2

Family Completed 11588

Encik kamal memerhatikan gambar yang baru dihantar oleh penyiasat upahan yang dibayarnya. Dia mengurut kepalanya yang pening. Pening dirasakan memikirkan perangai isterinya itu.

“datuk, boleh saya masuk?” kak jo mengetuk pintu bilik pejabatnya. Dia menyimpan gambar tersebut ke dalam laci mejanya. Dia berdehem beberapa kali.

“masuk lah kak jo.” Kedengaran bunyi pintu dikuak dan seorang wanita berbadan sedikit gempal dan bertudung litup mendekati encik kamal sambil membawa fail dan secawan kopi.

“datuk, ni encik saiful suruh saya berikan pada datuk. Katanya dia nak datuk periksa mana yang tak betul sebelum dia teruskan dengan langkah yang seterusnya. Ini kopi yang encik pesan melalui interkom tadi.” Cawan berisi kopi tadi diletakkan di sebelah kanan encik kamal. Fail pula ditinggalkan di bahagian tengah meja encik kamal.

“terima kasih kak jo. Nanti dah masuk waktu asar beritahu saya ye?” pinta encik kamal lembut. Walaupun sibuk mengejar harta dunia, encik kamal masih tidak leka untuk menunaikan ibadah wajibnya itu. Sebab itu juga setiap kali waktu solat dia meminta setiaushanya itu mengingatkannya. Kadangkala dia terlalu leka menyiapkan kerjanya sehingga tidak menyedari perubahan sekelilingnya. Dia bersyukur kerana kak jo yang menjadi setiausahanya.

“baiklah datuk. Saya keluar dulu. Kalau nak apa-apa panggil saja saya ya?” encik kamal mengangguk. Dia meneruskan kerjanya.

“aisyah, jom teman saya pergi makan nak?” ajak daniel kepada aisyah. Aisyah menggeleng tanda tidak mahu. Sungguh dia tidak selesa untuk berbual dengan mana-mana lelaki. Bukannya dia sombong, tetapi sedari kecil dia memang begitu.

“maaf daniel. Saya tak ada masa, saya pergi dulu.” Aisyah meminta diri. Malas mahu berlama-lama dengan daniel si buaya tembaga.

Daniel memandnag seluruh susuk tubuh aisyah dari belakang. Kau takkan dapat lari dari aku aisyah, tak kira sekuat mana kau menolak desis daniel penuh geram. Dia mengeluarkan cermin mata dari begnya dan dipakai. Dia mencuit pinggang gadis-gadis di sekelilingnya.

“aisyah, kau pergi mana tadi? Penat aku cari merata-rata.” Soal sofae termengah-mengah. Gayanya seperti baru menyertai maraton sejauh 15 km saja. Sofea mencapai air sirap limau aisyah lalu diteguknya sampai habis.

“ya allah, kau ni sofea. Kalau haus sangat, jangan teguk sampai macam tu sekali. Malu lah kalau ada yang nampak. Tak macam anak dara langsung.” Tegur aisyah. Dia menggelengkan kepalanya melihat perangai kawannya yang seorang itu.

Sofea duduk di hadapan aisyah yang sibuk mengulangkaji. Dia memerhatikan segenap wajah aisyah. Bermata bundar dan bersinar, hidung yang mancung sedikit dan dua ulas bibir yang merah dan kelihatan basah. Sofea cemburu melihat bulu mata aisyah yang panjaang dan lentik seprti memakai bulu mata palsu. Sungguh aisyah beruntung puji sofea di dalan hati.

“kau kenapa, sofea tenung aku macam nak telan?” sofea kembali tersedar. Dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Aisyah mengangkat bahunya sebelum sambung mengulangkaji. Entah kenapa dia berasa tidak selesa sepertii ditenung seseorang tetapi dibiarkan saja perasaannya itu berlalu.

“aku balik dulu ye, aisyah? Jumpa esok.” Sofea melambai ke arah aisyah sebelum melangkah menuju ke keretanya. Aisyah tersenyum melihat perangai sofea yang mengalahkan budak-budak tadika terlebih ceria. Setelah kelibat sofea hilang dari pandangannya, aisyah terus menapak ke kereta mini coopernya.

“ouch! Adoi sakitnya pinggang aku.” Adu aisyah setelah selamat ‘mendarat’ dari terlanggar sesuatu. Dia mengusap-ngusap pinggangnya. Balik nanti kena sapu minyak panas aisyah berpesan kepada dirinya.

“ehem, tak nak minta maaf ke?” suara seseorang menyebabkan aisyah mendongak untuk melihat siapakah gerangan yang dilanggarnya tadi. Aisyah lekas bangun dari tantai dan segera dia meengemaskan pakaiannya.

“maafkan saya. Saya tak sengaja. Awak ada luka mana-mana? Nak saya hantar dekat klinik tak? Baju awak koyak ke, kotor ke? Nak saya ganti? Ke awak ada masalah trauma ke? Jomlah saya hantarkan ke klinik.” Soal aisyah bertalu-talu. Sungguh dia risau kalau-kalau dia dimarahi lelaki di hadapannya.

“diamlah. Kau ni kalut kenapa? Aku ok je. Tak payah nak ganti,hantar aku pergi klinik bagai. Sudah, aku maafkan. Tak pernah aku jumpa perempuan kalut macam kau ni.” Ujar tengku adi. Dia terus berlalu meninggalkan aisyah.

“fuh, nasib baik dia tak marah teruk tadi. Dah pukul berapa ye?” jam tangannya dikerling. Jam sudah hampir menginjak pukul 6 petang. Aisyah terus kelam-kabut menuju ke keretanya.

“perempuan pelik” ujar tengku adi perlahan sebelum dia mendapatkan samuel sahabatnya yang sedang melepak di kafe.

“want some?” samuel menyuakan setin bir kepada tengkuu adi. Tengku adi menggeleng tanda tidak mahu. Kelab yang mereka kunjungi tidak terlalu meriah seperti biasa kerana mungkin malam hari bekerja. Mungkin ramai yang lebih suka duduk di rumah dan berehat setelah seharian berpenat lelah mencari rezeki.

“since when?” soal samuel sambil mengambil tempat di sebelah tengku adi. Kening tengku adi terangkat sebelah.

“don’t drink? Since when?” tengku adi ketawa. Tidak sangka samuel menganggapnya sudah berhenti meneguk air kencing setan itu disebabkan dia menolah bir yang dipelawa oleh lelaki itu. Berkerut samuel melihat tengku adi yang tiba-tiba ketawa.

“kau ni samuel. Memang tak lah aku nak tolak bir yang kau bagi tadi, tapi kau tahu kan daddy aku macammana? Kalau dia tangkap aku mabuk confirm aku kena bebel. Aku malas nak jadi bahan bebel dia esok pagi.” Terang tengku adi.

Samuel mengangguk sebelum berlalu menuju ke lantai tarian yang dibanjiri oleh manusia. Tengku adi Cuma memerhatikan seluruh manusia di atas lantai tarian yang leka menari. Macam-macam ragam manusia dapat diperhatikan.

“tengku adi kan?” tegur seseorang. Tengku adi mengangguk. Gadis yang memakai mini skirt dan crop top duduk di hadapannya. Seengaja gadis itu menunduk sedikit memberi tengku adi sedikit ‘pemandangan’.

“I reena.” Tangannya dihulurkan kearah tengku adi. Tengku adi Cuma tersenyum memandang huluran reena.

“ouh, sorry.I tak tahu.” Merah padam muka reena mennahan malu menarik semula hulurannya. Sangkanya tengku adi ini sama dengan lelaki yang tidak kisah bersentuhan.

“tak apa. Ramai yang terkejut bila tahu yang I tak pegang girls. Yelah, masuk kelab minum arak tapi tak pegang perempuan. Sorry sebab tak sambut tangan you tadi.” Reena Cuma mengangguk perlahan. Dia melambai ke arah pelayan di bar.

“so, you free malam ni?” soal reena sambil merenung ke arah tengku adi.

“free kot. I ni dalam diam tak boleh balik lambat. Daddy I tu kuat membebel.” Ujar tengku adi sambil meneguk lagi air cokenya.

“I nak coke satu.” Pesan reena kepada pelayan. Pelayan tersebut mengangguk dan berlalu.

“tak minum ke?” soal tengku adi kepada reena. Pelik kerana kebiasaannya yang datang ke kelab selalunya akan memesan minuman keras untuk dijadikan pembasah tekak sewaktu berhibur. Reena menggeleng walaupun pada hakikatnya dia benar-benar teringin tekaknya dibasahkan oleh tequila kegemarannya. Sabar sajalah reena, kau nak goda ‘periuk emas’ kena banyak bersabar pujuk reena kepada dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience