BAB 24

Horror & Thriller Completed 790

“Ustaz, tolonglah beritahu. Kalau bukan kepada mereka, kepada aku seorang. Aku ingin berjumpa orang itu.”, rayu Munir.

“Maaflah saudara Munir. Akur saya tidak tahu siapa penghantarnya. Cuma penghantar itu amat utuh bersama syaitan.”

Munir akhirnya berputus asa. “Baiklah kalau ustaz berkata begitu.”, Munir masuk kedalam rumah meninggalkan ustaz itu.

*************

Mereka berkumpul seperti waktu semalam. Masing-masing menunggu.

“Aku akan menyambung cerita. Selepas Mawar diubat oleh ustaz kampung ini, kehidupan kami kembali seperti biasa. Kami hidup dalam keadaan aman sentosa. Setahun kemudian, Mawar kandungkan anak kedua kami.”

**************

Mawar dan Munir sangat bersyukur dengan kurniaan ini. Akhirnya setelah setahun, mereka mempunyai cahaya mata kedua. Mawarlah insan yang paling bahagia. Segala gerak-gerinya dijaga rapi oleh bonda dan ibu mertuanya. Munir berharap pada kali ini, segalanya selamat.

“Abang, agak-agaknya anak kita ini putra atau putri?”, soal Mawar.

“Abang tidak kisah Mawar. Jikalau anak ini putra, semestinya dia kacak seperti abang, gagah perkasa serta berbudi bahasa.”

“Bagaimana pula jika dia seorang putri?”

“Sudah tentu cantik dan manis seperti dinda!”

Hari berganti hari, mingu berganti minggu, bulan berganti bulan, akhirnya sudah tiba masa untuk anak itu melihat dunia.

“Alhamdulillah, anak perempuan!”, kata Mak Bidan. Mereka amat gembira. Munir sujud tanda syukur.

Munir mengendong anaknya itu. “Allahhu akhbar allahu akhbar…”

**********

“Jadi tuk, baby perempuan tu mesti mak kan.”, soal Rania. Munir mengangguk. “Masa Nia kecil, wajah Nia sama seperti Ros. Muka kecil, putih, gebu, comel.”
“Kalau mereka masih ada, kauorang boleh buat gambar tiga generasi. Mawar, Ros, Rania. Masing-masing ada iras.”, kata Munir.

“Atuk rasa masih ada gambar kenangan itu. Sabar atuk pergi cari.” Beberapa minit kemudian, Munir keluar dari biliknya. “Ini dia gambarnya. Atuk dan ayah kau pergi ke pekan untuk upah orang ambil gambar. Pada masa itu mana ada kamera, telefon canggih macam sekarang.”, kata Munir.

Rania merenung wajah mereka satu per satu. Dibahagian paling kiri terlihat seorang jejaka tampan. “Yang paling kiri itu ayah kau, Malik. Sebelah ayah kau itu atuk, dibahagian depan paling kiri Ros, Ibu atau moyang kau, akhir sekali Mawar. Kau yang Ros pegang itu.”

‘Kalaulah mereka ada lagi…’, bisik hati Rania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience