Perbualan kami terhenti begitu sahaja bila waktu makan tengahari tamat. Carmen terus ke pejabat Encik Haidid sementara aku pulang ke tempat aku.
Melihat pasangan remaja bersiar-siar di bandar membuat hatiku begitu terkilan. Mereka bahagia dengan pasangan masing-masing sementara aku masih menanti seseorang yang tak mungkin akan tiba. Sudahlah, kalau aku asyik pikirkan pasal ni takkan ke mana punya, lebih baik aku teruskan hidup aku ini sebaik yang mungkin.
Cuaca panas terik hari itu, keadaan di bandar penuh sesak, maklumlah hari cuti. Dah nak dekat lima gelas aku minum air oren kat Mc Donald, bayang si Carmen belum nampak-nampak lagi. Dia janji nak jumpa aku pukul 2 petang tapi dah nak masuk pukul 3 belum sampai lagi.
Diam tak diam sudah hampir setahun kami bekerja di kilang itu, aku dan Carmen dah sebati dengan kawan-kawan di sana, kami rapat dengan Kak Ros dan Siti. Azah pula, ada masanya dia berbual dengan kita kadang-kadang langsung tak bertegur. Dia tu ada attitude sikit, tapi gasak dialah, asal dia tak kacau aku sudah.
Maimon aku peratikan macam tak boleh get along dengan Carmen , asal Carmen datang je dia angkat kaki. Encik Haidid pula dah jarang panggil dia. Sekarang asyik terkejar-kejarkan si Carmen je, cuma Carmen tak layan sangat dengan jantan gatal tu.
“Eh Man aku rasa kan, kalau badan macam tu nak buat masak lauk lemak, satu ladang kelapa pun belum tentu boleh lemak lagi tau!” aku terdengar sekumpulan remaja lelaki berbual. Yang lain berdekah-dekah ketawa. Aku menoleh dan merenung ke arah lelaki yang mulut celupar itu. Aku tahu dia sindir kat aku tu.
“Engkau kalau nak masak lauk lemak pun mana ada periuk yang muat Dol..!” sambung seorang lagi kawan dia. Kurang ajar betul budak-budak tu, kalau ikutkan hati nak aje aku body slam dia orang tu semua kat tembok, atau nak aje aku kasi satu kompang nabi yang maha power kat pipi dia orang.
“Eh badan macam tu kan tak boleh naik escalator tau.”
“Kenapa pulak?”
Share this novel