BAB 10

Family Completed 4130

Irsyad hanya diam tanpa menjawab soalan-soalan daripada isterinya. Mendesup laju keretanya keluar dari perkarangan pusat membeli belah itu. Bila Airah melihat suaminya hanya berdiam diri, telefon bimbitnya dicapai dari beg tangannya. Dia ingin membuat panggilan kepada kekasihnya.

"Telefon siapa?"

"Stupid. Sudah tentulah boyfriend I."

Bila mendengar kata-kata daripada isterinya itu, telefon bimbit isterinya dirampas lalu dibuang keluar kereta mereka.

"Are you crazy???"

"Yes I am crazy Airah and I am crazy because of you."

Belum sempat Airah membalas kata-katanya, mereka sudah sampai tempat yang dituju. Bila Airah melihat ke sekeliling, ia adalah Pejabat Ugama.

"Kenapa kita ke sini?"

Namun Iqhwan hanya diam. Mereka berdua keluar dari perut kereta lalu Iqhwan berjalan masuk ke pejabat itu.

"Masuk."

Mendengar arahan suaminya itu, Airah juga memulakan langkahnya masuk ke pejabat itu. Masuk sahaja ke pejabat yang dituju, mereka berjumpa dengan pegawai yang bertugas.

"Nur Umairah binti Umar. Dengan bersaksi kepada pegawai yang bertugas, aku ceraikan engkau dengan talaq tiga."

Terkaku seketika bila suaminya selesai melafazkan talaq tadi, namun buat seketika sahaja. Selepas itu satu senyuman terbit di bibir wanita itu. Pegawai yang bertugas hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Bagus. See you in court."

Dengan penuh kesombongan, Airah mencapai beg tangannya lalu keluar dari bilik pejabat itu. Irsyad termenung seketika ditemani oleh pegawai tadi.

"Pergilah tenangkan diri. Dalami agama. Sembahyang sunat taubat."

Sesudah meminta izin dari pegawai itu, Iqhwan berlalu keluar dari bilik pejabat tadi. Semasa diperjalanan hendak ke pintu utama, satu televisyen yang mempamerkan ceramah dari rancangan Astro Oasis dipasang.

Mendengar isi ceramah itu, Iqhwan menjadi pegun. Tenang bila mendengar isi kandungan yang telahpun disampaikan.

"Nama dia Ustaz Kazim Elias. Bagus orangnya. Pergilah ke Ipoh, Perak. Dia adalah pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah. Di sana kamu boleh belajar dengan lebih mendalam lagi apa yang kami ingin pelajari. Setiap kejadian ada hikmahnya Encik Iqhwan."

Menitis air mata Iqhwan bila mendengar pegawai yang tadi berkata-kata. Adakah aku kurang didikan agama kepada Airah selama ini? Adakah aku sendiri yang kekurangan pengetahuan pasal agama Islam? Agamaku sendiri.

Ya Allah, sungguh aku ingin memohon keampunan-Mu. Mungkin inilah natijahnya membawa Airah ke rencah perzinaan ketika mereka di Australia dahulu. Astagafirullah al-azim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience