53

Romance Series 93217

Aayra berlari - lari menuju ke kaunter pertanyaan. Wajahnya kelihatan agak cemas. Beberapa soalan diajukan kepada jururawat yang bertugas. Sebaik mendapat pengesahan, Aayra segera menuju ke ruang kecemasan yang terletak tidak jauh dari situ. Dari jauh Aayra sudah terlihatkan susuk tubuh Ezmal. Lelaki itu kelihatan mundar - mandir di hadapan pintu bilik kecemasan.

“Ezmal, what happened to Maryam? Apa yang terjadi sebenarnya ni? Maryam ok ke? Apa kata doktor?" Soal Aayra bertalu - talu dengan wajah yang cemas.

Ezmal menoleh saat menyedari namanya diseru oleh seseorang. Kelihatan Aayra sedang berdiri tegak di hadapannya. Wajah cemas wanita itu ditatap dengan pandangan yang kosong. Soalan Aayra dibiarkan berlalu sepi. Namun dengan tidak semena - mena, Ezmal melangkah mendekati Aayra lalu tubuh wanita itu dipeluk erat. Setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi pipi. Akhirnya membawa kepada sebuah esakan.

Aayra tergamam. Tiba - tiba tubuhnya menjadi kaku. Bibirnya kelu dari berkata - kata. Sungguh dia tidak menyangka dengan tindakan di luar kawalan seperti itu. Namun demi untuk tidak menimbulkan salah faham, perlahan - lahan Aayra cuba melepaskan dirinya dari pelukan Ezmal. Ezmal yang mula
menyedari keterlanjurannya itu segera membetulkan kedudukan mereka sambil mengesat air matanya.

“I'm so sorry!! I have no intention to doing that. Really sorry!!" Ucap Ezmal dengan nada bersalah.

“Never mind. It's ok. Saya tahu awak tak sengaja. So, macam mana dengan Maryam? Any updates from doctor?" Soal Aayra cuba berlagak tenang. Walhal di dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

“Maryam got fever since last three days. I already brought her to the clinic and the doctor told me it was just a normal fever." Cerita Ezmal perlahan.

“Then?" Soal Aayra agak kurang sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.

“Tapi sejak semalam, keadaan dia menjadi semakin lemah. Susu pun dia tak nak minum. She's keep vomit and crying all the days. I'm so worried. Sebab tu saya bawa dia ke hospital pagi ni." Cerita Ezmal lagi.

Wajah Aayra kelihatan semakin cemas. Cemas memikirkan keadaan sebenar diri Maryam. Entah mengapa hatinya dipanah
perasaan kurang enak. Namun Aayra cuba untuk melawan perasaan itu. Sebolehnya dia tidak mahu terlalu memikirkan sesuatu yang negatif. Doanya biarlah semuanya baik - baik sahaja.

“By the way, awak datang dengan siapa Aayra?" Soal Ezmal sebaik dia mula menyedari ketiadaan Harraz bersama mereka di situ.

“Dengan Harraz. Tapi dia drop saya dulu tadi sementara dia nak pergi cari parking." Jawab Aayra tanpa sedikit pun memandang wajah Ezmal.

Ezmal mengangguk perlahan lalu dia kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Jam di pergelangan tangan dipandang sepintas lalu sebelum wajahnya kembali tertumpu ke arah pintu di hadapan ruang kecemasan itu. Bibirnya tidak henti - henti mengalunkan zikir - zikir terapi serta selawat ke atas junjungan Allah. Betapa Ezmal mengharapkan Maryam akan diberi kesembuhan dalam tempoh yang terdekat ini.

Aayra mengangkat kepalanya saat dia menyedari ada tangan yang sedang melingkar di pinggangnya. Sejak kejadian Ezmal memeluk tubuhnya sebentar tadi, Aayra menjadi sedikit fobia apabila terasa ada tangan yang berani menyentuh tubuhnya. Sejujurnya dia berasa sangat bimbang jika perbuatan lepas laku Ezmal sebentar tadi itu telah menjadi tatapan suaminya. Hal ini pasti akan mencetuskan perang dingin di antara mereka buat kedua kalinya.

“Abang!! Terkejut sayang." Ujar Aayra sebaik melihat suaminya tersenyum manis ke arahnya.

“Sorry sayang. Abang takde niat nak buat sayang terkejut. By the way, macam mana dengan keadaan Maryam? Doktor dah keluar?" Soal Harraz tenang.

“Not yet. Maryam masih dekat dalam. Abang, sayang risaulah." Adu Aayra dengan nada bimbang.

Harraz memaut bahu isterinya erat. Dia cuba menyalurkan kekuatannya kepada Aayra. Sebolehnya dia tidak mahu melihat Aayra berada di dalam kerisauan lagi. Cukuplah sekali dia melihat keadaan Aayra yang lemah ketika arwah Ramona meninggal tempoh hari. Ianya sudah cukup membuatkan jiwanya lirih melihat keadaan isterinya yang tidak henti - henti menangis siang dan malam. Untuk kali ini Harraz berjanji akan sentiasa berada di sisi Aayra walau apa jua keadaannya sekali pun.

“In shaa Allah, semuanya akan ok. Maryam tu kuat, sayang. Kuat seperti arwah ibunya. Abang yakin Maryam akan sembuh seperti
sedia kala. Sayang jangan risau ok. Sama - sama kita doakan yang terbaik buat Maryam." Pujuk Harraz.

Aayra mengangguk lemah. Entah mengapa, dia berasa sangat takut. Takut akan kehilangan Maryam dalam tempoh yang terdekat ini. Bagi Aayra, dia belum cukup puas untuk mencurahkan kasih sayangnya buat Maryam walaupun Maryam itu hanya sekadar anak angkatnya.

“Dah, sayang janganlah sedih - sedih lagi. Sayang kena kuat tau. Kalau Maryam tengok mummy dia sedih macam ni, tentu Maryam pun sedih sekali. By the way, abang nak pergi berbual dengan Ezmal kejap. Sayang nak join?" Soal Harraz sambil merenung wajah redup isterinya.

Aayra menggeleng. Dia hanya ingin bersendirian di sini. Lagi pula fikirannya masih belum mampu untuk melupakan tentang kejadian yang melanda dirinya di awal tadi. Jadi demi mengelak perkara yang tidak diingini terjadi, lebih baik dia menolak pelawaan suaminya itu.

Harraz tersenyum kecil. Sejujurnya dia tahu apa yang berada di fikiran isterinya saat ini. Tanpa Aayra dan Ezmal sedari, Harraz telah pun menyaksikan segala - galanya yang terjadi di awal tadi. Pada mulanya hatinya agak tercuit saat melihat Ezmal memeluk
isterinya erat. Pelbagai perasaan melanda dirinya saat itu. Ikutkan hatinya, mahu sahaja Harraz menghadiahkan satu tumbukan padu kepada Ezmal. Namun saat melihat reaksi yang diberikan Aayra ketika dirinya dipeluk sebegitu, Harraz yakin betapa Aayra juga tidak merelakannya. Justeru itu Harraz cuba menahan rasa amarahnya dan berfikiran bahawa semua itu terjadi kerana diluar kawalan mereka.

******************************************

Ezmal dan Aayra masing - masing terduduk saat diberitahu bahawa keadaan kesihatan Maryam semakin kritikal sehingga dia terpaksa ditahan di ICU. Keadaan antibodinya yang semakin lemah membuatkan Maryam tidak kuat untuk terus melawan segala penyakit yang menyerang tubuhnya. Malah lebih memilukan hati mereka lagi apabila melihat keadaan Maryam yang terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan bagi terus mendapatkan oksigen untuk dirinya sendiri. Tidak semena - mena, air mata Aayra mengalir laju membasahi pipi. Sayu hatinya melihat keadaan Maryam seperti itu.

“Ya Allah, beratnya ujianMu ini, Ya Allah. KAU kasihanilah bayi sekecil Maryam itu. KAU turunlah mukjizatMu kepadanya. KAU sembuhkanlah penyakitnya, Ya Allah. Aku memohon kepadaMu, Ya Allah. Hanya kepada KAU tempatku meminta." Doa Aayra dengan nada yang tersekat - sekat.

Harraz memeluk bahu Aayra erat. Dia cuba menenangkan keadaan diri Aayra dengan sebaik mungkin. Sejak tadi isterinya tidak henti - henti menangis mengenangkan nasib Maryam. Sejujurnya Harraz juga turut terkesan dengan berita yang baru diterima itu. Namun demi menenangkan keadaan isterinya, dia harus kuat. Mana mungkin dia membiarkan Aayra terus lemah sebegitu. Sudahlah kesedihan lalu masih bersisa di hati Aayra. Kini ditambah lagi dengan berita kondisi Maryam yang sangat menyedihkan itu. Jika dibiarkan, pasti Aayra akan mengalami kemurungan. Mengenangkan situasi itu, Harraz mula diulit kebimbangan. Dia bertekad tidak akan membiarkan semua itu terjadi kepada isterinya.

“Sayang.. Sayang terus kuat ok? Maryam sangat memerlukan kekuatan dari kita sekarang ni. Abang percaya semua ni hanya bersifat sementara aje. Maryam tu anak yang kuat. Dia pasti boleh melawan segala kesakitan yang ditanggungnya." Pujuk Harraz dengan penuh kelembutan.

Aayra mengangguk. Ada benarnya kata - kata Harraz itu. Mereka harus kuat demi Maryam. Bayi kecil itu sangat memerlukan
kekuatan dari mereka saat ini. Jauh di sudut hati, Aayra tidak henti - henti berdoa agar Maryam diberikan kesembuhan.

Harraz menarik nafas lega. Bibirnya menguntum senyum. Dia yakin Aayra sangat kuat untuk tempuhi segala dugaan ini. Melihatkan keadaan diri Aayra yang sudah kembali tenang, Harraz meminta diri untuk pergi mencari Ezmal. Sejak tadi kelibat Ezmal langsung tidak kelihatan. Kali terakhir dia melihat Ezmal, lelaki itu kelihatan sedang menahan tangisnya di hadapan bilik kecemasan. Selepas dari itu, kelibat Ezmal tidak lagi kelihatan di situ. Hal ini sedikit sebanyak agak mebimbangkan Harraz. Apatah lagi setelah dia mengetahui betapa Ezmal sangat menyayangi Maryam dan menganggap bayi kecil itu seperti anaknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience