Bab 6

Romance Series 4350

“Yana, kau dah mengantuk ke?” Khairul menyoal tiba-tiba namun aku hanya menjeling. Terasa marahku masih bersisa terhadapnya.
Marah?

Aku bersandar sahaja. Biarpun kelihatan seperti patung namun sebenarnya dadaku serasa mahu pecah kini.

“Sekarang dah hampir tengah malam. Kalau kau tak ada apa-apa hal, kita borak sekejap boleh tak?” Khairul meminta izin.

Aku menjeling lagi dan kemudian berfikir sejenak. Lantas aku mengangguk, bersetuju dengan cadangannya.

“Kau nak lepak mana? Kau nak makan lagi tak?” Khairul bertanya namun seolah mendesak. Mindaku kian sesak. Sukar untuk aku berfikir dengan waras kini.

“Aku tak nak makan. Lepak jelah kat mana-mana.” Aku akhirnya memberi keputusan.

“Yana, janganlah macam ni. Dah lama kita tak jumpa, kan? 'Chill'lah.” Rayuan Khairul terasa syahdu ditelingaku. Seolahkan dia benar-benar mengharapkan masa terluang ini dimanfaatkan sepenuhnya.
Entahlah, fikiranku masih sarat dengan kejadian direstoran tadi. Kejadian yang diluar jangkaanku.

Khairul memandu tenang dengan sesekali menoleh kearahku. Aku tahu dia berulangkali memandangku seolah meminta aku berbicara sesuatu namun aku benar-benar tak ada mood ketika ini.

“Yana, aku tak rasa nak lepak mana-mana kedailah. Kau bagitau kat mana rumah kau.” Khairul meminta izin. Aku mula lembut hati mendengar suaranya yang agak manja. Terasa kasihan pula melihat dia seakan tidak keruan memandu begitu. Akhirnya aku memberitahu jua dimana kedudukan rumah yang aku duduki kini.

“Kau nak lepak luar atau nak sembang dalam kereta je?” Khairul bertanya sebaik menarik brek tangan dan bersandar tenang dikerusinya.

Khairul memberhentikan kereta tak jauh dari taman tasik kawasan rumahku. Aku cuba berfikir rasional. Mungkinkah kami akan bersembang panjang?

“Yana, kawasan rumah kau ni ada anjing liar tak?” Khairul tiba-tiba menyoal. Aku terus berkerut dahi lantas menjeling jam di dashboard.

Hampir jam dua belas tengah malam kini. Aku jungkit bahu tanda tidak tahu untuk soalannya.

Entah, tidak pula aku ambil tahu sama ada kawasan ini terdapat anjing liar atau tidak. Sebab setiap malam-malam yang aku lalui rasa tenang sahaja. Tidak pernah pula aku mendengar sahutan suara anjing di malam hari. Ah, mungkin aku yang tidur mati barangkali.

“Jomlah kita sembang sambil jalan-jalan. Lepak dalam kereta atau dekat kerusi taman karang tak pasal-pasal kena tangkap.” Khairul ketawa kecil. Eh, ke situ pulak fikirnya. Aku mencebik dan kemudian mula membuka tali pinggang keselamatan dan keluar dari kereta. Khairul juga begitu.

Sebaik sahaja mengunci kereta, kami berjalan beriringan menelusuri ruang pejalan kaki ditepi taman tasik yang agak besar disitu. Lampu jalan yang menyala disepanjang celahan pokok membuatkan aku berani meluang masa begini dengan Khairul. Benar, aku juga serasa mahu berbual panjang dengan Khairul malam ini.

“Yana..” Khairul memulakan bicara. Kedua tangannya yang diseluk kedalam poket sweaternya, statik sahaja sejak dari kami mula berjalan tadi. Aku yang cuma berjalan santai menjeling cuma.

“Kau dah lama ke lepak dengan Daniel?”

“Kenapa?”

“Saja nak tahu.”

“Apa lagi yang kau nak tahu?”

“Ikutkan.. banyak.”

“Dulu kau tak banyak nak ambil tahu pasal aku. Kenapa sekarang kau nak tahu pula?”

“Yana, kau nak aku cakap corner-corner atau kau nak aku straight to the point?”

“Tentang apa?”

“Tentang kita.” Kata-kata Khairul itu mematikan soal jawab kami. Aku tak tahu nak tanya apa lagi.

“Kau ada apa-apa ke dengan Daniel?” Soalan straight to the point dari Khairul itu membuatkan aku menoleh dan berhenti berjalan. Khairul turut terhenti langkahnya.

“Aku nak tahu, Yana.”

“Kenapa?” Aku bertanya kembali.

“Sebab aku tak nak ganggu kepunyaan orang. Sekalipun dia sepupu aku.”

“Anyway, sepupu kau ganggu kepunyaan kau tak apa pulak, ye?” Aku mula sarkastik. Dalam masa yang sama cuba memprovok Khairul untuk menceritakan semua perkara yang aku tak tahu. Aku pasti banyak perkara yang dia sembunyikan dari aku.

“Dia tak ganggu hak aku. Elin bukan lagi hak aku. Elin yang pergi kepada Daniel jadi bukan salah Daniel.” Sebaris kenyataan itu keluar dari mulut Khairul membuatkan aku tersenyum sinis.

Khairul perasan akan kesinisanku. Dia melangkah mendepaniku. Dia merenungku tanda meminta penjelasan lanjut.

“Kalau Daniel tak layan, tak akan jadi pun.”

“Rasionalnya begitu, Yana. Tapi aku kenal apa itu takdir. Jika aku bertahan sekuat mana pun tapi hati Elin bukan kepada aku, apa lagi yang perlu aku pertahankan?”

“Apa cerita kisah mamat Korea yang kau ceritakan dekat aku siang tadi?”

“Elin dah break dengan mamat tu. Entah, aku tak tahu sangat pasal mamat tu.”

“Sejak bila Elin ada hubungan dengan Daniel?”

“Aku tak tahu. Yana, kau tak jawab lagi soalan aku. Siapa Daniel bagi kau?”

“Kawan.”

“Biasa?”

“Mungkin.”

“Yana, please jangan main tarik tali dengan aku.”

“Khairul, aku harap apa yang kau nak perkatakan adalah perkara yang serius, okey? Aku tak nak kau main-main macam dulu.”

“Macam dulu? Apa yang aku main-main?” Khairul tiba-tiba memegang kedua bahuku. Wajahnya jelas tegang seiring dengan pegangan tangannya dibahuku. Aku terus mati kata-kata. Terkejut sebenarnya dengan perlakuannya yang tiba-tiba itu.

“Yana, aku nak jadi kekasih kau. Boleh tak?” Kata-kata itu mengundang gamam diwajahku. Namun sebaik saja aku sedar, terus aku ketawa kecil. Khairul hairan dan terus melepaskan pegangan dibahuku.

“Khairul, kau ni tengah mengigau ke apa?”

“Yana, aku tahu kau ni orangnya jenis cuba mengelak. Tapi please untuk malam ni tak perlu begitu dengan aku.”

“Aku mengelak?”

“Ya!” Khairul terus membalas. Tegas. Nadanya juga tegang. Seolah dia mula hilang sabar.

“Khairul, kita kenal dan berkawan. Kemudian kau hilang selama dua tahun. Sekarang kau muncul balik lepas tu nak couple dengan aku? Life is so easy, huh?”

“Aku tak perlu tunggu apa-apa pun. Kau bukan kepunyaan sesiapa pun, kan?”

“Kau dah lupa aku dah bertunang?”

“Kau tak payah nak kelentong aku, Yana. Kalau betul kau dah bertunang, kenapa kau keluar dengan Daniel tadi? Sekarang dengan aku pulak. Are you so easy playing around with guys?” Kata-kata Khairul itu seolah ejekan yang memang benar pun. Jadi aku mula mengalah.

“Kau takkan dapat tipu aku, Yana. Sebab kau bukan perempuan macam tu.”

“Habis, aku perempuan yang macam mana?” Aku mula geram.

“Aku tahu kau setia dengan yang satu. Jadi aku rasa tak salah aku pilih kau.”

“Oh, aku rupanya satu pilihan bagi kau? Kau dah tak ada Elin, kau pilih aku jadi pengganti dia. Lepas ni kalau jadi apa-apa, kau pilih pulak perempuan lain pulak? Macam tu?”

“Tengok keadaan.” Khairul sememangnya membuat aku marah. Marah? Kenapa pula aku nak marah? Soal-jawab itu bergema dalam mindaku.

“Perempuan.. cepat benar marahnya keluar. Tapi dia buat orang lain marah, tak apa pula, ye?”
Khairul menyindir.

“Kau nak marah dengan aku kenapa pula?” Aku rasa pelik.

“Sebab kau main-main dengan perasaan aku.”

“Eh, hello! Bila masa pulak aku main-mainkan perasaan kau?”

“Aku tanya pasal Daniel, kau tak nak jawab betul-betul. Aku nak jadi boyfriend kau, kau tak jawab. Itu bukan main-main ke?”

“Khairul, apa sebenarnya tujuan kita malam ni?” Aku mula letih.

“Bergaduh.” Terus meletus ketawa dari mulutku. Terasa lucu pula apabila aku mendengar jawapan itu.

“Yana, aku cakap benda simple tapi kau sengaja rumitkan keadaan. Kenapa? Susah sangat ke kau nak jawab soalan aku?”

“Bukan soalan tapi permintaan.”

“Okey, permintaan. Susah ke kau nak tunaikan permintaan aku?”

“Susah jugak.”

“Sebab?”

“Sebab aku tak pasti dengan kejujuran kau.”

“Yana, aku pun tak boleh baca masa depan aku. Tapi aku cuma lalui saja hidup aku. Apa jadi pun, aku ikut je! Tak boleh ke kau macam tu?”

Gong! Gong! Tiba-tiba salakan anjing kedengaran.

Aku kaget dan spontan aku mendekati Khairul. Oh, bau perfumenya membuatkan aku terpesona seketika.
Khairul kelihatan tenang memerhatikan keliling namun dek kerana kepalaku sedikit hampir dengan dadanya membuatkan aku dapat mendengar detak jantungnya yang agak laju. Ah, sudah!

“Yana, aku rasa lebih baik kita balik semula ke kereta aku tadi.” Khairul berbisik. Gemersik suaranya membuatkan aku pantas menjarakkan diriku sedikit dari sisinya.

“Jomlah!" Aku terus saja setuju dan bersuara dengan agak cemas.

“Yana, kau janganlah takut sangat. Aku rasa anjing tu jauh. Kita gerak sekarang okey?” Soalan Khairul itu pantas membuatkan aku mengangguk laju. Khairul cuma ketawa kecil.

“Comellah kau ni!” Khairul mencuit daguku. Eh, main cuit-cuit pulak! Aku dahlah tengah cuak ni!

“Jom!” Khairul pantas menggemgam tangan kiriku dan mula melangkah menuju ke rumahku yang sudah tak jauh dari situ.

Gemgaman tangan Khairul erat sehingga membuatkan aku kelu dan jantungku semakin berdegup laju sejak aku terkejut mendengar salakan anjing tadi.

“Yana, aku memang dah tak ada apa-apa dengan Elin. Aku harap kita begini juga esok. Boleh tak?” Khairul tersenyum ketika menoleh kearahku. Aku cuma diam.

“Ni kau tak kisah aku pegang tangan kau maknanya kau terima akulah, kan?” Khairul ketawa pula kini. Aku terus menarik tanganku namun Khairul tidak mahu melepaskan gemgamannya. Dia ketawa lagi malahan tawanya mula kuat.

“Eh, dah tengah malam ni. Shhh..” Aku mula geram. Spontan kepalaku menoleh keliling cuba mengawasi.

Kami didepan kawasan kejiranan kini. Manalah tahu ada sesiapa yang ternampak kami. Mamat ni gelak kuat macam sekarang tengahari pula! Khairul menggumam seraya menghentikan tawanya namun riak wajahnya masih bersisa tanda mahu ketawa.

“Esok kita jumpa lagi, ye? Dan sambung lagi love puzzle kita.” Khairul bersuara ketika aku hampir tiba didepan pagar rumahku.

“Macam-macamlah kau ni.” Aku cuma menggeleng tanda malas mahu melayannya.
Gemgaman tangannya mula membuat aku rasa selesa. Adakah benar aku mula menerima cintanya? Cinta? Semudah itukah dipanggil cinta?

“Khairul, kalau ditanya pada hati aku memang aku sudi terima kau. Aku nak bercinta dengan kau. Tapi..”

“Tapi apa?” Pantas saja Khairul bertanya.

“Banyak yang aku nak tanya untuk kepastian.”

“Okey, esok kita bersoal jawab lagi.” Khairul mula melepaskan tanganku.

Sebaik tanganku dilepaskan tiba-tiba saja aku terasa hiba. Aduh, perasaan aku mula bercampur baur kini. Sesak terasa dadaku dengan perasaan yang pelbagai itu. Beginikah perasaan orang yang bercinta?

“Yana, gambar kau dekat pelamin yang kau cakap bertunang tu sebenarnya time sepupu kau bertunang, kan? Aku dah check Fac kau.” Khairul ketawa sinis. Damn!

Aku pantas memandangnya seakan tidak percaya. Dia godek wall fac aku padahal gambar tu masa tahun lepas. Gigihnya dia!

“Okeylah, good night. Aku balik dulu.” Khairul melambaikan tangannya dan kemudian dia mula pergi. Aku cuma mengangguk dan tak mampu untuk bersuara apa-apa.

Aku perhatikan saja Khairul berlalu kearah keretanya dan kemudian dia mula menghilang dibalik kepekatan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience