kau..”
Aileen menjeling Anas.
“hah, Aileen nah…” pantas Nazeem menampal plaster di tepi bibir Aileen dan membuatkan Aileen terkedu manakala Anas dan Iwal menahan tawa.
Share this novel