BAB 6

Family Completed 6946

“Tak ada awak boleh keluar” sebaik sahaja kelibat Elena hilang, Basir tersandar lemah. Bukan niat dia nak mengabaikan semua hasil usaha papa.

Cuma…

“Mak!!” jerit aku. Tak sabar ini nak bagi tahu mak berita yang gembira.

Hebat. Gebabom sekali bila aku cerita.

“Ya Allah Adn. Salam mana?” mak dah terjah aku dekat muka pintu. Aduh lupa meh nak bagi salam. Excited nak bagi tahu berita gempak.

“Mak, Ad nak kahwin!” jerit aku. bahu mak aku gengam kuat. mak dah tercengang.

“Kamu ini buang tabiat ke?”

“Mak, Ad nak kahwin jugak”

“Subhanallah. Kenapa ini? Ad ada buat benda bukan-bukan ke?”

“Tak, nak kahwin dengan Basir” rengek aku. Serius aku tengah gedik nak kahwin sekarang.

“Dengan siapa?”

“Abang Basir” sebaik sahaja nama itu meniti dibibir aku mak dah tersenyum. Macam green light je.

“Apa cerita?” soal mak. Aku cepat-cepat tarik tangan mak. Sofa menjadi medan mak dan aku bercerita.

“Ad dah jumpa makcik zaiton”

“Dia sihat?”

“Sihat sesangat. Anak mak semakin lawa kot”

“Asal kamu cakap macam itu?”

“Sebab Makcik Zaiton tak kenal pun anak mak ini. Dia ingat perempuan cantik mana la tadi” hahah. Tawa aku. Mak dah mengeleng. Sempat dia tarik telinga aku. Aish makin panjang la telinga aku ini.

“Mak nak jumpa dia” sayu suara mak. Aku mengangguk. Faham. Peristiwa beberapa tahun dulu agak rumit. Sampai sekarang ia memberi kesan.

“Dia rindukan mak” bahu mak aku peluk. Cuba bagi kekuatan yang sedikit pudar disebabkan peristawa tersebut.

3minggu selepas…

“Basir” Basir yang sedang leka membaca majalah Mate untuk bulan ini tersentak.

“Apa mak?”

“Ada bungkusan. Tadi posman hantar” Basir bangun menuju ke arah pintu. Mak masih setia memegang getah paip. Sebelah tangan terdapat satu kotak sederhana kecil. Tertera perkataan pos laju dikotak tersebut.

“Dari siapa?”

“Mana lah mak tahu. Barang kamu bukan mak” Puan Zaiton masih setia dengan bunga-bunganya. Basir sudah pun duduk dimuka pintu. kotak tersebut dibuka. Komik? Berkerut dahi Basir.

“Komik mak” laung Basir. Macam la mak dia nak tahu. Hahaha… Basirbangkit masuk ke dalam. Nama pengirim hanya tertulis Manga Binti Mangga.

Alamat adalah alamat rumahnya. Pelik betul la.

“Abang PJ” tajuk tersebut dibaca perlahan. Komik yang tersebut mempunyai empat jilid. Jilid pertama dicapai. Dia sudah pun duduk dalam posisi membaca. Mmm dia suka baca komik. Hobi zaman kecik-kecik dulu.

10minit selepas…

Basir berkerut. Kenapa cerita ini agak familiar. Macam pelik. Muka surat pertama dah membuatkan dia pelik.

Abang PJ yang dicintai.

Nama dia Basir…

Hobi dia dulu baca komik…

Selepas satu peristiwa dia bertukar…

Hobi seterusnya jadi penghibur jalanan.

PJ untuk dia…

Si penghibur jalanan as Basir…

Sekarang dia dah jadi pengarah Mate…

“Pernah dengan gelaran itu. Tapi tak mungkin la” Basir mengeleng. Jilid nombor dua dicapai. bertambah kerut dahi Basir. Peristiwa sewaktu bermain gitar dijalanan telah dibentuk dalam lukisan komik. Saat seorang gadis membuat bentuk love turut ada. Saat ada seorang perempuan yang melukis dibelahnya turut ada. Kenapa dia rasakan yang komik ini seperti perjalanan hidupnya. Jilid kedua sudah habis dibaca dan jilid empat menjadi bacaannya kini. Dia tercengang bila separuh dari komik jilid empat kosong. Kotak pos laju dicapai kembali. Menyelongkar semua isi kandungan. Risau jika ada jilid yang dia lepas pandang. Dia bangkit. berlari ke pagar. Peti surat diselongkar.

“Mak memang ini je ke yang ada?” laung Basir dari luar pagar.

“Itu je. Kamu kenapa?”

Puan Zaiton hanya membiarkan Basir. Tak ambik port apa yang dilakukan oleh anak bujangnya itu. Sejak kebelakang ini anaknya itu dah mula bergaul dengan orang ramai. Dulu keadaan Basir yang pasif agak menakutkan dia. Baik sangat. Risau pun ada jugak.

“Tak ada. Macam pelik je. Mak” Basir kembali duduk dimuka pintu rumah.

Mak kesayangannya dipandang. Rasa-rasa pokok dekat rumah dia akan mati kekenyang air. Naik banjir halaman rumah dikerjakan oleh maknya.

“Apa?”

Pili air ditutup. Nak mengadap anak kesayangan yang ada masalah jiwa kejap. Dengan langkah lambat Puan Zaiton mengambil tempat ditepi pintu. Dimana terdapat buai besi. Basir dimuka pintu dipandang. Jarak antara mereka hanya tiga langkah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience