BAB 5

Family Completed 6946

“Tak datang? Kenapa? Dia demam ke?” bertubi soalan aku kelaur. Budak lelaki dihadapan aku dipandang dengan tanda soal yang besar atas kepala aku.

“Mana la saya tahu. Saya tukang info je” aku buang pandangan. Tempat biasa yang Abang PJ selalu lepak kosong. Aku mengeluh.

“Frustnya akak” luah aku.

Mengeluh panjang la jugak. Penat aku berlari dia boleh tak datang ini hari. Ish ish ish selamat boleh kurangkan berat badan aku masa lari tadi. Kalau tak memang aku bergolek tak puas hati. Tapi mana Abang PJ pergi ya? Sejak aku skodeng dia tak pernah pulak dia tak datang. Ini mesti ada sesuatu ini.

“Dik, nah. Terima kasih” aku bagi jugak postboy aku tu tips. Kan susah jugak aku kalau post boy aku ini tak tolong aku. Mana nak cari budak yang setia macam postboy dia. Susah susah susah maka-nya aku kena hargai.

“Cari dia dekat rumah okey ke?” rasa-rasa ini idea yang baik ke untuk seorang rupawan seperti aku?

Aku melompat-lompat anak. Ala lompat gitu-gitu la. Motif nak tinjau kot-kot Abang PJ ada dalam. Baru nak panjat pagar pintu pagar rumah Abang PJ dah terbukak. Macam tahu-tahu sahaja niat aku nak menceroboh rumah orang. Terpacul wajah wanita berusia lewat 50-an dipintu pagar. Dia memegang plastic berwarna hitam. Sampah mungkin.

“Cari siapa?” soal makcik itu. Aku panggil dia makcik la. Sopan sikit.

Panggil nenek kan ada jugak yang kena humban.

“Abang Basir ada tak makcik?”

“Basir? Dia tak ada dia pergi kerja” jawapan dari makcik itu buat aku rasa nak tumbang kejap. Kerja?

“Biar betul makcik. Tak percaya saya dia pergi kerja”

“Kamu tak percaya makcik seribu kali tak percaya”

“Tak jangka ini”

“Tapi kamu ini siapa” aku dah tersengih bila makcik itu menyoal. Macam mana nak mula ya… Semua fail kewangan sudah dikumpulkan. Akhirnya setelah bertahun dia bersedia melangkah ke alam baru. Menyuarat yang tergempak berlaku. Sekarang dia bukan la pemusik jalanan. Dia dah up empat anak tangga. Hebat tak? Dia dah bergelar pengarah untuk syarikat arwah papa. Ala syarikat kecil ke. Syarikat majalah yang sedikit gah dekat Malaysia ini. Majalah Mate. Majalah yang memaparkan info-info semasa. Khas untuk golongan remaja. Dari info agama, kesihatan, fesyen, gossip, bakat dan lain-lan lagi. semua di adun menjadi satu iaitu Mate.

“Encik Basir. Ini laporan yang encik nak” Elena muncul dengan fail berwarna biru. Basir hanya mengangguk.

“Ada apa-apa lagi?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience