BAB 14

Romance Completed 43245

Afiq Raihan tersentak. Apa yang Haiqal Iskandar merepek ni? Dia fikir lelaki itu boleh diharapkan. Namun tanggapannya salah sama sekali. Dia tidak setuju dengan rancangan Haiqal Iskandar. Tak sanggup dia mahu hancurkan kebahagiaan orang lain.

"Is,kau jangan buat lawak wei. Gila ke? Aku ingat kau ada rancangan yang lebih baik. Tak masuk akal langsung lah idea kau tu. Kau nak kena kahwin minggu depan tau. Bukan tahun depan!"balas Afiq Raihan tak puas hati. Dia menahan geram. Direnung wajah lelaki itu dengan pandangan maut. Dah sewel ke apa mamat ni?

"Ya,aku sendiri pun rasa benda ni tak masuk akal tapi apalagi pilihan yang kau ada. Sekarang ni cuba kau dengar dulu apa yang aku rancangkan buat masa sekarang. " pujuk Haiqal Iskandar bersungguh-sungguh.

"Kalau macam tu,cakaplah apa rancangan kau. Tapi aku tak bagi kata putus terus eh" kata Afiq Raihan memberi amaran terlebih dahulu. Dia mula termakan dengan pujukan Haiqal Iskandar. Lelaki itu hanya mengangguk tanda faham.

"Aku cadangkan kau kahwin dengan Anis Raihanna untuk tiga bulan. Dalam waktu itu,aku akan selesaikan kes ni untuk cari siapa dalang sebenar. Bila dah genap tiga bulan,kau kena berpisah dengan Anis supaya aku boleh bersama dia. Ha faham?" jelas Haiqal Iskandar. Dia menunggu jawapan Afiq Raihan.

Afiq Raihan terdiam apabila mengetahui rancangan 'gila' Haiqal Iskandar. Dia mengambil masa untuk berfikir buat seketika. Dia mempertimbangkan idea tersebut. Masuk akal juga rancangan lelaki tu. Namun begitu,dia masih teragak agak untuk meneruskan rancangan tersebut. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

"Tapi Is,macam mana dengan Anis? " kata Afiq Raihan lagi. Dia menyuarakan kebimbangan yang menyelubungi dirinya.

"Tentang Anis Raihanna kau sendiri yang kena yakinkan dia untuk setuju dengan rancangan kita. Tapi pastikan dia hanya tahu dia perlu kahwin dengan kau untuk tiga bulan. Kalau dia tanya sebabnya kau reka saja boleh?" pinta Haiqal Iskandar. Itu sahaja permintaannya. Dia sanggup mengorbankan cinta hatinya demi menjaga maruah keluarga tunangnya.
"Tapi kenapa perlu tiga bulan? Aku tak cintakan Anis wei." tanya Afiq Raihan lagi. Mengapa perlu tiga bulan? Kalau sebulan je tak boleh ke? Monolog hatinya.

"Kau ingat tak aku cerita yang aku kena transfer kerja ke Langkawi selama tiga bulan? Ha itulah sebabnya. Kau anggap je macam kau tolong jaga Anis untuk aku. Kalau kau tanya kenapa aku percaya kau untuk jaga Anis sebagai isteri. Aku akan jawab sebab aku tahu kau tak cintakan Anis Raihanna kan?" soal Haiqal Iskandar pula. Dia memandang Afiq Raihan.

"Kalau macam tu aku setuju dengan rancangan ni" balas Afiq Raihan yakin. Dia sudah memutuskan untuk meneruskan saja rancangan tersebut.

Mereka bertukar nombor telefon sebelum meminta diri masing masing. Mereka juga turut berjabat tangan sebagai tanda setuju untuk menjayakan rancangan tersebut.

???

Rancangan yang dipersetujui oleh Haiqal Iskandar bersamanya semalam masih berlayar difikiran Afiq Raihan pada pagi ini. Dia telah menunaikan solat istikharah bagi memohon petunjuk agar membolehkan dirinya membuat keputusan yang tepat. Dia redha dengan ketentuan Ilahi. Dia percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dia berharap rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Deringan telefon Afiq Raihan mematikan lamunannya. Seraya itu dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello?" soal Afiq Raihan sebaik saja panggilan disambungkan. "Woi,Aku dah ada kat lobi hotel dah ni. Mana kau? Cepatlah. Aku tahulah aku lambat semalam. Takkan kau nak balas dendam pulak? Hish" jawab Anis Raihanna tak puas hati. Sudah lebih setengah jam dia menunggu lelaki itu. Mana tak dia mengamuk.

Afiq Raihan menjulingkan mata ke atas. Jam ditangan dikerling sekilas. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Memang patutlah minah tu membebel pagi buta ni. Getus hatinya.

"Ha tau pun penat tunggu orang Sekarang rasakan. Padan muka kau Aku turun dalam lima minit lagi. Chau." balas Afiq Raihan. Dia terus menamatkan panggilan. Bibirnya tersenyum kemenangan.

"Hello..Hello.." soal Anis Raihanna. Baru dia perasan mamat tu dah tamatkan panggilan. Dia mendengus kegeraman. "Ish,Ngok Ngek ni memang cari pasal betul. Kau tunggu" omelnya sendirian. Dia masih menunggu lelaki itu dengan perasaan geram yang menggunung. Mahu saja dia menyepak terajang lelaki itu kalau ada dihadapannya sekarang.

Setelah selesai check out hotel, mereka berdua berjalan beriringan ke kereta yang terletak diparking. Masing-masing diam membisu. Sesekali mereka berpandangan antara satu sama lain. Anis Raihanna yang memulakan perang dingin. Afiq Raihan hanya menurut saja.

Akhirnya,Afiq Raihan yang memulakan perbicaraan sebaik saja mereka berada didalam kereta. Anis Raihanna pula hanya membuang pandangan kosong ke luar tingkap.

"Hana boleh tak kita bincang perkara semalam sekarang? Aku tahu aku cadang nak bincang dengan keluarga kita dulu tapi sekurangnya boleh tak kita berbincang perkara ni berdua je?" soal Afiq Raihan. Nada suaranya serius. Dia perlu memujuk gadis itu bersetuju dengan rancangannya. Tidak kira apa cara sekalipun,itu saja jalan penyelesaian yang terakhir.

"Hurm..jadi apa rancangan kau sebenarnya ni? Just straight to the point." balas Anis Raihanna. Dia dapat menangkap apa yang bermain difikiran lelaki itu. Dia tahu lelaki itu pasti mempunyai rancangan tersendiri bagi menyelesaikan masalah mereka berdua. Dia yakin.

"Aku rancang untuk kita kahwin." balas Afiq Raihan. Ditilik seketika reaksi muka gadis itu. Dia menghela nafas lemah. Dia ingin menyambung kata katanya namun dipotong oleh Anis Raihanna.

"Kau gila ke Afiq! Aku ni dah bertunang tau! Minggu depan aku sepatutnya kena kahwin dengan Is! Bukan tahun depan!" marah Anis Raihanna. Membuntang matanya mendengar kata kata lelaki itu. Dah kenapa mamat ni?

Afiq Raihan mengerutkan dahi. Macam pernah dengar ayat yang meluncur keluar daripada bibir gadis itu. Tapi dimana ya? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Afiq,kau dengar tak ni? Jangan main main." balas Anis Raihanna tidak puas hati. Geram dengan sikap acuh tidak acuh lelaki itu. Ada jugak yang kena lempang satgi ni.

"Hish,kau ni. Cuba dengar dulu aku cakap sampai habis. Ini tak terus nak mengamuk tak tentu pasal." perli Afiq Raihan. Namun apabila melihat gadis itu makin marah terhadapnya terus dia menyesal. Rosak pulak nanti rancangannya untuk memujuk gadis itu.

"Ok sekarang ni dengar dulu aku cakap sampai habis. Kalau kau menyampuk,aku cium mulut kau tu satgi. Nak?" ugut Afiq Raihan. Dia tersenyum nakal. Dia tahu itu saja yang dapat menundukkan gadis itu.

Anis Raihanna terkejut dengan ugutan Afiq Raihan. Membuntang matanya. Bibirnya mencebik. Terpaksa lah nampaknya ni.

"Hish,ha cepatlah cakap. Malas aku nak layan kau" balas Anis Raihanna. Direnung wajah lelaki itu dengan tajam. Otaknya pula ligat memikirkan apa yang bermain di minda lelaki itu.

"Okey. Rancangan aku macam ni. Kita kahwin but just for 3 month. After that, kita divorce. Faham?" jelas Afiq Raihan. Dia menyusun kata kata dengan berhati hati. Tersalah cakap kang minah tu tak setuju nanti.

"What?! 3 month? Kalau sebulan je tak boleh ke? Is macam mana? So aku kena putus tunang dengan Is? Kalau dia tak setuju? Wei,aku tak nak jadi janda waktu usia muda. Aku baru 23 kot! Agak agak la." Ha ambik kau. Bertalu talu soalan diutarakan oleh Anis Raihanna. Tulah ajak dia buat kerja gila lagi. Ha jawab lah.

Tercengang Afiq Raihan dengan soalan yang keluar dari mulut Anis Raihan. Afiq hanya menayang muka selamba. Ya,dia perlu kelihatan yakin baru Anis akan percaya kepadanya.

" Aku pun tak nak jadi duda. Tapi nak buat macam mana Hana. Benda dah jadi. Apalagi pilihan yang kita ada? Kau nak maruah keluarga kita tercemar ke? Tentang Is pulak, aku rasa mungkin dia sendiri yang nak putuskan pertunangan ni. Tolonglah Hana setuju je." pujuk Afiq Raihan.

Dia serba salah sebab berkata sebegitu tentang Haiqal Iskandar. Namun apakan daya sudah permintaan lelaki itu bagi merahsiakan perkara tersebut daripada Anis Raihanna. Dia terpaksa menurut. Padahal dia sendiri kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Haiqal Iskandar. Sungguh mulia tindakan lelaki itu. Dia nekad untuk membalas jasa Haiqal Iskandar.

"Tak aku tak rasa Is nak putuskan pertunangan kami. Aku percaya dia cintakan aku. Dia takkan buat macam tu" bidas Anis Raihanna. Walaupun dia tak cintakan Haiqal Iskandar tapi dia yakin lelaki itu mencintainya sepenuh hati. Dia nampak keikhlasan yang ditunjukkan oleh Haiqal Iskandar. Dia kecewa dengan tanggapan Afiq Raihan terhadap tunangnya.

"Hana aku tak maksudkan yang dia tak cintakan kau. Urmm. Aku harap kau boleh pertimbangkan rancangan aku. Mungkin kau boleh beri jawapan bila kita berbincang dengan keluarga kita nanti?" Afiq mengeluh berat. Nampaknya Anis salah faham terhadap dirinya. 'Apa yang kau dah buat ni,Afiq.' keluh hatinya. Dia menunggu balasan daripada Anis Raihanna.

Anis Raihanna hanya mengangguk sebagai balasan. Dia kembali membuang pandangan ke luar tingkap. Kata kata Afiq Raihan sebentar tadi menusuk hatinya.

Afiq Raihan hanya tersenyum nipis. Dia memulakan pemanduannya untuk pulang dengan segera. Sepanjang perjalanan mereka diam tak berkutik. Masing masing melayan perasaan.

???

"Assalamualaikum,ma,pa. Eh Pak Ngah dengan Mak Ngah pun ada sekali?" ucap Afiq Raihan. Terkejut dia melihat ibu dan bapa saudaranya berada disitu. Anis Raihanna dikerling sekilas. Mereka berpandangan.

Anis Raihanna turut terkejut dengan kehadiran ibu bapanya. Dia dan Afiq Raihan bercadang untuk berbincang bersama Pak Long dan Mak Long terlebih dahulu. Nampaknya mereka boleh berbincang terus dengan ibu bapanya. Dia mengukir senyuman kepada mereka.

"Waalaikumusalam,Fiq. Papa yang ajak Pak Ngah datang rumah untuk bincang tentang kelmarin." kata Encik Zhafran. Dia kelihatan tenang. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada anaknya.

Afiq sekadar tersenyum nipis. Dia bersalaman dengan bapanya serta bapa saudaranya.Dia meminta diri untuk membersihkan diri terlebih dahulu.

"Ibu,Anis nak rehat kejap boleh. Anis penat. Nanti Anis datang balik." kata Anis Raihanna. Dia berpelukan dengan Puan Aimi sebentar. Mahu melegakan hati ibunya. Dia tahu ibunya masih terkejut dengan apa yang berlaku. Puan Aimi tersenyum tawar. Dia berasa lega dapat berjumpa dengan anaknya.

Anis Raihanna duduk termenung. Badannya direbahkan pula ke atas katil. Tangannya disilangkan ke belakang kepalanya. Kata kata Afiq Raihan masih terngiang ngiang dikepalanya.

Dia sendiri keliru sama ada mahu meneruskan rancangan lelaki itu atau tidak. Dia tak mahu kecewakan tunangnya tapi dia juga tak nak maruah keluarganya tercemar. Kalau ikutkan dia mahu meneruskan pertunangannya tetapi tindakan itu seperti mementingkan dirinya sendiri. Dia dalam dilema.

" Ya Allah berikanlah hambu Mu ini petunjuk dan mudahkanlah urusan ku." doanya didalam hati. Akhirnya dia memutuskan untuk mengerjakan solat sunat istikharah.

???

"Memandangkan semua dah ada disini. Afiq bercadang untuk berbincang dengan mama,papa,Pak Ngah dan Mak Ngah tentang kejadian yang berlaku tempoh hari" kata Afiq Raihan terus terang. Dia perlu selesaikan perkara ni secepat mungkin. Dipandang muka Anis Raihanna sekilas. Dia harap gadis itu sudah membuat keputusan.

"Afiq dah mulakan siasatan tapi belum ada hasil lagi. Afiq sendiri pun tak tahu lagi apa motif dalang kes ni. Kalau nak kata dia buat semua ni untuk ugut Fiq dengan gambar tu semua bagi diedar pada pihak media untuk wang, tak ada pula Fiq terima apa apa ugutan. " kata Afiq Raihan lagi menjelaskan.

Encik Zhafran dan Encik Zahid hanya mengangguk. Mereka menunggu penjelasan Afiq Raihan yang seterusnya. Anis Raihanna pula menekur lantai. Tidak tahu untuk berkata apa.

"Fiq tahu kemungkinan untuk gambar tu tersebar pada orang lain tinggi. Apatah lagi boleh menimbulkan fitnah dan mencemar maruah keluarga. Oleh sebab tu Fiq dah buat keputusan untuk setuju dengan permintaan papa.” dengan yakin Afiq Raihan berkata.

Encik Zhafran menarik nafas lega. Dia tahu anak lelakinya tidak akan menghampakan dirinya. Dia tersenyum bangga.

"Alhamdulilah, Afiq jangan risau tentang pertunangan Anis. Pak Ngah sendiri dah jelaskan perkara ni kepada keluarga Iskandar. Mereka faham dan setuju untuk putuskan pertunangan. Mereka juga mendoakan kebahagiaan kamu" kata Encik Zahid. Dia bersyukur kerana keluarga Haiqal Iskandar dapat menerima pertunangan anaknya diputuskan dengan baik. Sungguh dia tak sangka masih ada orang yang baik seperti mereka.

Anis Raihanna terpempan. Mengapa ibubapanya tidak memaklumkan kepada dirinya dahulu. Dia sungguh kecewa. Namun begitu,dia yakin dengan keputusannya.

Afiq Raihan mengukir senyuman. Semua orang kelihatan gembira kecuali Anis Raihanna. Mati terus senyumannya. Dia risau jika gadis itu tidak bersetuju. Dia hanya pasrah.

"Anis macam mana? Anis setuju tak kahwin dengan Afiq Raihan?" soal Encik Zahid. Bukan apa dari tadi lihat anaknya bermuram. Salah dirinya juga buat keputusan terburu buru. Namun dia hanya mahu yang terbaik buat anaknya.

Semua orang menumpu ke arah Anis Raihanna. Mahu mengetahui keputusan gadis itu. Anis Raihanna menelan air liur. Puan Aimi mengosok bahu Anis Raihanna memberi kekuatan. Dia mengulum senyuman sebelum menarik nafas panjang. Matanya memandang Afiq Raihan sebelum berbicara. Hanya Afiq Raihan saja yang faham dengan pandangan tersebut.

"Anis, setuju dengan rancangan Afiq Raihan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience