Surya : Akhir
Warga Kampus diberi cuti selama seminggu oleh perihal yang berlaku. Oleh kerana terdapat blok-blok akademik yang perlu diselenggara, lokasi kuliah akan dijalankan seperti biasa selepas seminggu di lokasi yang akan diumumkan kemudian.
- Rektor
Adila mengemaskan barang Surya untuk dibawa pulang. Salwa pula masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Surya sudah tiada walaupun dia cuma berlagak tabah.
Satu pesanan daripada Rizal masuk.
"Jenazah Surya nak dikebumikan petang ni lepas Asar dekat rumah dia. Kita gerak sekali dengan Encik Basri."
Adila menghela nafas. Mengangkat barangnya dan Surya. "Jom, Salwa." Salwa bangun sambil memegang telefon bimbitnya yang skrinnya dihiasi dengan gambar mereka bertiga.
*
"Terima kasih Haji Latiff, Haron, Mak Salima sebab jagakan Surya, lepas tu bersabung nyawa dekat sini pula." Encik Basri menunduk hormat.
"Tak apa. Sudah takdir. Terima kasih juga untuk tolong kami menjaga kawasan kampung kami. Moga jumpa lagi. Assalamualaikum." Itulah kata-kata Haji Latiff sebelum hilang disebalik pokok-pokok kayu.
Rizal dan Encik Basri pulang ke kampus. Sambil merasakan sedikit berat hati meninggalkan kampung itu. Dan sedikit demi sedikit, kampung itu menghilang bagaikan kabus.
*
"Jom..." Rizal membantu Adila mengangkat barang Surya.
Selepas bonet kereta diisi barang, mereka berempat menuju ke tempat Surya dijaga semasa dia berusia 8 tahun selepas ibu bapanya meninggal dunia dengan misteri, iaitu rumah anak yatim untuk menghantar barang. Manakala jasad Surya akan dikebumikan di sisi kedua ibu bapanya di tanah perkuburan taman perumahannya.
"Ya Allah!"
Kereta yang dipandu Encik Basri hilang kawalan dan mula berpusing beberapa sebelum melanggar tembok penghadang jalan. Mujur mereka memakai tali pinggang keselamatan dan kawalan Encik Basri agak baik. Rizal yang sedikit terhantuk, menoleh ke belakang.
"Korang, oke...." Terbeliak mata Rizal apabila Salwa tidak kelihatan di sebelah Adila. "Adila, Salwa mana?!"
"Eh... Bukan dia ada ke tadi?" Adila masih pening selepas mencium tingkap kereta beberapa kali. Dia masih mengusap-usap mukanya yang sedikit merah.
"Itu bukan Salwa ke?" Encik Basri menunding jari ke satu arah. Mata yang lain memandang. Cahaya matahari agak terang menyilaukan suasana. Kecil mata Rizal cuba memastikan.
"Eh... Macam mana dia kat luar?"
Salwa bergerak menuju ke kereta mereka. Langkahlah lembut bagai seorang model. Apabila hampir, dia menggenggam tangannya dan mengetuk tingkap kereta sebelah Rizal. Di belakang Salwa kelihatan seorang gadis. Mata Rizal terbeliak melihat gadis itu. Bagai tidak percaya. Adila masih kaku melihat.
"Surya?!" Mereka keanehan.
"Kawan-kawan, rindu aku ke?"
Sebenarnya mereka lupa akan makhluk yang merasuk tubuh Surya pada malam itu selain saka Karim Surya Dan ketika Salwa dirasuk dan Karim Surya semakin lemah, makhluk itu lari dan memasuki tubuh Salwa dalam diam tanpa mengusik jiwanya. Hari ini apabila hari sudah tenang, peluang untuknya menguasai tubuh Surya.
Surya itu memukul Salwa pada masa yang sama, kereta Encik Basri meletup dengan sendiri. Empat nyawa tergadai. Cukup bahagia makhluk itu kerana cuma Karim Surya yang mati. Bukan dia.
**TAMAT**
Share this novel