Bab 62

Romance Series 80702

TUAN SYED IQWAL memandang kembali ke arah Benjamin yang memberikannya pandangan yang semacam.

"Apa ? kau tak payah nak pandang aku macam tu la Ben."

Benjamin menggeleng perlahan.

"Puas hati Tuan Syed ?. Cik Nurjihan tu dah tak ada siapa-siapa tau. Sekarang ni mana dia nak pergi ? Tergamak Tuan Syed marah dia sampai macam tu sekali kan ?."

Tuan Syed Iqwal hanya diam. membiarkan persoalan Benjamin itu tiada balasan.

"Setidaknya hargai jasa dia yang berkorban banyak hal untuk Tuan Syed. Tugas seorang suami adalah melindungi isteri."
Benjamin terkilan. sungguh terkilan. Dia juga berasa kecewa.

"Kau tak payah nak cakap banyak. Tutup mulut kau." Balas Tuan Syed Iqwal.

Benjamin tergelak sinis. "Baik, lepas ni saya tak akan cakap banyak dah. Harap Tuan Syed puas hati."

Kunci kereta dan segala alat keselamatan di letakkan di atas salah satu kerusi menunggu tersebut. Tuan Syed Iqwal terkejut melihat perbuatan Benjamin itu.

"Saya nak berhenti. Surat resign rasmi nanti saya fax pada office." Tanpa berlengah lagi Benjamin bergerak pergi dari ruangan menunggu itu.

Lidahnya kelu melihat ke arah Benjamin yang berjalan pergi. Tidak lentur lidahnya saat ini untuk menghalang saat hati ingin berkata jangan pergi.

***

SESEKALI dia menjeling dari ekor mata melihat anak teruna yang dari tadi pulang ke rumah hanya diam seribu bahasa dan memasang wajah tegang. Tidak berani dia bersuara, di biarkan sahaja anak lelakinya itu dengan urusannya manakala tangannya sahaja yang bergerak membaling dedak untuk santapan itik telur peliharaannya di luar pintu dapur itu.

Ish, apa kena budak ni ? ketat aje mukanya..nak tegur karang..ish..tak berani..

"Ibu..." Panggil Benjamin.

"Ha ? ye ! ye !." Balas Puan Suriah terus berpusing menghadap Benjamin yang berada di meja makan itu.

"Ben nak kahwin."

Pap ! besin merah yang di penuhi dedak itik itu terlepas jatuh ke lantai. Puan Suriah tergamam.

Biar betul anak aku ni....

Di tekan-tekan lubang telinganya, memeriksa apakah pendengarannya ada masalah ?

"Kau cakap apa Ben, Ibu macam tak berapa nak dengar la.."

Benjamin menarik nafas dalam-dalam...haih.

"Ben cakap....Ben nak kahwin." Ulang Benjamin.

Dengan pantas Puan Suriah bergegas ke arah Benjamin. Ditampar separa kuat pipi anaknya itu.

"Kau ni betul ke Benjamin ? anak aku ? siapa kau ! cakap !."

Benjamin yang terkejut tiba-tiba di tampar itu terus menggosok perlahan pipi kanannya.

"Sakit la ibu...apa ni tampar-tampar ? Betul la Ben ni anak ibu. Aduh... "

"Benjamin anak ibu tu tak macam ni. Kalau sebut pasal kahwin dia jadi elergik. tak boleh dengar.." Perli Puan Suriah.

Haih, dah mula la tu ibu dia ni.. Benjamin mengeluh.

"Bila kita nak kahwin tak percaya, bila tak nak kahwin di suruh kahwin. Ni la mak-mak zaman sekarang. Complicated."

Buk !

Terkena lagi satu tamparan dari si ibu yang kini hinggap pula di atas kepalanya.

"Eh..eh ... kau tahu apa persamaan kau dengan matahari ?". Tanya Puan Suriah seraya mencekak pinggang.

"Ha ? matahari tu matahari la. Ben ni ben la ibu. Kenapa ?". Benjamin hairan.

"bukan... matahari memang panas. Tapi kau...bikin panas ! ." Puan Suriah terus naik ke tangga menuju ke ruang tamu. Malas mahu melayan anak teruna yang seorang itu.

"Amboi ibu. Berpickup line. Wuh, dasyat."

Benjamin terasa kepalanya masih lagi pening-pening dek tamparan si ibu. Mungkin sudah lama dia tidak pulang ke kampung dan ibunya sudah banyak kemajuan. Heh !

ASYIKIN hanya memandang Nurjihan dari jauh. Di berikan gadis itu masa untuk bersendirian di bawah pondok sana. Jatuh kasihan dia melihat keadaan Nurjihan itu. Hati perempuan mana yang kuat bila di sakiti oleh yang tersayang ? dia juga pernah merasai kekecewaan berat itu.

Tatkala dia kembali mengingati detik di mana dia menerima kunjungan Benjamin dan Nurjihan secara mengejut.

Imbasan kembali 2 hari lepas.

***

Mendung yang datang seakan mengabarkan bahawa hari hendak hujan pada petang ini, maka dengan tidak berlengah lagi Asyikin segera mengutip jemuran ikan masin yang terdampar di atas hamparan tikar plastik. Sedang dalam berura-ura untuk masuk ke dalam, matanya kembali menoleh ke arah gerangan yang berdiri di sebelah sana. Dia terpaku.

Benjamin datang bersama seorang gadis di sisinya yang mana kedua-dua mereka memandang tepat ke arahnya.

"Assalamualaikum Ikin."

Benjamin hanya mampu tersenyum pahit. Di kumpul kekuatan menghadapi cinta hati yang bakal menjadi sejarah. Sudah menjadi tunangan orang dan harus mengikhlaskannya.

"Waa.. waalaikumsalam." Lambat-lambat dia menjawab. Bagai tidak percaya Benjamin datang berjumpa dengannya bersama perempuan lain.

Siapa perempuan ini ? dia nak bagitahu yang dia dah dapat pengganti aku ? Asyikin berasa tidak senang hati menerima kunjungan itu.

"Ikin, abang ada benda sikit nak cakap. Boleh ke kita bercakap sekejap ?". Tanya Benjamin.

Asyikin hanya menggangguk. Di letakkan kembali dulang itu di atas hamparan tikar plastik tersebut.

"Cik Nurjihan duduk dulu dekat pondok tu. Nanti saya datang." Arah Benjamin.

Nurjihan akur tanpa banyak bicara.

"Abang ....aduh macam mana nak cakap ni." Benjamin menggaru-garu belakang kepalanya. Segan untuk menyatakan hasrat di hati.

"Kenapa abang ? cakap je. Kalau ikin boleh tolong..ikin tolonglah." Asyikin masih sabar menanti.

"Erm... perempuan yang dekat sana tu sebenarnya kawan abang, erm lebih kurang macam bos abang la. Dia tak ada tempat nak pergi jadi buat sementara waktu abang ingat nak minta tolong ikin untuk tumpangkan dia boleh tak ?".

Asyikin tergamam.

"Selama ni dia tinggal dekat mana ?."

"Err sebenarnya dia tengah ada masalah tu. Bawa diri. Jadi biarlah dia berehat dekat kampung ni sekejap."

"Ja....di dia bukan kekasih abang la ?." Teka Asyikin.

"Eh, bukan...dia dah berkahwin. Siapa la nak dekat abang ni." Benjamin merendah diri.

Mendengarkan itu hatinya berasa lega. Rupanya dia yang terlalu bersangka buruk.

"Ada je. Abang yang jual mahal. Nak tunggu Tuan Syed bahagia dulu."

Benjamin menunduk mengaku dirinya salah.

"Dia isteri Tuan Syed la."

Terkejut Asyikin. "Tuan Syed dah kahwin ?. Habis apa yang jadi sekarang ni ?''.

"Nanti abang ceritakan. Minta ikin tolong tengok-tengokkan isteri Tuan Syed tu ye. Abang datang lagi esok. Dah nak magrib ni..Abang balik dulu."

Asyikin akur. Apa yang terjadi dia bakal tahu juga nanti.

Tamat imbasan kembali*

***

"Jihan..."

Tersentak dari lamunan bila terasa bahunya di sentuh lembut oleh Asyikin. Dia berpaling ke belakang dan tersenyum manis ke arah wanita itu.

"Tak lapar ke ? meh makan ni sikit. lapik perut tu dulu." Asyikin membawa Dulang makanan dan di letakkan di atas meja pondok kayu itu.

"Lahh kak Ikin ni. Susah-susah je bawa makananan sampai ke luar. Kenapa tak panggil je, Jihan boleh makan kat dalam."

Manis dan lembut tutur kata gadis ini. Sesiapa yang memandang dengan sekali lalu boleh lembutkan hati. Gadis sebaik ini di timpa ujian bertalu-talu. Mungkin ada kebaikan yang menunggunya di masa akan datang pemberian dari Tuhan.

"Tak apa, kita makan dekat luar ni pun best jugak. Kena angin sepoi-sepoi ni." Balas Asyikin.

Pulut ikan masin dan kelapa parut yang menyelerakan itu telah membuatkan perutnya berkeroncong hebat. Nurjihan menjilat comel bibirnya dan menyebabkan Asyikin tergelak.

"Ha, makanan dah ada ni takkan tengok je ? jom makan. Jangan segan-segan."
Kata Asyikin dan menghulurkan air basuhan tangan di dalam mangkuk itu kepada Nurjihan.

Doa di baca dan mereka mula menjamah makanan di hadapan mereka itu.

"Ermm Kak Ikin..." Panggil Nurjihan lembut. Pulut ikan masin di dalam pinggan itu di kuis perlahan.

"Ye..kenapa Jihan ?".

"Erm....ermmm..tak pelah."

Asyikin kehairanan. Dahinya berkerut seribu.

"Kenapa ni.. cakap cepat. kalau tak....". Asyikin mula menaikkan jari telunjuknya untuk di cucuk peha Nurjihan di bawah meja itu.

Dalam cuba mengelak, Nurjihan ketawa, geli dia rasakan bila pehanya di cucuk-cucuk.

"Okeh...okeh...Ermm Jihan suka tengok Kak Ikin. Cantik je bila perempuan pakai tudung."

Terhenti kunyahan makananan di dalam mulutnya. Di pandang Nurjihan.

"Kenapa ? Jihan nak pakai tudung ke ?". Soalan dari Asyikin itu menerima anggukan dari Nurjihan.

Asyikin tersenyum. Dia terharu.

"Lepas makan kita naik atas okey, tudung kak Ikin ada banyak. Jihan boleh ambil je kalau Jihan nak. Kalau tak cukup kita pergi pekan beli tudung."

Nurjihan mengganguk laju. Seronok sangat rasanya. Sudah lama dia ingin memakai tudung. Akhirnya ini masanya yang dia tekad untuk mengubah dirinya menuju ke arah yang lebih baik dalam menggapai redha-Nya.

Dalam tidak sedar senyuman di bibir tiba-tiba mati. Bagaimana mahu menggapai redha-Nya dengan baik sedangkan dirinya nusyuz meninggalkan suami tanpa keizinan ?

"Jihan.. kenapa ?". Soal Asyikin saat melihat mata gadis di hadapannya itu mula berkaca.

"Rindu dekat suami Jihan ke , Tuan Syed ?".

Tertunduk Nurjihan mendengarkan nama itu.

"Jihan ni berdosa ke bila lari macam ni ?". Soal Nurjihan perlahan.

Asyikin tersenyum pahit. Lalu di mengetuk tangan kiri Nurjihan cuba untuk memanggil Nurjihan untuk menatapnya.

"Keluar tanpa izin suami memang berdosa. Tapi dalam keadaan Jihan yang macam ni, tak dapat di elakkan. Hati sendiri juga perlu di rawat, di jaga sebelum lama-lama ia mati dan tiada rasa. Tak apa sayang...jangan sedih eh."

Akhirnya Nurjihan kembali tersenyum. Cuba di halau sebentar kekusutan di dalam kepalanya. Terkenangkan lelaki itu, membuatkan dia rindu... tetapi sakit. Bagaimana ? ia seperti rindu yang terlarang.

DARI tadi, rutinnya hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu bila melihat Tuan Syed Iqwal yang berdiri terpacak di hadapan 7-eleven itu. Kenapalah masa seminggu untuk menerima jawapan dari Prime Jaya Holding itu di rasakan bergitu lama ? Rasakan bagai mahu letak jawatan sekarang ini dan beredar melalui pintu belakang. Jemu dia menghadap wajah lelaki itu yang sudah berhari-hari menggangunya bertanyakan perihal Nurjihan.

"Ish, dia ni memang tak faham bahasa ke ? Aku ni dah 100 kali cakap benda yang sama pun tak nak faham. Masalah betul." Bebel Hawa sesekali dia mengintai ke arah luar kedai serbaneka itu.

Ish...aku tak tahan lagi dah. Memang nak Kena dia ni.

Pintu kaca itu di buka kasar dari dalam.

"Tuan Syed, tunggu la sampai kiamat sekalipun saya tetap tak tahu mana Jihan pergi. Tolong la jangan block laluan pintu ni. Duduk dekat sini, customer saya nak masuk pun takut tau." Kata Hawa.

Tuan Syed Iqwal masih tidak berpuas hati.

"Awak kawan dia. Paling rapat. Mustahil awak tak tahu." Balas Tuan Syed Iqwal dingin.

"Hissshh." Rambutnya kusut masai kerana di gosok kasar. Hawa hampir gila.

"Itulah...masa nak marah tu tak pikir dulu. Jihan tu isteri Tuan Syed tau. Kawan BAIK saya !...bila kena herdik dengan suami sendiri, Siapa je yang tak patah hati ? Sekarang ni Tuan Syed rasakan la akibatnya. Last saya cakap eh, saya TAK TAHU, dan TAK RAHSIAKAN apa-apapun tentang Jihan. Jadi tolong jangan ganggu kerja saya. Carilah alternatif lain sebelum saya yang jumpa Jihan. Kalau saya jumpa..dan hati kawan saya tu di sakiti sekali lagi...saya sendiri yang tak akan lepaskan Tuan Syed ye. ingat tu !".

Hawa menutup pintu kaca itu dan meninggalkan Tuan Syed Iqwal dengan sebuah amaran yang layak di berikan padanya.

Agak tercabar ego lelakinya bila ada yang memberikannya amaran. Terus dia bergerak masuk ke dalam keretanya.

Arghh ! kuat kedua-dua tangannya menghempas stereng kereta itu.

"Mana awak pergi ni sayang...Hubby risau sangat ni...come back please." Rintihan suaranya merindui Nurjihan.

BENJAMIN menghampiri Asyikin yang sedang menyusun atur ikan masin di atas dulang untuk di jemur. Rutin harian bila menjadi peniaga kecil. Dia sengaja terbatuk sedikit.

"Ehem, ikin... sekejap." Panggil Benjamin.

"Ye abang. Ada apa ?" Soal Asyikin.

"Saja abang datang. Nah, ibu kirim ni." Mangkuk tingkat itu di hulur ke arah Asyikin.

"Lah..ibu ni..ada je nak kirim-kirim." Kata Asyikin.

Benjamin meninjau-ninjau sekeliling rumah. Mencari kelibat seseorang.

"Cik Nurjihan mana ye ?". Soalan daripada Benjamin itu mengundang kehairanan padanya. Di perhati Nurjihan di sebelahnya yang sedang tunduk menyusun ikan masin di atas dulang.

"Aik, ni kan Jihan. Abang tak nampak ke ?". Soal Asyikin.

Benjamin kembali melihat perempuan yang di sebelah tersenyum lucu.

"Lah..Cik Nurjihan ke ? Lah, hampir tak kenal saya tadi." Kata Benjamin menggaru cuping telinganya menahan malu.

Masakan dia boleh tidak kenal jika gadis itu berubah terlalu ayu dengan pemakaian tudung bawal berlitup indah yang ketara berbeza dengan yang selalu dia nampak.

"Apa lah awak ni Ben, mata tu tak tajam..Comel tak saya ?". Soal Nurjihan sengaja meminta pujian.

Tergelak Benjamin Melihat kerenah lucu Nurjihan yang mengerdipkan matanya berkali-kali itu.

"Iye... comel..manis sangat bila Cik Nurjihan bertudung macam ni." Puji Benjamin.

"Ish...jangan la paggil saya Cik Nurjihan lagi. Awak kan dah resign. by the way thank you...nanti kak Ikin bagi upah dekat awak ye bila puji saya macam tu. Saya nampak ikhlas tu." Seloroh Nurjihan dan memberikan ruang buat mereka untuk berbual.

"Hahah, lidah saya dah terbiasa panggil Cik Nurjihan. Sorry saya tak boleh nak ubah." Pandangannya cuba di larikan bila dia gugup di renung pandangan redup Asyikin.

"Jihan... Jihan. ada je dia tu lah." rungut Asyikin sambil menggeleng.

"Abang, Ikin ada soalan. Ikin harap abang tak marah." Kata Asyikin.

"Soalan apa dia ikin ?".

"Abang cakap abang nak berhenti bila Tuan Syed dah jumpa kebahagiaan dia. Tapi apa yang dah jadi sekarang ni, kenapa abang berhenti ?."

Benjamin melepaskan nafas berat. Di perhatikan Nurjihan di hujung sana sedang berbual dengan Adik beradik Asyikin.

"Tuan Syed tu sebenarnya dah jumpa kebahagiaan dia. Tapi dia sengaja menunda kebahagiaan itu. Abang tak boleh nak bekerja dengan orang yang pentingkan diri sendiri sampai tak pandai nak hargai orang lain. Abang fed up. Tambah pula dia dah berhadapan dengan Megat Rusydi, semakin tinggi ego dia. Abang dah anggap Cik Nurjihan tu macam adik abang. Nasib Cik Nurjihan tu dah lama kurang baik. Abang tak nak bila dengan terjadinya situasi sekarang ni nasib Cik Nurjihan bertambah buruk. Abang kesian sangat dekat dia."

Asyikin melepaskan keluhan berat. Betul sangat apa yang di katakan oleh Benjamin itu. Baru beberapa hari Nurjihan di sini. Dia berasa nyaman dengan kehadiran gadis itu.

"Oh ya, majlis kahwin Ikin bila ya ? dah dekat kan ?." Soal Benjamin.

"Ha ?. Majlis Ikin ?." Soal Asyikin kembali.

Benjamin mengganguk.

"Dah lama kan bertunang ? bila majlisnya ?" Soalan ini sebenarnya pedih untuk di tanya. Namun di tabahkan hatinya untuk menanti jawapan.

Asyikin menggenggam kain baju kurung yang di pakainya itu.

"Ikin.... sebenarnya Ikin dah putus tunang dengan Ikhmal. lama dah 2 bulan lepas."

Benjamin terkejut. Bagai tidak percaya dengan apa yang di dengarnya itu.

"Tapi kenapa ?".

"Ikin.....ermmm hati Ikin masih pada abang." Dia hanya mampu tertunduk. Jujur dia menyatakan seadanya.

Kelu lidah Benjamin untuk berkata-kata saat ini. Patutlah Ikhmal bagai hendak mengelak daripada berbual dengannya tempoh hari semasa mereka terjumpa di gerai hujung kampung sana. Rupanya ada kebencian di sudut hati Ikhmal padanya di sebabkan hal itu.

Untuk kesekian kalinya, hadirnya seribu yang cuba meraih cintaku, jika namamu terpahat di hati .. maka tetap kamu yang aku tunggu.

OMBAK yang menghempas pantai itu kedengaran tenang dan indah pada pandangannya. Berharap ombak itu membawa semua kepedihan yang terjadi di dalam hidupnya. Tak tertanggung rasa.

"Bawa la sejauh yang boleh, tolong jangan pulangkan lagi." Kata Nurjihan sendiri berharap keindahan alam ciptaan Tuhan itu mendengarkannya.

"Tak akan di pulangkan seandainya kita juga keluar dari kepahitan itu selamanya. Jangan di tunggu lagi dan berharap yang indah sahaja sedangkan lautan tak selamanya tenang, pasti ada masa ia akan bergelora."

Suara yang datang itu memeranjatkannya dan lantas Nurjihan terbangun dari duduk bersila di atas pasir lembut itu.

"Ha... Haider."

Siapa lelaki ini sebenarnya ? Bisa muncul di mana pun ketika dirinya kosong. Malaikat tak bersayap ?

"Macam mana...err apa awak buat dekat sini ?." soal Nurjihan. Kemunculan yang tidak di sangka.

Megat Haider ketawa kecil. Pasir pantai itu di gengam lembut dan melepaskan ia mengalir jatuh.

"Apa yang boleh saya katakan...awak tak bersendirian."

"Awak ikut saya ?" Nurjihan cuba meneka di ikuti firasatnya.

Soalan itu tidak di jawab. Megat Haider hanya tersenyum. Terlalu asyik menilik kecantikan Nurjihan yang bertudung itu.

"Sampai bila awak nak tahan dengan kesakitan dalam pelayaran hidup dengan Syed Iqwal ? dia bukan seorang kapten yang mahir. Sedangkan awak terkandas di sini. Mana dia ? Nak tunggu kapal karam baru nak menyesal ?".

"Haider, saya hanya serahkan semuanya kepada takdir. Saya tak nak komen apa-apa pasal rumah tangga saya." Nurjihan kembali mengambil sepasang seliparnya dan ingin berjalan pergi meninggalkan Megat Haider di belakang.

"Awak tak nak bawa saya ronda-ronda Pahang ni ke ?." Soalan itu menghentikan langkah Nurjihan. Tak guna di paksa gadis ini. Takutkan semakin menjauh nanti.

Lalu dia berpaling..

"Kalau lambat saya tinggal." Kata Nurjihan dan mencari kelibat Asyikin.

"Sayang !". terkejut Nurjihan bila lengannya di rentap dari arah belakang sekaligus menarik perhatian Megat Haider di sisi Nurjihan.

"Cik Nurjihan !...errr." Panggilan Benjamin mati bila menyedari yang dia agak terlambat. Asyikin merenung Benjamin bimbang.

Saat ini jantungnya bagai mahu luruh menatap sepasang mata garang itu. Terasa dirinya kerdil di antara dua jejaka di situ.

"Kau nak apa lagi ni ? tak puas lagi ke sakitkan hati Jihan ?". Soal Megat Haider.

Tuan Syed Iqwal tidak peduli matanya masih terkunci pada wajah Nurjihan.

"Jom ikut hubby balik.. Hubby tahu hubby salah. Jangan tinggalkan hubby sayang. I miss you like crazy."

"No !".

Nurjihan merentap tangannya dari pegangan Tuan Syed Iqwal. Lukanya belum sembuh. Dia masih perlukan sedikit masa.

"Awak buat apa dekat sini ? Bellinda macam mana ? siapa nak jaga dia ? Saya tak nak di persalahkan lagi. Jaga juga tunang awak tu yang selalu buat masalah."

"Sayang no.... jangan cakap macam tu. I'm sorry...Please..jom balik rumah kita."

"Enough bro. Kau dengarkan Jihan cakap apa ? Jangan paksa dia." Sampuk Megat Haider.

"Ini isteri aku. Aku ada hak ke atas dia." Tuan Syed Iqwal memahan getaran rahangnya. Lelaki ini tidak boleh ke hapus terus dari kehidupan ini ?

"Abang...macam mana ni ?". Soal Asyikin kerisauan melihat suasan tegang di hadapan mereka itu.

Benjamin menggigit jari. Fikirannya buntu saat ini. Dia hanya terlambat beberapa minit. Tidak di sangka mereka akan muncul di sini.

"Jom Jihan, jangan pedulikan dia." Kata Megat Haider lalu menarik selipar yang ada di tangan Nurjihan sebagai perantara agar Nurjihan mengikutinya bagi menghormati gadis itu.

"Jangan sayang...kesian dekat hubby ni please." Tangan Nurjihan kembali di tarik.

Nurjihan terperangkap di tengah. Kedua-dua tangannya telah di kunci.

"Come." Tarik Megat Haider.

"Sayang jom." Tarik Tuan Syed Iqwal.

Adegan perebutan antara dua jejaka itu merumitkan keadaan Nurjihan. Terasa kepalanya berpusing, pandangan mula malap akhirnya Nurjihan rebah.

"Jihan !."

"Sayang !"

"Cik Nurjihan !".

Berlari Benjamin dan Asyikin pergi mendapatkan Nurjihan yang telah jatuh pengsan di situ.

***

Pintu bilik rawatan itu di buka dan semestinya mereka menanti apa kata Dokter setelah membiarkan Nurjihan di rawat.

"Macam mana dokter. Jihan kenapa ?". Tanya Asyikin. Tuan Syed Iqwal hanya terdiam. Dia takut..takut apa-apa perkara buruk yang menimpa Nurjihan. Anxiety kembali memguasai.

"Nurjihan pengsan sebab kekurang air dalam badan. Cuaca panas juga antara faktor menyebabkan keadaan suhu badan dalamannya meningkat."

Terdiam.. suasana hening.

"Please make sure lepas ni, tolong jangan bagi tekanan atau stress pada dia ya, itu sangat tak bagus untuk ibu mengandung."

"Mengandung ?".

Khabar ini mengejutkan mereka semua. Di saat genting ini, telah Tuhan hadirkan yang lain sedang menghuni rahim Nurjihan.

Hai korang, sabar okey. DZ tinggal beberapa episode lagi je menuju ending. Have a nice day ! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience