CHAPTER 5 DKM

Action Series 21357

Pada hari ini , kediaman Tan Sri Luth Kamaruddin dan Puan Suraya Hani bakal terima tetamu jemputan oleh Luth Hanief.Dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada ibu dan bapanya terlebih dahulu.Tan Sri Luth Kamaruddin menyambut dengan baik tentang kehadiran tetamu mereka.Lain pula dengan Puan Suraya Hani.Dia hanya memberi reaksi biasa sahaja pada Luth Hanief.

Luth Hanief membantu serba sedikit ahli keluarganya yang sibuk mengemas dan menyediakan juadah buat tetamu yang bakal hadir ke kediaman mereka.Puan Suraya Hani hanya duduk di ruang tamu melihat telefon pintarnya sahaja.Dia tidak menghiraukan mereka yang lain sedang bertungkus lumus.Luth Hanief bergegas keluar rumah apabila mendapat pesanan Hana Dahlia sudah sampai.

"Susah cari rumah abang ?." soal Luth Hanief kepada Hana Dahlia mesra.Gadis itu mengukir senyuman.

"Tak susah sangat.Alhamdulillah , jumpa jugak." ujar Hana Dahlia kepada Luth Hanief.Dia mula jalan beriringan dengan Luth Hanief.

"Takpa , kalau nak sesat.Sesat dalam hidup abang saja." ujar Luth Hanief mengusik.Hana Dahlia tersipu dengan usikan lelaki di sebelahnya itu.Mereka sudah berada di muka pintu.

"Assalammualaikum." ucap mereka berdua dan melangkah masuk ke dalam rumah.Terkedu mereka yang lain melihat sosok tubuh yang berada di hadapan mereka sekarang.

"Hana ?." soal Lutfya Hadira kepada gadis itu.Hana Dahlia tersenyum gembira.Inilah rakan sepermainannya waktu kecil.Mereka berpeluk sakan.

"Irah apa khabar ? Sihat ? Lama kita tak jumpa." mesra Hana Dahlia.Dia terus menyalami tangan Puan Suraya Hani.Tetapi pantas wanita itu menarik tangannya.Dia tidak mesra lansung bersama gadis itu.Hana Dahlia sudah masak dengan perangai ibu Luth Hanief itu.

Mereka sudah mula mengambil tempat untuk menjamu selera.Hana Dahlia mengambil tempat bahagian tengah di antara Luth Hanief dan Lutfya Hadira.Mereka sudah mula bersantapan.

"Dahlia sekarang kerja apa ?." soal Tan Sri Luth Kamaruddin yang ingin memotong kesunyian di meja makan itu.

"Dahlia juruterbang Jet Pejuang , pakcik." jelas Hana Dahlia kepada Tan Sri Luth Kamaruddin.

"Just call me , Abah." jelas Tan Sri Luth Kamaruddin mesra.

"Ayah sihat ?." soal Tan Sri Luth Kamaruddin lagi.

"Sihat alhamdulillah." ujar Hana Dahlia lembut.

Sepanjang perbualan tadi tanpa dia sedar.Makanannya semakin berkurang dan dia juga sudah kenyang.

"Dahlia , tambah nasi lagi." ujar Tan Sri Luth Kamaruddin.

"Takpa abah , Dahlia dah kenyang." jelas Hana Dahlia kepada Tan Sri Luth Kamaruddin

Luth Hanief mengambil pinggan yang diguna oleh Hana Dahlia itu lalu disatukan dengan pinggannya.Tetapi empat gadis lagi menghulurkan pinggan kosong juga kepadanya.Dia mengambil juga satu persatu.Tawa mereka letus bersama kecuali Puan Suraya Hani.Tidak lama kemudian , Hana Dahlia meminta diri untuk pulang ke rumah.Luth Hanief menghantar 'bunga' nya itu ke kereta.Mereka mengatur langkah bersama-sama.

"Terima kasih bunga sudi datang rumah abang." ucap Luth Hanief kepada Hana Dahlia lembut.

"Sama-sama , terima kasih sudi jemput dan siap beri layanan istimewa lagi." ujar Hana Dahlia pula.

"Abang minta maaf jika ada kekurangan dari pihak abang.Harap bunga tak serik nak datang rumah abang lagi." jelas Luth Hanief kepada Hana Dahlia.Gadis itu sangat memahami maksud Luth Hanief itu.

"Bukan ke nanti setiap hujung minggu kita kena datang melawat ibu dan abah ?." soal Hana Dahlia memberi isyarat kepada Luth Hanief.Senyuman lelaki itu lebar mendengar kata-kata gadis itu.

"Ya sayang , nanti kita akan datang bersama." ucap Luth Hanief lembut dan romantis.

Suasana di kediaman Tan Sri Luth Kamaruddin tegang.Puan Suraya Hani bertengkar dengan anak perempuannya Lutfya Hadira.Gadis itu cuma tidak mahu mengikut kehendaknya sahaja tetapi dimarahnya ibarat gadis itu tidak tahu hormatkannya lansung.Tan Sri Luth Kamaruddin dan Luth Hanief sedang berjalan menghampiri rumah mereka.Rancak mereka berborak.Tiba-tiba kedengaran suara menjerit dari dalam rumah.

"Ya allah ibu ! Apa ibu buat ni ?." soal Luth Hanief apabila melihat mulut adik perempuannya Lutfya Hadira sudah berdarah.Manakala Lutfya , Hazra , Hayra dan Humaira sudah terduduk di satu sudut kerana takut dengan tindakan ibunya.Mereka sudah menangis teresak kerana ketakutan.Lutfya Hadira memeluk kejap tubuh abangnya Luth Hanief.

"Hazra , Hayra , Humaira.Sini dekat abang." panggil Luth Hanief tegas dan lembut.Mereka bertiga berlari anak mendapatkan Luth Hanief.Tubuh lelaki itu dipeluki oleh empat orang gadis yang berada di dalam ketakutan.Puan Suraya Hani masih di dalam rasa amarahnya lagi.

"Ibu cakap dengan Hanief sekarang.Apa yang ibu dah buat pada adik-adik Hanief ? Kenapa ibu dera Hadira ?." soal Luth Hanief kepada ibunya dengan nada marah.Bola matanya merah menahan rasa amarah.Lutfya Hazra , Hayra dan Humaira masih di dalam tangisan mereka.Lutfya Hadira memeluk abangnya kejap.

"Eh , itu semua anak aku.Aku tahulah nak jaga macam mana , kau jangan sibuk nak masuk campur urusana aku ya." tegas Puan Suraya Hani mempertahankan dirinya.

"Habis Hanief bukan anak ibu ke !" jerit Luth Hanief seoktaf.Tersentak Puan Suraya Hani melihat anak lelakinya itu memberontak.Tan Sri Luth Kamaruddin terdiam dengan tindakan Luth Hanief itu.Manakala , adik-adiknya juga mengintai sedikit wajah abang mereka yang sudah memerah menahan amarah.

"Hanief , diam...diam tapi ibu pijak kepala Hanief ! Apa yang ibu nak dari anak-anak ibu ni ! APA !" jerit Luth Hanief lagi.Amarahnya tidak dapat dikawal lagi.

"Abang , sudahlah.Jangan marah-marah lagi.Kitaorang takut." ucap Lutfya Humaira kepada abangnya Luth Hanief di dalam pelukan lelaki itu.

"Ibu dah melampau." luah Luth Hanief dalam satu nada mendatar yang tidak berperasaan.

"Luth nak bawak adik-adik.Pergi naik bilik kemas barang , ikut abang." arah Luth Hanief kepada adik-adiknya.Laju sahaja kaki mereka membawa langkah ke bilik masing-masing.

"Hey ! Anak aku kau nak bawak ke mana ?." soal Puan Suraya Hani marah.Matanya membutang kepada Luth Hanief.Sinis senyuman Luth Hanief.

"Anak ? Siapa anak ? Mana anak ? Ibu tak pernah layan anak ibu dengan baik.Ibu layan anak ibu macam musuh." ujar Luth Hanief sayu.

"Kau semakin memberontak sekarang ya Hanief." kata Puan Suraya dengan nada sinisnya.

"Hanief taknak ibu jadikan Hanief seperti Angah.Dia terseksa sebab ibu.Setiap kali gaji , duit kena bagi dekat ibu.Ibu tak beri dia kebebasan dalam diri pun.Umur dia dah 30 tahun bukan 13 tahun." jelas Luth Hanief di dalam amarahnya.

"Hanief , kau bawak lah adik-adik ni kemana saja dulu.Tahulah aku nak ajar mak kau ni macam mana.Dah lama tak tengok aku mengamuk agaknya." ujar Tan Sri Luth Kamaruddin yang mula bersuara.Dia hanya menyepi dari tadi mendengar satu persatu penjelasan.

"Baik abah.Hanief minta maaf kalau kurang ajar dengan ibu dan abah.Hanief tiada niat.Hanief terpaksa." jelas Luth Hanief dengan nada rendahnya.Mengalir airmata Puan Suraya Hani.Hatinya bercampur baur.

"Pergilah , abah ada dekat sini jaga ibu.Ambil masa.Apa-apa call sahaja abah." jelas Tan Sri Luth Kamaruddin.

Suasana tenang dan aman di kediaman Luth Hanief.Dia telah membeli sebuah rumah teres dua tingkat tanpa pengetahuan keluarganya.Terutama Puan Suraya Hani.Wanita itu tidak akan bersetuju kerana itu adalah pilihan Luth Hanief sendiri.Dia membawa adik-adiknya berlindung di kediamannya seketika waktu.Lutfya Hadira , Hazra , Hayra dan Humaira termenung dan menyepi.

"Semua okay ? Nak makan apa-apa tak ? Kita order delivery saja." jelas Luth Hanief kepada adik-adik perempuannya.

"Adik nak pizza." jelas Lutfya Humaira yang mula bersuara.Dia membuat wajah sayu kerana menahan lapar dari petang tadi.

"Janganlah makan pizza.Kita makan nasi boleh.Adik makan pizza nanti sakit perut.Dalam pizza ada yis.Nanti abang belikan pizza.Sekarang kita makan nasi dulu boleh ?." pujuk Luth Hanief kepada adiknya Lutfya Humaira.Gadis itu akur.

"Yang lain okay ? Kita makan nasi ya." jelas Luth Hanief kepada tiga lagi adiknya.

"Okay saja along.Kami tak kisah." jawab Lutfya Hadira kepada abangnya Luth Hanief.Dia terus membuka aplikasi grab dan mula mencari kedai yang masih buka untuk membuat pesanan.Tidak lama kemudian , dia selesai membuat pesanan.Telefon pintar diletakkan di sisinya.

"Angah , sekarang along nak angah cerita dengan along.Apa yang jadi tadi ?." soal Luth Hanief ingin membuka cerita semula.Belum mula kata , airmata Lutfya Hadira sudah mengalir.

"Angah dah taknak bagi ibu duit.Ibu marah.Ibu kata angah anak derhaka." jelas Lutfya Hadira.Tangisnya mula pecah.Tiada siapa mahu jadi anak derhaka.Tetapi Puan Suraya Hani mendesak anak-anaknya dengan emosi.

"Astaghfirullah." ucap Luth Hanief yang tidak tahu hendak berkata apa.

"Kenapa selama ni angah beri ibu duit ? Dia kan ada suami ?." soal Luth Hanief kepada Lutfya Hadira.

"Sebab dia kata , angah anak.Angah wajib beri duit belanja pada dia setiap bulan." jelas Lutfya Hadira dalam tangisnya.Luth Hanief mendepakan tangannya.Lantas Lutfya Hadira memeluk tubuh abangnya itu kejap.

"Kenapa angah tak pernah beritahu along tentang perkara ni ? Kenapa ? Along taknak adik-adik along tertekan macam ni." luah Luth Hanief lembut.

"Patutlah selama ni bila ada acara keluarga angah selalu susah nak ada.Tapi kenapa angah selalu mengelak ?." soal Luth Hanief ingin tahu.

"Sebab nak cari duit.Angah takda duit belanja.Semua duit gaji angah ibu yang ambil." jelas Lutfya Hadira lagi.Sekali lagi Luth Hanief mengucap panjang.

"Selepas ni , duit gaji angah biar along yang simpan." jelas Luth Hanief tanpa ragu.Terkedu Lutfya Hazra , Hayra dan Humaira.

"Okay." jawab Lutfya Hadira sepatah kepada abangnya Luth Hanief.

"Along dah nak kahwin , kalau along kahwin korang kena jadi kuat.Jangan jadi lemah sebab along takda dekat rumah tu.Along janji , along akan lindung korang semua." jelas Luth Hanief tegas kepada adik-adiknya.

"Satu benda janji dengan along." ujar Luth Hanief.Empat mata itu memandang ke arahnya. 

"Jangan beritahu ibu apa yang along ada sekarang ni.Rumah dan motor tu." jelas Luth Hanief kepada adik beradiknya.Dia menunding ke arah superbike yang berada di halaman rumahnya itu.

"Bila along nak kahwin ?." soal Lutfya Hazra kepada abangnya Luth Hanief.

"Minggu depan." jelas Luth Hanief ringkas.

"Haa ?." soal mereka berempat terkejut.Membutang mata Lutfya Humaira.

"Ya , minggu depan.Tempoh yang ibu bagi dah nak habis.Kalau tak along kena kahwin dengan Mikayla.Korang suka ?." soal Luth Hanief memancing adik-adiknya.Kepala Lutfya Humaira menggeleng laju.

"Lebih baik along bujang sampai tua dari kahwin dengan dia." Lutfya Hadira bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience