BAB. 04.

Drama Series 39333

Hari ini Dato' Razman mengajak Alicia untuk bertemu dengan seseorang, yang konon kata nya adalah bakal Ibu tiri kepada Alicia.

Saat Alicia bersemuka dengan wanita itu, Iya dia seseorang yang bersifat lembah lembut. Tetapi mungkin pada bab kasih sayang tidak sama seperti mana Ibu kandung. Sedangkan di zaman seperti ini pula, ada banyak Ibu kandung yang membiarkan anak mereka, apa tah lagi ini hanya seorang Ibu tiri.

"Assalamualikum .." sapa Alicia saat wanita itu baru sahaja tiba dengan seorang anak perempuan nya.

"Wa'alaikumussalam hai Alicia .." sapa nya seraya tersenyum.

Mereka berdua melabuhkan punggung nya duduk dihadapan Alicia dan Ayah nya.

"Dah makan ke? Kalau nak order apa-apa, bagi tahu je." Ucap Dato' Razman. Wanita itu hanya tersenyum dan mengangguk, manakala anak nya sedari tadi leka dengan talifon bimbit di tangan nya.

"Erhh .. ini anak saya, Alicia Almaira. Umur dia baru je masuk 14 tahun, dia adalah anak tunggal. Dulu sempat nak dapat adik, tetapi malangnya. Adik dia meninggal secara bersamaan dengan isteri saya." Ucap Dato' Razman seraya mengusap-usap bahu Alicia.

Setiap kali berbicara tentang arwah Ibu dan Adik nya, mata Alicia bagaikan termasuk habuk, dia ingin menangis.

"Oh iya ke? InsyaAllah Alicia kena jadi anak yang kuat ya, Alicia sekolah kat mana?" Soal wanita itu. Turut sama mengusap punggung tangan Alicia.

Gadis kecil itu hanya menganggukkan kepala nya.

"Sekolah yang kat tepi jalan tu Auntie .." jawab Alicia mula malas, kerana sedari tadi anak nya Atiqah mula memandang Alicia dengan tatapan yang tidak senang.

Wanita itu hanya mengangguk dan tersenyum.

"Eh jemput lah makan." Ucap Dato' Razman saat makanan yang mereka pesan telah dihantarkan oleh pelayan restoran itu.

Saat mereka sedang menikmati makanannya, Alicia tidak sengaja terpandang wajah Atiqah. Mengapa wanita itu memandang nya dengan sinis? Apa yang salah dari Alicia, kalau iya pun tak suka. Jangan lah nak jeling-jeling, bagai nak tersembul keluar biji mata tu.

Selepas mereka menikmati makan malam dan pertemuan itu, Alicia langsung mengajak Ayah nya untuk pulang.

"Macam mana pandangan Alicia pasal Auntie tadi?" Soal Dato' Razman.

Alicia mengumpulkan nafas, kemudian dilepaskan nya.

"Boleh juga lah .." jawab nya dengan malas.

Dato' Razman hanya mengangguk dan tersenyum.

Sesampai nya dirumah mereka, Alicia langsung meluru ke arah bilik nya untuk beristirahat.

Saat kaki nya melewati meja belajar, Alicia tidak sengaja terpandang ke sebuah frame gambar. Gadis itu kembali menangis saat meratapi gambarnya dengan Datin Fazura.

Alicia membawa frame gambar itu ke arah katil nya, kemudian dia duduk di bujur katil seraya mengusap-usap gambar itu.

"Ibu ... Alicia tak nak ayah kahwin lain." Ucapnya dengan nada pilu.

"Alicia takut kasih sayang Ayah berkurang pada Alicia, apa bila ayah berkahwin lain. Sekarang ni pun ayah dah jarang ada masa dengan Alicia. Kenapa Ibu tinggalkan Alicia, Alicia rindu Ibu." Ucap gadis itu, tangisannya semakin menjadi-jadi.

Tidak sedar wanita itu telah tertidur seraya memeluk erat frame gambar ditangannya.

* * *

Tidak terasa, beberapa bulan telah berlalu. Hari ini adalah majlis perkahwinan Ayah dan Auntie Dahlia.

Akad kahwin mereka laksanakan disebuah mesjid raya, manakala majlis nya pula dilaksanakan di sebuah hotel.

Selepas mereka rasmi menjadi suami isteri, riak wajah Dato' Razman begitu menggambarkan sebuah kebahagiaan.

Malam ini Atiqah diarahkan untuk tidur bersama dengan Alicia didalam satu bilik. Memandangkan bilik yang lain belum sempat dibersihkan. Dengan terpaksa Alicia harus berkongsi katil dengan saudara tiri nya.

Alicia sudah mecuba sebaik mungkin untuk tetap ramah dengan saudara tiri nya itu, tetapi nampak nya Atiqah begitu tidak menghargai semua kebaikan yang Alicia lakukan.

Kerana mereka bersekolah di tempat yang berbeza, Alicia pulang lebih lewat kerana ada pelajaran tambahan. Manakala Atiqah akan pulang satu jam lebih awal darinya.

Saat dia tiba di depan rumah nya, Alicia melihat ada begitu banyak selipar serta beberapa kenderaan yang asing menurutnya. Wanita itu membuka kasut sekolah nya, fikiran nya penuh dengan tanda tanya.

"Kenapa ramai-ramai ni?" Batin Alicia, kaki nya terus melangkah masuk menuju ke arah bilik nya yang terletak dilantai atas.

Semakin kaki nya berada dekat di muka pintu, tiba-tiba terdengar suara dentuman yang begitu kuat dan membingitkan gegendang telinga.

Semakin laju langkah kaki Alicia, tangan nya mula memulas tombol pintu bilik nya. Saat pintu terbuka, betapa tergamam nya Alicia melihat saudara tiri nya sedang menari sakan diatas katil tidurnya. Manakala rakan-rakan nya ada yang sibuk menyelongkar almari baju Alicia.

Daun pintu Alicia hempas dengan kuat.

"Atiqah .. ini bilik saya, kenapa awak bawak orang lain masuk tanpa kebenaran saya?" Jerit Alicia cuba menyaingi suara dentuman muzik itu.

Atiqah masih tidak mengendahkan ucapan Alicia yang dianggapnya seperti angin lalu.

Butang pengecil suara pada speaker itu Alicia kecilkan. Baru lah Atiqah mahu menoleh ke arah nya.

"Kalau masuk bilik orang tu ketuk pintu dulu tak boleh ke?" Sergah Atiqah seraya bercekak pinggang.

"Tapi ini bilik saya ..

"Shutttt ... diam, itu dulu. Sekarang ini bilik kita bersama, kau tak ingat ke kalau Ayah suruh kita berkongsi bilik. So ... suka hati aku lah!" Ucap gadis itu lagi, mata nya dijeling-jelingkan memandang Alicia.

"Eih Atiqah .. dia okey ke?" Soal salah seorang rakan Atiqah.

"Biar kan je lah, anggap je angin lalu. Tolong besar kan sikit volume muzik tu." Ucap Atiqah memerintahkan rakan nya.

Alicia keluar dari bilik itu dengan perasaan geram, dia pulang ke rumah untuk beristirahat, tetapi lihat lah, apa yang dia dapat.

Wanita itu melangkah kan kaki nya ke arah bilik sang Ayah. Tangan nya menulas tombol pintu, tetapi na'as nya pintu itu terkunci.

Sudah lah mata nya mengantuk, ditambah letih yang teramat.

Wanita itu melangkahkan kaki nya ke arah dapur, tudung saji diatas meja itu diangkat nya. Tiada apa-apa makanan yang terhidang disana, Alicia memegangi perut nya yang sedari tadi berbunyi.

Alicia meluru ke arah peti sejuk kemudian dia menyiapkan bahan-bahan memasak nasi goreng yang biasanya Datin Fazura masak untuknya.

Saat nasi goreng itu sedang di masak, Atiqah mencium aroma-aroma sedap dari lantai bawah. Kemudian dia mula melangkahkan kakinya keluar bilik, dan melihat Alicia sedang memasak nasi goreng.

Dengan wajah yang tidak malu, Atiqah mengambil piring. Kemudian dia mula meminta sedikit nasi kepada Alicia, tak hanya itu. Dia juga memanggil beberapa rakannya untuk turut sama mengambil nasi goreng yang telah terhidang diatas meja itu.

"Atiqah .. itu nasi goreng saya, kenapa awak ambil. Awak kan boleh masak sendiri." Ucap Alicia cuba menegur Atiqah.

"Esttt .. jangan lupa, semua nya adalah kongsi, kan?" Ucap Atiqah dengan tersenyum. Alicia hanya mampu melihat saat nasi goreng yang dia masak tadi tersisa sedikit didalam pinggan nya.

Atiqah terus beranjak pergi meninggalkan Alicia diatas meja makan.

Nasi goreng yang tersisa itu Alicia pandang dengan perasaan yang remuk.

Mahu tidak mahu dia menyuapkan sisa nasi itu ke dalam mulutnya.

Selepas makan, Alicia membasuh cawan dan pinggan bekas nya tadi. Kemudian dia akan bersiap-siap untuk mandi dan beristirahat.

Malam telah pun tiba, Ibu tiri nya tidak memasak apa-apa hidangan, jadi dia hanya membeli beberapa menu lauk untuk dia hidangkan.

"Ayah .. boleh tak, kalau Atiqah tidur di bilik lain?" Soal Alicia cuba mengutarakan keinginannya.

"Bo ...

Belum sempat Dato' Razman berbicara, isteri nya sudah memotong pembicarakan lelaki itu.

"Tapi kenapa Alicia? Bukan ke kau orang sekarang dah jadi saudara, tentu lah kena berbagi dan berkongsi." Ucap Dahlia.

"Saya bukan apa, petang tadi Atiqah bawa ....

Atiqah langsung mencubit kuat paha Alicia, sehingga gadis itu merintih kesakitan.

"Bawa apa?" Soal Dato' Razman memandang Atiqah.

"E-eh .. tak ada apa-apa pun Ayah. Alicia ni memandai je nak buat cerita buruk." Ucap Atiqah dengan wajah yang serba salah.

Alicia hanya menunduk, perit paha nya kerana dicubit oleh Atiqah.

"Ayah nak, Alicia dan Atiqah hidup rukun bersama. Saling berkongsi, saling menolong. Boleh?" Soal Dato' Razman, laju kepala Atiqah diangguknya.

"Boleh, Ayah." Jawab Atiqah penuh semangat, manakala Alicia hanya diam dan menunduk seraya mengusap-usap paha nya.

"Alicia macam mana nak?" Soal Dato' Razman kepada anak perempuan nya.

"Boleh, Ayah." Jawab nya dengan nada kecil yang hampir tidak didengar.

"Mungkin Ayah dan Ibu akan tinggalkan kamu untuk beberapa hari, sebab Ayah dan Ibu merancang akan bercuti ke pulau Bali, Indonesia. So Ayah nak, kamu hidup lah bersama." Ucap Dato' Razman lagi.

Mendengar saja itu, Alicia langsung mengangkat wajah nya memandang Dato' Razman.

"Be-bercuti? Tapi kenapa Ayah tak bawa Alicia?" Soal gadis itu.

"Kan Ayah dah cakap tadi, Ayah dengan Ibu nak bercuti. Itu makna nya hanya mereka berdua, tak kan lah itu pun tak boleh nak faham." Ucap Atiqah.

Dato' Razman yang mendengar itu hanya tersenyum, pemikiran Atiqah lebih dewasa berbanding Alicia.

"Macam mana? Boleh kan?" Soal Dato' Razman lagi.

Laju Atiqah menganggukkan kepala nya, manakala Alicia memberikan respon yang sama. Hanya diam ..

Sebentar lagi Ayah dan Auntie Dahlia akan bertolak ke KLIA.

Alicia dan Atiqah hanya menghantarkan kepergian mereka sampai di depan pintu rumah sahaja.

Atiqah begitu bersemangat melambaikan tangannya pada sepasang suami isteri itu. Manakala Alicia hanya memandangi mereka dengan penuh kesedihan.

Saat kereta yang mereka naiki telah bergerak begitu jauh, Atiqah menjeling wajah Alicia.

Kini hanya mereka berdua yang ada didalam rumah itu, dan Dato' Razman yakin. Atiqah boleh membimbing Alicia menjadi wanita yang baik.

Hari demi hari telah berlalu, saat itu hujan turun dengan sangat lebat, sehingga Alicia menunda kepulangan nya sampai hujan sedikit reda. Sedangkan dia harus berjalan sedikit lagi untuk sampai ke tempat perkhidmatan teksi.

Jam yang tersarung ditangan kiri itu dikerlingnya, hari sudah mendekati senja. Dia bimbang jika berada lebih lama disini, sedangkan keadaan langit sudah semangkin menggelap.

Mahu tidak mahu wanita itu terpaksa menerjah hujan yang turun dengan lebat, sehinggakan seluruh pakaian nya basah kuyup, begitu juga dengan beg sekolah nya.

Sesampainya di depan pintu rumah, Alicia mengetuk daun pintu dengan kuat. Mungkin saja Atiqah tidak mendengari suara nya jika harus ditandingi dengan suara gemuruh.

Sudah puas wanita itu mengetuk daun pintu sehingga kan punggung tangannya merah dan sedikit luka.

Tetapi na'as nya Atiqah tidak turun ke bawah membuka kan pintu untuknya.

Wanita itu bersandar pada muka pintu, angin malam yang begitu sejuk membuatkan tubuh nya menggigil dan masuk angin.

Kerana tidak kuat menahan ngantuk, Alicia tertidur dihadapan rumah nya tanpa alas apapun, manakala beg sekolah nya dia jadikan bantal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience