BR 01

Romance Series 4386

Kelas yang berlangsung sekadar berbasa-basi sahaja antara pensyarah dan para pelajar bagi mengenali antara satu sama lain dan subjek yang diajar. Jadi tidaklah pelajar canggung bila pensyarah masuk ke kuliah untuk memulakan pengajaran.

Mahu tidak semester tiga baru sahaja bermula, tentulah mood cuti masih tersisa dalam diri pelajar yang baru selesai menikmati cuti semester yang hanya lebih kurang tiga bulan. Malah ada sesetengah pensyarah yang memulakan kuliah pada minggu kedua semester.

Namun, tidak pula bagi pensyarah muda dan bersemangat seperti Dr. Ana yang merupakan pensyarah baru pemegang PhD dalam bidang Kimia Analisis dari University of Copenhagen.

"Okay, class that's all for today. We will meet again on Wednesday right?" ucap Dr. Ana, pensyarah subjek Kimia Analisis. Tangannya pantas mengemas barangan miliknya dan mengatur langkah keluar dari bilik kuliah.

"Yes." balas pelajar yang hadir di dalam kelasnya.

Riuh rendah suara para pelajar universiti setelah tamat sesi pembelajaran.

Masing-masing mulai berborak dan bergosip sesama sendiri.

Ada juga yang merancang aktiviti yang ingin dilakukan selepas kuliah. Ada juga yang mengemas barang dan berangkat pulang ke rumah sewa, hostel atau keluarga.

Ya, itulah tipikal pelajar dan rutin harian mereka setelah berhempas pulas di kampus memerah otak. Biasanya di minggu awal buka semester sememangnya mereka masih boleh berlenggang kangkung kerana tiada tugasan diberikan oleh para pensyarah. Jadi wajar dinikmati sebaiknya.

"Hei, Mia. Asal monyok je dari pagi tadi aku tengok." tegur Bella yang duduk bersebelahan Mia. Ya mereka berdua sahaja untuk hari ini bila Si Syahira tidak mahu bangun tidur untuk ke kuliah. Esok-esok barulah beramai sedikit.

"Hurm takde apa. Aku okey je ni." balas Mia ringkas.

"Helloo! Kau ingat aku ni budak-budak ke yang boleh kau kencing. Come on la." balas Bella yang kedengaran bengang dengan respon Mia yang acuh tak acuh itu. Dia ingat aku ni baru kenal dia ke apa.

"Bell sayang, aku okey. Betul ni." kata Mia sambil tersenyum hambar cuba menceriakan mukanya yang memang tak ceria itu.

"Mia, sekali aku cepuk kang. Baru kau tahu. Baik kau cakap." Bella cuba mendesak Mia agar dia buka mulut.

Bella tahu Mia seorang yang jarang berkongsi cerita kerana bagi Mia dia hanya membebankan orang lain sahaja dengan masalahnya.

'Alah, bukan aku baru sehari dua kenal kau, Mia. Tak nak cerita, aku korek sendiri', bisik Bella dalam hati.

Melihatkan keadaan Mia yang hanya termenung menatap buku notanya memaksa Bella mendesak Mia seperti biasa.

"Mia." Bella menyeru Mia untuk menarik perhatian Mia.

"Kau mimpikan dia lagi ke? Semalam?" teka Bella. Tekaannya itu memang tepat menyebabkan riak wajah Mia berubah daripada kosong kepada mendung. Bukan susah sangat sebenarnya nak baca fikiran Mia ni. Aku kenal kaulah Mia.

Tanpa Bella menyuruh, Mia mula bercerita tentang bagaimana dia bertemu dengan si dia di dalam ruangan yang kosong.

Namun apa yang mengganggu di fikiran Mia adalah kata-kata akhir daripada insan tersebut serta tindakan dia sendiri yang cuba mendakap insan itu juga.

Ingatan Mia samar-samar apabila dia cuba mengingati mimpinya semalam.

"Akan muncul seorang yang akan menemani dirinya?Apa maksudnya?"

Siapakah orang itu?

Benak Mia mula lagi menyoal tanpa henti? Kerana masalahnya sekarang siapa dalam mimpinya sendiri dia tidak kenal.

"Aduh, Mia. Kau ni itukan mimpi je. Takyahlah fikirkan sangat." kata Bella.
Macam mana aku nak tolong minah kesayangan aku ini. Kalau bab ini memang payah sikit nak handle. Bella mula mencari akal yang sudah banyak kali dia cuba cari tapi tidak jumpa-jumpa juga. Cis betul.

Bell memang mengagak yang kemurungan Mia memang ada kaitan dengan mimpinya kerana Mia sering mengadu kepadanya.

Tetapi kalau boleh dia tidak mahu Mia terlalu memikirkan perkara itu.

Tambahan lagi, dia risau dengan keadaan Mia yang sering mengalami kemurungan apabila mimpi-mimpi itu acapkali mengganggu tidur malamnya. Kalau Mia mimpi berkaitan ahli keluarganya, Bella faham tapi kalau 'Si Dia' yang masih misteri itu pula...

Ah mati akal!

"Tapi Bell, kenapa dia cakap macam tu. Aku tak kenal dia pun. Bella, aku ada kenal budak laki lain ke selain yang aku kenal sekarang?" kata Mia yang mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Kawan lelaki aku pun tidaklah ramai manapun tapi kenapa tak kenal?

"Aku pun tak tahulah Mia sebab muka lelaki yang dalam mimpi kau tu, kau seorang aja yang tengok. Nak suruh kau terangkan kat aku rupa dia macam mana, kau sendiri pun tak boleh ingat. Jadi macam mana aku nak tahu kita kenal ke tidak lelaki tu siapa." pening Bella dibuatnya. Walaupun sering mimpikan lelaki itu, Mia masih gagal mengingati raut wajahnya.

Tapi mungkin itu yang terbaik.

Sebenarnya, Bella terfikirkan seseorang namun didiamkan sahaja kerana tidak mahu membuka duka lama. Dalam sangatkah luka kau Mia sampai raut wajahnya pun sukar untuk kau gambarkan. Moga bukanlah dia, pinta hati Bella. 

'Mia.. Mia, kau ini.. orang selalu patah tumbuh, hilang berganti. Tapi kau patah riuk, hilang tak muncul-muncul', bebel Bell dalam hati je. Haa ambik peribahasa sendiri dah keluar.

"Okey. Kita lupakan ajalah." balas Mia yang cuba lari daripada persoalan yang menyesakkan fikirannya. Penat. Ya, Mia penat dengan permainan mimpi yang mengganggunya. Apa yang cuba disampaikan?

Mia sedar bahawa tidak guna dia terlalu memikirkan perkara yang tidak pasti itu.

"Dahlah jangan fikir sangat. Nanti kau sakit. Aku juga yang susah. Jomlah makan. Lapar aku dengar cerita kau yang dramatik ni." balas Bella yang tidak mahu membicarakan hal mimpi Mia lagi.

"Ye, ye. Jom kita pergi makan. Monster. Buat luahan perasaan sikit pun lapar. Tadi dia nak tahu sangat." kata Mia.

Mia tersenyum melihat gelagat Bella.

Kurang sedikit rasanya beban di dadanya dengan adanya Bella.

Benar, nasib baik aku masih ada kau Bella di sisi aku. Kalau tidak mesti aku akan gila keseorangan nak hadapi hidup aku ini.

Tanpa melengahkan masa dua sahabat itu pun keluar dari bilik kuliah dan mencari kafeteria untuk menjamu selera. Hari ini mereka kena bersenam sedikit, berjalan kaki untuk bergerak kerana sahabat mereka yang berkereta baru hendak pulang ke universiti pada hari ini.

•••

Masa penerbangan dari Dubai ke Malaysia mengambil masa lebih kurang 10 jam dan ditambah sejam dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Terasa lenguh seluruh tubuhnya setelah sekian lama tidak menaiki penerbangan jauh sebegini. Seorang pemuda yang tinggi lampai, berbadan tegap dan berkulit cerah itu meregangkan otot-otot badannya yang terasa lesu. Sesampai di kawasan lobi, pemuda itu mencari wajah rakan yang berjanji akan menjemputnya di lapangan terbang.

Dari jauh kelihatan pemuda arab melambai ke arahnya.

"Assalamulaikum, marhabaan bik fi Malizia. Laqad madaa waqt tawil mundh altaqayna akhar marat. Kayfa halik?" (Assalamualaikum, selamat datang ke Malaysia. Sudah lama kita tidak bertemu. Awak sihat?) ucap Bareeq sambil memeluk mesra sahabatnya yang baru tiba itu. Pemuda itu turut membalas kembali pelukan Bareeq.

"Waalaikumusalam, sadiq. Jayid, alhamdulillah." (Waalaikumusalam, sahabat. Baik, alhamdulillah.)

"Daena nadhhab 'iilaa makania. Yajib 'an takun mutaeban." (Mari ke tempat saya. Kamu mesti kepenatan)

Bareeq bergerak beriringan dengan pemuda itu menuju ke keretanya. Di belakang mereka, terdapat seorang lelaki berusia 30-an, bersut lengkap dan kemas pula setia membuntuti pemuda itu sambil membawa bagasi pemuda tersebut. Lagaknya sudah tahu, pasti pegawai peribadi pemuda itu.

Kereta brand Toyota Camry 2.5v itu pun meluncur pulang ke destinasi rumah Bareeq. Banyak yang mereka bualkan setelah lama tidak bertemu sejak Bareeq menyambung pelajaran ke Malaysia terlebih dahulu.

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience