BAB 3 - DIBAWAH CAHAYA BULAN

Romance Series 36619

JAMBANGAN bunga Ros merah elok parking di hujung kerusi kayu bersama first aid terbuka dan sebelahnya penerima bunga sibuk menilik luka.

Pencuci luka dititik pada kekapas. Nasib kotak kecemasan ni dibawa dari KL untuk kegunaan sendiri dan kini secara rasmi guna juga. Kalau tak ada, mana nak cari ubat malam-malam buta di tengah-tengah Laut China Selatan.

“Nah... encik cuci luka tu.” menghulur kapas.

“Ridduan...”

“Iya, saya tahu. Ambik ni cuci luka tu.” Kekapas masih dihulur tanpa memandang muka jembalang. Rasa bersalah, malu, marah semua penuh dalam hati.

“Boleh Luna cucikan.”

Amboi! Kornea menyambar wajah si kacak. Ni bukan jembalang tapi lebih tepat prince charming. Hah... ni yang malas nak pandang, asyik terpesona saja. “Encik cuci la sendiri...” acuh tak acuh lagi bersuara.

“Luna yang buat saya luka. Sebabkan Luna, saya sakit tau. Pecah kuku saya ni. Luna kena bertanggungjawab ni.” Ditunjuk-tunjuk jari cedera.

“Tapi...” suara tenggelam. Hembus kesal saja terlepas. Memang betul pun apa yang dikatakan jembalang tu, tak payah nak kona-kona kot mana pun dah terang-terang dia yang bersalah. Nak argue apa lagi, hanya merumitkan keadaan saja. Balut cepat-cepat, dah boleh say good bye terus. Kunci pintu rapat-rapat, jangan berani ketuk lagi! Merampang terlintas dalam hati saja. Kekapas tekap ke luka.

“Auwww...”

“Sakit ke?” Muka cuak pula terbit.

“Tak la... sedap...” Sengih muka kacak terpancar lagi dengan bonus kenyitan mata.

Mengancam sangat tapi lebih banyaknya benci! Kenapalah jembalang ni memiliki senyuman yang mampu menjampi matanya terpukau? Berkali-kali terkesima. Tak boleh jadi ni! Dalam hati geram, berani lagi nak main-mainkan dalam keadaan genting macam ni. Sudahlah dia cukup terbeban rasa bersalah dengan kejadian tak diminta pun terjadi. Kali ni kekapas ditenyeh kuat.

“Auwww!” Suara keras terkeluar juga. Kali ni betul-betul sakit.

“Sakit ke?” tanya menyindir. Giliran dia pula tersenyum lebar geli hati. Dapat juga kenakan balik.

“Cantik senyuman awak. Cukup rupawan macam puteri bunian.” Mata Ridduan makin terpesona.

Mati senyuman yang dikatakan rupawan. Mengeluh dulu sebelum bersuara, “sorry ye. Saya tak sengaja tadi.” Mengaku salah juga sambil cermat merawat.

“It’s okey... saya tahu, Luna bukan saja-saja nak kapitkan jari panjang saya ni kan..." Bisik ke telinga.

Geli telinga yang mendengar. Macam angin meniup-niup ke gegendang telinga. Jantung yang dah berdegup laju semenjak kemunculan lelaki bernama Ridduan Mooray tak reda-reda lagi menambahkan high speed kelajuan degupan. Tak keruan jadinya. Sudahlah tak lekang-lekang merenung mukanya.

Punya nak balut cepat, batas yang dijaga dari tadi agar tak bersentuhan kulit memegang terus tangan luka. Tanpa kesedaran. Bukan bernafsu.

Tak kisahlah unconscious atau suka-suka, realitinya pegang. Mengundang pelangi dalam hati Ridduan. Terus hilang rasa sakit. Walaupun rasanya tak berapa sakit pun daripada sakit-sakit sebelum ini dia pernah rasai. Mengada-ngada amat berguna sekarang ni, dapat ektravaganza perhatian daripada perempuan yang nampaknya lembut. Tak cukup pelangi, ditiup pula angin bayu sepoi-sepoi bahasa dalam hati ni. Berani sungguh puteri bunian ni menyentuh perasaan hatinya!

“Okey... siap.” Mata mereka bertaut seketika.

“Ahh... cepatnya. Kenapa tak buat slow-slow?” Ridduan tayang muka kecewa.

Luna menjeling maut.

“Boleh tak Luna buka semula, then balut balik?”
Idea bernaskan? Ke lebih terserlah terdesak kegatalan tu?

Tak ada kerja nak balut balik! Pelik-pelik orang sekarang ni. Tak kenal buat-buat kenal lama. Dah balut nak buka pula. Gila! Malas nak layan!

“Thanks.” Ucap Ridduan ikhlas tau.

Tak perlu nak jawab pun, segala urusan dah settle peti kecemasan ditutup rapat. Tiba masanya pintu bilik pula dikunci rapat-rapat.

Ishhh... mata mengelanyau kiri dan kanan lagi. Janganlah ada staf nampak mereka berdua-duaan depan laman biliknya ni. Sudahlah baru dua hari laporkan diri kerja di sini tak sempat nak perform apa-apa tahap percapaian lagi dah nak timbulkan gosip panas. Ohhh... don’t, okey!

“So... can we go now?”

“Ke mana?” Riak pelik tak habis lagi.

“Dinner... saya dah lapar ni." Masih tak mahu mengalah.

Lah... Tak faham-faham lagi ke!

“Encik... saya tahu saya dah cederakan jari encik. Saya betul-betul minta maaf dan saya juga minta maaf tak dapat nak terima pelawaan dinner encik seperti mana encik harapkan. Sekali lagi saya minta maaf tolak pelawaan encik yang bersungguh-sungguh tu. Saya harap encik faham dan hormati keputusan saya. Saya staf di sini. Jadi tak manis rasanya staf makan dengan guest. Walaupun encik special guest di sini, saya betul-betul tak nak pergi. Maaf ya.” Kali ni bahasa buku digunanya. Kalau tak faham juga bahasa skema ni, tak tahulah nak guna ayat apa lagi. Tak buang lebih banyak masa, laju menapak ke bilik.

“Luna... awak dah cederakan jari saya tau. Bukan satu tapi dua batang jari saya berdarah. Bukan setakat luka tapi pecah kuku saya ni. So, kalau Luna nak saya maafkan Luna, terima pelawaan saya. Lagi satu, prinsip saya, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Kalau Luna tolak ajakkan saya bermakna Luna memusuhi saya as a guest di sini. Luna jangan main-main, saya boleh report pada pihak atasan. So, kalau Luna hormat saya as a guest, saya nasihatkan terima pelawaan saya. Lagi pun, tak manis kalau tolak rezeki yang datang bersungguh-sungguhkan.” Penuh dengan isi membidas semula kata-kata Laluna Maliqa.

Kali ni Ridduan berdiri tegak di belakang Luna yang terdiam kaku. Setuju atau dipaksa setuju!

Badan menoleh berlahan menghadap lelaki cukup berani mendesaknya. Mata menyabung tajam. Cuba mencari kepastian dan kemahuan sebenar jembalang tiba-tiba ni muncul. Membengkak juga hati ni menahan marah.

“Saya hanya nak makan dengan Luna, bukan nak cari gaduh. Jauh disudut hati saya nak buat Luna marah atau paksa. Saya tak ada niat buruk. Cuma satu saja, saya kepingin dinner dengan Luna. That's all.” Keluar juga suara gentle voice yang selalu digunakan untuk memujuk saja. Itu pun bukan digunakan kepada semua perempuan, melain untuk seorang saja dan sekarang pada Luna. Moga senyumannya kini dapat melembutkan pula hati puteri bunian yang mungkin tengah marah tapi masih berseri.

“Baik. Untuk malam ni saja. Selepas ni, no more. Saya pergi ni pun bukan sebab saya suka tapi saya nak tebus kesalahan saya pada encik dan encik mesti maafkan saya. Saya tak nak perkara ni diungkit-ungkit dikemudian hari dan tak ada istilah saya memusuhi encik as a guest. Saya harap selepas ni encik lebih menghormati keputusan saya...” Keputusan termaktub atas akal yang waras untuk selesaikan masalah yang tak sepatutnya timbul. Hati ni memang berat tapi lebih berat kalau terpaksa menanggung kesalahan seumur hidup tak dimaafkan. Dia tak sanggup nak tambah perasaan begitu lagi.

Baru menyusun langkah....

“Tunggu...”

Terbantut lagi perjalanan Luna. Apa lagi! Kenapa jembalang ni suka sangat sekat-sekat jalannya? Sudahlah paksa-paksa. Bila dah setuju dipanggil-panggil pula!

Jambangan Ros merah muncul depan muka. Bukan senang tau nak dapatkan jambangan bunga ni, ditengah-tengah pulau pula tu. Nasib ada Bang Luncai pickup. Hulur lebih sikit, dapatlah apa yang dihajatkan.

Pemberi bunga masih di belakang Luna, memanjangkan tangan ke depan untuk menghulur jambangan yang masih tak diterima.

Malas banyak cakap, jambangan dirampas dan dibawa masuk ke bilik bersama peti kecemasan. Kad bilik disambar keluar.

Berjaya!!! Yes.... tak sia-sia terpaksa guna sedikit kekerasan dan cara kotor. Cara kotor? Semestinya dia sengaja selitkan jari dicelah pintu biar terkepit supaya Luna terperangkap dalam perasaan bersalah. Sebab perlu tebus rasa bersalah digunakan sebagai alasan, Luna mengalah juga.

Sebenarnya, dia sendiri pun tak faham dan masih mencari jawapan kenapa dia sanggup rendahkan ego, tebalkan muka untuk Luna. Yang pasti perasaannya rasa lain macam sangat bila teringatkan Luna dan rasa sesuatu sangat bila berdepan dengan Luna. Seperti sekarang, rasa gembira plus bahagia bila Luna berjalan disebelahnya. Malam gelap bagai diterangi cahaya bulan nan indah.


•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

“BOLEH tak, awak tolong suapkan saya makan? Tangan sayakan cedera. Takkan saya nak makan dengan tangan kiri. Tak baikkan.” Dalam sunyi-sunyi suasana, masing-masing dengan langkah sendiri, berbunyi juga suara. Yang pasti biji mata dah keras tak boleh pandang ke lain selain melekat pada Laluna Maliqa saja.

Suap! Langkah lebih laju ke depan, mengerling setajam mata pedang. Hilang akal ke apa nak suapkan lelaki yang dia hanya tahu nama Ridduan Mooray saja. Jari baru luka sikit dah mengada-ngada melebih macam tulang tangan patah riuk. Geram betul! Suka-suka buat permintaan gila. Ke jembalang ni memang terlepas dari hospital gila? Menyorok di pulau terpencil ni. Boleh jadi juga. Luna mengintai pandang lagi. Tak ada rupa orang gila, handsome sangat. Apa ni Luna, kau baru puji dia ke? Hishhh!!!

“Guna sudu pun boleh. Lagi pun saya pasti, orang jenis macam encik ni mesti makan guna sudu. Bukannya tangan.” Keluar juga suara tetapi sinis.

“Jenis saya? Jenis macam mana?” Nak tahu juga apa tanggapan Luna.

“Jenis orang kaya-kaya. Orang kayakan selalunya makan pakai sudu, garpu bukannya tangan.” Lain nadanya bagaikan mengejek.

“Orang kaya? Luna fikir saya kaya?” Terjongket kening seronok melayan mulut main meneka.

“Kalau tak kaya, encik tak penginap tempat-tempat macam ni sampai dua minggu. Bilik yang encik menginap tu pun boleh tahan mahal untuk satu malam. Sure encik datang sini habiskan duit mak ayah encik. Kalau encik bekerja, encik takkan duduk lama-lamakan di sini, right?” Itu fakta yang cukup kukuh.

“Sampai ke situ Luna fikir. Patutlah senyap aje dari tadi. Rupanya fikirkan saya.” Mergayut senyuman Ridduan memandang Luna. Suka dia Luna fikirkan tentangnya.

“Perasan...” bisiknya. Dia tak tahu, kita fikirkan dia orang gila terlepas wad gila.

“Opsss..” Manarik lengan Luna agar berhenti. Kemudian bahu Luna dikalih arah lain. “Bukan arah sana, tapi arah sini.”

“Kenapa sini? Terrace restaurants sana tu.” Hairan jadinya.

Kini mulut tak henti-henti cari pasal hanya menggeleng tak bersuara. Tangan Luna dipimpin kemas mengikut jejak lelaki di hadapannya. Lain macam rasanya, terus ditarik tangan tak selesa tapi kaki masih mengikut jejak. Sampai tempat dituju, mati langkah. Pelupok mata Luna tak berkedip.

Apa ni? Candle light dinner!

Perkarangan terhias cantik hanya cahaya lilin dan tanglung menerangi suasana gelap di tepi pantai.

“Jom...”

Sekali lagi tangan Luna dipimpin. Tak tahu pula si jembalang tiba-tiba ni beria-ria mengajak dinner rupanya candle light dinner. Sumpah! Kalau tahu, memang ditolak tak kiralah walau apa pun terjadi. Dia sanggup dibebani rasa bersalah atau kena tindakan dengan pihak atasan sebab tak menghormati guest atau cederakan guest atau apa-apa saja tuduhan si jembalang ni. Masih sempat lagi.

Tangan melurut lepas dan berlari anak ke arah berbertentangan.

“Luna... Luna... nak pergi mana ni?” Mengekor di belakang.

“Balik!”

“Why?” Ditarik sekali lagi lengan agar berhenti supaya jelas membaca apa tersirat di balik air muka tu. Wajah Luna sudah merah padam. Malah melemparkan pandangan arah lain.

“Luna... kita dah sampai, kenapa nak balik?” Makin lembut nada bertanya hal sebenar yang merubah reaksi begitu drastik.

“Saya tak nak.” Suara tegas masih sama walaupun sedikit terpikat dengan suara lelaki di hadapannya itu.

“Apa?” Sungguh Ridduan tak faham.

“Semua ni. Lilin, pantai, makan, saya tak nak.”

“Apa salahnya makan di sini? Tak cukup cantik ke? Tak apa nanti saya complain and marah staf yang buat preparation ni buat partner dinner saya tak puas hati.”

“Bukanlah! Tapi sebab...” Dada berombak kencang. “Candle light dinner. Saya tak boleh.” Itu punca utamanya.

“Kenapa dengan candle light dinner? Itukan decoration saja. Bukan kita makan dalam bilik berdua-duaan. Kita makan di tepi pantai yang terbuka luas ni. Meja makan pun tak ada beza. Masih ada kerusi bukan bercangkung. Lilin, kalau tak ada bergelap kita berdua makan. Ke awak nak makan dalam gelap dengan saya?” terbit senyuman gatal pula. “Kalau kita makan dalam gelap, nanti saya nak ambil makanan terpegang tangan awak. Teraba-raba kerusi terpeluk awak. Opss... lagi susah.” Tambah Ridduan lagi.

Langsung jelingan maut Luna singgah lagi. “Kenapa bukan di terrace restaurants saja?” Betul-betul tak puas hati.

“Luna... Saya rasa di sini lebih better. Lebih privasi. Di terrace restaurants tu ada banyak mata memerhati. Awak tak kisah ke? Saya okey aje. Lagi saya suka ada mata memerhatikan saya bersama awak. Lagi banyak mata, lagi saya suka.” Sebenarnya dia dah habis timbang tara awal-awal segala kemungkinan baik dan buruk di pihak Luna walaupun kebaikan lebih banyak menyumbang ke arah dia. Apa tidaknya, dia juga tak pernah makan dalam suasana begini dan Laluna Maliqa be the first sebagai pasangannya.

“Lagi pun makanan atas meja tu pun dari terrace restaurants juga. Sama sajakan. Chef Mazuki yang masakan special request daripada saya for special guest saya.”

Kali ini Luna berani memandang tepat terus ke dalam anak mata lelaki yang tidak tahu tujuan sebenar bawanya makan di tepi pantai. “Kenapa saya? Apa yang saya dah buat pada encik?”

Jari berbalut ditayang. Itu saja modalnya.

“Kenapa awak banyak sangat tanya kenapa? Awak juga cakap malam ni saja, lepas ni no more. So kita enjoy moment yang ada. Lagi pun lepas ni saya dah balik. Tak datang lagi. Pembetulan ya. Saya juga bekerja tau.”

Tak nak! 'Siapa dia? Dan siapa aku? Bukan kekasih jauh sekali suami'. Perlu ke dia dan lelaki asing ni duduk makan di tempat seromantik macam ni. Tapi... ada betulnya kata si jembalang ni. Kalau di terrace restaurants, memang jadi hot issue. Dia mengerling meja candle light dinner di hujung.

“Jom...” Kali ini tangan Ridduan tidak menarik, tapi menghulur tangan menunggu disambut Luna.

Memang tidak semudah itu Luna nak sambut, sebaliknya berlalu meninggalkan segala punca berantakan malamnya merentasi sisi lilin-lilin yang tersusun indah menuju ke meja terhias cantik dengan bunga segar, lilin dan makanan sedap-sedap. Bunyi deruan ombak memecah pantai menjadi lagu latar.

Luna tenggelam dalam perasaan sendiri dijamah keindahan yang selalu dilihatnya. Selalunya dia memastikan meja candle light dinner tersiap rapi untuk pasangan bercinta tapi tak pernah merasa menjadi watak utama dalam suasana romantis dan merasai kewujudan si cinta hati dengan belaian ayat-ayat cinta nan indah. Jadi inilah rasanya... dengan Ridduan Mooray pula tu yang elok duduk menghadapnya selepas menarik kerusi untuknya macam dalam filem-filem barat tu. Kekok sangat.

Pandang lainlah setelah beberapa kali bertentang mata. Memang dalam hati ini juga mensahihkan wajah itu lebih kacak di bawah cahaya lilin. Seram sejuk tubuh Luna dicucuk angin malam memeluk tubuh serta menggosok-gosok telapak tangan di lengan sendiri.

Tiba-tiba Ridduan Mooray bangun. Nak balik dah ke?

Bukan... tapi nak jadi lelaki budiman untuk protect perempuan yang dah curi ketenangannya. Jaket brand Ferrari berwarna hitam telah ditanggalkan tersangkut di tubuh sejuk Luna.

“Saya tak perlukan ni.” Jaket dipulangkan.

“No... perlu. Saya tahu awak sejuk. Awak guna dulu, okey. Saya tak apa. Angin sejuk tak berani peluk badan sado saya ni pun.” Sekali lagi Ridduan merapikan jeket menutup tubuh Luna. “Now kita makan... jangan risau, saya tak pakai sesen duit mak ayah saya. Semua ni saya belanja dengan duit titik peluh saya sendiri. Insya-Allah halal. Awak anggap saja macam kawan belanja makan. Okey.”

Sekarang kawan pula? Amboi, senang betul declace kawan. Memang jembalang betul!

Isi lobster dan raja ketam diproses Ridduan berlabuh ke dalam pinggan Luna. Isi dicelah cengkerang ketam dikorek guna sudu paling kecil diterbangkan khas ke mulut Laluna Maliqa.

Mulut dituju terkedu. Apa ni? Dia pula yang kena suap ke? Sudu dipandang makin lama makin sayu. Tak pernah ada sudu yang datang ke mulutnya begitu. Layanan baik Ridduan diperhatikan sejak tadi tak nampak janggal langsung macam dia insan teristimewa buat Ridduan Mooray.

“Cuba la... sedap ni.” Tak lenguh-lenguh tangan menunggu suapan masih tak diterima. Perasan muka bertukar sedih, sudu U-turn mendarat kecemasan dalam mulut sendiri. “Emmm... sedap.” Buat-buat selamba bukan malu tapi sedikit cuak dengan berubahan mendadak riak muka puteri bunian. Siap bertakung air mata. Alamak! Takkan nak suap pun menangis?

“Luna... jangan risau, makanan ni bersih. Saya tak letak benda-benda mencurigakan pun dalam makanan ni. Saya dah pesan baik-baik pada Chef Mazuki, utamakan kebersihan dan yang paling penting sedap. Kalau esok awak sakit perut, beritahu saya. Saya tumbuk tepat ke muka Chef Mazuki. Biar dia sakit hingga perut dia tak lalu nak makan.” Harap-harap jenaka tak berapa nak lucu dapat halang air mata tumpah. Dia bukan orang yang kelakar. Untuk Laluna Maliqa, I will try.

Memang tak berjaya, air mata bertakung tumpah jua. Muka sudah tertunduk, menahan sendu lebih menjadi-jadi melepaskan perasaan terpendam. Tak sempat nak menarik tisu, ada tangan lebih pantas menyelit tisu di jari. Sisa-sisa air mata di hujung pelopak mata dikesat kering.

“Saya minta maaf kalau tempat saya pilih ni tak sesuai. Saya kalau boleh memang nak awak comfortable dengan saya, tapi nampaknya saya dah buat awak lebih tak selasa dengan angin kuat sejukkan badan sampai habuk pun masuk mata. Seriously kalau saya tahu awak alah pada makanan laut yang besar-besar gini, saya prefer pilih stik. Saya tak berniat nak mengundang...” hanya bahasa tangan tunjuk air mata berjurai di muka sendiri.

Walaupun pilu Luna tak terubat, dia sedikit tercuit cara Ridduan tackle suasana sedih tadi.

Ridduan mengangkat punggung sedikit dan menyelit garpu dicelah jari. Tak apalah candle light dinner malam ni tak ada madah cinta, janji tak ada air mata dibazirkan.

NEXT... Perasan mamat kitchen tak berkedip pandang Luna, ini bikin panas hati Ridduan. “Eh, cepatlah. Apa pandang-pandang!” Terjegil biji matanya. -RIDDUAN MOORAY Rimas! Rimas!! Rimas dengan Ridduan Mooray!!! Apa masalah dengan quest seorang ni? Apa yang tak habis-habis tak puas hati dengannya? -AULIE NADA

Share this novel

syahdu olva
2022-08-16 21:39:21 

hehehe... gatal sgt Ridduan tu... mmg jembalang pun...

PinkRose
2022-08-16 21:26:39 

mengadanya Ridduan Mooray. ase nk lempang je. tapi sweet ❤️ hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience