Chapter 11

Horror & Thriller Completed 5356

Part 11.
{ Emylea POV }

"Tuanku, hamba membawa tetamu terhormat kita ke sini seperti yang di perintah." Orm menghadap raja bersamaku. Kemudian Orm sujud sembah rajanya. Aku pulak? Tak buat pun. Syirik kot. Aku cuma bagi curtsey je. Tu pun kira okaylah tu.

Raja nampak tak kesah. Aku pun tak kesah lah. I don't care, okay? IDC.

"Bagus. Mari sini kau." Panggil si Raja Goblin sambil satu dari 4 jarinya; jari telunjuknya digerakkan ke depan dan ke belakang berulang kali memanggil Orm ke hadapan.

Orm pun mendekati rajanya yang disanjungi itu. Perlahan. Badannya menggeletar. Takut sangat ke?

"Beta suruh kau bawak dia bila? Sekarang dah pukul berapa? Beta suruh kau bawak dia jumpa beta awal pagilah! Awal pagi! Bukan awal tengah hari!" Jerkah Raja Goblin seraya tangannya menunjal - nunjal kepala Orm yang kurus keding itu. Terkebelakang Orm beberapa tapak akibat tunjalan dari rajanya itu. Namun tidak pula dia melawannya. Sekali lagi Orm ditunjal, kali ini tunjalan itu lebih kuat rasanya sampai Orm jatuh terduduk.

Aku terkejut. Terkedu. Owh, kesian Orm! Bukan salah dia. Salah aku! Aku yang lambat tadi!

Aku terus ke hadapan, mendekati raja; meluru ke arah Orm dan menghalang aktiviti penunjalan daripada berlangsung. Aku berdiri di hadapan raja dan di belakangku, Orm yang masih terduduk sedang menggigil ketakutan. Mulutnya terkumat - kamit dengan ucapan maaf. Namun, perlahan. Amat perlahan. Hanya pergerakan mulut yang dapat dilihat.

"Jangan! Jangan apa - apakan dia!" Kataku. Takut ke? Hm, tak kot. Tu yang berani mati tu.

Raja Goblin nampak terkejut. Sangat - sangat terkejut. Apa kau buat ni, Lea? Ni macam nak meng'order' maut tahu tak, Emylea? Ah, kebenaran mesti ditegakkan. Yekk, heroin sangat. Poyo lebih.

Raja Goblin nampak marah. Bila aku sebut dia marah, maksudnya dia betul - betul marah! Mukanya yang berkedut lemak itu sudah pun merah. Aiyokk, Emylea. Kau pasti ke dengan apa kau buat ni?

"Apa kau buat ni? Berani kau halang beta! Pengawal, tangkap dia! Dasar tetamu tak sedar diri! Letak dia bersama perempuan murahan tu di penjara bawah tanah! Bawak goblin hamba pengkhianat ni sekali! Esok, kita gantung mereka di hadapan seluruh kerajaan. Beri mereka lihat sebagai pengajaran sesiapa yang berani menidakkan arahan beta!" Tengking Raja Goblin. Aku dah terkaku. Langsung tak tahu nak cakap apa. Wait, siapa perempuan murahan yang dia cakap tu? Takkanlah, Ratu Marissa kot?

Sehabisnya Raja Goblin memarahi aku, pengawal - pengawal a.k.a. abang sado yang aku terserempak tadi terus menangkapku. Aku cuba meronta untuk melepaskan diri namun hampa. Orm pula aku nampak sudah lembik. Aikk, pengsan ka? Taklah. Aku perasan bahu dia terenjut - enjut. Laa, menangis ka? Gila kau tak menangis bila raja hukum bunuh? Esok pulak tu! Maafkan aku, Orm. Hajat kau untuk dapat 15 orang anak mungkin tak kesampaian. Huhu. Mungkin.

{ End Emylea POV }

***

{ Ratu Airy POV }

Sebagai keturunan diraja yang paling awal ditabalkan sebagai ratu, iaitu aku, Airy, perlu melakukan tanggungjawab dengan baik.

Arghh, aku tak nak! Hidup sebagai ratu telah menamatkan zaman kanak - kanakku. Ceh, umur dah 16 pun nak jadi budak - budak lagi. Tak sedar diri dah tua.

Aku dah putus harapan apabila ayahanda kesayanganku telah pergi meninggalkanku. Bondaku pula? Hmm, dia telah lama meninggalkanku sewaktu aku kecil lagi. Aku dah tak nak hidup lagi tanpa ayahanda. Aku tak mahu harta atau pangkat, aku mahu ayahanda dan bonda! Namun, sokongan Bubble memberikanku sangat untuk terus hidup. Kini, aku hanya punya Bubble sebagai keluargaku. Satu - satunya keluargaku yang memahamiku.

Prang!

Terkejut aku! Aku mengusap dadaku.

"Tolong buat kerja elok - elok, ya! Kalau lagi sekali beta dengar ada benda yang pecah, siap kalian!" Aku memberi amaran. Terangguk - angguk hambaku lalu cepat - cepat membersihkan kaca yang berderai itu. Itu yang selalu aku lihat ayahandaku buat. Memberi peluang kedua.

Aku kembali merias kukuku sambil baring di atas kerusi takhta ayahandaku. Rindu sebenarnya. Hurm.

"Tuanku Ratu Airy, Putera Daiyan dan Putera Fayzal nak jumpa tuanku" terdengar suara Bubble kesayanganku. Namun aku tak berapa dengar sangat apa yang dia cakap sebenarnya. Tengah fokus kat kuku aku yang lawa ni haa.

"Tak payah nak formal sangatlah, Bub. Siapa datang? Hah, Puteri apa? Bayan? Fauzah?" Kataku endah tak endah. Mata masih lagi terlekat fokusnya pada kuku. Alaa, tetamu tu kan gugurls.

Aku menoleh apabila Bubble berdehem. Terkejut aku dibuatnya bila ada dua orang mamat sedang berdiri bersamanya. Macam kenal je.

"Ya? Apa yang beta boleh bantu?" Cepat - cepat aku duduk dengan levih sopan. Aku tukar kepada lebih formal. Ceh, macam selalu buat je. Huu, buat malu je tadi. Perangai tak senonoh betul. Dahlah lelaki pulak tu. Haish, malunya!

"Erm, kita perlu berbincang." Kata lelaki yang putih kulitnya. Aku mengangkat sebelah keningku.

"Bincang? Pasal apa? Kat sini tak boleh ke?" Soalku hairan. Aku tak pernah cari pasal pun dengan diorang ni. Nak bincang apa?

"Secara bersendirian berhad boleh tak? Tak ramai orang. Serius ni. Hal ni penting. Ini soal hidup dan mati!" Hoho, comel pulak mamat gula - gula ni. Seriusnya. Okay, okay. Kau pun kena serius, Airy! Action!

"Okay, okay. Mari ikut saya." Kataku serius. Konon. Aku berenang ke suatu bilik diikuti dengan yang lain. Bilik siapa? Bilik akulah!

"Okay. Apa yang awak nak bincangkan? Oh, sebelum tu, jemputlah duduk. Jangan malu - malu timun laut pulak." Kataku mempersilakan 2 orang lelaki ni duduk.

Bubble sudah duduk di tempatnya, iaitu di sebelahku. Kerusi pun sama dengan aku. Tetamu 2 orang tu pulak kena duduk kat kerusi anemone. Kerusi ni dibuat khas untuk keluarga diraja kami tau! Takkanlah nak bagi raja kerusi yang boleh membunuh kot. Haih, tak logik, tak logik.

"Jangan risau. Ia jenis yang tak beracun." Jelasku tenang apabila mamat 2 ekor ni masih lagi duk tercongok berdiri sambil termenung kat kerusi tu. Takut lah tu. Macam aku heran sangat pasal nak bunuh diorang ni.

Mereka hanya tersengih kemudian duduk di kerusi itu perlahan - lahan.

"Best ke?" Soalku kepada mamat yang bernama Putera Fayzal tak silap tadi Bubble sebut. Mana taknya aku tak soal, terlompat - lompat atas kerusi special tu. Macam budak tadika pun ada.

"Hehe. Best - best." Kata Fayzal tersenyum macam budak kecik. Nasib kau comel. Aku tersenyum tanpa sedar.

Daiyan menyiku lengan sahabatnya, Fayzal itu. Fayzal memandang Daiyan sambil buat muka itik. Hhahha. Aku ketawa dalam hati.

"Okay, apa nak cakap tadi?" Sergahku sambil menepuk tangannya sekali gus mengejutkan Fayzal yang sedang melihat sekeliling dengan sakainya. Tahulah bilik aku ni cantik. Ya, ni bilik aku. Kenapa, tak percaya? Bilikku yang cantik.

Dia nampak terkejut. Berangan kuat. Daiyan yang berada di sebelahnya sudah menggeleng. Aih, kalau nak bincang dengan depa ni, sampai aku kahwin anak 5 pun tak habis berbincang.

"Sebenarnya, macam ni. Erm, kami.. perlukan bantuan kamu" Pinta Daiyan.

"Bantuan apa?" Soalku sambil bermain dengan buaian gantungku. Melibas - libaskan ekorku ke depan belakang.

Daiyan menyiku Fayzal, Fayzal geleng. Fayzal siku Daiyan balik. Daiyan siku Fayzal. Aih, sampai bila ni? Boleh tumbuh uban warna coklat rambut biru turqoise aku ni. Aku menongkat daguku dan jadikan ekorku sebagai tempat tompangan tongkatku. Bubble sudah menepuk dahi. Okay, it seems that the fun will come any time now.

Bubble pergi arah belakang kerusi special and hantukkan kepala putera childish dua orang ni waktu mereka bergaduh. Dua - dua mengaduh sakit. Mana ada orang rasa nikmat bila kena hantuk. Gila tu namenya.

"Sedap tak?" Soal Bubble tersenyum sinis. Saja nak cari pasal.

"Akit.." Fayzal dah mencebik nak nangis sambil berbaby face dah mukanya gaya budak umur 3 tahun kena rampas teddy bear.

"Nak aku tambah dengan perisa cubitan? Tak pun nak rasa dessert penyepak guna ekor duyung? First time, kan?" Ugut Bubble membuatkan Fayzal terus pucat mukanya apabila Bubble menunjukkan lagi kepadanya caranya untuk mencubit dan menyepak berserta gaya. Terus Fayzal bangun dan sembunyi di belakang kerusiku. Aih, dia ni. Kalau aku terkentut macam mana? Kantoilah!

Aku ketawa.

"Okay, okay. I give up! Apa kau nak ni sebenarnya?" Kataku masih lagi dalam tawa.

"Err, macam ni..." Akhirnya, ada jugak manusia yang memahami betapa aku terdesak sangat nak tunggu cerita dari 2 orang mamat putus urat saraf ni. Nak tunggu dia bukak satu cerita je dah separuh hari.

"Jadi macam mana?" Soalan yang ditujukan kepadaku oleh Daiyan. Aku berfikir sejenak. Berbaloikah aku serahkan tentera askarku kepada 2 orang mamat sewel yang tak berapa nak betul ni ?

"Baiklah. Aku akan bantu kau. Tapi dengan satu syarat." Kataku.

"Apa syaratnya?" Soal putera gula - gula. Siapa lagi, Fayzallah! Dia mengengsot keluar dari belakang kerusiku. Dah kenapalah mamat nih.

"Aku nak kau, kahwin dengan aku." Apa? Aku ni dah sama gila tahap mamat ni ke? Tak, aku masih waras. Pulau Gula - Gula ialah suatu kerajaan yang mempunyai banyak pengaruh. Andai kata aku kahwin dengan Fayzal, ops, tercakap pulak. Okay, kalau aku kahwin dengan Fayzal, apabila musnahnya tembok kekuatan di kerjaaan Raja Goblin, aku akan dapat banyak untung.

Semua terkejut. Apa? Logik kot alasan aku. Boleh pakai, kan?

{ End Ratu Airy POV }

***

"Kau masuk dalam tu, cepat!" Arah goblin berbadan tegap dengan kasar sambil menghalakan lembing tajam yang dipegangnya itu ke arah dua orang warga emas yang ketakutan. Mereka berdua hanya menurut dan tak mampu untuk mebantah.

Setelah mengunci pintu lokap, goblin sado yang dilengkapi baju besi tadi terus keluar meninggalkan mereka di tempat yang busuk itu.

"Siapa tu?" Tegur satu suara dari dalam lokap kepada 2 warga emas yang telah dikurung di lokap bersebelahannya.

Sepi. Tiada jawapan.

"Kamu okay ke? Hello? Ada orang tak?" Kata suara itu lagi. Namun ianya masih sama. Tiada jawapan atau sahutan.

Ratu Marissa sudah risau. Takut jiran lokapnya yang baru tiba tadi buat benda bukan - bukan.

Ratu Marissa membuka pintu rahsianya, batu besar yang boleh ditanggalkan mendorongnya terus ke lokap sebelah. Terus dia masuk menerusinya dan timbul di sebelahnya.

"Rose! Cupcake! Macam mana boleh ada kat sini? Apa dah jadi?" Terkejut anak gajah Ratu Marissa apabila jiran lokap baharunya itu rupanya temannya. Permaisuri Rose dan ratu Cupcake juga terkejut apabila mendapati orang yang menyoal merek tadi ialah Ratu Marissa. Terkejut yang amat!

"Marissa! Kau.. Kau masih hidup!" Dan mereka saling berpelukan. Tapikan, kalau Ratu Marissa dah mati, yang mereka peluk tu siapa? Hantu? Apa punya soalanlah.

"Kita, kena keluar dari sini. Semua orang perlukan kau sekarang! Kami perlukan kau. Goblin tu dah makin melampau. Takkan kau nak biarkan merek hancurkan dunia ni?" Kata Ratu Cupcake sedih. Ratu Marissa kaku. Tiada jawapan.

"Aku.. tak mampu. Aku dah tak sekuat dahulu. Anak aku..." Suara Ratu Marissa sudah tenggelam dalam tangisan.

"Dah, dah. Kau tak boleh sedih. Mungkin itu yang membuatkan kau semakin lemah. Anak kau, dia selamat. Dia ada di sini. Dia bersama anakku." Pujuk Permaisuri Rose sambil mengosok - gosok belakang Ratu Marissa supaya dapat menenangkannya. Ratu Marissa tercengang.

"Anak aku, Emylea? Emylea ada kat sini? Macam mana kau tahu? Kau pasti ke tu Emylea? Mungkin tu Emylea lain." Kata Ratu Marissa masih dalam tangisan. Terhenjut sudah bahunya akibat menangis.

"Ya, aku pasti."

"Apa yang membuatkan kau begitu pasti?" Soal Ratu Marissa.

"Mukanya, caranya dan ini. Sama seperti kau." Kata Permaisuri Rose sambil tangannya menunjukkan ke arah tanda lahir berbentuk makhkota dia tapak tangan Ratu Marissa. Ratu Cupcake turut mengangguk mengiyakan kata - kata kakaknya itu.

Ratu Marissa sudah terdiam. Masih lagi dalam sendu akibat menangis tadi.

"Mari kita keluar dari tempat ni. Bersama." Ucap Ratu Cupcake.

"Ada ke caranya?" Soal Permaisuri Rose pula. Memandang kedua sahabatnya dalam samar cahaya yang menerangi lokap itu.

"Aku tahu caranya."

ToBeContinue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience