Rate

Prolog

Mystery & Detective Series 332

Cermin kaca

Enggan mengeluarkan suara

Raut wajah manusia ditatapnya

Melihat tanpa mata

Indah atau sebaliknya

Nyatanya, hanya dia yang tahu

.

Di sebuah hutan belentara, terdapat sebuah rumah mewah yang terletak ditengah-tengahnya. Rumah mewah itu berkonsepkan serba tradisional barat dan sangat sunyi. Tidak dikenal pasti siapa pencipta rumah itu, yang pastinya rumah tersebut semestinya sudah ada berabad yang lalu.

.

Tikala itu, malam telah melabuhkan tirainya. Keadaan bumi kian menggelap. Yang tinggal hanyalah cahaya bulan bintang, dan lampu rumah mewah tersebut.

"We must get out from this house!" semua ahli keluarga bingkas mengemas barang keperluan mereka tatkala suara garau itu bergema menerjah koklea masing-masing.

Selesai mengemas, merereka berlari menuju kenderaan dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan rumah tersebut.

*Prak!

Satu-persatu barang serta kaca kedengaran pecah tanpa sebab tertentu. Suara jeritan garau daripada sebuah makhluk bukan manusia juga kedengaran. Sekali-kali, bunyi derapan tapak kaki tanpa figura yang kuat menghentam juga jelas kedengaran.

Beberapa beg bagasi dimasukkan ke dalam bonet kenderaan Ford Ranger milik mereka. Kini, mereka hanya perlu masuk ke dalam perut kenderaan seraya menghidupkan enjin kereta dan segera keluar daripada rumah tersebut.

Tanpa disedari, sepasang mata biru mengintai mereka dari arah kaca balkoni tingkat 2. Wajah kacukan melayu barat itu kelihatan pucat lesi tanpa tona. Bibirnya tersenyum tawar dan gayanya kusut masai.

"Where is Aleya!" jerit seorang wanita kacukan dalam anggaran 30an. Mata sang suami mula melilau mencari kelibat anak bongsu mereka.

"Look up there!" jerit anak sulung perempuan mereka sambil menudingkan jari ke arah satu figura yang berdiri tegak sambil memandang mereka dengan melambai perlahan. Figura kecil itu, tak lain dan tak bukan adalah Aleya.

Dengan serta-merta, wajah mereka sekeluarga kelihatan hiba bercampur ketakutan melihat kelibat itu. Dalam keadaan menangis tersedu-sedan, wanita barat itu lantas melaung memanggil anaknya "Aleya, come here!" tetapi malangnya laungan ibunya seakan tidak dihiraukan sama sekali oleh Aleya.

Kakinya pantas melangkah untuk masuk semula kedalam rumah itu.

Tetapi belum sempat berjalan, lengannya dipaut oleh suaminya "Sayang, just let her go. Our live is more than important!" pesan suaminya dalam keadaan hiba. "But what about Aleya!?" wanita tersebut seakan sudah bengang dengan pernyataan suaminya.

Pantas, bahu slender itu dipaut suaminya dengan serius "That is not Aleya again, just think that she was passed away!" perkataan 'passed away' sengaja ditekankan menghadap isterinya.

'She was passed away...'

Sungguh, pahit untuk ditelan kata-kata itu bagi seorang ibu. Lagi-lagi bila melihat susuk anaknya berada didepan mata seakan masih hidup. Hanya sahaja bukan dalam keadaan normal seperti biasanya.

"Aleya was passed away," sekali lagi, suaminya menekankan perkataan itu dengan perasaan bercampur baur.

Pantas, wajah yang berada dihadapannya kini ditampar "She is not dead! Are you blind or stupid? Look up there... it's our daughter, our live!" balasnya dalam keadaan marah bercampur tangisan menggila.

Sekali lagi, kakinya diatur melangkah semula masuk ke dalam rumah itu bagi mendapatkan Aleya. Tak kisah apa jua yang berlaku, asalkan dia mendapatkan Aleya.

"Moira!" jerit suaminya yang turut sama mengikut jejak isterinya.

Sebelum itu, suaminya menoleh ke arah anaknya sulungnya "Alina, get in the car!" Alina pantas menurut perintah ayahnya.

Sekian lama Alina berada di dalam perut kenderaan dengan tubuh yang terketar menahan kesedihan, dia menjadi semakin curiga akan kejadian ayah dan ibunya sekarang. Telefon pintarnya ingin dikeluarkan bagi menelefon pihak tertentu tapi malangnya tertinggal di dalam bilik.

Sudah hampir setengah jam Alina menunggu kedua orang tuanya, akhirnya dia memutuskan untuk masuk ke dalam rumah itu. Kini, kudratnya harus diberanikan untuk masuk ke dalam rumah itu. Tombol pintu, segera dikuaknya dari luar. Perlahan, figuranya masuk ke dalam rumah itu.

Pada pandangannya, keadaan rumah itu kini sungguh mengerikan dengan lumuran darah yang melekat di dinding, barang serta perabot yang terbengkalai dan cermin yang pecah.

"Mom?... dad? Are you guys here?" soalnya kepada bayu.

Kini, tapak kakinya benar-benar berada di tengah ruang tamu yang menjadi bahagian paling utama rumah itu. Dan pada bahagian ruang tamu, itu terdapat bulatan besar koridor lantai dua diatas syilingya.

Pada bahagian syiling, Alina terasa seakan ada benda yang bergantung diatasnya tetapi bukan lampu. Tatkala kepalanya didongak keatas, lutut kakinya kini seakan tidak berdaya untuk berdiri. Jasad ibu dan ayahnya yang berlumuran darah digantung dengan kejam diatas syiling menggunakan tali.

"Hahahahaha!"

Mata bundar Alina pantas melilau mencari kelibat ketawa besar itu.

Tatkala dia menoleh kebelakang, terdapat satu susuk tubuh yang berdiri dalam anggaran 3 meter jauh darinya. "Aleya!" jeritan Alina kini bergema dalam rumah mewah itu. Kakinya tersungkur jua kelantai memandang adiknya yang sudah tidak waras. Mata adiknya kini kemerahan memandang tepat kearahnya.

Tangan kanannya, terdapat seutas rantai dan tangan kirinya terdapat sebilah pisau.

Aleya, pantas menikam Alina menggunakan pisau bertubi-tubi tanpa belas kasihan seraya mengikat lehernya menggunakan rantai. Setelah rantai diikat, tubuh Alina melayang dengan ghaib seraya turut tergantung diatas syiling rumah itu.

Aleya yang melihat kajadian itu hanya tersenyum kepuasan. Kakinya menapak satu persatu anak tangga dengan tenang. Setibanya Aleya di dalam bilik, tubuhnya dighaibkan masuk ke dalam cermin yang tergantung kemas diatas dinding biliknya.

.
Setelah puluhan tahun kemudian, rumah tersebut masih tak berpenghuni malahan keberadaan rumah itu tidak diketahui sesiapa. Mayat keluarga itu, membusuk dan mereput begitu sahaja dengan cepat sehingga jasad mereka hilang dan tidak kelihatan.

~bersambung~

Setelah puluhan tahun kemudian, rumah tersebut masih tak berpenghuni malahan keberadaan rumah itu tidak diketahui sesiapa. Mayat keluarga itu, membusuk dan mereput begitu sahaja dengan cepat sehingga jasad mereka hilang dan tidak kelihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience