20

Romance Series 93218

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kini kandungan Aayra sudah berada di kemuncaknya. Bila - bila masa sahaja dia akan melahirkan anaknya. Kesihatan dirinya juga agak terganggu. Tubuhnya juga kerap merasa letih. Dia sudah tidak berdaya untuk bergerak aktif seperti dahulu. Saat ini Harraz hanya mengarahkan agar dia berehat sahaja di rumah mamanya. Sekurang - kurangnya jika terjadi sesuatu ketika suaminya berada di pejabat, Puan Husna boleh tengok - tengokkan dirinya.

“Mama.. " Sapa Aayra lembut.

Puan Husna menoleh. Dia melemparkan senyuman ke arah anak kesayangannya itu.

“Ya sayang. Adik nak makan ke? Nak mama hidangkan?" Soal Puan Husna prihatin.

“Eh, takdelah mama. Adik kenyang lagi. Saja je datang duduk sini nak borak - borak dengan mama." Balas Aayra.

Puan Husna tersenyum. Lalu dia mendekati Aayra. Kerusi di sebelah Aayra ditarik perlahan. Sebaik melabuhkan punggungnya, tangan Aayra ditarik lalu dia memicit - micit tangan anaknya itu. Rasanya sudah lama mereka tidak meluangkan masa bersama sebegini. Sejak bergelar isteri, Aayra sudah jarang dapat meluangkan masa bersama dengannya. Walaupun Harraz tidak pernah menghalang untuk mereka bertemu, namun Puan Husna sendiri yang menolak. Semua itu dilakukan bukanlah kerana dia tidak menyukai Harraz. Tetapi sebaliknya dia ingin mengajar Aayra agar hidup lebih berdikari. Jika Aayra terus bergantung harap dengannya, nescaya anaknya itu tidak akan pernah mengetahui apa itu erti sebuah tanggungjawab yang sebenarnya. Lagi pula Puan Husna yakin dengan bimbingan yang diberikan Harraz kepada Aayra, anaknya itu mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik dan sempurna. Setakat ini dia tidak pernah melihat sebarang kecacatan dalam kehidupan rumahtangga anaknya itu. Semuanya tampak sempurna sahaja. Namun hakikat yang sebenar, dia tidak tahu. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sebagai ibu, dia tidak pernah berhenti dari mendoakan kebahagiaan anak dan menantunya itu.

“Persiapan bersalin semua macam mana? Semuanya dah ready ke? Adik nak mama tolong apa - apa tak?" Soal Puan Husna membuka bicara.

Aayra tersenyum. Kepalanya digeleng perlahan. Tangan Puan Husna diraih lalu digenggam lembut.

“It's ok mama. Everything's done. Abang Harraz yang sediakan semuanya. Adik cuma tolong sikit - sikit aje." Balas Aayra lembut.

“Amboii!! Sayang betul Harraz dengan anak mama ni kan? Sampaikan semua persiapan dia yang sediakan. Habis tu adik buat apa? Tengok je? Patutlah makin naik lemak mama tengok adik sekarang ni." Omel Puan Husna.

“Ishh, mama ni. Bukan macam tu lah. Adik pun tolong juga. Cuma Abang Harraz tu je yang terlebih excited nak sediakan semua. Almaklumlah anak pertamalah katakan." Ujar Aayra seraya melontokkan kepalanya di atas bahu Puan Husna.

Puan Husna tersenyum kecil. Apa yang diperkatakan Aayra itu memang ada benarnya. Dia sendiri dapat melihat keterujaan Harraz dalam menyediakan kelengkapan Aayra serta baby di dalam perut itu.

“Alhamdulillah. Happy sangat mama tengok adik dengan Harraz. Bahagia je selalu. Lagipun mama tengok Harraz tu memang sayang sangat dengan adik kan? Bertanggungjawab lagi. Tak pernah lagi mama nampak dia abaikan tanggungjawab dia kepada adik. Bertuah sangat anak mama ni dapat suami sebaik Harraz tu." Puji Puan Husna melambung.

Aayra tersenyum bahagia. Dia mengangguk setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Puan Husna itu. Selama dia menjadi isteri Harraz, kehidupannya cukup bahagia dan sempurna. Harraz memang seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Setiap keperluan dan kehendak dirinya semuanya dijaga dengan baik. Malah tidak pernah sekali pun lelaki itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami. Tidak cukup dengan itu, Harraz juga tidak pernah jemu dalam membimbingnya ke arah yang lebih baik. Betapa Aayra sangat bersyukur kerana memiliki suami sebaik Harraz.

“Alhamdulillah mama. Adik pun bersyukur sangat sebab dikurniakan suami sebaik Abang Harraz tu. Abang Harraz tu memang baik sangat orangnya. Sometimes adik sendiri pun rasa malu dengan diri adik. Abang Harraz dah sediakan macam - macam untuk kesengan dan keselesaan adik. Tapi adik? Adik ni tak dapat nak bagi apa - apa pun dekat dia, mama." Adu Aayra bersama wajah yang sedikit sedih.

“Siapa cakap adik tak dapat bagi apa - apa untuk Harraz? Habis zuriat dalam kandungan adik ni apa?" Puan Husna cuba memujuk hati anaknya.

Aayra tertawa kecil. Benar. Hanya dengan zuriat ini sahajalah yang mampu Aayra berikan kepada Harraz sebagai tanda terima kasihnya kepada lelaki itu. Bahkan dengan kehadiran zuriat ini jugalah yang telah membuatkan rasa kasih, cinta dan sayang diantara mereka semakin bercambah. Perlahan - lahan tangannya mula mengusap - usap perutnya. Aayra dan Puan Husna tersenyum gembira apabila bayi di dalam kandungannya itu turut memberi ransangan di atas usapannya sebentar tadi.

“Mama.. " Tiba - tiba Aayra bersuara.

“Ya sayang." Balas Puan Husna lembut.

“Sebenarnyakan, adik nervous sangat sekarang ni. Adik takutlah mama." Adu Aayra.

“Takut? Takut kenapa?" Soal Puan Husna tidak mengerti.

“Yelah. Adik ni anytime je akan deliver mama. Macam - macam perasaan yang bermain dekat fikiran adik sekarang ni. Entah macam manalah keadaan adik semasa deliver nanti kan mama? Macam mana kalau tiba - tiba Allah tarik nyawa adik tanpa adik sempat nak tatap wajah baby adik ni?" Entah mengapa laju sahaja soalan itu terpacul dari bibir Aayra. Wajahnya kelihatan bersahaja tanpa ada perasaan bersalah.

Buntang mata Puan Husna mendengarkan soalan anak kesayangannya itu. Serta - merta jantungnya berdegup laju. Kepala Aayra yang diletokkan di atas bahunya ditolak sedikit lalu wajah Aayra ditenung tajam. Naluri keibuannya mula merasakan seperti ada yang tidak kena.

“Apa yang adik cakapkan ni? Kenapa sampai macam tu sekali adik fikir?" Soal Puan Husna resah.

"Takde lah mama. Adik cuma cakap kalau je kan. Bukannya adik betul - betul maksudkannya. Tapi ma, soal ajal dan maut ni kan di tangan tuhan. Kita tak kan pernah tahu bila ajal kita. Adik cuma takut je." Luah Aayra sayu.
"Adik.. " Nada suara Puan Husna mula mengendur. Dia tahu dalam keadaan begini, emosi Aayra sedikit terganggu. Apatah lagi ini merupakan kandungan pertama buatnya.
Aayra tidak menyahut. Sebaliknya wajah Puan Husna ditatap lembut. Puan Husna mengangkat kedua belah tangannya lalu bahu Aayra dipegang erat.
"Mama tahu emosi adik kurang stabil sekarang ni. Tambah - tambah lagi dalam keadaan adik berbadan dua macam ni. Sebab tu adik tak boleh nak fikir panjang tentang apa yang adik dah cakapkan. Tapi adik janganlah ikutkan sangat perasaan tu. Tak elok untuk kesihatan adik dan baby tu tau. Sepatutnya dalam keadaan macam ni, adik kena banyak dekatkan diri dengan Allah dan berdoa

kepadaNya. Minta kepada Allah agar permudahkan segala urusan adik semasa melahirkan baby ni nanti. Minta yang baik - baik sahaja dariNya. In shaa Allah sayang. Allah pasti akan perkenankan doa adik tu." Nasihat Puan Husna telus.
"Hmm.. " Hanya itu sahaja yang keluar dari bibir Aayra saat ini. Hatinya masih jua dipanah kerisauan.
"Jangan bimbang sayang. Mama yakin adik kuat dan adik boleh hadapi situasi itu dengan tenang. In shaa Allah, mama akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik. Mama janji mama akan sentiasa berada di belakang adik untuk memberi sokongan." Puan Husna cuba meyakinkan anaknya lagi.
Kali ini senyuman kembali menyinari wajah lembut Aayra. Tubuh Puan Husna dipeluk erat. Sesungguhnya mamanya adalah sumber kekuatannya saat ini. Betapa kata - kata ibu adalah doa yang terbaik untuk anak - anaknya. Jadi tidak hairanlah mengapa hati yang gundah sejak tadi mampu dicairkan hanya dengan mendengar kata - kata semangat dari mamanya. Jauh di sudut hati, Aayra berdoa agar dia juga mampu menjadi ibu yang terbaik untuk anaknya kelak seperti mana mamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience