"Saya tak tau nak cerita apa dekat awak,
perjalan hidup saya macam orang biasa.
tak ada yang seronok sangat.
Keluarga saya, juga orang bisa sahaja.
Ibu dan ayah saya seorang bekas guru pencen.
Kami dibesarkan dikampung.
Saya pula seorang Arkitek reka bentuk bangunan.
Projek sekarang disini.
Tempat yang baru nak membangun ni.
Sama juga seperti Khairul dan Fais".
kata Naim kepada Feena.
"Wahh seronok kerja awak!
Awak bukanlah orang yang tidak berpelajaran! Gaji awak pun pasti banyakkan?
Tapi kenapa Awak culik saya?"
Sambil Feena bangun dari pelukan Naim dan memandang tepat kemata Naim.
Feena mula bertanyakan soalan yang dari mula mula dulu dia hendakkan jawapan.
Kenapa mereka menculiknya?
Naim memandang Feena.
Dan memegang tangan Feena.
"Hurmmmm, saya pun tak tau kenapa saya bersetuju ikut Man.
Pada mulanya kami tak mahu bersubahat.
Kami masing masing ada kerja tetap.
Buat apalah nak ikut Man buat kerja gila. Tapi bila dipujuk Man, akhirnya saya dan Fais bersetuju... Kerana kami sahajalah kawan yang Man boleh percayai...
Khairul pula secara langsung turut serta dalam hal ini.
Man cakap kerja kami senang..
Kalau apa apa berlaku, Man akan bertanggungjawap.
Man dia nak kawin, tapi tak cukup duit. Kebetulan ada seseorang lelaki, yang Man kenal, bagi tugas ni dekat dia.
Itu yang kami turut serta, bila Man ajak berkali kali.
Kami tak pernah kenal siap yang upah kami, kecuali Man.
Kami pula, tak nak tau siap dia!
Sekarang kerja kami dah selesai.
Saya nak hidup macam dulu balik dan saya tak akan buat kerja bodoh ni lagi.
Setakat rm50ribu, saya boleh cari sendiri.
Saya juga tau Man dapat lebih dari kami.
Tapi itu kami tak perdulu.
Yang paling penting bagi kami, sekarang ni! awak selamat.
Maafkan saya Feena, kerana menampar awak hari itu".
sambil tangan Naim memegang pipi Feena.
"Kita ditakdirkan bertemu macam ni Feena.
pertemuan yang agak luar biasa, berbanding pasangan yang lain.
Kerana kami, awak terkandas disini.
Sejak terpandang awak! Hati mula tertawan. Tapi, kerana ego saya. Saya sentiasa dingin kepada awak. Kerana saya takut, akan cintakan awak dan bertepuk sebelah tangan.
Cinta saya terhadap awak, bertambah kuat, bila awak berada disini...
Saya sentiasa menjadi permerhati awak dalam diam.
Saya terseyum sendiri melihat telatah awak bersama Fais yang gila gila tu.
saya suka lihat awak gembira dan terseyum. Terubat sikit, rasa bersalah saya terhadap awak.
walaupun saya tau, awak rindukan keluarga awak".
Kata Naim sambil menatap wajah Feena.
"Sehinga kesaat ini, saya jadi serba salah terhadap awak,
Kerana saya menculik awak".
kata Naim lagi.
"Sayang, bagi saya awak adalah seorang yang sangat istimewa.
kalau awak tak culik saya, Saya tak akan dapat kenal awak.
Saya juga tak akan dapat cinta awak.
Memang cinta kita unik. Orang lain tak akan dapat cinta macam saya dapat". kata Feena sambil memeluk kembali Naim.
"Hari dah lewat malam, baik awak masuk bilik tidur". Kata Naim kepada Feena.
"Saya tak rasa mengantuk" Balas Feena.
"Kenapa? awak tak suka peluk saya ke?"
Tanya Feena lagi.
"Gilalah aku, kalau tak suka peluk kau.
Orang gila je tak suka peluk awek cantik".
Bisik hati Naim, sambil terseyum.
"Kalau awak sudi, hari hari pun saya boleh peluk awak. Takut awak je rimas dengan saya nanti hehhehe". Naim ketawa bila membuat lawak.
Akhirnya meraka berdua tertidur berpelukan.
Fais terjaga pukul 4pagi, kerana hendak ketandas.
Lepas ketandas, Fais kedepan untuk melihat jam di ruangtamu.
kelihatan Feena tertidur didada Naim dan Naim memeluk Feena, sambil tersandar disofa.
"Hurmmmm, kau bukan jodoh aku Feena.
Kau telah memilih Naim dari aku.
Tapi tak apa!
Aku tau, hati tak boleh dipaksa paksa.
Walau pun aku rasa sedih, Tapi aku bahagia melihat kau bersama kawan baik aku".
kata Fais didalam hati.
Fais mengambil selimut ditepi sofa Naim.
lalu menyelimutkan mereka berdua.
"Moga korang sentiasa bahagia".
kata Fais lagi dan terus masuk ke dalam biliknya.
Naim tersedar dari tidur,
memandang jam sudah pukul 8pagi.
Pelahan lahan Naim membaringkan Feena disofa dan lantas bangun terus kedapur.
kelihatan Fais dan khairul tengah bersarapan.
"Wahhh menang besar kau ye!"
kata Fais kepada Naim.
Naim hanya terseyumm.
"Aku ingat dia akan pilih aku.
puas aku buat dia terhibur.
Akhirnya dia pilih kau disaat saat akhir ni hehehheheh". kata Fais sambil ketawa.
"Tak boleh nak buat apa Is,
kau kena terima kenyataan,
aku lebih hendsem dari kau hehehhehe".
kata Naim bergurau dengan Fais.
"Hurmmm ok lahh.
Kau menang aku kalah.
Aku ok je, kalau dia pilih kau".
kata Fais, sambil terseyumm.
"Ada sesiapa nak bucu katil tak?
katil aku ada.
Hahahhaha". Khairul memerli Fais.
sambil ketawa.
"Bongoklah kau Rul.
kau ingat aku kaki nangis tepi bucu".
kata Fais.
ketawa mereka bertiga di dapur.
"Bilalah pkp ni nak berakhir ye.
Kerja kita macam mana?
sudah dua minggu, kite tak berkerja".
Tanya Naim kepada khirul dan Fais.
"Alahhh, kau nak risau kenapa?
Menteri suruh duduk rumah, kita duduk je lahh diam diam...
Aku dengar bersambung lagi 2minggu.
Tapi hari ini kelongaran satu hari, untuk merentas negeri.
Tapi mesti 1 kereta 1 orang sahaja. Untuk melepaskan orang yang terkandas, jauh dari keluarga".
kata Khairul.
"Wahhh tambah lagi lah cuti kita ni. Ofis tak de call korang ke?
staff staff ofis ke?"
Tanya Naim lagi.
"Kak Gie ada watsap aku seminggu lepas.
Dia suruh tengok berita.
Selagi PM cakap cuti, kita kena cuti.
Gaji jalan kata kak Gie.
Aku senyum je, bila baca dia tulis gaji jalan".
kata Fais.
"Hurmmmm ok lah tu.
Tapi aku dah bosan sangat ni.
Sakit otak aku, duduk je rumah.
Lepas ni, Feena dah nak balik.
bertambah sakitlah otak aku, duduk dengan korang berdua".
kata Naim sambil ketawa.
"Haii rancak berborak".
kata Feena yang muncul dari depan.
"Sarapan apa hari ni?"
kata Feena lagi.
"Meh duduk sini". kata Naim kepada Feena.
Feena berjalan duduk di kerusi, sebelah Naim.
"Hari ini kita bedal roti bakar lagi.
Nasi lemak, mak cik mak cik tepi jalan semua tak dibenarkan menjual.
So ini lah menu kita sampailah habis PkP nanti". Kata Naim kepada Feena.
Terseyum Feena memandang Naim.
"Janji kenyang" kata Feena dan terus makan.
"Wowwww awek ape ni?
Tak berus gigi, terus makan".
kata Naim kepada Feena.
"Alahhhh relexlah wak.
Saya dah lapar. Lagi pun masuk dalam perut saya, bukan dalam perut awak.
hahahhaha". Feena ketawa memandang Naim.
Ketawa mereka melihat gelagat Feena.
"Korang! lepas saya mandi ni, saya nak terus gerak balik ye.
Mama saya dah watsap suruh balik awal.
Daddy tak berapa sehat.
Jadi i kena keluar rumah lebih awal".
Kata Feena kepada mereka.
Wajah Feena bertukar sedih tiba tiba.
"Tak apalah cik,
keluarga lebih penting.
kalau dah sampai dirumah cik, jangan lupa call atau watsap kami bagi tau sudah sampai ye?" Kata Khairul kepada Feena.
Feena hanya mengganguk tanda faham.
Share this novel