“Adam. Stop fiddling with the gate” Hana Aishah melaung daripada dapur.
“Am go up mimi. Up. Up” Adam membalas sambil merenung penuh kemahuan. Kedua – dua belah mata itu membulat dipasangkan dengan bibir mugil yang dimuncungkan.
“You are my good boy right sayang, Listen to Umi please. Umi wants to cook” Hana Aishah melembutkan suaranya tetapi masih tegas dengan pendiriannya. Adam yang sedang berpaut pada pagar itu merenungnya lama.
Hana Aishah mengeluh berat sebelum kakinya melangkah menuju ke arah Adam. Dia sedang sibuk memasak sebentar tadi sebelum hatinya tidak merasa tenteram. Puncanya pastilah Adam. Sekejap sahaja anaknya hilang daripada pandangan matanya.
Dia melangkah merentasi beberapa ruangan sebelum sampai di tangga yang sudah dipasang pagar keselamatan bayi. Rumah bapa mertuanya sudah dilengkapi dengan ciri – ciri keselamatan semenjak dahulu lagi. Segalanya dipastikan selamat untuk Mary Irina yang merupakan cucu tunggal Tan Sri Fadhil.
“Adam. Don’t do this sayang. Umi need to cook for you baby, If you keep running away from your play room , I need to lock it and make sure one of the aunty is with you all the time” Hana Aishah membebel sambil menarik Adam yang sedang bergayut di pagar itu ke dalam pelukannya.
“Am go babah. Am sleep with babah. Am up” Hana Aishah mengeluh berat mendengar Adam yang sudah mendapat mulut itu. Laju sahaja sekarang menjawab anak terunanya itu.
“Babah is sleeping baby. You know right babah got booboo. It hasn’t healed yet, so babah need lots of rest” Hana Aishah memujuk Adam lembut. Pipi gebu anaknya dikucup beberapa kali.
Mengingatkan Fakhrul , hatinya diasak rasa yang berbagai. Kerisauannya yang tidak dapat dibendung dalam setiap hari yang berlalu melihat lelaki itu kesakitan. Dia tahu Fakhrul cuba melawan tetapi lagi degil Fakhrul mahu kembali ke rutin asal, lagi penat lelaki itu jadi.
Dia mahu berada di sisi Fakhrul 24 jam sehari tetapi hakikat yang cuba Fakhrul cungkil mengenai perkara yang tidak mahu dia ingat dan terima membuatkan dia mahu lari jauh. Sudah tiga hari semenjak kejadian di rumah mereka , banyak yang berubah. Antara syukur dan kesakitan lampau yang melanda, Hana Aishah dapat merasakan dirinya yang semakin tenggelam.
“Adam. Dengaq cakap umi hang. Nani tak mau kawan lah Adam kalau ketegaq macam ni” suara nenek Fakhrul yang menegur membuatkan Adam tadi marah bertukar sebak. Tidak sampai sesaat suara anaknya bergema ke segenap rumah banglo itu.
“Adam don’t cry sayang. Nanti babah wake up. Please baby” Hana Aishah memujuk sambil membawa Adam pergi daripada tangga itu.
Sudahlah susah dia mahu memaksa Fakhrul untuk tidur , sekarang Adam pulak meraung. Telinga sensitif Fakhrul akan menangkap dengan mudahnya. Hana Aishah melintasi Asifah yang tadi ada dengannya memasak di dapur.
“Cengeng anak si Fakhrul ni ha. Cuba jadi macam pak hang. Jadi jantan ni kena keras bukan cengeng macam ni” Hana Aishah sedang menahan geramnya mendengar kata – kata Asifah yang hanya membuatkan Adam bertambah marah.
Dia sayang dengan nenek Fakhrul tetapi semenjak Asifah membuatkan keputusan untuk duduk bersama mereka sehingga Fakhrul sembuh , kesabarannya sering diuji. Ada sahaja benda yang hendak ditegur. Itu salah , ini salah. Arwah neneknya tidak cerewet sebegitu.
Hana Aishah membawa Adam menuju ke tempat yang memberi ketenangan untuk mereka berdua. Meninggalkan sebentar mahligai Tan Sri Fadhil, menuju ke taman botani bapa mertuanya. Meninggalkan sebentar segala permasalahan di dalam rumah itu.
Dia bersyukur kerana selepas sesi luahan hati Hana Aishah, nenek mertuanya semakin terbuka dan mahu berlembut hati sedikit. Walaupun masih tidak mahu menegur Tan Sri Fadhil dan Puan Sri Maria , sekurang – kurangnya Asifah mahu mengikuti mereka ke rumah agam Tan Sri Fadhil ini semalam.
Hana Aishah memutuskan untuk ke Bangsar kerana memikirkan ibu mertuanya. Puan Sri Maria terlalu berharap mereka akan duduk di Bangsar sementara Fakhrul sembuh kerana Idora juga sedang berpantang di situ. Sudah tiga hari berturut Puan Sri Maria berulang alik antara Bangsar dan Kota Damansara.
“Mama gagal dulu , I don’t want to fail again. Dua – dua anak mama perlukan mama sekarang, I`m not gonna choose. Along dengan Angah is the best gift Allah has given me. I wasted the opportunity when they were small, sekarang Allah bagi lagi mama peluang. Selagi kudrat mama ada, mama boleh jaga anak menantu mama” jawapan yang membuatkan Hana Aishah memujuk Fakhrul untuk kembali ke Bangsar.
Tetapi bermula semalam sehingga ke saat ini , kesabarannya diuji satu demi satu. Sampai sahaja dia di rumah itu malam semalam , dia bertembung dengan Felisha dan tidak sempat dia mahu melayan rawan hatinya Asifah pula bertengang urat dengan pilihan bilik tidurnya.
Hana Aishah terpaksa menjadi orang tengah sambil mindanya memikirkan Fakhrul dan Adam. Kalaulah dia boleh membuatkan klon untuk dirinya kan bagus. Pening dia hendak melayan kerenah semua orang.
“Hana jangan ambik hati dengan nani. Nani memang keras cara didikan dia” Hana Aishah tersenyum hambar mendengar pujukan ibu mertuanya.
“I cannot imagine how you can stand all that `advises` ” penat dia memendam rasa , terlepas kata di bibir Hana Aishah.
“Because I can’t , she ended up not spoking to me for 2 generation already” Hana Aishah mengigit bibirnya saat mendengar jawapan balas Puan Sri Maria yang sudah melabuhkan punggungnya di gazebo bersebelahan dengan kolam mandi itu. Kolam mandi yang berkocak tenang menenangkan Adam. Kolam mandi dan juga bentil susu Hana Aishah, hati Hana Aishah menambah saat matanya merenung Adam yang sedang menyusu dengan kesan air mata yang bersisa di pipi anak terunanya.
“Mary went to holiday camp that’s why he wants his babah. Marah lah tu kena tinggal sendiri” Puan Sri Maria menepuk punggung cucu lelakinya sambil berbicara.
“Mama dah suruh Along cancel but he wants to focus on Idora and the baby only for 1 week. Kesian Mary, mama rasa she doesn’t want to go also” Puan Sri Maria meluah rasa.
“I guess in a way its good tapi kesian Mary also. Maybe that’s why she`s having a hard time accepting the new baby” Hana Aishah meluahkan apa yang terpendam di hatinya.
Hari pertama selepas kelahiran cucu perempuan kedua Tan Sri Fadhil, mereka pergi melawat bersama dengan Asifah. Hana Aishah terkejut saat melihat sikap Mary Irina yang tidak mahu berada berdekatan adik barunya. Pelik kerana dengan Adam, Mary Irina sangat prihatin jadi dia tidak faham mengapa anak sulung Fakhih itu bersikap bergitu dengan adik barunya.
“Mama rasa mama kena cakap dengan Along balik. I don’t want him to make the same mistake I did. In protecting me, papa send Angah away and look at where it brings us to” suara sebak Puan Sri Maria mengakhiri bicara itu.
“Mama, don’t do this to yourself. It happened already and its for the best at that time. We don’t know what kind of things Allah was protecting you and Fakhrul from if you two were not separated” Hana Aishah memujuk lembut. Tangannya menggenggam tangan ibu mertuanya kuat.
“Thank you, Hana. Mama tak tahu macam mana nak balas semua benda yang Hana buat. For Angah, for me, for papa and especially for giving us this beautiful angel” air mata Puan Sri Maria gugur saat bibir itu turun mengucup tangan Adam.
“Mama janganlah menangis macam ni. Everyone is under one roof already ma. Remember mama pernah cakap dekat Hana. It was subuh , we were sitting on the swing. Mama cakap bilalah Allah nak makbulkan doa mama untuk semua anak mama ada bawak satu bumbung tanpa ada benci dan marah” Hana Aishah tersenyum manis cuba memberikan kekuatan kepada ibu mertuanya.
“Mama sayang sangat Hana. Mama tahu mama banyak lukakan hati Hana but you have such a beautiful heart. You kept forgiving us despite the pain you went through. You did it so effortlessly sampai kadang mama lupa Hana pun sakit” Puan Sri Maria memaut wajah Hana Aishah saat dia cuba melarikan wajahnya.
“Its ok sayang. To get hurt. To tell us you are hurt. You don’t need to be strong all the time. Mama tahu this place held so many painful memories for you. For Hana , for arwah Adam… cucu lelaki sulung mama” air mata Hana Aishah gugur saat itu.
“Mama nak fix it back. I want to erase the bad memory, keep all the good one but in reality, its impossible” Puan Sri Maria menepis air mata yang turun seperti air terjun di pipi Hana Aishah sebelum dahi menantunya dikucup lama.
“Kalau Hana sakit sangat, Hana cakap dengan mama. Kalau Hana perlu space, Hana jangan fikir pasal perasaan mama. Go get your peace. Mama akan tunggu Hana dekat sini sampai akhir nafas mama” senyuman selebarnya Puan Sri Maria hadiahkan untuk menantunya.
“Mama bersyukur sangat, despite dosa mama yang bergunung tinggi Allah bagi mama satu hadiah yang tidak ternilai. Menantu yang terlalu sempurna…” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju memotong pujian mertuanya.
“Hana tak baik mama. Hana jahat ma. I`m so full of sin” esakan Hana Aishah kedengaran di hujung bicaranya.
“Hana anak yang baik. Isteri yang baik. Adam untung sangat dapat Umi macam Hana. Tapi mama nak Hana priorities your feelings too. Kalau Hana rasa overwhelmed don’t force yourself just to make me happy. Janji dekat mama” Hana Aishah kelu tidak tahu mahu membalas apa. Bagaimana dia harus berjanji kalau dia sendiri tidak pasti dengan kemampuan dia untuk tidak mengisahkan perasaan ibu bapa mertuanya.
“Ria!” laungan Tan Sri Fadhil kedengaran mematikan sesi luahan perasaan menantu dengan ibu mertuanya. Air matanya dikesat kering sambil bajunya dibetulkan semula.
“Tengok tu. Laju dia nak lap air mata. Tak nak bagi papa risau tengok Hana sedih lah tu” Puan Sri Maria membebel saat melihat Hana Aishah yang sedang kelam kabut mengelap air matanya.
“Dekat sini prince Tok Pa. Puas lah Tok Pa panggil dia” mendengar suara Tan Sri Fadhil tegak terus badan Adam yang sedang menyusu itu.
“Awalnya balik Tan Sri. Selalu malam baru nampak batang hidung” Puan Sri Maria mengusik saat Tan Sri Fadhil yang segak dalam sut laju melangkah menuju ke arah mereka.
“Tok pa... Tok pa… Am up. Up Up” Adam sudah meloncat loncat di atas ribaan Hana Aishah mahu didukung.
“Of course. My prince is here. Tok pa nak retire la macam ni” Hana Aishah dapat mendengar tawa Adam yang bergema ke segenap taman saat Tan Sri Fadhil mengagah Adam di awangan.
“Amboi. Selama ni Ria suruh pencen tak ni. Ni tiba – tiba nak pencen sebab Adam” Puan Sri Maria mengusik.
“Cannot Ria sayang. Now we have 3 in our hand. I need to spend time with all of them. Especially this heir of mine, finally back in Tok Pa arm 24/7 ” Hana Aishah tersentap mendengar kegembiraan Tan Sri Fadhil. Rasa bersalah kembali menyelubungi dirinya.
“Hana. Stop beating yourself up. Hana did the right decision taking Adam away. Mungkin kalau Hana tak pergi none of us will realise the mistake that we did. Toward Hana. Toward Adam” Puan Sri Maria memujuk lembut. Dia menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.
“Ya Allah, kenapa sampai menangis Hana ni. Tadi pagi papa pergi kerja elok je Hana” Tan Sri Fadhil merenung penuh kerisauan. Bergetar tubuh menantunya menahan sebak.
“Apa lagi , Ma la” Puan Sri Maria mengusap belakang tubuh Hana Aishah melegakan sebak menantunya. Dia tahu Hana Aishah tertekan dengan terlalu banyak perkara yang bermain di minda menantunya.
“Hana pergi rehat. Teman Angah tidur. Biar mama dengan papa uruskan Adam. Hana penat ni” Puan Sri Maria memujuk lagi. Dia sempat merenung ke arah Adam yang sudah berubah raut saat melihat uminya menangis itu.
Puan Sri Maria merenggangkan pelukan mereka sebelum dia merenung ke arah Hana Aishah. Air mata yang berjujuran itu dia lap sebelum pipi menantunya dikucup. Senyuman lebar dihadiakan buat Hana Aishah yang masih mengalirkan air matanya.
“Hana naik atas rehat ok. Dengar cakap mama please. Lunch Adam biar Zah prepare…” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.
“Tak ma. Hana masak lunch Adam dulu. He`s peculiar..” kali ini Tan Sri Fadhil pula memotong.
“Nope. Papa tahu Adam suka makan apa. Hana go upstairs and rest. You look exhausted and ignore Nani. You`re doing a good job with everything except taking care of yourself. So Papa nak Hana rehat. Come on. Up up you go” Tan Sri Fadhil memaut lengan Hana Aishah untuk membantu menantunya berdiri.
“Hana ikut office papa. You`ll cut through the stairs straightaway so you wont bump into nani. Ok” Hana Aishah mengigit bibirnya serba salah dengan arahan yang dia terima.
Hatinya gelisah mahu meninggalkan Adam tanpa pengawasan dia. Kehadiran Felisha membuatkan hatinya bertambah gelisah. Dia memarahi dirinya kerana tidak mampu mengawal emosi.
“I wont let Adam out of my sight. Even for a second. Papa janji” Tan Sri Fadhil yang seperti memahami pergelutan menantunya meyakinkan Hana Aishah. Hana Aishah terus menerpa ke dalam pelukan bapa mertuanya saat itu.
“Hana takut pa” terlepas jua perkataan itu daripada bibirnya. Bergetar bibirnya sambil dipeluk erat bapa mertuanya saat itu.
“Papa tahu. I know everything and I promised you nothing will harm you and Adam as long as I`m breathing” nafas kelegaan dihembuskan Hana Aishah. Terasa seperti satu bebannya diangkat pergi. Dia tidak tahu mahu memberi tahu siapa ketakutannya.
Dia tidak mahu melukai hati Puan Sri Maria dan semestinya dia tidak mahu Fakhrul tahu perkara sebenar yang berlaku kepada anak sulung mereka. Sakit yang dia tanggung selama ini akan membunuh Fakhrul sekiranya perkara sebenar terbongkar.
“Thank pa” Hana Aishah berbisik.
*******************************************************************
Hana Aishah menggeliat di atas tilam yang empuk itu. Segala urat terbelit cuba dilepaskan dalam satu renggangan. Ya Allah , nikmat yang dirasai saat itu terlalu lama dia tidak dapat kecapi. Rasanya itulah perasaan yang paling nyaman dia dapat rasai semenjak dua tiga minggu ini.
Dari kejauhan dia dapat mendengar sayup – sayup alunan ayat suci al quran sedang dibaca. Matanya dikelip – kelip cuba menyesuaikan kornea matanya dengan suasana malap di bilik yang sedang didiaminya. Saat pandangannya semakin jelas , corak siling plaster yang sudah dia hafal itu membawa pelbagai memori.
Memori indah dan juga duka silih berganti datang tetapi Hana Aishah cepat – cepat melarikan dirinya pergi semula ke arah kelegaan yang tubuhnya sedang rasai saat itu. Teknik pernafasan yang selalu Scott paksa dia buat dia lakukan beberapa kali dan ternyata kelegaan tadi mulai hadir kembali.
Hana Aishah mula meliar melihat ke sekeliling bilik sebelum pandangannya terhenti di susuk tubuh yang sedang duduk di bersandar di sofa di sisi tingkap bilik itu. Susuk tubuh yang sudah susut. Suara lelaki itu tenang mengalunkan ayat suci al quran.
Bibir Hana Aishah mengukir senyuman tanpa dapat dia tahan. Daripada dahulu lagi, lelaki yang selalu dia ragui ke islamannya itu membuktikan berkali – kali betapa dia sebagai manusia tidak layak menilai keimanan seseorang. Dalam segala kelemahan Fakhrul , lelaki itu tidak pernah meninggalkan solat mahupun naskah agung itu.
Semenjak dahulu lagi dia akan terjaga malam saat Fakhrul bangun menunaikan solat malamnya. Istikamah lelaki itu melebihi dia yang kononnya nampak seperti beriman sangat. Pujian melambung ibu mertuanya membuatkan Hana Aishah takut kerana hakikatnya dosa dia terlalu banyak.
Dia alpa dan lalai saat menghadapi kesakitannya. Di kala dia keseorangan dianiaya saudara sesama Islam dan sedarah, tiga lelaki ajnabi datang menghulurkan tangan tanpa mengharapkan balasan. Hana Aishah tahu dia berdosa dan sedang memberi dosa kepada Fakhrul.
Kenapa hidupnya terlalu sukar dan berliku. Kenapa ujiannya seperti tiada henti. Kenapa air matanya perlu mengalir dalam setiap hari – hari nya. Kenapa rumah tangganya tidak semudah orang lain. Kenapa sampai begitu sekali Felisha membenci dia. Kenapa sukar sangat Fakhrul mahu mempercayai dia walhal dia tidak pernah sekali berlaku curang.
Kalau semua ini tidak berlaku, dia tidak akan sampai melarikan diri kan? Kalau Fakhrul tidak menghancurkan hati dan kepercayaannya sampai hancur berderai dia tidak akan perlu mencari pelindungan dengan tiga lelaki yang bukan mahramnya kan? Jadi salah Fakhrul lah kan?
“Sayang. Why are you crying?” entah bila Fakhrul sampai di pembaringan Hana Aishah pun tidak tahu.
“Penatnya” laju bibir Hana Aishah mengeluh. Bibirnya bergetar menahan kesakitan dan kekeliruan yang tidak mahu pergi itu.
“I know sayang. That’s why I didn’t want to disturb you. Did I wake you up accidentally?” lembut Fakhrul bertanya sambil tangannya mengelus pipi Hana Aishah yang kembali basah dengan air mata.
Hana Aishah merenung Fakhrul yang kerisauan itu. Wajah yang dihiasi dengan jambang halus yang tidak dia sukai. Teringat dia kenangan sewaktu Fakhrul pulang dari Vienna selepas melarikan diri merajuk dengannya. Hana Aishah tertawa dalam tangisannya mengingatkan memori itu sehingga Fakhrul kerisauan.
“Sayang ok tak ni?” Fakhrul naik ke atas katil merapati Hana Aishah yang sedang berbaring terlentang itu.
Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Bibirnya bergetar menahan sebak saat tangannya naik mengelus dagu Fakhrul yang tidak selicin selalu.
“Remember that night you shave this off so fast so that we can resume our lovemaking” laju bibirnya menutur bicara petang itu.
“Was that a record breaker. Fastest shaving process in the world. Would`ve make it into World Guinness …” kata – katanya dipotong Fakhrul laju.
“Nope. I was still slow. The fastest was less than a minute. He manages to shave 69 people in an hour. So that’s less than a minute per person” tawa Hana Aishah bergema saat mendengar fakta yang baru Fakhrul hidangkan untuknya petang itu.
“You google it” Hana Aishah tertawa membayangkan suaminya mencari fakta itu di internet. Tetapi memang laju pun Fakhrul mencukur jambangnya malam itu hanya kerana Hana Aishah tidak selesa apabila dagu Fakhrul bergesel dengan kulitnya.
“Mine was less than 5 minutes that`s for sure cause by the time abang datang balik dekat sayang you were still spread beautifully on the bed like how I left you” suara lunak Fakhrul memberitahu dengan senyuman manis yang susah sangat untuk lelaki itu ukirkan di bibir di awal perkahwinan mereka.
“You were so beautiful that night. And kept getting beautiful as the days pass by” nafas Hana Aishah berubah rentak saat suara Fakhrul bertukar ke nada romantis.
Renungan mereka bertaut dan Hana Aishah dapat merasakan perasaan yang dia sangkakan sudah hilang itu kembali. Nafas mereka berentak sama saat tangan Fakhrul naik mengelus wajah Hana Aishah. Anak mata hitam lelaki itu memekat menandakan rindu yang mendalam.
Setiap kali mereka bertemu selepas waktu kerja ataupun selepas berpisah lebih daripada separuh hari , itulah wajah yang akan sentiasa hadir di hadapan matanya. Mata yang sarat dengan rindu , bibir yang berhenti berkata tetapi pergerakan otot wajah yang jelas ketenangannya.
Satu per satu kucupan turun ke wajah Hana Aishah. Satu inci pun tidak ditinggalkan Fakhrul. Perlahan tetapi kejap sepasang bibir Fakhrul meninggalkan kesan. Tangan kanan Fakhrul menggenggam erat tangan kiri Hana Aishah saat bibir mereka bertaut. Hana Aishah memejamkan matanya rapat dibuai rasa indah saat itu. Untuk seketika memori – memori silam tidak menjadi pengganggu mereka.
Nafas yang tadi panjang dan seiring berubah menjadi pendek saat katil itu berombak. Hana Aishah memejam matanya rapat saat tubuhnya yang tadi sejuk menjadi semakin berhaba. Haba yang hadir daripada tubuh Fakhrul yang dia pasti sedang berada di atas tubuhnya.
“Open your eyes sayang. I want to see that big brown eyes” Fakhrul meminta penuh rindu. Hana Aishah menelan air liurnya melegakan kekeringan yang menyerang tekaknya secara tiba – tiba.
“Please love” Fakhrul berbisik meminta dekat di telinga kanannya. Deruan nafas hangat Fakhrul menampar leher Hana Aishah membuatkan bulu romanya terpacak naik.
Satu kucupan turun di lehernya dan mata Hana Aishah terbuka luas saat itu. Kalau tadi yang hadir adalah rasa indah yang membuatkan perutnya seperti mempunyai rama – rama yang terbang , saat ini segalanya hilang. Yang ada hanyalah memori yang menyakitkan.
Air mata Hana Aishah gugur satu per satu mengingatkan ketakutannya setiap malam menanti sekiranya malam itu tubuhnya akan dikasari lagi. Kelembutan yang sentiasa Fakhrul salurkan dalam setiap sentuhan sebelum kehadiran roh anak pertamanya hilang saat anaknya membesar di dalam rahimnya.
Seperti malam di rumah pusaka arwah nenek Hana Aishah beberapa minggu lepas, badannya bergetar menanti kesakitan yang bakal hadir kerana hanya memori itu yang setiap sel tubuhnya ingat. Bukan suami yang sentiasa mengungkapkan kata cinta , tetapi suami yang mahu membuktikan bahawa tubuh ini milik lelaki itu seorang.
“Astaghfirullahal azim. Sayang. Why are you crying?” esakan Hana Aishah hanya bertambah kuat mendengar pertanyaan itu. Haba tadi hilang tetapi ketakutannya masih berlegar di segenap sel tubuhnya.
“Ya Allah sayang. I`m sorry. I didn’t mean to hurt you. Did I hurt you. I`m sorry sayang” suara panik Fakhrul kedengaran sebelum tubuhnya dirangkul ke dalam pelukan Fakhrul.
“I cannot Fakhrul. I`m trying so hard but its too painful. I don’t want to be in pain but the memories kept hunting me” Hana Aishah mengongoi di dalam pelukan Fakhrul.
“I`m sorry. I`m sorry. I`m so sorry” suara panik Fakhrul memohon maaf berkali – kali kepada isterinya.
Hana Aishah tidak tahu berapa lama dia meraung saat mindanya berkali – kali mengingatkan memori pahit yang cuba dia hapuskan , tetapi apabila dia sudah dapat mengawal emosinya dia sedang dirangkul erat oleh Fakhrul.
“I penat. Penat sangat. Kenapa susah sangat kita nak bahagia. Since …. Since before marriage it was so hard on me. I sakit Fakhrul. Sakit sangat. I can’t even tell you how painful it is” mengigil bibirnya berbicara. Saat itu dia tidak mahu melarikan pandangannya daripada Fakhrul. Sakit itu Fakhrul perlu faham kerana kata – kata tidak mampu mengambarkan kesakitan yang dia rasai.
“Every time you are on top of me … I`m being dragged back to those nights. Hina sangat I. You strip me off every piece of dignity I have as a woman…as a wife… Allah….” Hana Aishah mengigit bibir yang sedang bergetar.
“I `m..” Hana Aishah menggelengkan kepala perlahan menghentikan kata – kata maaf yang dia pasti Fakhrul mahu ungkapkan.
“I wish … I pray so much that your apology can erase those memories. I prayed so hard that I can overcome those memories but every night without failing the memories come. Scaring the crap out of me. Besar betul ujian Allah bagi dekat Aishah. Setiap malam Aishah kena relives those night. Sakit sangat. Penat sangat. Sangat … sangat” petang itu mulutnya petah berkata.
Puan Sri Maria betul. Dia sudah tidak mampu memendam semua. Dia tidak mampu menanggung kesakitan ini seorang diri lagi. Matanya merenung ke dalam anak mata Fakhrul. Meluahkan segala rasa yang dia mampu dan tidak mampu dia luahkan. Penatnya menanggung segalanya sendirian.
“How can I fix it?” suara sebak Fakhrul bertanya tetapi Hana Aishah hanya mampu tertawa hambar. Kalaulah dia tahu jawapan untuk persoalan itu dia tidak sampai ke tahap ini.
“I don’t know but I`m tired to keep fighting anymore” Hana Aishah memberitahu jujur.
Fakhrul hanya diam mendengar. Tiada balasan. Mereka senyap dalam renungan yang tidak dilarikan. Fakhrul dalam rawannya , Hana Aishah dalam lelahnya.
****************************************************************
Hana Aishah sedang berbaring di atas rumpun di laman belakang mahligai Tan Sri Fadhil. Merenung ke langit yang mendung semenjak pagi tadi. Menantikan hujan yang bakal turun. Matanya berkelip – kelip mengikut awan gelap yang bersilih ganti bergerak menandakan hujan yang bakal turun tetapi tidak kunjung tiba.
Sesekali matanya dilarikan melihat Adam yang sedang bermain dengan pewarna air itu. Sengaja dia membawa Adam lari ke belakang rumah pagi tadi. Anaknya kelihatan gelisah semenjak ketiadaan Mary Irina. Tiada kawan barangkali kerana sekiranya di rumah Kapten Azam, anak – anak buahnya ada menjadi peneman. Terutama sekali Hana Labeeqa.
Rumah kecil Kapten Azam yang sentiasa riuh kerana suara didepan akan bergema sehingga ke belakang. Mahligai Tan Sri Fadhil pula senyap sunyi. Pagi tadi riuh sebentar dengan kehadiran bidan – bidan yang menguruskan Idora yang sedang berpantang dan juga cucu terbaru Tan Sri Fadhil yang masih dirahsiakan lagi namanya.
Hana Aishah tersenyum lebar melihat kegembiraan Adam yang sedang mengecop tangannya di atas kain kanvas yang Hana Aishah sudah bentangkan. Adam yang dahulu suka bermain sendirian itu muncul kembali saat itu. Khusyuk bermain sampai tidak mengendahkan Hana Aishah.
Selepas kejadian sewaktu Asar itu, Fakhrul banyak berdiam diri. Mulut itu tidak lagi mengasak bertanya. Hana Aishah merasa serba salah tetapi hatinya merasa sedikit lega selepas meluahkan rasanya.
Dia bergelut sendirian selama ini setiap kali Fakhrul cuba bermesra. Bukan membenci walaupun itulah yang dia mahukan. Kebencian tetapi yang hadir hanyalah ketenangan untuk seketika kemudian digantikan dengan ketakutan.
Mindanya kacau dengan perubahan emosi yang tidak dapat dia kawal itu. Sekurang – kurangnnya sekarang Fakhrul lebih memahaminya. Semalam dia tidur di dalam rangkulan Fakhrul tetapi pelukan semalam itu lain. Penuh hati – hati sehinggakan dia pun tidak selesa.
“Jauhnya menung adik” lamunan Hana Aishah terhenti saat mendengar suara ibunya menegur.
“Mak” Hana Aishah memanggil manja sambil meniarapkan badannya yang sedang terlentang tadi.
“Focus on sun bathing tak perasan mak sampai pun” Teacher Basirah yang berjubah itu melangkah menuju ke arah mereka daripada pintu dapur.
“Lama dah ke mak sampai?” Hana Aishah menghulurkan tangannya untuk bersalam tetapi Teacher Basirah tidak menyambut. Ibunya melabuhkan punggung di tepinya sebelum menepuk paha dan Hana Aishah tersenyum lebar.
“Rindunya nak baring atas riba mak” Hana Aishah memberitahu penuh rindu saat kepalanya di labuhkan di riba Teacher Basirah.
Teacher Basirah hanya diam tidak membalas tetapi tangan itu sudah memulakan kerja mengusap kepala Hana Aishah. Segala kekusutannya terbang pergi sebegitu sahaja.
“Mak mintak maaf” Hana Aishah yang baru hendak terlelap terus terbeliak biji matanya mendengar suara sebak Teacher Basirah.
“Mak kenapa ni tiba – tiba” Hana Aishah bertanya gusar.
“Tak ada apalah. Mak Cuma rindu adik je. Salah mak. I abandoned you. Kesian anak mak kena tanggung semua sorang – sorang” Hana Aishah mengerutkan dahinya melihat mata ibunya yang sudah bergenang itu.
“Mak. Kenapa tiba – tiba pulak ni. Adik tak nak mak cakap macam ni semua. Did something happen?” Hana Aishah mendudukkan dirinya di hadapan Teacher Basirah.
Sewaktu dia memberitahu Teacher Basirah yang mereka akan duduk di Bangsar buat sementara waktu ibunya tidak membantah pun. Risau pula hatinya saat itu.
“Nanti adik gilir duduk subang pulak ok? Mak rindu adik ke?” Hana Aishah memeluk Teacher Basirah erat.
“Ish tak payah adik. Nanti mak rindu mak datang tengok adik. Adik stays anywhere that makes you happy” Teacher Basirah merenggangkan pelukan mereka.
“Are you happy adik?” Hana Aishah dapat melihat kerisauan di sebalik anak mata coklat yang kembar dengannya itu.
“Happy lah. Mak ada dekat sini” Hana Aishah membalas girang sebelum wajahnya disembam di dada Teacher Basirah berhati – hati.
“Adik tak tipu mak kan? You are not trying to hide your pain, right? Because if you are not happy, mak tak nak adik paksa diri adik….” Hana Aishah memotong laju bebelan Teacher Basirah.
“Adik happy. Ok. I`m so happy. Mak ada dekat sini depan mata adik. Sihat walafiat” Hana Aishah memaut wajah ibunya meyakinkan Teacher Basirah dengan segala kekuatan yang dia ada saat itu.
“Ok lah fine. Happy daughter, happy mother” Teacher Basirah berseloroh dan tawa mereka bergema sesaat kemudian.
Hana Aishah meluangkan masa bersama Teacher Basirah berdua sambil memerhatikan Adam yang sudah bertukar warna. Segala macam warna bercalit di tubuh Adam yang merangkak di atas kain kanvas. Nasib baiklah dia membeli kain , kalau kertas tadi memang koyak rabak kerana kesan Adam merangkak ke sana sini.
“Sukanya dia colouring. Lansung tak kisah dekat orang lain” perbualan Hana Aishah dan Teacher Basirah terhenti saat mendengar suara Puan Sri Maria.
Jantung Hana Aishah berentak irama lain saat matanya bertaut dengan Fakhrul yang sedang memimpin Puan Sri Maria menuju ke arah mereka. Fakhrul memperlahankan langkahnya saat mereka mula berjalan di atas rumput.
Puan Sri Maria sudah dapat berjalan dengan lebih stabil tetapi apabila berjalan di kawasan yang tidak rata ataupun licin , ibu mertuanya masih tidak yakin. Samaada berpaut pada seseorang ataupun menggunakan tongkat yang tidak Puan Sri Maria sukai.
Fakhrul semenjak pagi tadi menghilangkan diri. Selepas sarapan , Hana Aishah menidurkan Adam di bilik manakala Fakhrul menghilangkan diri entah ke mana. Hana Aishah tahu selepas semalam mereka masing – masing perlukan masa bersendirian.
“Sayang” suara Fakhrul yang sedikit meninggi mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya. Tiga pasang mata sedang merenungnya kerisauan.
“Huh?” Hana Aishah bertanya bingung.
“Mama was asking you but you`re gazing away and not answering. Sayang ok tak?” Hana Aishah termalu sendiri mendengar penjelasan Fakhrul yang sudah melabukan punggung di sisinya yang sedang berbaring beralaskan riba Teacher Basirah. Tangan Fakhrul memaut tangan Hana Aishah erat dan merenungnya kerisauan.
“Sorry ma. Teringat … ermm.. ermm … apa tah tadi” Hana Aishah cepat – cepat cuba mencipta alasan. Wajahnya dilarikan daripada Fakhrul. Matanya melihat Adam yang sudah terlentang merenung ke langit.
“Buah hati depan mata nak ingat dekat siapa lagi tu?” Teacher Basirah mengusik , Hana Aishah mampu tersenyum yang diharapkan tidak kelihatan palsu.
Fakhrul masih memegang tangannya erat. Hana Aishah merenung ke langit yang semakin cerah itu. Barangkali hujan tidak jadi turun tengah hari itu. Tetapi suasana masih lagi redup dengan matahari yang masih lagi bersembunyi di sebalik awan yang tebal.
“Baguslah akak dah sampai ni. Saya nak buat majlis akikah dengan cukur jambul cucu baru saya. Nanti akak datang ye” Hana Aishah mendengar perbualan ibu dan ibu mertuanya sambil matanya ralit melihat langit yang bergerak perlahan itu.
“InsyaAllah Maria. Alhamdulillah, terus selesaikan hari ketujuh. Sunnah tu” Teacher Basirah membalas tetapi matanya meliau sebentar melihat Fakhrul yang duduk di sisi Hana Aishah merenung isterinya yang tidak mengendahkan Fakhrul.
“Tak pun akak tidur sini je lah terus hari ni. Can accompany me planning the majlis” Teacher Basirah tersenyum lebar mendengar permintaan Puan Sri Maria itu.
“Ish tak apa Maria. Akak tak nak menyusahkan. Lagipun esok ada appointment rehab” dia menolak lembut. Dia rindukan Hana Aishah dan Adam tetapi tanggungjawab Hana Aishah bukan lagi kepada kedua ibu bapanya. Tanggungjawab Hana Aishah adalah untuk berada di samping Fakhrul. Fakhrul yang sedang merenung penuh rindu kearah anaknya. Apalah pula masalah yang menimpa pasangan ini. Hatinya risau melihat keluarga Hana Aishah.
“Kalau akak balik lagi saya sedih. Tak menyusahkan. Adalah teman saya nak borak. Kalau tak kesian Hana jadi tempat saya luah perasaan. Makin stress menantu mama nanti” Teacher Basirah mengusap masuk anak rambut Hana Aishah yang terkeluar saat mendengar pujukan Puan Sri Maria.
“Mana ada stress. Hana ok je. Mama dengan mak risau sangat, itu baru buat Hana stress” Hana Aishah menyelah. Bibirnya dimuncungkan tidak berpuas hati. Mata Teacher Basirah bertaut dengan anaknya.
“Adik bukan tahu cakap no. Cuba belajar cakap no. Tidak” lagilah panjang muncung Hana Aishah.
“Tak nak lah baring dekat riba mak” tertawa Teacher Basirah melihat gelagat Hana Aishah merajuk. Hana Aishah menggulingkan badannya menjauhi Teacher Basirah.
“Lah merajuk pulak” Teacher Basirah menggelengkan kepalanya melihat rajuk anak perempuan keduanya.
Fakhrul yang semenjak tadi diam memerhatikan bergerak perlahan menuju ke arah Hana Aishah sebelum membaringkan dirinya di sebelah Hana Aishah. Matanya ikut memerhatikan ke langit. Tangannya mencapai tangan Hana Aishah dan pegangannya kembali erat seperti tadi.
Tidak sampai beberapa minit , tubuh Fakhrul bergoyang. Bibirnya tersenyum sebelum menyambut punca gegeran itu. Pastilah Adam yang sudah selamat membaringkan dirinya di dada Fakhrul.
Telinga Hana Aishah mematikan perbualan Teacher Basirah dan Puan Sri Maria yang masih berterusan itu. Matanya difokuskan melihat gerombolan burung yang sedang berterbangan di angkasa.
“Adam loves seeing the bird flying across the sky. He can lie down quietly on the sheet without making a sound just observing the birds fly. I always wonder what plays in his tiny head” Hana Aishah memecahkan kesunyian mereka.
“So, care to share with us mister, what made you love looking at the vast sky” Fakhrul bertanya kepada Adam sesaat kemudian tetapi yang menyambutnya hanyalah tawa Adam.
Fakhrul memeluk badan Adam yang sedang terlentang berbaring di dadanya. Adam yang hanya memakai lampin pakai buang itu seperti hanyut dalam dunianya sendiri. Satu nafas penuh kepuasan di lepaskan Fakhrul saat itu. Hatinya padat dengan rasa bahagia.
“This is good” Hana Aishah berbisik kelegaan sesaat kemudian. Pandangan Fakhrul dilarikan daripada melihat langit yang luas saat itu. Pandangannya saat ini dijatuhkan kepada kearah Hana Aishah yang kelihatan tenang. Ketenangan yang amat sukar dia lihat di wajah isterinya.
Hakikat yang Hana Aishah lemparkan semalam membuatkan dia hilang arah. Segala sebab yang dia cuba reka untuk menutup permasalahan sebenar sekarang terang lagi nyata.
Separuh nyawanya hilang saat Hana Aishah memberitahu punca isterinya tidak mampu mendapat tidur yang nyenyak. Kejamnya dia sebagai seorang suami menggunakan alasan itu untuk mendera insan yang sepatutnya dia lindungi. Tekaknya terasa kering saat itu.
“We`ll be ok right?” suara Fakhrul keluar seperti bisikan. Entah sampai atau tidak ke telinga Hana Aishah yang masih asyik merenung ke langit seperti Adam.
Wajah Hana Aishah yang bersih tanpa emosi saat itu membuatkan hatinya kembali sakit kerana dia tahu saat pandangan isterinya lari ke tempat lain , ketenangan itu akan hilang. Yang akan hadir adalah pelbagi emosi negatif yang berpunca daripada dia.
“Ya Allah, macam mana aku nak betulkan semua ini?” hati Fakhrul merintih.
“Aishah pun tak tahu” sesaat kemudian Hana Aishah membalas. Fakhrul merenung ke arah isterinya bingung.
“I tanya Allah, how do I erase these memories all the time” bisikan yang Fakhrul sangkakan diutarakan di dalam hatinya rupanya terlintas di bibirnya juga.
“Tapi Allah tak bagi solution pun. Aishah still sleep with those nightmares. My scream still wokes Adam up. Em , Mika and Scoot still took Adam away from my attacks” polos suara Hana Aishah memberitahu. Fakhrul menelan gumpalan yang sedang menyekat kerongkongnya saat itu.
Kerutan mulai kelihatan di dahi Hana Aishah. Tangan kanan Fakhrul naik sebelum dia elus dahi itu untuk kembali tenang. Ketegangan yang dia tidak mahu hadir walaupun sesaat di wajah Hana Aishah.
Persoalan yang cuba mereka mencari jawapan tetapi masih tidak dijumpai. Fakhrul menarik Hana Aishah merapatinya. Hana Aishah membaringkan kepalanya di atas lengan Fakhrul tanpa perlu dipinta.
Masa berlalu, Puan Sri Maria dan Teacher Basirah berbual rancak manakala mereka tiga beranak diam menikmati langit yang mendung tengah hari itu. Menanti hujan yang seperti mahu hadir tetapi matahari seperti sedang bertarung dengan awan gelap untuk menyinari hari itu.
*********************************************************
Tawa Hana Aishah bergema di dalam bilik air diselangi dengan tawa Adam. Gembira sungguh Adam kerana dapat berendam di dalam jakuzi selepas berjam – jam berlumur dengan warna air.
Bukan Adam sahaja , dia dan Fakhrul juga sudah bercalit warna. Hana Aishah gembira kerana saat itu dia dapat melihat kegembiraan Adam yang tidak pernah dia lihat. Mungkin kerana akhirnya ibu dan bapa Adam akhirnya bersama – sama meluangkan masa hanya untuk anak tunggal mereka tanpa dekelilingi perasaan negatif. Senyuman seperti melekat di wajah anak terunanya.
“Happy nya sayang Umi. Did you enjoy spending time with Babah and Umi?” Hana Aishah menanya anaknya sambil mengelap cat – cat yang masih bersisa di badan tembam Adam.
“Am.. Babah.. Mimi” Adam mengira menggunakan jari sebelum tawanya Meletus. Ahh bahagianya hati Hana Aishah saat itu.
“Am love mimi” Adam menempelkan wajahnya di dada Hana Aishah sambil menuturkan kata – kata yang tidak pernah Hana Aishah dengar meniti di bibir anaknya. Tubir matanya bertukar hangat saat itu.
“Mimi love Am too. So much. Adam nyawa Umi. You`re my saviour sayang” Hana Aishah mengelus pipi Adam lembut.
“Am love babah” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju sambil bibirnya mengukir senyuman lebar saat Adam menutur lagi kata – kata indah itu.
“Oh my heart is exploding. Cerdiknya anak umi” Hana Aishah menarik Adam rapat ke dadanya saat yang sama pintu bilik air itu terbuka. Air matanya mengalir laju.
“Sayang…” Hana Aishah menggelengkan kepalanya tidak mahu Fakhrul panik. Bibirnya mengukir senyuman dalam lelehan air matanya.
“He just told me he loves me. He never said that word before” kebahagiaan tidak lagi cuba disembunyikan Hana Aishah. Fakhrul tersenyum lebar sebelum melangkah masuk mendekati Hana Aishah yang sedang merangkul Adam erat.
“He… he said Am loves babah. Am loves mimi” air mata bahagia Hana Aishah semakin deras.
“And babah loves Adam and Umi with all my heart” Fakhrul yang duduk di lantai sambil bersandar di jakuzi itu membalas dengan senyuman bahagia. Matanya merenung ke dalam mata Adam yang kuyu tersenyum memandang ke arahnya.
“Adam needs to grow up with so much love and happiness. May Allah protect you from any pain, sadness and always guide you to the right path. We need to strive for Jannah ok sayang” Fakhrul menuturkan bicaranya lagi. Penuh harapan bergunung tinggi.
Fakhrul mengelus lembut pipi Adam yang sedang terlelap dalam senyuman yang tidak putus daripada bibir itu. Hana Aishah sedang menahan sebaknya melihat situasi itu.
“We need to heal. Adam needs both of us. Ya Allah , show us the way” Hana Aishah berbisik di dalam sendunya.
Hana Aishah merenung ke arah Fakhrul. Lingkaran gelap mengelilingi mata lelaki itu. Selama ini dia tidak pernah mengambil masa untuk melihat. Lelaki yang sentiasa terurus tanpa terkesan dengan emosi. Yang beku, berhati kering. Yang membuatkan hidupnya sengsara dari saat mereka bertemu.
Tetapi saat cinta hadir , segalanya berubah. Insan yang dia tidak pernah terfikir walau sesaat akan menjadi pemilik syurganya. Mungkin kerana itu Tuhan katakana syurga itu mahal. Kesakitan yang perlu setiap insan lalui untuk mencapai kemenangan mutlak di akhirat sana.
Hana Aishah memejamkan matanya saat Adam keluar daripada rangkulannya. Fakhrul semenjak dua tiga hari ini kembali menguruskan Adam seperti sebelum lelaki itu jatuh sakit.
Saat hatinya mulai mahu melihat kesungguhan dan penyesalan Fakhrul , syaitan kembali bermain dengan hatinya. Hasutan – hasutan itu mengingatkan tentang kekejaman seorang suami. Segala kesakitan kembali bermain di mindanya , hatinya kembali berdarah.
“You`ve met Adam for less than 6 month, but the care you have for him was beyond what you`ve shown me” Hana Aishah berbisik saat dia dapat merasakan kehadiran Fakhrul yang kembali ke dalam kamar mandi itu.
“You were and are so careful and gentle managing him, worried that you might hurt him accidentally but….” Ayatnya dibiarkan tergantung di situ , cuba menyusun ayat meluahkan rasa.
“It wasn’t the physical pain you inflicted me. The bruises, the scars it fades away with time. But the image of you looking at me with so much disgust…. How can the love that you once had change in a day? How can the same man who thought me so many beautiful ways of loving a person, hurt me in every way a man could?” segala persoalan yang selama ini bermain di mindanya diluahkan tanpa memikirkan akibatnya. Tidak kisah sekiranya dia kedengaran bodoh kerana mencemburui kasih sayang yang Adam terima daripada setiap ahli keluarga mereka.
Tiada jawapan balas kerana bukan itu yang dia mahukan. Jawapannya adalah kemaafan atas kekhilafan seorang suami yang Fakhrul berikan setiap hari tanpa Lelah. Tetapi dia hanya perlu meluah saat itu. Hana Aishah berendam di dalam air suam itu sehingga tangan dan kakinya mulai kebas.
Tangan Fakhrul semenjak tadi membelai wajahnya tanpa Lelah. Renungan yang Hana Aishah tahu tidak lari walau sesaat daripada dia. Hana Aishah takut dengan bayangan lepas, Fakhrul takut sekiranya dia hilang dari pandangan mata Fakhrul sekali lagi.
Matanya mulai kuyu saat dia dapat merasakan tubuhnya diangkat. Hana Aishah membiarkan untuk hari itu, Fakhrul menguruskan dia. Setelah bersih tubuhnya , tuala diambil untuk mengerikan dan memanaskan tubuhnya yang mengigil. Sepanjang masa itu , mata Fakhrul sepanjang masa merenung ke dalam matanya dengan penuh cinta.
Cinta yang dahulunya hilang kerana fitnah. Saat tubuhnya di baringkan di atas katil mereka, mindanya yang selama ini tidak mampu dikawalnya dimatikan. Fakhrul melangkah pergi meninggalkan dia menuju ke arah almari tetapi Hana Aishah menarik tubuh Fakhrul sehingga lelaki itu terbaring di atas katil.
Dalam sesaat tubuhnya sudah berada di atas tubuh Fakhrul. Kerongkong Fakhrul bergerak naik saat Hana Aishah merenung suaminya.
“Don’t sayang. I don’t want to hurt you. I`ve hurt you enough” suara sayu Fakhrul membalas. Tangan lelaki itu memegang kejap pinggang Hana Aishah menahan isterinya yang sedang menindihnya.
Hana Aishah mematikan segala suara yang bermain di mindanya selama ini. Untuk saat itu tubuhnya dibawa lari daripada realiti saat itu dan memori lampau. Dia lari ke alam fantasi. Dimana hanya ada dia , cinta dan Fakhrul.
“Make these memories go away. Make the scream go away. Make a different memory that will help me sleep, I don’t want to be in pain please” air mata Fakhrul gugur saat mendengar permintaan isterinya.
*****************************************************************************
Ketenangan yang selalunya hadir dalam langkah Mikhail hilang petang itu. Kakinya melangkah laju melintasi lautan manusia di lapangan terbang untuk menuju ke arah kapal terbang yang akan membawanya menuju ke bahagianya. Kerisauan yang mencengkam hatinya semenjak hampir tiga bulan ini semakin mengasak.
“The grand prize winner , Mikhail Loannis ….” Kata – kata yang dia sangkakan akan memberinya bahagia selama ini tidak memberi erti apa pun.
Sakit hatinya memikirkan kursus yang sepatutnya mengambil masa 6 minggu itu berlarutan menjadi 11 minggu kerana masalah pengurusan di situ. Kalau tidak memikirkan impian arwah Daddynya , Mikhail sudah lama meninggalkan segalanya.
Saat punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di seksyen ekonomi itu, tangan Mikhail laju membuka telefonnya. Bibirnya mengukir senyuman lebar, rindunya mengasak.
“I`m coming my angels” Mikhail berbisik penuh rindu” saat yang dia nantikan telah tiba.
Kali ini dia tidak akan menanti dan mensia – siakan peluang yang ada. Kata cinta yang sudah dibalas Hana Aishah sebelum dia berlepas meyakinkan dia bahawa cinta mereka akan bertaut dan kebahagiaan akan hadir dalam hidup mereka tiga beranak.
Hatinya kembang dengan segala rasa saat membayangkan mereka bertiga sebagai satu keluarga. Adam akan dilindungi daripada segala kesakitan. Hana Aishah akan dipastikan tidurnya kembali lena. Kedua – dua insan yang telah sebati di dalam hatinya.
“Papa is coming Adam” Mikhail merenung ke awan yang terbentang luas. Warna jingga yang menghiasi langit di kala matahari sedang terbenam seperti memahami kegembiraan yang sedang dirasai setiap sel tubuhnya.
Share this novel
kesiannya...tk dpt nk diucapkn betapa kecewanya hati mike nti..hana dah hilangnya cinta itk mike..sdihnya..nk kono sdiakn tisu ni..next cprt nti..huuuu..ni pon dah trasa sayu...
tq