Masa Kini - Kuala Lumpur, Malaysia
MH'DA PENTHOUSE CONDO-VILLA
KRING!
KRING!
"Aduh! Auch! Argh... sakit!"
"Hah! Hello. Waalaikummussalam. Aduh kau ni Farouk! Kau punya incoming call sampai aku tergolek bawah katil la..."
Maya Harlisya yang masih lagi dalam keadaan separa mamai cuba memberi fokus kepada setiap butir percakapan Farouk Hazami di hujung talian.
"Kau saja la wakilkan aku jumpa client tu ucap terima kasih. Aku masih mengantuk lagi ni. Siapkan 40 biji kek punya pasal sebelum subuh. Sampai je rumah lepas solat aku terus ‘kiok’. Sekarang pukul sembilan setengah pagi. Tak sampai dua jam tu aku lelapkan mata."
Bila mana hanya mereka berdua sahaja tanpa pekerja-pekerja May'Nial Cakes & Café Boutique, dua sahabat ini lebih selesa membahasakan diri ‘aku dan kau’ sesama mereka.
Maya Harlisya menguap seluas-luasnya lalu memperbetulkan rambut Dark Brown ikal mayang separas atas pinggang yang agak kusut-masai itu.
"Fine. Fine! Tak habis-habis dengan alasan ayat ‘keramat’ kau tu. Sikit-sikit suruh jaga reputasi sebagai seorang usahawan public figure! Huh! Bye!"
"Erm... elok juga la si Farouk ‘nonok’ seorang ni telefon. Penangan buat kek 40 biji dengan ukiran naga melingkar tengkorak sampai masuk ke dalam mimpi! Siap bersambung lagi tu buat kek bentuk yang sama... tapi dengan ‘seseorang’. Romantik bukan main!"
"Dasar mimpi mainan syaiton sungguh la!"
Masih lagi dalam keadaan mengumam separa mamai… Maya Harlisya menarik tuala mandi yang tersidai di kayu penyangkut khas yang terletak di satu sudut dan segera menapak menuju ke kamar mandi.
****
MAY'NIAL CAKES & CAFÉ BOUTIQUE
SEBAIK sahaja Maya Harlisya melangkah keluar dari perut kenderaan pacuan empat roda mewah miliknya... beliau membuka kaca mata hitam lalu bersandar santai sebentar di hadapan kereta sambil berpeluk tubuh.
Sebentuk senyuman penuh bangga terukir tatkala iris matanya mengitari kawasan sekeliling.
Kelihatan begitu gah empat buah bangunan May'nial Cakes & Café Boutique yang diterajuinya di dalam satu kawasan tanah lapang seluas hampir sepuluh ribu ekar!
Satu bangunan khas untuk pelanggan menikmati produk yang dihasilkan. Satu bangunan khas untuk membuat dan menyiapkan segala tempahan para pelanggan. Satu bangunan khas sebagai pejabat pengurusan... dan yang paling menjadi tarikan utama, satu bangunan dibina khas untuk diletakkan segala barangan untuk didermakan kepada pihak yang memerlukan. Bangunan yang tidak putus hampir saban hari dengan pergerakan keluar dan masuk bagi insan-insan yang sangat memerlukan bantuan terutamanya dari segi bantuan stok bekalan makanan asas isi rumah.
Perniagaan yang langsung tidak terfikir dek akal mahu dibangunkan olehnya. Secara jujurnya... Maya Harlisya bukanlah seorang wanita yang berseni tangannya dalam bidang kulinari dan seangkatan dengannya.
Namun... dengan kehadiran Danial Armand cukup memberi impak yang besar dalam hidupnya. Anak itu bisa menyalurkan satu semangat yang sangat luar biasa dalam diri untuk kental berjuang dalam meneruskan kehidupan saat dirinya dibuang oleh keluarga sendiri apabila dia berkeras mempertahankan dalam mahu membela anak kecil yang samar asal-usulnya.
Keturunan Dato' Haji Smith Abdullah. Abah kepada Maya Harlisya. Begitu mementingkan taraf kehidupan berprofil tinggi demi menjaga reputasinya selaku orang-orang yang tergolong dalam kategori Diplomat.
Begitu juga dengan sahabat handai beliau yang lain. Tegar memulaukannya sehingga menimbulkan fitnah bahawa Danial Armand adalah anaknya yang dilahirkan dengan tidak sah tarafnya! Walhal mereka semua tahu dari mana wujudnya ‘kewujudan’ Danial Armand!
Ah! Manusia di era zaman kini. Kata-kata fitnah diagung-agungkan sebagai informasi yang sahih sehingga mampu menenggelami kesahihan yang nyata!
Dan kerana sebaran fitnah itu juga membuatkan ikatan pertunangannya dengan sang jejaka yang merupakan cinta pertamanya terputus di tengah jalan. Dek kerana meminta beliau membuat satu keputusan muktamad dengan memberi kata putus untuk membuat pilihan di antara dua...
Di antara cinta pertama sang jejaka dan juga permata kecil yang hadir penuh keajaiban dalam hidup Maya Harlisya.
Dan Maya Harlisya memilih ‘keajaiban’ itu!
Maya Harlisya mengesat keringat halus yang sudah mengalir di dahi. Lantas dikerling sekilas jam di pergelangan tangan.
Beliau merapikan rambutnya dan juga Kasual Black Dress separas bawah lutut seketika sebelum mengatur langkah dan menuju ke arah bangunan persiapan tempahan kerana di situlah pelanggan yang menempah 40 biji kek itu akan mengambil tempahan dalam masa tidak kurang setengah jam dari sekarang.
*
MASING-masing diam tidak berkutik. Hanya pasang mata mereka sahaja tergerak-gerak melihat senario yang berlaku di depan mata.
"Pertama kali dalam sejarah customer ambil tempahan kek penuh bergaya you all's!" Farouk Hazami berbisik perlahan ke gegendang telinga Maya Harlisya.
"Pertama kali dalam sejarah jugalah dapat setengah juta ringgit buat 40 biji kek rupa bentuk macam syaiton!" Maya Harlisya pula berbisik perlahan.
Maya Harlisya memaniskan raut wajah. Cuba mengusir tiupan rasa resah gelisah yang bertandang di tangkai hatinya tatkala melihat beberapa figura lelaki dan wanita bersuit hitam penuh serta berkaca mata hitam sedang membawa kotak-kotak kek masuk ke dalam beberapa kenderaan berjenama mewah.
Melihat akan keadaan sebegini... mindanya begitu hebat diasak dengan imbasan biasan figura jasad kaku ‘si jejaka bertattoo’. Silih berganti dengan biasan figura Danial Armand... dan juga seutas rantai itu!
"Cik Maya Harlisya. Terima kasih saya ucapkan kerana menerima tempahan saya di saat-saat akhir… dan saya cukup kagum dengan servis yang diberikan."
"Saya yang patut ucapkan terima kasih kepada Tuan kerana sudi memilih produk keluaran syarikat kami untuk... err..."
"Tempahan kek ini sempena kepulangan majikan saya ke Kuala Lumpur dan juga meraikan harijadi bos yang ke-40 tahun esok."
Hanya segaris senyuman tipis mampu terukir. Namun Maya Harlisya terasa akan bibirnya sedikit bergetar!
"Mama. Mama..."
"Danial buat apa dekat sini?! Kak Tim! Bukan saya dah pesan ke duduk saja di rumah dan jangan keluar ataupun bawa Danial ke sini harini!" Maya Harlisya sudah menjegilkan sedikit matanya ke arah Kak Tim. Pengasuh peribadi yang diupah khas untuk menguruskan Danial Armand.
"Oh gosh! Danial Armand! Where is your manners?!"
"This uncle is staring at me! Danial tak suka!"
"Saya minta maaf Tuan dengan kelakuan biadap anak saya. Is that hurt?"
Maya Harlisya hanya tertawa kecil. Sekadar berbahasa-basi apabila lelaki segak bersuit hitam di hadapannya ini hanya ketawa dan beliau tahu... impak sepakan Danial Armand di bahagian kaki kanan lelaki ini tidak memberikan sebarang kesan langsung kepadanya! Si comel seorang ini melantun jatuh tertiarap ke belakang lagi adalah! Mujur sahaja sempat ditahan oleh lelaki ini.
"Are you the mother of this kiddo?"
"Yes Sir."
"Siapa ayah kepada budak ni?”
"Abdullah. Sudah meninggal dunia. Lama dah..."
"Kak Tim. Tolong bawa Danial masuk ke pejabat saya sekarang." Maya Harlisya sedaya mungkin mengawal tonasi dan gemuruh di hati!
**
FAROUK Hazami menutup pintu pejabat milik Maya Harlisya. Diketuk beberapa kali pintu tersebut dengan jari telunjuk. Mindanya mencuba menyusun ayat yang sesuai mahu diperkatakan buat sahabatnya yang kini sedang deras melepaskan nafas.
Nafas kemarahan dan amukkan yang dilepaskan kepada Kak Tim. Pengasuh peribadi Danial Armand sebentar tadi.
"Aku tak pernah tengok kau mengamuk macam ni dengan Kak Tim. Kau marah Kak Tim macamlah dia buat kesalahan besar. Dia cuma bawa Danial ke sini je pun. Sebab si Danial merengek-rengek cari mama dia."
"Hey Maya. Kenapa kau menangis-nangis ni?! Aduh!" Farouk Hazami mulai panik dan pantas mengatur langkah menuju ke arah sahabatnya yang sudah terduduk bersimpuh lemah di atas lantai pejabat.
"Aku takut Farouk. Aku takut bakal kehilangan Danial."
"Nak takut apanya Maya? Danial tu kan sebatang kara." Farouk Hazami mengusap perlahan belakang tubuh sahabatnya. Cuba menenangkan.
Farouk Hazami mencapai seutas rantai yang barusan sahaja dicampak lemah ke arahnya oleh Maya Harlisya.
"Aku menyesal dengan keputusan aku mahu teruskan buat tempahan kek-kek tu Farouk..."
"Eh Maya. Buah rantai ni… samalah macam ukiran dekorasi 40 biji kek tempahan tu. Tapi macam man..."
Farouk Hazami terdiam. Terkelu lidahnya mahu meneruskan kata-kata!
****
SHAMZY'S MANSION
DI saat hanya sebelah kaki bersepatukan kasut kulit berjenama Black John Lobb Prestige Becketts Leather Oxford sudah mencecah tanah… aura kehadirannya cukup kuat dirasakan.
Yang pasti aura yang dibawa itu lebih kepada aura seorang yang berhati kejam, dingin dan menggerunkan!
Dato' Engku Shamzy Damien Arash meneruskan langkah gagahnya masuk ke dalam rumah agam yang tersergam gah dan mewah itu.
Di sebalik seraut wajah segak dan tampan tetapi tampak cukup serius itu...
Hanya membalas dengan sekali anggukkan kepada deretan anak-anak buah yang berdiri pegun menunduk penuh hormat dalam posisi bersiap-siaga di laluan kiri dan kanannya.
"Welcome back to Malaysia Boss!"
Mellbie ISR
Actual date published: 4/6/2021
Republished cum editing: 31/8/2022
Share this novel