Rate

Bab 45 Kembali Ke Tanah Air

Romance Completed 278239

Anis Umairah sudah menunggu ketibaan kedua orang tuanya kat "Arrivals section". Dari kejauhan Anis melihat kelibat Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha yang sedang menolak troli bagasi yang di penuhi dengan beg. Anis Umairah tersenyum bahagia, inilah kali pertama dia di tinggalkan begitu lama selama 17 tahun kehidupannya. Anis melambai-lambaikan tangannya setelah mereka melihat Anis yang sedang menunggu mereka.

"Alhamdulillah, akhirnya sampai juga abah dan umie Anis kan?" Ucap Puan Saleha sambil memeluk bahu Anis.

Anis mengangguk perlahan.

"Alhamdulillah!" Sahutnya spontan.

"Anis apa khabar sayang?" Sapa Puan Zulaikha setelah mereka sudah bertemu dengan Anis dan yang lain. Encik Muhaimin bersalaman dan berpelukan singkat dengan Adib dan Encik Amri.

"Alhamdulillah Anis sihat umie." Sahutnya sambil tersenyum. Airmatanya tanpa sedar jatuh berlinangan.

Puan Zulaikha tersenyum melihat perangai Anis yang masih kekanak-kanakan. Kemudian Puan Zulaikha bersalaman dan berpeluk singkat dengan Puan Saleha.

"Aik, kenapa anak kesayangan abah nangis?" Sahut Encik Muhaimin sambil mengambil alih memeluk Anis.

"Anis happy abah." Sambil membalas pelukan Encik Muhaimin dengan erat.

"Anis tak buat hal juga ke selama abah dan umie takde Adib?" Tanya Encik Muhaimin dengan senyuman bahagianya.

"Alhamdulillah takde juga abah!" Sahut Adib spontan.

"Mari balik, takkan nak berdiri terus di sini?" Ucap Encik Amri dengan nada gurau.

Mereka tergelak perlahan.

"Okay, ikha balik rumah kami dulu ya, saya dah masak banyak tadi." Sahut Puan Saleha sambil jalan beriringan dengan Puan Zulaikha dan Anis ke bahagian letak kenderaan.

"Wah, ada makan besar ke ni,?" Kata Encik Muhaimin sambil tergelak.

"Bolehlah, beria-ia si Sal tadi masak... Happy sangat sampai nyanyi-,nyanyi kat dapur!" Sahut Encik Amri bergurau.

Mata Puan Saleha melotot mendengar usikan suaminya.

"Amboi abang, dah saya pula kena fitnah... takde nya sampai menyanyi-nyanyi, alamat banjir kilatlah sebab katak pun ikut serta jadi suara latar." Ucap Puan Saleha sambil tergelak perlahan.

Adib tersenyum mendengar gurau senda keluarga kecilnya. Dia bersyukur kerana di kurniakan keluarga yang harmoni. Semoga tidak ada badai dalam keluarganya yang menimpa.

Setelah mereka sampai di rumah Adib, mereka pun duduk di bahagian tengah ruang tamu sambil bersembang ringan. Golongan hawa pula ke dapur menyediakan makanan untuk di letak atas meja makan.

Inilah masanya fikir Adib, beritahu pada mertuanya tentang rancangannya untuk hidup berdikari dengan Anis Umairah. Sampai bila nak hidup berjauhan dengan isterinya? Adib tak sanggup. Pasti abah Anis mengerti pasangan pengantin yang tak seberapa baru ni hahahah!!

"Abah, ada Adib nak beritahu dengan abah." Ucapnya sambil menggaru tengkuknya yang tak gatal.

Kening Encik Muhaimin berkerut.

"Nak beritahu apa?"

"Ermmm begini!" Sahutnya terputus, sambil melirik ayahnya Encik Amri yang duduk bersebelahan dengan mertuanya Encik Amri.

"Adib nak hidup berdikari." Ucapnya spontan.

Encik Amri sudah tersengih-sengih melihat tingkah laku Adib.

"Maksudnya?" Ucapan Adib Umair tak jelas hingga Encik Muhaimin tertanya-tanya apa sebenarnya yang Adib nak cakap.

"Begini Am, menantu awak tu tak sabar nak hidup sebumbung dengan Anis, boleh ke?" Encik Amri menyampaikan maksud anak tunggalnya.

"Oh .... begitu!!" Sahutnya sambil tergelak heboh.

Wajah Adib Umair merah padam menahan malu.

"Abah tak kisah Adib, kamu tanya Anis... dia mahu ke?" Jawab Encik Muhaimin setelah tergelak melihat tingkah Adib.

"Anis mahu juga abah!" Sahut Adib lagi.

"Oh, maknanya Anis dah tahu la ye!" Soal Encik Muhaimin pada Adib.

Adib mengangguk membenarkan.

"Baguslah kalau macam tu, tenang hati abah dengar kalau Anis terima juga perjodohan ini." Sahut Encik Muhaimin senang hati.

"Syukurlah Am, tak risau kita fikirkan tentang budak-budak ni, awal-awal tu sebenarnya saya risau juga... takut diorang tak bersuka, ingat lagi awal-awal beritahu hari tu, di katanya Anis budak hingusan." Ucapnya Encik Amri memerli anaknya.

Adib terkulat-kulat mendengar ejekan ayahnya.

"Dah-dahlah tu yah, itukan dulu!" Sahutnya sambil merungut.

Encik Amri dan Encik Muhaimin tergelak heboh mendengar rungutan Adib Umair.

"Sekarang ni dah jatuh cintalah ye?" Sahut Encik Muhaimin pula.

Adib cuma tersengih-sengih mendengar kata-kata mertuanya.

"Tak sabar rasanya mendukung cucu pulak ye Am?"

"Korang jangan tangguh-tangguh ye soal anak." Kata Encik Muhaimin melihat Adib.

"Aniskan masih sekolah abah?" Hairan Adib melihat mertuanya.

"Kan tinggal berapa bulan lagi Anis sekolah!" Sahut Encik Muhaimin tenang.

"Mari masuk makan!" Puan Saleha tiba-tiba muncul memanggil kaum Adam masuk untuk menyantap makanan.

"Mari Am, banyak tu si Sal masak tadi!" Ajak Encik Amri pada besannya.

Mereka pun bergerak ke meja makan.

Di suatu tempat....

"Aqilah, betul ke kau terlihat Anis dan Cikgu Adib tadi?" Soal Syifa seakan tak percaya dengan kata-kata Nur Aqilah.

"Betullah, tadi aku pergi airport dengan family aku, aku jemput abang aku yang study kat New York tu." Sahut Aqilah dengan wajah seriusnya.

"Abang Akmal dah balik ke Aqilah?" Soal Syifa sengih-sengih.

"Yup!" Jawabnya sepatah sambil memutar perlahan bola matanya.

"Jangan gedik nak usha abang aku pulak!!" Kata Nur Aqilah lagi.

"Itu pun marah! Jadi, apa yang kau lihat tadi?"

"Aku tengok diorang rapatlah, pelik!" Ucap Nur Aqilah sambil mengetuk-ngetuk dagunya perlahan menggunakan jari telunjuknya.

"Rapat macam mana?" Tanya Syifa tak sabar.

"Rapatlah, macam mana ye aku nak explain dengan kau ni."

"Tak boleh jadi ni Aqilah, jangan-jangan mereka ada something kot kita tak tahu!!" Sahut Syifa meneka-neka.

"Mustahillah!" Sahut Nur Aqilah cuba berdalih dengan kenyataan yang dia lihat.

"So?" Dahi Syifa berkerut.

"Aku tengok Anis rapat dengan sorang perempuan tua tu, ada Cikgu Adib di tepinya." Kata Nur Aqilah sambil mengingat-ngingat keadaan di lapangan terbang.

"Terus?"

"Begitu saja!" Sahutnya sambil mengangkat bahunya seketika.

"Cikgu Adib ada sentuh-sentuh Anis tak?" Soal Syifa tak puas hati dengan penjelasan Nur Aqilah.

"Takde juga, cuma aku tengok macam Anis rapat dengan Cikgu Adib." Kata Nur Aqilah lagi.

.

___________________________________________

Please comment, okay ke?

semoga terhibur ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience