"anak kamu tu dah berapa bulan dik?" tanya ibuku sambil membawa secawan air.
"dah nak masuk sembilan bulan mak. due doktor cakap haritu in sha Allah 12hb september." ibu ku mengangguk. "ayah mana mak?" tanya ku dengan sopan
"ayah pergi kebun sawit. katanya harini orang nak menumbuk sawit tu. harap harap hasilnya banyak lah." giliran aku pula menangguk.
'ayah ayah. dah tua tua pun larat ' hati ku berbunyi risau. bunyi kereta di bawah rumah menghentikan perbualan kami.
"Asslamualaikum orang rumah." amir sopan memberi salam.
"waalaikumsalam." serentak aku dah ibu menjawabnya.
"dari mana mir?" tanya ibuku.
"pergi pasar ikan. cari sayur labu ni ha. liya mengidam katanya nak makan sayur labu" amir memuncungkan mulutnya kearah ku. seraya itu ibuku mencuit pahaku.
"manja time mengandung" kami semua melepaskan tawa.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"sayang, knape mak balik awal sangat?" tanya suamiku
"ouh, dia kata dia datang sebab nak beli varang dekat bandaraya kuching tu. alang alang dia jenguklah sekali. rindu kot" amir mengangguk laju.
"sayang tidur jum." tangannya pantas merampas telefon yang berada ditanganku.
"aaa, liya tengah attack orang tu. kalahlah liya nanti. bagi baliklah bang." suaraku seperti hendak menangis.
"tak bagus lawan kata suami." dia pulak yang main telefon. aku hanya mendengus dan terus baring membelakanginya. tidak lama selepas itu. tangannya melingkari pada pinggangku.
"dah menang dah sayang. 100% and i've got it for you. iam sorry mama. tak elok majok lama lama. nanti turun ke anak." dia mengucup pipiku. aku tersenyum bahagia.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"sayang jangan balik akhir tau." arah suamiku.
"ye ye, liya pergi hantar surat ni pastu terus balik ek?" aku menyalami tangannya.
"sayang!" amir memanggilku lalu terus didakapinya aku.
"liya pergi skolah kejap sayang. tak jauh pun." terasa berat untuk melangkah. dia mengucup dahiku lama. dia melambai lambai kearahku. 'macamlah saya ni nak pergi jauh. lambai lambai pulak dia.
perjalanan ke sekolah sunyi. kerana ianya laluan untuk ke kampung. hari ini pula hari sabtu. budak budak tak sekolah. memanglah sunyi. aku memandu dengan tenang. tiba tiba sebuah kereta memotong laju dihadapan ku lalu tiba tiba menghentikan keretanya dihadapanku. aku tidak sempat menekan brek lalu...
DUMMMM!!
darah mengalir hangat dimuka. terasa pedih menjalar ke seluruh tubuh. aku pegang perutku. "anak mama" lemah suaraku. aku menyeluk tanganku disebelah tempat duduk, mencapai telefon dan mendail nombor suamiku. 'ya Allah, selamatkan bayi ku.' amir mengangkat panggilanku. 'syukur'
"sayang?"
"sayang kat mana?"
"sayang, kenapa ni?"
aku bersuara lemah "abang tolong liya, liya eksiden" sungguh ku tidak terdaya menahan beban ditanganku walaupun ianya sebuah telefon yang ringan. hilang kudrat ku tiba tiba. panggilan sayang bertalu talu oleh suamiku di telefon samar samar ditelingaku. dan tiba tiba semuanya gelap....
Share this novel