Empat bulan telah berlalu, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia a.k.a SPM masih tersisa sebanyak 7 bulan lagi. Hubungan Zafirah, Qhalisha, Idrus dan Imran semakin lama semakin erat bagaikan kuku dengan isi. Walaupun berlainan kelas tidak menghalang mereka bertemu dan berbual. Perasaan Zafirah pada Imran semakin lama semakin mendalam tetapi bagi mengungkapkan perasaan itu amatlah payah hingga memendamkan sahaja walaupun antara satu sama lain mempunyai perasaan yang sama. Bagi Zafirah perasaan itu seperti mempunyai seorang crush.
oooooooooooooo
"Assalamualaikum Darwish", Zafirah memberi salam kepada Darwish, merupakan pelajar kelas 5 Glover atau lebih dikenali sebagai pengawas pusat sumber paling kacak di sekolah ini. Dia juga rakan rapat kepada Idrus dan Imran. Walaupun dia merupakan ahli bola sepak dan berkawan dengan budak2 'hot', tak ramai pelajar perempuan yang meminatinya kerana Darwish seorang kurang aktif lebih kepada seorang yang pendiam.
"Wa'alaikumussalam", jawab Darwish ringkas.
"Darwish... senyap jer library ni, tak da pengunjung ke?", kata Zafirah sambil matanya melihat sekeliling. Library tanpa sesiapa pun di dalamnya kecuali yang setia tidak lain tidak bukan siapa lagi, Darwish.
"Mesti la senyap, dah nama library kalau tak....bukan nama library la pula. Kau pun nampak aku sorang2 jer dekat sini tapi rak dekat belakang sekali tu ada budak Akaun tengah study.", terang Darwish sambil menulis apa entah, hanya pengawas pusat sumber sahaja yang tahu.
'Budak Akaun?. Siapa?. Argh!!! tak payah fikir la, bukan kena mengena hidup kau pun.', gumam hati Zafirah.
"Erm...okey. Kalau macam tu aku cari buku dulu ya", kata Zafirah.Tapi tak da respon pun dari Darwish.
Masa duk cari buku tanpa sengaja Zafirah ternampak Imran di celah2 rak.
"Buat apa Imran dekat sini ea?.Oh jadi dia la budak Akuan yang Darwish cakap tadi tu... bagusnya dia study dah la handsome dari pandangan sini...Ouhh melting.", puji Zafirah tanpa menyedari kehadiran Idrus dari belakang.
"Melting?, apa yang meltingnya?", tanya Idrus tiba2.
"Oh mak kau!", latah Zafirah kerana terkejut dengan kehadiran Idrus dan terus menekup mulutnya.
"Kau ni terkejut aku, boleh tak bagi salam dulu. Kau buat apa dekat sini?. Dekat mana aku ada mesti ada kau... hish potong betul la.", kata Zafirah dengan suara pelahan supaya Imran tidak mendengari mereka.
"Sepatutnya aku yang tanya kau, kau buat apa dekat sini?", tanya Idrus sambil mengecilkan matanya dan memandang Zafirah.
"Inikan library, datang cari buku la...takkan aku datang nak tidur pula",jawab Zafirah.
"Mana tahu kau datang sini nak skodeng Imran", kata Idrus.
"Hesh apa kau cakap ni, hah?. mana ada la. Mengarut je kau ni", Zafirah cuba berselindung lagipun dia bukan segaja pun nak skodeng Imran.
"Heh eleh, macam la aku tak nampak kau tadi duk syok je skodeng si Im tu. Tak nak mengaku pula. Kau suka Im, kan?", kata Idrus cuba mengorek perasaan sebenar Zafirah. Muka Zafirah mula menjadi merah.
"Betul la tu kan, muka dah merah", tambah Idrus lagi. Geram kerana pertanyaannya tidak dijawab.
"Ha'ah aku suka Imran", jawab Zafirah pelahan sambil 2 tapak tangannya berada dipipi bagi menutupi mukanya yang telah menjadi merah macam tomato. Hampir rebah Idrus mendengar pengakuan Zafirah tapi digagahkan juga badannya untuk bertahan.
"Mengaku pun, kan senang macam ni. Apa kata aku bagitahu Im, nak tak?", walaupun dia juga menyukai Zafirah, Idrus tetap ingin membantu Imran dalam mendapatkan hati Zafirah. Baginya kebahagian kawannya lebih penting daripada perasaannya sendiri.
"Tak payah la, Imran bukan suka aku pun...", kata Zafirah sedih. Dia takut dia hanya bertepuk sebelah tangan.
"Dia suka kau", kata Idrus ringkas.
"Hah!?. Betul ke?", Zafirah masih tak percaya dengan apa yang dikatakan Idrus. Adakah dia salah dengar atau pekak. Macam tidak percaya, orang macam dia pun ada orang suka.
Idrus hanya mengangguk kepalanya.
"Okey la, aku nak masuk kelas dulu. Rehat dah nak habis dah ni dan aku minta tolong sangat dekat kau jangan bagitahu sesiapa pasal perkara ni", kata Zafirah sebelum beredar.
~~~~~~~~~~~~~~
Setelah bunyi loceng berbunyi, pelajar mula perpusu - pusu untuk pulang ke rumah malah Imran mula memasukkan buku2nya kedalam begnya sambil diperhatikan oleh Idrus.
"Im", panggil Idrus pelahan.
"Ya", Imran menyahut panggilan daripada Idrus.
"A-Aku... ada benda nak bagitahu kau", kata Idrus ragu2. Entah kenapa diri ragu2 untuk memberitahu tentang isi hati sebenar Zafirah kepada Imran tetapi Imran ada hak untuk mengetahuinya.
"Apa dia?", tanya Imran.
"Erm... sebenarnya..", suara Idrus tersekat - sekat untuk berkata - kata.
"Sebenarnya apa?, Rus. Cakaplah", kata Imran.
"Zafirah, dia suka kau", kata Idrus terus terang.
"Kau tahu dari mana?", tanya Idrus seakan tidak percaya dengan kata2 Idrus.
"Aku tanya dia sendiri dekat library tadi. Aku jumpa dia masa aku tengah cari buku dan riak wajah dia tadi aku tak rasa dia nak menipu", jelas Idrus.
"So sekarang ni kau dah tahu bahawa kau tak bertepuk sebelah tangan jadi kalau kau suka dia lebih baik kau bagitahu yang kau juga suka dia, jangan buat dia tertanya - tanya yang kau suka dia atau tidak. Aku tak mahu kecewakan hati dia dan Zaf tu gadis yang baik pernah aku kenal.", terang Idrus dah terus beredar meninggalkan Imran sendirian di dalam kelas
================
Mata Imran melilau mencari kelibat Zafirah dikantin dan setelah melihat Zafirah, Imran dengan langkah yang tergesa - gesa pergi ke arah Zafirah.
"Zaf!!!", panggil Imran dengan nada yang tinggi menyebabkan Zafirah tiba2 menjadi kaku memandang Imran berjalan menuju ke arahnya sehingga pelajar lain memandang mereka berdua.
"Imran...kenapa ni?", bingung dengan situasi yang berlaku malah dadanya juga berdegup laju seperti baru lepas menyelesaikan larian 40 kali pusingan padang apabila memandang wajah Imran yang serius itu.
"Betul ke... awak suka saya?", tanya Imran.
Muka Zafirah sudah mula berubah, terkejut dengan pertanyaan Imran. Dia tak tahu mahu jawab ya atau tidak. Rasa mahu pengsan sahaja di situ. Argh memalukan betul la, semua orang tengah pandangnya dengan mata tidak berkelip pula tu. Kenapa la Imran tanya dia soalan tu di khalayak ramai ni?.
"Ya...", jawab Zafirah tanpa disedarinya sendiri.
'Argh kenapa aku jawab ya', kata hati Zafirah sambil menundukkan wajahnya memandang lantai.
"Awak...suka saya?", Zafirah memberanikan diri untuk bertanya kerana dia juga perlu tahu perasaan Imran terhadapnya yang sebenar.Tetapi pertanyaan tidak dijawab dan rasa malu mula membahang muka. Dia sudah agak dia hanya bertepuk sebelah tangan. Rasa mahu menangis sahaja di situ tetapi dia memilih untuk melarikan diri.
====================
Idrus memandang Zafirah dari jauh. Zafirah menekup wajahnya seperti sedang menangis. Idrus mula mengambil langkah menuju ke arah Zafirah tanpa disedarinya.
"Kau nangis ke", tanya Idrus apabila berada di hadapan Zafirah dan melihat Zafirah tidak melepaskan mukanya daripada ditekup tapak tangannya.
Zafirah menjatuhkan dua belah tangannya ke atas meja dan memandang wajah Idrus sambil menggelengkan kepalanya, jawapan kepada Idrus tadi.
Idrus hanya tersenyum apabila melihat tiada setitik air mata pun di wajah Zafirah.
"Ni aku bawakan roti dan air, kau makan ya dan tak payah bayar balik anggap je ini semua aku belanja kau, okey?",kata Idrus sambil melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Zafirah."Zaf, aku tahu kau tak bisu lagi setakat ni, say something please..", rayu Idrus apabila Zafirah tidak membuka mulutnya langsung untuk bercakap.
"Aku malu, Idrus", kata Zafirah setelah lama mendiamkan diri. Idrus cukup gembira mendengar suara Zafirah.
"Kalau kau nak nangis, nangis je la", kata Idrus apabila melihat wajah sedih Zafirah.
"Tak... aku takkan nangis.. ", kata Zafirah.
"Kenapa?", tanya Idrus hairan.
"Sebab kau sendiri yang cakap kat aku masa ummi dan abang aku meninggal, 'MENANGIS TAK SEMESTINYA SEDIH, KETAWA TAK SEMESTINYA GEMBIRA'. aku sedih sebab tu aku tak menangis, Idrus", pelahan saja suara Zafirah.
"Kau ingat lagi?. Dah 2 tahun berlalu", kata Idrus berserta satu senyuman terukir di bibirnya.Dia sendiri pun hampir lupa ayat yang membuatkan Zafirah berhenti menangis masa peristiwa Zafirah terpaksa menerima kematian ummi dan abangnya.
"Mestilah aku ingat, aku belum lupa ingatan lagi. Erm...Idrus, aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni, sedih ke... marah ke... gembira ke.. Aku tak faham kalau Imran suka aku kenapa dia malukan aku depan semua orang atau kalau dia tak suka aku sekalipun kenapa dia tanya aku depan semua orang. Apa motif dia buat semua ni?.", Zafirah sudah memulakan topik yang sebenar.
"Mula2 aku nak minta maaf dulu kat kau sebab aku tak da jawapan kepada pertanyaan ni. Aku bukan Imran. Ya betul aku ni kawan baik dia tapi tak semestinya aku tahu semua dalam fikiran dia dan Zaf... aku nak cadangkan baik kau tak payah fikir lagi pasal semua benda ni sebab aku kenal sangat kau, kau ni tak pernah peduli pun pasal benda remeh temeh macam ni. Baik kau tumpukan jer pada pembelajaran kau, mungkin jawapan tu akan datang bila tiba masanya walaupun bukan dalam jangka masa yang pendek ni.", panjang nasihat Idrus. Walaupun digelar Ketua pengawas paling poyo, kadang2 kata2nya juga berguna.
"Terima kasih Idrus sebab selalu ada bila aku perlukan seseorang", kata Zafirah.
"Sama2", kata Idrus ringkas.
"Aku rasa aku dah okey, aku nak masuk kelas dulu", kata Zafirah dan terus bangun untuk ke kelas meninggalkan Idrus sendirian di pondok bacaan.
'Aku selalu ada untuk kau sebab aku pun suka kau Zafirah.', kata hati Idrus sambil memandang langkah Zafirah dihadapannya.
Share this novel