Chapter 06

Fantasy Completed 2854

Aku terjaga daripada lenaku. Kai tidur duduk manakala Nike dan Mezz sudah berdengkur. Tekak aku terasa haus sekali. Perlahan-lahan aku bangun supaya aku tidak terjagakan Kai. Aku mendekati peti sejuk yang berisi pelbagai jenis air. Aku tersenyum apabila ternampak air kegemaranku iaitu Cappucino. Tiba-tiba hatiku tergerak untuk menjengah sedikit tingkap. Aku menekup mulut lantas berlari anak ke arah Kai.

"Kai... Bangun.." Kai tersedar lalu terus merampas senjata disebelahnya. Aku memberitahu dia yang aku ternampak banyak makhluk di luar pasaraya ini. Terus Kai mengejut Nike dan Mezz. Segera Mezz membuat simbol diam supaya tidak bising.

"Eve, aku nak kau ambil stok makanan,minuman dan ubat-ubatan manakala aku,Kai dan Nike nak cari pintu keluar yang tiada makhluk-makhluk tersebut. Aku mengangguk lalu segera mencapai dua beg galas dan menyumbat semua makanan dan minuman serta ubat-ubatan. Sempat juga aku mengambil spek mata rayban, baju t-shirt dan beberapa majalah. Aku tersengih. Kai menunjukkan jari lima ke arah bermakna aku mempunyai lima minit lagi.

Sempat juga aku mengambil benda-benda yang tak bermanfaat manalah tahu ia akan menjadi benda yang berguna. Kemudian Kai datang menolong aku menggalas beg tersebut lalu dia memimpin tanganku dan kami keluar daripada pasaraya itu. Bunyi tembakan demi tembakan dilepaskan oleh Mezz dan Nike. Kami berlari sekuat hati supaya makhluk-makhluk tersebut tak dapat ikuti kami.

Kaki aku terpelecok semasa berlari. Nike merampas beg galas pada bahuku. Kai mencampak beg galas satu lagi ke arah Mezz dan kemudian Kai menyuruh aku naik ke atas badannya sebab dah tak ada masa lagi. Makhluk-makhluk itu masih lagi mengejar kami. Aku mengaduh sakit kerana aku terasa terseliuh urat pada buku lali. "Tahan sikit ya, Eve." lembut Kai. Aku memeluk lehernya erat dan menangis. Sakit sangat sangat sakit.

Selama dua jam berlari dan akhirnya kami terlepas daripada makhluk-makhluk tersebut. Kami berhenti di belakang perhentian bas yang keadaanya sudah tunggang-langgang. Kai merawat kakiku dengan baik sekali walaupun sakitnya yang amat. "Kaki awak bengkak." beritahu Kai. Aku diam. "Saya dah sapukan krim supaya surut sedikit bengkaknya. Nak air?" aku menggelengkan kepala. Aku mahu dia ada sentiasa denganku. "Awak selalu ada dengan saya ya?" Kai mengangguk lalu mendakap aku. Nike dan Mezz menyuruh kami bergerak kerana hari sudah senja. Kami berteduh di sebuah pondok kecil tertutup di tepi jalan. Pondok tersebut diperbuat daripada kayu kukuh ia membuatkan pondok tersebut menjadi teguh.

"Berehat ya, saya sentiasa ada dengan awak." buat kali pertamanya Kai berani mengucup dahiku lama. Aku tergamam sejenak. Hatiku berbunga-bunga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience