Perbicaraan dimulakan semula.
Mahkamah sebenarnya mahu mengambil keterangan terhadap Ed tapi, memandangkan kes itu sebelum ini sudah ditarik balik oleh Fea, jadi kes itu dikira selesai.
Fea menarik nafas lega.
Kini, perbicaraan kembali pada kes penculikkan Fiona sahaja.
Fiona kembali ke kandang saksi.
"Sebenarnya saya ada sesuatu yang hendak disampaikan" suara Fiona.
"Silakan" arah Tuan Hakim sendiri.
"Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf bagi semua pihak, Hakim, pendakwa raya, peguam, Abang Drake, Frank, teman baik saya dan semua yang ada disini. Sebenarnya saya dah fikir masak-masak tentang hal ini, saya ingin menarik balik dakwaan terhadap Drake dan Frank"
Semua yang ada disitu kelihatan terkejut. Suasana jadi kecoh buat seketika sehinggakan Judge Hammer bergema.
"Diminta semua diam" arah Hakim lantang.
Beberapa saat kemudian, suasana dalam bilik perbicaraan kembali sepi, seperti tidak ada sesiapa pun didalam ruangan tersebut.
"Tidak!" Terpancul susuk tubuh Ed dimuka pintu masuk bilik perbicaraan. Semua yang ada disitu berpaling menoleh ke arah pintu masuk.
"Perbicaraan ini tetap akan diteruskan" Fea, Della dan Fiona terutamanya, terkejut dengan kehadiran Ed disitu.
Ed menatap tajam kearah Drake.
Drake sedikit pun tidak gentar. Dia malah menyungging senyum kearah Ed.
'Ternyata Ed telah masuk ke dalam jeratnya sendiri' gerutu Drake dalam hati.
Eun Sol bangun. Dia tersenyum hingga ke telinga melihat Ed hadir ke perbicaraan ini.
"Baiklah. Memandangkan Tuan Ed sudah datang, saya minta Tuan Ed ke ruang saksi sekarang."
Ed terkejut.
"Erm!" dia berdehem cuba mengawal perasaannya. Semua mata tertumpu padanya.
Mahu atau tidak, dia terpaksa menurut kata mahkamah.
Dia masuk ke kandang saksi dengan mendabik dada. Dia siap sedia untuk memberikan keterangan.
"Boleh saya tahu, dimana Tuan Ed berada sewaktu Cik Fiona dilaporkan hilang?"
"Saya dihotel" balasnya ringkas dan tenang.
"Benar?"
"Ya, benar sama sekali." jawabnya dengan yakin.
"Dari mana Tuan Ed tahu Cik Fiona diculik?"
"Dari Fea, teman baik kepada Fiona juga adik kepada Drake." terangnya panjang lebar.
"Pada jam berapa Tuan Ed keluar dari hotel sebaik sahaja menerima panggilan dari Cik Fea, adik kepada Tuan Drake?"
Ed seolah berfikir.
"Lebih kurang jam 2.50 pagi macam tu"
Eun Sol mengulum senyum. Dia berjalan ke arah mejanya lalu mengambil beberapa keping foto dari dalam filenya sebelum berjalan kembali mendapatkan Ed.
"Gambar ini diambil dari rakaman CCTV yang berada di sekitar kawasan hotel dan juga jalan yang dilalui Tuan Ed pada hari kejadian. Disini juga tertera masa dan tarikhnya. Menurut dari gambar rakaman CCTV, kereta Tuan Ed bergerak keluar dari hotel pada jam 11 malam. Dan pakaian yang dipakai Tuan Ed juga bukan seperti biasanya." Eun Sol mendekatkan gambar itu dihadapan wajah Ed.
"Tuan Ed nak kemana pada jam 11 malam dengan suite lengkap macam tu?" Ed terkedu. Wajahnya pucat pasi. Jika ditoreh menggunakan pisau saat ini, mungkin tidak akan mengeluarkan darah sama sekali.
Fiona dan Fea masih belum mengerti dengan apa yang dikatakan oleh pendakwa raya itu.
"Tuan Ed, setahu saya jarak dari Balbriggan ke Kenny mengambil masa lebih kurang 27kilometer. Dan mengikut keterangan saksi, perjalanan mereka ke lokasi kejadian memakan masa lebih kurang 20 minit. Tadi Tuan Ed katakan, Cik Fea menghubungi Tuan Ed sekitar jam 2.50pagi dan Tuan Ed masih di hotel yang berada di Balbriggan. Tapi, Tuan Ed tiba ke lokasi selepas 3 minit Cik Fea tiba di Kenny. Saya rasa, Tuan Ed memandu agak laju"
Drake sekadar mengulum senyum.
Ed terkedu.
"Sudah tentu saya memandu dengan sangat laju, Fiona itu sepupu saya yang sudah saya anggap seperti adik saya sendiri." jawabnya gelabah.
"Ini kereta Tuan Ed kan!?" Eun Sol menyondorkan gambar itu dihadapan wajah Ed.
"No plate kereta ini berdaftar atas nama Tuan Ed dan ini memang kereta yang Tuan Ed gunakan setiap hari, betul?"
Ed terdiam.
"Tuan Ed, saya tidak mendengarnya" tekan Eun
Sol.
"Ya, be-betul" Fea dan Fiona masih tercengang. Mereka masih bingung memikirkan pertanyaan pendakwa raya itu kepada Ed tentang hal ini.
Eun Sol beranjak ke tengah-tengah ruangan. Dia mengangkat tinggi gambar sebelum bergerak ke meja hakim lalu menyerahkan gambar tersebut sebagai bahan bukti.
Eun Sol berjalan menghampiri Ed di kandang saksi semula.
"Tuan Ed, adakah anda mengaku bersalah?" soal Eun Sol dengan lagak bersahaja.
"Tidak!" jawabnya tegas.
Hujung bibir Drake terangkat.
Bibir Eun Sol melengkung kebawah seolah mengejek tanpa sedar. Dia kembali ke mejanya lalu mencapai bahan bukti lain.
"Ini antara bukti yang saya terima dari beberapa orang saksi." Eun Sol berjalan ke arah seorang petugas lelaki disitu lalu menyerahkan pen drive kepadanya.
Tanpa melengahkan masa, petugas lelaki itu segera memainkan beberapa video yang ada didalam pen drive tersebut.
Walaupun video itu tidak kedengaran suara perbualan mereka, namun pergerakkan juga memainkan peranan.
Ed kelihatan masuk ke sebuah bank. Selang 30 minit (video dilajukan) kelihatan Ed keluar dengan beg sandang, sepertinya dia mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar.
Dia masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan perkarangan bank.
Video kedua, hari yang sama tetapi masa dan tempat berlainan, Ed meletakkan keretanya agak jauh dari tempat parking. Dia hanya duduk di dalam kereta seperti menunggu kedatangan seseorang.
10 minit kemudian, muncul susuk Frank menghampiri kereta Ed lalu masuk dan duduk di sisi tempat duduk pemandu.
Frank menerima bungkusan dari Ed. Dari jauh kelihatan jelas Ed sedang memberikan satu tugas berat kepada Frank. Lelaki muda itu hanya mengangguk dan bersetuju sebelum dia turun dari kereta dan berlalu dari situ.
Fiona menatap tajam kearah Frank. Frank yang mengerti cara pandangan Fiona langsung menundukkan wajahnya.
Fiona rasa tertipu. Lelaki itu dengan mudahnya menuduh Drake yang mengupah untuk menculiknya sedangkan perkara ini berlaku sebaliknya.
Fea masih bingung dengan apa yang sedang dilihatnya.
Fiona berdiri,
"Tak guna kau Ed! Kau tu sepupu aku, tergamak kau buat aku macam ni!?" Della dan Fea menarik Fiona untuk duduk semula sambil cuba meredakan keadaan.
Sekali lagi Judge Hammer bergema.
"Tolong hormat mahkamah." tempik hakim lantang.
Fiona duduk semula. Wajahnya merah padam sambil menatap Ed geram.
"Saya juga ada terima bukti rakaman suara perbualan Tuan Ed dengan seseorang"
Eun Sol mengangguk kearah pegawai bertugas itu sebagai isyarat pasang.
Suasana sepi. Semua mula tertumpu pada perbualan tersebut.
"Aku tahu Fea tu tak secerdik mana pun, masih lagi mentah dalam dunia bisnes. Aku bebas bukan atas belas ihsan dia pun sebenarnya, tapi sebab nasib dan tuah yang selalu berpihak pada aku. Dia tu yang bodoh dan mudah percaya dengan raut wajah aku yang tampan dan pura-pura meraih simpati dia, ha ha ha ha ha"
Suara tawa Ed benar-benar merobek hati Fea.
"Bila projek ni dah siap, aku akan serahkan surat perjanjian untuk dia tandatangan. Aku akan buat sehingga dia serahkan semula hak aku tanpa dia sedar. Kau jangan ingat dengan semudah itu aku nak serahkan hak milik atuk yang selama berpuluh tahun atuk jaga kepada orang luar?"
"Kau pegang kata-kata aku, Boe. Aku akan buat Fea jatuh cinta dan lalai dengan cinta aku dan saat itu juga aku akan bertindak. Aku akan jatuhkan dia"
Fiona dan Fea memandang kearah Boe dan Ed.
Fea sendiri tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Awalnya dia tidak percaya, tapi..suara itu memang milik Ed. Tapi, siapa yang telah merakamnya?
Fiona dengan pantas menumbuk kuat bahu Boe.
"Kau memang kurang ajar! Aku ingat kau antara kawan baik yang aku ada." Fiona menumbuk Boe bertubi-tubi kerana geram.
Boe cuba menadah tangan untuk mengelak dari serangan Fiona.
"Fi..sudah!" tahan Fea dan Della.
"Kau jangan cakap yang kau juga bersubahat dengan Ed untuk culik aku" tebak Fiona.
Boe menggeleng pantas.
"Sumpah aku tak tahu apa-apa " jawabnya pantas.
Fea juga tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Dia tidak sangka, rupanya Ed ada niat tidak baik terhadapnya dan juga syarikat.
.
Kes ditangguh dua hari. Ed juga ditahan reman sehingga kes perbicaraan selesai.
.
Fea duduk termangu di atas kaus yang berada di laman belakang rumah. Fikirannya mula berkecamuk. Dia tidak sangka Ed yang dia sangka baik itu rupanya berperilaku buruk dan punya niat jahat untuk jatuhkan dia.
"Boleh saya duduk?"
Fea menoleh.
Bersambung....
Benarkah semua ini kerja Ed seorang? Mungkinkah ada dalang lain disebalik semua yang berlaku? Adakah Drake sudah tahu tentang semua ini dan dia sengaja merahsiakannya? Dan adakah sekarang dia cuba membuka satu persatu rahsia yang dia simpan selama ini? Benarkah ada rahsia lain yang cuba disembunyikan Drake?
Share this novel