Bab 34

Romance Completed 15358

(Dini POV)
"Dini, obaa-san ajak balik dulu. Esok pagi-pagi kita ke sini, eh? Sudah menangis tu. Budak itu tiada apa pun doktor kata. Dia stabil je. Cuma pengsan je. Buat kerja gila lagi." Ujar Alyn memujukku.
"Is it okay if I want to stay at your house, obaa-san?" Soalku.
"It's okay. We go back home first, okay? Bring your luggage." Kata obaa-san. Aku mengangguk. Aku menarik bagasi aku dan mengekori mereka ke rumah obaa-san.
__Keesokan paginya__
"Kau ni. Tak ada kerja lain selain nak buat orang risau. Sudahlah tu tidur. Lama sangat dah. Bangunlah, Sakinah." Ujarku memandang dia yang masih pengsan dari semalam. Keadaannya okey sahaja. Dia bukannya ada apa sangat pun. Terhantuk tepi jalan sahaja. Kepalanya sahaja yang berbalut tapi, dia masih memakai tudung.
"Weh, kau nak pergi makan tak? Aku nak pergi makan dengan obaa-san kejap. Ke nak aku belikan makanan?" Soal Alyn baru masuk ke dalam bilik itu.
"Kau belikan je lah makanan untuk aku. Apa-apa yang aku makan. Aku makan sinilah. Nak teman dia ni." Balasku. Alyn mengangguk.
Tidak lama selepas Alyn keluar dari bilik itu, Sakinah mencelikkan matanya.
"Sakinah? Sakinah, kau dah sedar? Kau okey tak ni? Ha? Ni! Ni nombor berapa?" Ujarku laju sambil menunjukkan dua jariku padanya.
"Dua." Jawabnya lemah sambil mahu cuba untuk duduk.
"Kejap! Jangan bangun. Sekejap aku panggil doktor." Ujarku menahan dia. Dia baring semula. Aku keluar memanggil doktor. Kami masuk ke dalam bilik itu.
Doktor memeriksa keadaan Sakinah. Kemudian, doktor memandang aku. Katanya Sakinah dah boleh keluar dari hospital dalam sehari lagi.
"Thank you, doctor." Ucapku. Doktor itu menunduk senyum padaku lalu keluar dari bilik itu. Aku duduk di kerusi memandang Sakinah. Sakinah duduk.
"Kau lain kali boleh tak jangan buat kerja gila yang melibatkan nyawa, roh dan jasad kau?" Kataku. Semalaman aku tahan marah pada dia.
"Aku terlintas je nak selamatkan dia. Mana aku tahu nak jadi macam ni." Balasnya.
"Mak aku tahu ke?" Soalnya.
"Tahu. Obaa-san bagitahu. Mak kau kata kalau nak rehat, tak payah terburu-buru balik Malaysia pun tak apa. Tenangkan diri dulu. Teman obaa-san. Mak aku pun bagi aku tinggal sini dengan kau dan Alyn. Ni semua gara-gara kau. Mulut lebih masin dari garam." Jawabku. Yalah, hari itu, dia cakap pada aku 'kalau aku tinggal sini, aku akan tarik kau sekali. Biar mereka semua balik'. Kesudahnya, tiga orang tersangkut di sini.
"Hm, Rygo mana? Dia dengan kita kan semalam?" Soalku.
"Haah, dia tidur dalam poket jaket kau. Dia mana boleh lepas dengan poket jaket kau." Balas Dini.
"Kau dah bagi dia makan pagi ni? Kesian anak aku seekor itu." Soal Sakinah lagi.
"Belum, mana aku tahu dia nak makan apa. Aku bagi buah dia tak nak. Malam tadi, dia duduk je sebelah kau atas katil ni tenung kau. Tak selera makan agaknya. Main pun tak. Minum pun tak nak." Balasku. Dia mengangguk.
"Dini, nah, maka- Sakinah!" Jerit Alyn yang terus meluru memasuki bilik itu. Obaa-san hanya mengekori Alyn.
"Sakinah! Kau okey? Ha? Kau tak apa-apa? Kau gila, eh?" Soal Alyn bertalu-talu. Aku hanya menahan ketawa.
"Agak-agaklah. Aku baru sedar, weh. Semua nak cakap aku gila ni kenapa? Kita kat hospital bahagia ke? Korang masukkan aku dalam hospital bahagia, ya? Patutlah rasa bahagia sahaja di sini." Balas Sakinah sambil ketawa.
"Hambar." Kata Alyn. Kami bertiga ketawa.
Obaa-san datang ke arah Sakinah, "Sakina-chan, are you okay, dear?" Soal obaa-san lembut sambil mengusap kepala Sakinah.
"I'm fine. I'm really sorry, obaa-san." Kata Sakinah memeluk obaa-san.
"It's okay. As long you two are just fine. Don't worry. His condition is stable right now." Balas obaa-san.
"Can I meet him?" Soal Sakinah.
"No, not now. You are still weak. You have to rest." Balas obaa-san. Sakinah mengangguk akur.
*******
(Sakinah POV)
Kuat juga terhantuk kepala aku semalam. Aku ingat-ingat lupa sahaja apa yang terjadi.
Aku memandang Dini dan Alyn. Dua-dua tengah main telefon. Obaa-san pula keluar. Katanya nak beli barang dapur.
"Weh, ambilkan Rygo." Pintaku. Alyn berdiri lalu menyeluk poket jaket aku. Rygo masih nyenyak.
Alyn meletakkan Rygo di sebelahku.
"Rygo~" Panggilku.
"Hei, Rygo, bondalah ni." Ujarku. Rygo terbangun. Dia seperti terkejut melihatku. Rygo terus naik ke atas bahu aku.
"Kau memang gelarkan diri kau bonda juga ke dengan dia?" Soal Alyn.
"Yup. Sebab tu lah hari tu, aku ada kata kat kau, Rygo masih belum perlukan seorang ayahanda. Kalau ayahanda dia, suami akulah. Kau tak pernah dengar ke aku cakap macam tu dengan Rygo?" Jawabku.
"Pernah tapi, ingatkan aku salah dengar." Balasnya. Aku mengangguk faham.
"Rygo, nah, makan dulu." Aku memberinya sepotong buah. Dia makan. Aku tersenyum. Lega aku dia mahu makan.
Aku mendengar telefonku berbunyi. Alyn mencapai telefonku di dalam begku.
"Siapa, weh?" Soalku tertanya-tanya.
"Mummy." Jawab Alyn ringkas.
"Mummy? Seriuslah kau?" Soalku.
"Mummy mana ni?" Soal Dini pula memandang kami berdua.
"Mak Hannah. Kitorang panggil mak Hannah kan mummy." Balasku. Dini mengangguk faham.
"Ya, mummy, cepatlah angkat." Kata Alyn. Aku mengambil telefon itu daripada dia.
Aku menjawab panggilan itu, "Assalamualaikum, mummy." Ucapku.
"Waalaikumussalam, Sakinah. Sakinah, Sakinah okey ke ni? Ya Allah, jantung mummy rasa nak gugur bila dengar Sakinah accident." Kata mummy.
"Mummy, Sakinah okey je. Sikit je ni. Tak ada apalah ni." Balasku hendak mengurangkan kerisauan mummy terhadap aku.
"Sikit apa tu? Kepala berbalut mummy tengok. Sakinah nak mummy ke sana tak? Mummy risaulah dengan korang kat sana." Kata mummy lagi.
Aku menjauhkan telefon dari telinga dan mulut lalu memandang Alyn.
"Alyn, kau bagi gambar aku pada mummy, ya?" Soalku. Dia menyengih.
"Tak apa, mummy. Susahkan mummy je. Kitorang okey kat sini. Sakinah dah sedar dah pun ni." Balasku cuba meredakan kerisauan mummy.
"Haih, mummy tak bolehlah. Mummy risau. Alya ni, dari semalam dia sampai di rumah, sampai sekarang dia tak berhenti menangis risaukan Sakinah." Ujar mummy. Aku ketawa. Haha, apalah budak itu.
"Hm, kalau macam tu..mummy, Sakinah nak cakap dengan Hannah kejap, boleh?" Pintaku.
"Oh, boleh. Sekejap mummy panggil." Balas mummy. Aku menunggu.
Aku memandang ke arah Rygo yang masih makan di bahuku.
"Dah, nak lagi?" Aku menghulurkan dia sepotong buah lagi. Dia menolak. Dia tidur di ribaku. Rygo ni, siang hari bukannya dia aktif sangat. Malam aktif macam apa. Akulah yang melayan dia. Kadang-kadang kalau onii ada di rumah kami, dia lari keluar dari bilik aku dan mengacau onii yang sedang tidur.
"Helo?" Ujar seseorang yang berada di talian.
"Ehem. Ha, helo? Hannah. Hannah, ni aku. Kau buat apa? Lama tak nampak." Aku sengaja bergurau.
"Sakinah!" Jeritnya.
"Woah, kau dah kenapa? Nak kata aku gila juga?" Soalku masih bergurau lalu ketawa.
"YA! KAU MEMANG GILA! Kau gila ke buat macam tu?!" Kata Hannah sambil menangis.
"Hahaha! Relax lah, Hannah. Benda dah jadi pun. Dahlah, kau jangan nangis." Pujukku.
'Tok tok tok'
Pintu bilik itu diketuk kemudian dibuka.
"Aby! Are you okay?! Are you hurt? Talk to me something." Ujar abang laju yang tiba-tiba sahaja meluru masuk ke bilik itu bersama Takuya dan Kai.
"Abang, ochitsuite. (Abang, tenang.) I'm okay." Jawabku. Abang mengangguk dengan riak wajah yang lega.
"Hannah, sudah menangis. Aku okeylah kat sini. Kau jangan nak datang sini pula dengan mummy. Aku rasa menyusahkan kau pula." Ujarku.
"Kalau aku kata aku nak datang sana juga macam mana?" Soal Hannah berkeras.
"Up to you. Cakap sahajalah kau nak bawa mummy jumpa buah hati kau di sini." Balasku mengusik.
"Mana ada! Aku nak jumpa kau lah." Katanya masih menangis.
"Well, we'll see." Balasku.
"Takuya-kun." Panggilku secara berbisik.
"Hana-chan." Ujarku masih berbisik.
Takuya mengambil telefonku.
"Persuade her. She's crying. And she said that she wants to bring her mummy to meet you." Ujarku lagi. Takuya tersenyum lalu keluar dari bilik itu membawa lari telefonku.
Aku ketawa. Suasana sepi seketika. Aku memandang abang.
"Ha, weh, aku keluar dululah. Tengok si Takuya dan Hannah tu. Hehe. Bye. Anything, panggil je aku." Kata Dini lalu dia keluar dari bilik itu.
"Amm, we want to go out too. So, bye. We'll be back soon." Kata Alyn lalu keluar dari bilik itu bersama Kai.
Aku mengangguk lalu memandang abang semula. Muka abang seperti marahkan aku.
"Could you please think properly first before do something?" Soal onii agak marah dengan perbuatanku.
Aku menunduk, "I'm sorry, onii." Ujarku perlahan.
"Everyone is worried about you. Promise to me that you won't do that again." Kata abang. Riak wajahnya berubah menjadi risau.
"Okay. I'm sorry. Really, really sorry. I won't do that again. But, I want to meet him." Balasku.
"No. I will give you permission to meet him tomorrow. Dah makan belum?" Soal abang kembali tenang. Aku menggeleng.
"Nah, yakisoba. Your favourite." Kata abang menghulurkan satu plastik yang berisi satu bungkus makanan.
Aku tersenyum, "Thank you." Ucapku riang.
*******
"Wah, seronoknya dah keluar." Ujarku baru melangkah keluar dari pintu hospital. Abang Koichi membenarkan aku untuk melawat Ryoga ESOK. Tangguh satu hari pula dia. Aku pun akur sahajalah.
"So, kita nak kemana? Balik Malaysia?" Soal Alyn mengusik.
"Oh, no. Not now. Of course not. Weh, aku terfikirkan, nak tak kita cari kerja kat sini, sementara tunggu Ryoga sedar dari koma?" Soalku. Semestinya aku nak tunggu dia sedar. Aku teringat kata-kata terakhir dia sebelum dia tidak sedarkan diri.
"Cari kerja? Kau dah fikir masak-masak?" Soal Dini memandangku.
Aku mengangguk, "Apa salahnya? Duduk di sini lama menghabiskan duit. Lebih baik kita cari duit. Ada lebih bawa balik Malaysia, tanggung kos pengajian sendiri. Mana tahu kau nak kahwin nanti. Boleh bagi bakal laki kau sikit duit hantaran. Haha!" Balasku bergurau.
"Kau nak cari kerja apa, weh di tengah-tengah Jepun ni?" Soal Alyn pula.
"Haa, kita cari kedai Melayu. Kalau kedai Jepun, tak berapa boleh. Watashi wa nihongo wakarimasen. (Saya tak faham bahasa Jepun.) Nihongo wo hanasemasu ka? (Awak boleh bercakap dalam bahasa Jepun?)" Jawabku lalu menyoalnya semula.
"Tak sangat." Jawabnya.
"Haa, itulah pasalnya kita kena cari kedai Melayu. Kalau kedai Melayu, yang banyak di sini hanya restoran." Ujarku.
"Tak apalah, kita pergi tengok dulu kedai dekat-dekat sini." Balas Dini. Kami berdua mengangguk.
Kami keluar masuk beberapa kedai. Semuanya hanya menggeleng, tiada kerja kosong. Kedai runcit pun tak ada. Setelah beberapa ketika, kami kepenatan.
"Weh, kita tak sarapan lagi. Makan dulu, jom." Ajak Alyn. Kami mengusap perut masing-masing. Kelaparan yang amat.
"Jom, pergi restoran Melayu depan simpang tu, weh. Macam sedap je. Aku lama tak makan makanan Melayu ni." Ajakku teruja. Mereka mengangguk laju.
Mereka berdua hanya mengekori aku. Okey, niat sebenar datang situ nak makan. Lama tak makan masakan Melayu.
"Konnichiwa!" Ucap seorang pelayan di situ dengan gembira. Kami menunduk hormat. Aku ternampak kelibat seseorang di dalam restoran itu.
"Eh? Kak Syera?" Tegurku.
"Eh? Sakinah, Alyn." Kami bersalaman.
"Kak Syera pun makan di sini juga ke? Mana Iesh dan Quieshah?" Soalku.
"Iesh dan Quieshah ada di belakang. Taklah, Kak Syera dah sarapan di rumah." Balas Kak Syera.
"Lepas tu, Kak Syera buat apa di sini?" Soal Alyn pula.
"Ini kedai suami akak. Akak datang sini untuk tolong-tolong je." Jawab Kak Syera. Kami terkejut. Oo, rupanya kedai ni kepunyaan suami Kak Syera.
"Oo, hm kak, tak ada kerja kosong ke kat sini? Ambillah kami yang belum terfikir nak balik Malaysia lagi ni." Ujarku lalu ketawa. Gurau sahaja. Penat cari kerja di merata tempat.
"Eh, nak ke? Kebetulan, memang ada kerja kosong. Sebab pelayan semalam ada yang berhenti. Katanya nak balik Malaysia. Seorang lagi itu ikut dia. Itu yang akak datang sekali kedai hari ni. Kalau korang betul-betul nak kerja di sini, akak boleh je bagi. We need a cashier and two waitresses." Kata Kak Syera secara terus.
Kami terkejut, "Wah! Betul ke, kak? Kami memang ingat nak cari kerja di Jepun ni." Balas Alyn.
"Hm, korang punya rezeki lah ni namanya." Balas Kak Syera pula.
"Ni siapa?" Soal Kak Syera menunjuk ke arah Dini.
"Ni? Oh, ni kawan kami. Nama dia Dini Qistina. Just call her Dini." Aku memperkenalkan Dini. Dini bersalaman dengannya.
"Hm, Ryoga dan Kai mana?" Soal Kak Syera lagi.
"Hm, Kai kerja. Ryoga..." Tak sempat aku mahu menyambung, Quieshah meluru keluar dari pintu dapur.
"Eh? Quieshah."
"Akak!" Jeritnya lalu memeluk kakiku.
"Haha, Quieshah rindu akak ke?" Soalku sedikit mengusik. Aku menunduk separas dengannya.
"Mestilah Quieshah rindu. Lama Quieshah tak jumpa akak. Tengok ni Quieshah pakai tahu klip rambut akak bagi ni." Balasnya menunjuk klip rambut pada rambutnya.
"Haha, so cute." Ujarku. Dia menyengih.
"Kak Sakinah, mana Abang Ryoga?" Soal Iesh yang baru muncul dari dapur.
"Abang Ryoga? Abang Ryoga..dia..ada sahaja." Balasku cuba untuk tersenyum.
"Dia di mana? Iesh lama tak main dengan Abang Ryoga dan Abang Kai." Soal Iesh lagi.
"Erm, sebenarnya dia..dia di hospital." Jawabku perlahan sambil menunduk. Terkejut Kak Syera, Iesh dan Quieshah dibuatnya.
_____________________
Bersambung di Bab 35 ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience