BAB 2

Romance Series 81452

Kereta Ammar Hafiy berhenti tepat dihadapan pagar kolej. Lantas Inara Adelia mahu membuka pintu namun di lock olehnya.

"Sebelum kau keluar, aku nak warning jangan sesekali nak berborak dengan sesiapa pun. Aku tak suka. Kau tu milik aku seorang. Aku tak suka berkongsi" ujar Ammar Hafiy berbaur amaran.

Dia hanya diam. Malas mahu membalas.

"Kau dengar tak!" Ammar Hafiy tinggikan suara.

Terhinjut kedua belah bahunya ke atas. Laju sahaja dia mengangguk.

"Kau dah bisu ke? Suara kau mana! Aku bercakap dengan kau, bukannya tunggul kayu!" sekali lagi Ammar Hafiy tinggikan suara.

"Faham" balas Inara Adelia sepatah.

"Salam dengan aku dulu" arah Ammar Hafiy sambil menghulurkan tangan.

Dia diam seketika. Bukan lelaki itu ada apa-apa sebarang talian darah dengannya. Abang kandung pun tidak, apa lagi suami. Kerana dia tidak mahu kelamaan berada di situ, dia terpaksa menyalami tangan Ammar Hafiy juga.

Seusai sahaja keluar dari perut kereta, terus dia masuk ke dalam kolej tanpa menoleh ke belakang lagi.

"Tunggu malam ini ya sayang. Aku rindu setiap inci tubuh kau" ujar Ammar Hafiy sendiri.

•••

Inara Adelia labuhkan punggung ke atas bangku. Satu keluhan dilepaskan. Dia mengelamun jauh. Satu persatu masalah datang menimpa nasib dirinya.

Lelaki itu...

Ya! Hanya disebabkan lelaki itu, kehidupan dia sekarang musnah. Segala masa hadapan hancur. Ditambah pula kehadiran Ammar Hafiy, lagi menambah kehancuran ke dalam hidupnya.

Sayang, kau nak pergi mana? Sayang tak akan dapat lari dari abang. Datang dekat abang. Abang janji buat tak sakit pun. Delia!

Terus dia pejamkan mata sambil menggelengkan kepala. Dia tidak boleh begini setiap hari. Semakin dia cuba untuk melupakan, semakin teringat peristiwa itu.

"Inara?" sapa Azeem.

Dia mendongak kepala ke atas memandang Azeem. Dia membetul kedudukkan semula sambil berdehem kecil.

"Boleh saya duduk?" tanya Azeem dengan senyuman manisnya itu.

"Duduklah" balas Inara Adelia dengan janggal.

"Awalnya awak sampai hari ni? Mia mana?" ujar Azeem.

"Saya datang awal sebab ada kerja belum selesai. Mia datang nanti" Inara Adelia mula mengalih pandangan ke arah lain.

Tidak selesa pula tatkala dipandang sebegitu oleh lelaki didepan ini.

"Awak ada masalah ke, Inara? Saya tengok awak selalu mengelamun. Kalau perlukan  seseorang untuk meluah, saya sentiasa ada" pelawa Azeem dengan hati terbuka.

"Tak. Saya tak ada apa pun. Saya nak tanya sesuatu pada awak boleh?"

"Sure"

Azeem menunggu balasan dari Inara Adelia. 

"Kenapa awak tak pernah give up dengan saya, Azeem? Awak dah tahu apa jawapan saya berikan pada awak sebelum ini kan?" soal Inara Adelia.

Benar, setiap bulan lelaki itu mengajak dirinya membina mahligai namun ditolak mentah-mentah olehnya.

Azeem mengukir senyuman nipis.

"Perasaan saya pada awak tidak pernah sesekali pudar, Inara. Saya betul-betul cintakan awak. Awak adalah cinta pertama saya. Walaupun awak tolak saya, itu tak bermakna saya dah give up. Saya sentiasa tunggu awak" luah Azeem.

Inara Adelia mengatup mata beberapa saat. Dia pandang lama ke dalam anak mata Azeem. Dia boleh nampak betapa ikhlas lelaki itu mahu menerima dia. Dia tidak layak untuk lelaki sebaik Azeem.

"Saya minta maaf. Saya tak layak untuk awak, Azeem. Saya dah kotor dan tak suci lagi. Saya dah tak ada apa-apa lagi. Tolong jangan tunggu saya" balas Inara Adelia dan angkat punggung mahu beredar.

"Saya tak kisah tentang itu, Inara. Semua itu tak penting. Kotor atau tidak suci bukan satu alasan saya tidak boleh terima awak. Saya cuma nak hati awak sahaja. Hati awak yang sangat bersih" Azeem menahan Inara Adelia daripada pergi.

"Sekali lagi saya minta maaf. Saya tak boleh terima. Saya pergi dulu" Inara Adelia meninggalkan Azeem keseorangan di situ.

'Maafkan saya, Azeem. Saya betul-betul tak layak untuk awak' desis hati Inara Adelia.

Azeem tersenyum nipis. Matanya melihat sahaja Inara Adelia sudah menjauh itu.

•••

KREK...

Tepat pukul 3:00 Pagi, Pintu bilik Inara Adelia dibuka perlahan. Dia tersenyum sambil mata helangnya merenung sekujur tubuh sedang lena diulit mimpi. Dia mula menghampirinya.

Dia merangkak naik ke atas katil dan menindih perlahan ke atas tubuh kecil milik Inara Adelia. Di telus lembut pipi gebu itu. Rambut terjuntai menutupi separuh muka gadis itu, diselit ke belakang telinga. Dia mula merapati wajah ke leher Inara Adelia. Dihidu sepuas-puasnya.

Kening berkerut-kerut tatkala rasa lena diganggu oleh seseorang. Ditambah pula rasa berat menindihnya. Secara perlahan dia membuka kelopak mata dan terus terbuntang mata melihat Ammar Hafiy.

"To-"

Mulutnya ditekup kuat oleh tapak tangan Ammar Hafiy. Dia mencerlung tajam pada Inara Adelia.

"Diam" Inara Adelia mengangguk laju.

Terus tekupan tadi dileraikan.

"Tolong!" sekali lagi Inara Adelia cuba untuk menjerit namun ditekup lagi oleh Ammar Hafiy.

Dia berdecit geram.

"Kau memang suka aku buat kasar kan? Saja nak naik darah aku kan" marah Ammar Hafiy dengan suara terkawal.

"Lagi sekali aku bagi kau peluang. Diam sahajalah!" tekupan kembali dileraikan.

"Awak buat apa ni, Ammar?" soal Inara Adelia. Dia mula mengesot ke belakang.

"Macam tak biasa. Baru pagi tadi aku cakap dekat kau, tak akan dah lupa?" balas Ammar Hafiy dengan mendekatkan muka pada muka Inara Adelia.

Dirinya sudah merapati pada dinding katil. Dia menggeleng laju bersama air mata berjujuran keluar. Segala memori peristiwa hilang itu telah muncul dalam fikirannya.

"Tolong keluar dari bilik saya, Ammar. Tolong... Saya merayu pada awak. Jangan apa-apakan saya" rayu Inara Adelia.

"Kau siapa nak halau aku keluar? Ini rumah aku. Suka hati akulah nak keluar ke tak" kata Ammar Hafiy.

"Kalau macam itu, saya yang keluar" belum sempat kaki menyentuh permukaan lantai, sudah ditarik masuk ke dalam dakapan lelaki itu.

"Diam. Aku nak kau. Cepatlah!" tubuh Inara Adelia ditolak supaya baring ke atas katil semula.

Disebabkan Inara Adelia meronta-ronta, membuat dia bengang.

PANG!

Satu tamparan padu diberikan pada gadis itu.

"Jangan sampai muka kau esok penuh lebam! Oh ya, jangan sampai aku sebar gambar kau tu" Ammar Hafiy tersenyum puas tatkala Inara Adelia diam dan hanya menitiskan air mata sahaja.

Ugutan itulah membuat kehidupannya dalam kesempitan.

"Good girl. I like it"

•••

"Morning semua" sapa riang Mia Aleesya. Dia labuhkan punggung ke atas kerusi bersebelahan Inara Adelia.

"Lain macam kau punya riang hari ni. Dah makan ubat ke belum?" sakat Ammar Hafiy.

"Apa abang ni? Orang nak riang pun salah. Kan Inara?" Mia Aleesya menyiku lengan Inara Adelia dan berlapisan dahi.

"Inara..."

"Kenapa hujung bibir kau ni lebam? Siapa buat kau macam ni?" soal Mia Aleesya dengan risau.

Inara Adelia melihat Ammar Hafiy, terlihat lelaki itu memberi amaran. Dia melihat Mia Aleesya di sebelah dan senyum kecil.

"Tak adalah. Aku jatuh bilik air tadi. Biasalah nak cepat kan" bohong Inara Adelia.

"Okay" balas Mia Aleesya sepatah. Walaupun dia agak tidak puas hati dengan jawapan Inara Adelia.

Mereka sekeluarga menikmati makanan dan masing-masing diam.

Kaki Ammar Hafiy mula menjalar pada betis Inara Adelia dibawah meja makan tersebut.

UHUK!

Inara Adelia tersedak lalu meneguk segelas air kosong. Selepas lega sedikit tekaknya, dia mengambil beg dan fail assignment lalu bingkas bangun dari duduknya.

"Err... Ma,Pa, Mia Inara pergi kolej dulu"

"Eh awal kau pergi?"

"Kelas aku awal hari ini"

Inara Adelia mula berasa tidak sedap hati apabila Ammar Hafiy merenung tajam kearahnya.

"Kamu nak pergi dengan siapa Inara? Nak abang Ammar kamu tolong hantarkan?" tanya Datin Zizah.

Petik sahaja nama Ammar Hafiy, pantas dia menggeleng kepala dengan laju tanda tidak mahu.

"Ammar boleh je hantar Inara pergi kolej. Mia... Pak Mat hantar kau nanti" pintas Ammar Hafiy lalu bingkas bangun dari duduk.

Secawan kopi dihirup sedikit sebelum menuju kearah pintu utama.

Inara Adelia mengeluh lemah. Sekali lagi dia berduaan dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience