Malam semakin sunyi apabila tetamu Kuala Lumpur sudah pulang ke tempat asal masing-masing. Hanya bunyi penghawa dingin yang menemani mereka berdua.
Darris memandang wajah gadis itu seklias. Berkaca matanya merenung wajah isterinya. Seorang yang tidak pernah penat mencuri hatinya walaupun berkali-kali ditolak. Amanda tahu, suaminya terlalu banyak berkorban untuknya namun dia tidak tahu sama ada suaminya itu ikhlas atau tidak.
Bukan Amanda tidak tahu yang hampir setiap malam lelaki itu akan menemaninya sehingga dia tertidur. Mata dipejamkan.
"Ayra..."
Mata Amanda terbuka. Dia merasakan kaki yang diselubungi dengan selimut seperti disentuh dengan sesuatu yang kenyal. Jantungnya berdegup. Bulu romanya menegak.
Belakang badannya terasa seperti ada lembaga hitam. Telinganya disapa bisikan yang memanggil dirinya. Melalui ekor mata, Amanda dapat melihat kewujudan lembaga di belakangnya.
"Awak... Awak..."
"Ayra, kenapa ni?" dia bangun dan duduk memandang wajah Amanda yang berpeluh.
"Awak, tengok belakang saya. Cepatlah tengok.".
"Tak ada apa-apa pun."
Beritahu Darris yang terasa begitu letih dengan kerenah isterinya. Matanya meneliti seluruh bilik dan dia memang tidak nampak apa-apa yang pelik seperti diperkatakan Amanda.
"Saya tak tipu. Saya nampak ada benda hitam dekat belakang saya. Tolonglah... "
"Boleh tak kau jangan nak menyusahkan aku lagi. Aku penatlah. Penat nak jaga kau macam perangai budak kau ni. Aku tau ni mesti lakonan kau kan sengaja nak ambik hati aku. Eh dahlah, aku penat. Bagi aku rehat boleh?" marah Darris. Amanda cuma mengeleng kepalanya berkali-kali. Air matanya sudah mulai bertakung.
"Awak tau tak, saya takut! Saya nampak benda tu dengan kepala mata saya sendiri. Awak ingat saya tipu ke? "
"Aduhhh, masalahnya aku ni penat tau tak. Tidur aku tak cukup. Kepala aku sakit sebab kurang tidur. Makan tak kenyang. Sebab kau lah! Hidup aku ni terseksa tau tak sebab dapat bini menyusahkan hidup aku ni. " kepala Amanda ditunjal kuat.
"Buat apa awak kahwin dengan saya kalau awak dah tau saya ni jenis perempuan yang hidup menyusahkan awak? Buat apa awak kahwin dengan saya kalau awak tak nak percayakan saya!"
Kata-kata Darris tadi mengundang kemarahan Amanda. Matanya tajam merenung Darris.
Darris seraya bangun duduk tegak sambil menahan api kemarahan dalam diri.
"Kau faham bahasa ke hah perempuan? Aku cakap aku penat! Aku penat!" jerkah Darris lalu menampar pipi gadis itu.
"Hidup saya ni memang beban ke dalam hidup awak? Berat sangat ke beban yang awak pikul sebab dapat isteri macam saya?" kolam air mata Amanda mulai gugur.
"Yes. Baguslah kalau kau sedar. Kau ingat selama ni aku tolong kau semuanya ikhlas ke? Eh perempuan, kau buat perangai macam ni kau ingat aku kesian ke dekat kau? Sedar diri yang kau ni jenis manusia beban dalam hidup orang." kepalanya ditunjal kuat berkali-kali.
"Kenapa? Awak tau tak, saya takut. Saya nak awak lindung saya. Saya nak awak jaga saya. Saya nak dengan awak je, Darris. Sebab hanya awak sorang saja yang boleh saya harapkan. " luah Amanda. Air matanya mengalir laju.
"Tapi kalau awak dah cakap macam tu, saya minta maaf. Saya fikir awak berubah, Darris tapi rupanya saya yang berubah. Kalau awak masih macam ni dengan saya, saya takut saya yang berubah hati nanti." sambungnya lagi.
Keluhan dilepaskan. Wajah diraup kasar.
"Aku tak fahamlah perempuan macam kau ni. Kalau kau-" belum sempat Darris menghabiskan ayatnya, Amanda mencelah.
"Tak apa. Saya tak akan menyusahkan awak lagi. Sebab saya sedar siapa diri saya sekarang ni dan siapa saya dalam hidup awak."
"Terima kasih sebab jaga saya selama ni walaupun saya tau awak memang tak pernah ikhlas pun untuk saya. Dan terima kasih, atas segala kata-kata awak, membuatkan saya berubah hati sekali lagi."
Matanya tepat memandang wajah suaminya. Air mata dibiar mengalir. Senyuman diseretkan sedikit.
Kakinya mulai melangkah dari katil.
"Ayra..."
Baru sahaja Darris mahu bersuara tiba-tiba telinganya mendengar jelas seperti ada orang berlari di atas siling rumah mereka. Kemudian, terdengar suara kanak-kanak ketawa.
Jantung Darris berdegup laju. Wajahnya serta-merta berubah. Tangan Amanda dipegang dan tubuh wanita itu ditarik ke dalam dakapannya.
Air liur ditelan. Tersedu-sedu Amanda menangis dalam dakapan Darris. Pipi Amanda dipegang, hangat kemudian dia memandang wajah isterinya pula.
Kulit wajahnya pucat. Seandai ditoreh dengan pisau pasti tidak mengalirkan darah.
Tangan Darris ditepis kasar. Matanya memandang tepat ke arah kipas.
Badannya menjadi kaku seakan mengeras tidak berdaya bergerak. Matanya teliti melihat lembaga hitam di atas kipas itu.
"Ayra, jangan pandang atas." Darris menghalang pandangan Amanda dengan dadanya.
Akhirnya tumpah juga air mata seorang lelaki saat melihat keadaan isterinya sebegitu rupa.
Bibir Amanda menggigil kebiruan. Suhu badan Amanda makin tinggi. Tanpa lengah, Darris bangun seraya mendukung isterinya keluar dari bilik. Amanda perlu dibawa ke hospital.
Ya Allah, kau pulihkanlah keadaannya.
segalanya akan terlerai
Share this novel