16.

Romance Completed 46610

Seorang peguam datang kerumah Banglo milik PuanSri Zaiton untuk membacakan wasiat yang ditinggalkan oleh PuanSri Zaiton sebelum dia meninggal.

Rasyid, Rina dan juga Auni duduk berdepan dengan Peguam itu.

"Mana lagi seorang Cik Aura Binti Rasyid." Kata Abdul.

"Hah? Mana ada. Aura dah leluar dari rumah ni." Kata Auni dengan percaya diri.

"Sapa halau dia?" Tanya Abdul mulai emosi.

"Saya." Kata Rasyid mendabik dada.

"Kalian semua harus tahu, Banglo dan Aset Syarikat Zaiton Holdings diatas penama Cik Aura Binti Rasyid." Kata Abdul mulai memicit kepalanya.

"Hah? Apa? Awak salah baca ni?" Soal Rasyid lagi.

"Tak. PuanSri Zaiton telah mewasiatkan kesemua hartanya pada Cucunya yang bernama Aura." Kata Abdul lagi.

"Dan disini dinyatakan hanya Sign si penama yang boleh mengeluarkan segala kewangan didalam Zaiton Holdings." Kata Abdul.

"Sial!!!" Herdik Rasyid.

"Sebaiknya kita cari budak tu." Kata Rina.

"Kita dah takde apa-apa. Kita dah miskin." Kata Auni uang mula menyesal.

Abdul berlalu meninggalkan mereka bertiga diruang tamu banglo itu.

"Sebaiknya kita buat Aura turunkan tanda tangan pada surat penyerahan harta keatas kita semua." Kata Rina.

"Betul. Mommy pandai." Kata Auni.

Mereka mula mempersiapkan cara untuk Aura mahu menurunkan tanda tangan pada surat yang akan disediakan oleh Rasyid.

"Auni akan bantu Mommy dan Daddy. Tapi Auni nak 50 persen dari harta Nenda." Kata Auni.

"Baik. Daddy setuju." Kata Rasyid lagi.

Auni senyum senget mendengar persetujuan dari Daddynya. Dia mulai menyusun rencana untuk menjebak Aura dengan cara kenggunakan Mateen.

Baginya sekarang Mateen hanyalah batu loncatan bagi dirinya. Dia mulai jatuh hati melihat pertama kali Anak bongsu Tengku Roslan dan Tengku Irma.

Dia menghibungi Mateen dan membawanya bertemu disalah satu cafe kesukaannya.

"Auni gerak dulu. Malam sikit Auni balik." Kata Auni.

"Herm jimat sedikit sekarang duit kita akan mulai disekat." Kata Rasyid.

"Daddy jangan risau." Kata Auni.

Auni mulai menapak ke arah luar rumah dan membawa fairlady miliknya.

Disisi lain, Abdul datang keSyarikat dimana Aura bekerja sekarang. Dia menyatakan dikaunter pertanyaan, bahawa dia ingin menemui Aura.

Dia diminta naik keatas ditingkat 5 dimana Ruangan pejabat Aura berada disana.

Abdul melihat Aura menghampirinya.

"Uncle." Panggil Aura.

Abdul memeluk gadik didepannya erat.

"How are you dear?" Tanya Abdul.

"Fine Uncle." Kata Aura.

"Jom masuk ruangan Aura." Aura meminpin tangan Abdul masuk keruangannya.

Aura memang manja padanya sejak dia kecik lagi selalu dibawa oleh Zaiton menemuinya.

Abdul dipersilakan duduk dikerusi berdepan dengan Aura. Dia melihat ada Melissa dimeja sebelah Aura.

"Takpe Uncle. Dia Roommate Aura." Kata Aura.

"Ooo ok. Macam ni Aura. Ni surat wasiat yang ditinggalkan oleh Nenda kamu untuk kamu." Kata Abdul dan menyerahkan Sampul surat berwarna coklat kepada Aura.

Aura menyambutnya.

"Wasiat?" Kata Aura.

"Haah. Kesemua harta Nenda jatuh ditangan kamu termasuk Banglo dan Zaiton Holdings." Kata Abdul.

"Hanya tanda tangan kamu yang boleh diguna pakai dalam pengeluaran kewangan dalam Zaiton Holdings. Tanda tangan Daddy kamu, tak diterima lagi mulai hari ni." Kata Abdul.

"Tapi Aura terlalu sibuk sekarang Uncle. Mungkin esok atau lusa Aura akan flight ke Brunei atas urusan kerja." Kata Aura.

"Jadi bagimana. Lagipun Uncle tengok mereka sepertinya nak mengambil harta ni dari kamu." Kata Abdul.

"Macam ni Aura ada rancangan." Kata Aura.

Aura memanggil Melissa agar datang padanya dan dia membisikkan sesuatu ditelinga Melissa.

"Ok kejap aku buat." Kata Melissa.

"Thanks Mel." Kata Aura pula.

Melissa kembali kemejanya dan mulai menaip didepan komputernya dan tak sampai 30 minit, Surat perjanjian itu siap dan diserahkan pada Aura.

"Kau sini. Aku nak kau jadi saksi." Kata Aura.

"Ok boleh." Kata Melissa dan duduk disisi Abdul.

"Uncle baca dulu. Kalau Uncle rasa ok, Kita turun tanda tangan semua disini. Sebab Aura tahu, Aura dalam bahaya sekarang." Kata Aura terus terang.

Andul membawa setiap baris dan patah surat perjanjian itu terlihat kerutan diwajahnya.

"Tapi Aura?" Tanya Abdul mula mempertikaikan.

"No. Uncle tak lama, Hingga Aura dah bersedia. Dan mengambil alih Syarikat Nenda tu." Kata Aura.

"Lagipun Aura tahu mereka akan cuba berbagai cara untuk ambil cap jari Aura." Kata Aura lagi.

"Baiklah Uncle setuju. 5 years only." Kata Abdul.

"Promise 5 years." Kata Aura.

Abdul menandatangani surat penjanjian itu, Dan diikuti oleh Aura dan Melissa.

"Uncle harap, Aura berhari-hati, Kerana Uncle kenal siapa Rasyid. Uncle taknak mereka apa apakan Girlfriend Uncle ni." Kata Abdul.

"Uncle jangan risau. Aura akan jaga diri Aura." Kata Aura lalu menapak keluar bersama Abdul dan Melissa.

Mereka bertiga turun keringkat bawah dan duduk minum dicafe yang berada dalam bangunan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience