BAB 6

Family Completed 32037

“Assalamualaikum Medina..”

Ucap Uwais. Aku memandang mukanya lalu tersenyum.

“Waalaikumussalam, Uwais.”

Kami beriringan jalan masuk ke kelas masing-masing. Tahun ini aku berazam mahu menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan solehah. Aku ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR yang bakal aku duduki tahun depan dan aku mahu mengkhatam Al-Quran dengan cepat dan betul!

“Aaliya Medina tak ada ayah! Tak ada ibu! Semua tinggalkan dia. Ha ha ha...”

Aku hanya menundukkan wajahku sepanjang berjalan di kantin. Uwais disebelah hanya memberikan aku kata semangat supaya mengabaikan mereka.

“Korang nak tahu tak? Medina tu ramai cakap dia anak luar nikah. Kau tahu tak anak luar nikah tu apa?”

“Tahu! Dia lahir masa tu ibu dengan ayah dia tak kahwin lagi!”

Semua ketawa dan mengejek. Ada juga yang menjelir lidah ke arahku. Aku terus berlari ke kelas. Uwais mengejar aku.

“Medina, ambil roti ni. Alaslah sedikit perut awak. Jangan menangis lagi.”

Uwais memujuk aku. Aku hanya mengangguk kecil. Terus aku melangkah melabuhkan punggung di tempatku.

Selesai sesi persekolahan tamat, aku dan Uwais duduk di pondok untuk mengulangkaji pelajaran Pendidikan Islam. Uwais tekun membaca buku yang bertajuk “Sayang Ibu. Sayang Ayah.”

“Medina, cuba awak dengar saya baca ni, ya.”

Aku mengangguk.

“Firman Allah S.W.T dalam surah Al - Isra’ , mafhumnya : Tuhanmu telah memerintahkan , supaya kamu tidak menyembah selain Allah , dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Aku mengangguk faham kemudian Uwais membaca ayat seterusnya.

“Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud : Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya.”

“Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.”

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu (Luqman, 31: 14)

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience