BAB 10

Short Story Series 3886

Semasa kami dalam perjalanan ke sebuah taman untuk majlis perkahwinanku, aku terlena buat seketika sampai termimpi.

"Mummy!" Terjerit aku ketika sedar.

Mummy pandang aku pelik.

"Kamu ni kenapa?"

"Sophea tak nak kahwin dengan Noah, mummy. Sophea takut. Tadi Sophea mimpi ngeri pasal Noah. Dia tu jahat!" Aku merengek-rengek pada mummy.

"Jangan nak mengada Sophea."

"Please stop the car!" Arahku kepada pemandu.

"Jangan dengar cakap dia. Teruskan memandu. Kita dah lambat."

Aku cuba untuk membuka pintu kereta. Mummy peluk tubuhku.

"Mummy! Please!"

Aku menoleh ke arah kami. Wajahnya berurat dan bertaring. Matanya merah menyala dan sedang memandang tepat ke arah aku. Dia seakan mahu menggigit aku.

Terus aku jadi kecut perut. Hodoh betul wajah mummy bila bertukar jadi vampire.

"Tahu pun takut. Lain kali jangan buat perangai."

"Hodohnya muka mummy." Sempat lagi aku kutuk.

"Apa!"

"Nothing."

Aku mengesotkan tubuh dan duduk berdekatan tingkap. Sesekali aku memandang luar dan juga gaun pengantin yang tersarung di tubuh.

Keluhan terkeluar dari mulut.

Kenapa aku kena kahwin dengan Noah? Siapa dia sebenarnya? Tiba-tiba kena kerja dengan dia lepas tu kena kahwin dengan dia pula.

Semak!

????

"Do you accept Noah Mikhail as you husband?"

"No! Perkahwinan ni dibatalkan! Saya takkan kahwin dengan Noah!" Cepat-cepat aku berkata.

Semua tetamu terperanjat termasuk keluargaku. Tapi riak wajah Noah masih tenang.

Aku menarik tangan dari genggaman Noah. Dia hanya membiarkan sahaja.

"Maaf Noah. Saya tak boleh kahwin dengan awak. Saya ada pilihan hati yang lain." Bohong aku.

"Okay." Itu sahaja balasannya.

Aku pun pandang mummy. Mummy sedang ketap bibir menahan marah.

Kamu nak buat perangai ye Sophea, mummy dan daddy akan sedut darah kamu sampai kering.

"Okay! Saya jadi kahwin."

Aku pegang semula tangan Noah.

Lelaki berdekatan kami bertanya soalan yang sama sekali lagi.

"Yes i do." Ucapku sambil memandang tepat pada mata Noah.

"Now you may kiss the bride."

Noah mendekatkan wajahnya pada aku dan mengucup lembut bibirku.

Dia kelihatan sangat kacak hari ni. Berseri sahaja wajahnya. Tapi itu tak mampu menenangkan hati aku. Ada sesuatu yang membuatkan aku terasa tidak sedap hati.

Mungkin apa yang berlaku selepas ini agaknya.

?????

Habis sahaja majlis, Noah bawa aku pulang ke rumahnya. Pada mulanya aku agak berat hati tapi aku terpaksa juga mengikut Noah. Dia kan dah jadi suami aku.

Kali pertama menjejakkan kaki ke rumah Noah, aku terpegun. Rumah itu dua tingkat. Agak mewah dan moden. Jauh dari apa yang aku bayangkan kerana dindingnya diperbuat dari kaca. Suasana di situ juga mendamaikan kerana dikelilingi pokok-pokok.

Noah membuka salah satu bilik.

"This is our room."

"Wow!" Itu ayat pertama yang terkeluar dari mulutku.

Besar gila bilik Noah. Lengkap dengan segalanya. Di bahagian tengah ada sebuah katil size king.

Tapi aku mencari-cari sesuatu. Tak ada pun barang yang aku cari tu.

"You cari apa?" Soal Noah.

"Mana keranda?"

"Keranda?"

"Yelah. Awak kan vampire. Mestilah tidur dalam keranda."

"You tidur dekat mana?" Dia soal aku pula.

"Atas katillah."

"Kenapa you tidur atas katil sedangkan you dah jadi vampire."

Aku buat muka tak puas hati.

"Zaman dah semakin moden Sophea. Vampire tak tidur dalam keranda lagi."

Berkerut dahiku.

"Vampire boleh pregnant? Kalau saya pregnant, saya pregnant anak kelawar ke?"

Noah tersenyum sinis.

"Yang itu kita kena try dulu. Baru kita tahu samada you pregnant anak kelawar atau bukan. Nak try sekarang pun boleh juga. Shall we?"

Dia mula melangkah mendekati aku.

"No way!"

"Tahu pula takut. Tanya soalan Pelik-pelik lagi."

Selamba sahaja dia menukar pakaiannya di hadapanku. Aku terus tutup wajah dengan tangan.

"Kenapa nak malu? Kita kan dah jadi suami isteri yang sah sekarang." Suaranya begitu jelas.

Aku alihkan pandang dan menoleh. Terperanjat bila dia sudah berada di sebelah aku dan hanya bertuala. Terserlah six pack di tubuhnya.

Tiba-tiba dia angkat tubuh aku.

"Noah! Turunkan saya!"

"let's take a shower together!"

??????

Aku berdiri di balkoni sambil merenung bulan yang sedang mengambang. Noah datang memeluk pinggang ku dari belakang.

"Noah, do you love me?" Soal aku tiba-tiba.

"No."

"No?"

"Yup."

"Kalau no kenapa awak kahwin dengan saya? Apa motif awak?"

Aku tolak tubuh Noah. Sedih pula.

"Nak rasa ada pasangan macam orang lain."

"Itu je? Habis selama ni? Awak pernah kahwin berapa kali?"

Dia mengira-ngira menggunakan jari. Lepas tu dia angkat dua jari. Satu jari dibuat bentuk kosong.

"Sepuluh?"

Selepas aku meneka, dia tinggalkan satu jari sahaja.

"Satu?"

Dia angkat satu jari lagi.

"sebelas."

"Dualah sayang."

"Dua?"

"Yelah. You dengan bekas isteri i. Kan i pernah cerita pada you dulu."

"Jadi betullah cerita awak yang dulu."

"Yeah."

"Saya ingat awak main-main."

Jadi tak sama dengan mimpi aku yang dulu. Noah memang pernah berkahwin.

"You ingat i ada masa nak main-main ke? Dah, jom tidur."

Dia tarik aku nak bawa masuk dalam. Aku tarik tangan aku semula.

"Apalagi?"

"Awak tak cintakan saya. Lebih baik kita..."

Kata-kataku tidak dapat dihabiskan kerana dia terus mengucup bibirku. Aku meronta-ronta minta dilepaskan.

"Yes, i do love you. Puas hati?" Ujarnya selepas berhenti.

"Takkan puas hati. Tadi awak cakap no. Sekarang yes pula. Saya tak suka orang banyak!!"

Kini tubuhku berada di atas bahunya.

"Lepaskan saya Noah."

"I tak ada mood nak dengar you membebel.Kita masih banyak masa lagi untuk bercakap dan bukan sekarang. Tonight is our first night."

Noah letak tubuhku di atas katil.

"Awak tidur bawah Noah! Jangan sesekali sentuh saya kalau taknak tengok saya mengamuk! Tak ada first night untuk malam ni!"

Aku campak bantal ke bawah, masuk dalam comforter dan terus pura-pura tidur.

"Tak sweet langsung! Perempuan lain beratur panjang nak tidur dengan i tapi you? I tak sangka isteri sendiri sanggup halau i."

Aku dengar dia membebel. Aku tergelak kecil. Sebenarnya aku penat ditambah dengan perasaan takut. Harap-harap dia tak kacau aku malam ni. Tolonglah.

Bila aku dengar pintu ditutup. Hatiku terasa lega. Bolehla aku conquer sorang-sorang katil ni.

"Goodnight Noah." Ucapku perlahan sebelum terlena.

?????

Aku tidur dengan lena sekali. Bila raba sebelah masih kosong seperti malam nanti. Noah betul-betul merajuk ke? Ish buruk sungguh orang tua tu kalau merajuk.

Sebelum bangun, aku bergolek-golek terlebih dahulu di atas katil. Malas sungguh rasa nak bangun. Empuk betul katil tu.

Lebih baik aku bersihkan diri terlebih dahulu. Kalau Noah masuk ke bilik nanti, bimbang kena sound ke apa.

Selesai mandi, aku keluar dari bilik dan turun ke bawah.

Baru nak melangkah menuju dapur, aku dengar tawa perempuan dan lelaki. Terus sahaja aku lihat.

Terperanjat bila nampak Noah bersama seorang perempuan. Noah hanya memakai seluar pendek dan perempuan itu memakai satin robe berwarna merah.

Malam tadi Noah tidur dengan perempuan tu ke? Hati aku tertanya-tanya.

Mereka berdua memandang aku.

"Oh morning Sophea." Sapa Noah ceria.

Aku diam tak membalas. Tetap memandang tepat wajah Noah seakan mahukan penjelasan.

"Diana, this is my wife, Sophea." Noah perkenalkan perempuan itu kepadaku.

"Oh. Hai."

Dia mendekatiku dan hulurkan tangan aku langsung tak sambut.

"Siapa dia ni Noah?"

"Dia perempuan simpanan i."

"What?"

"I memang nak seorang isteri tapi dalam masa yang sama i juga perlukan perempuan simpanan. Kalau you buat i sedih atau apa-apa yang menyakitkan hati, i panggil dia datang. You tak kisah kan?"

Jatuh bahu aku mendengar kata-kata Noah. Kenapa dia tak pernah cakap semua ni awal-awal pada aku sebelum kami berkahwin?

Baru semalam kami kahwin, Noah dah tunjuk perangai sebenar. Patutlah aku rasa berat hati nak kahwin dengan dia. Dia memang vampire jenis playboy.

"Ikut awaklah Noah."

Aku tinggalkan mereka dan kembali ke bilik semula. Tiba-tiba Noah masuk.

"I tahu you sedih Sophea tapi i tak boleh nak tinggalkan perangai i yang satu itu walaupun i dah kahwin dengan you. Sebelum you lahir lagi i hidup. Maafkan i kalau i tak boleh setia dengan you seorang."

Aku tak tahu nak jawab apa pada Noah. Yang aku tahu hati aku terasa remuk dan hancur.

Seriusly aku ingat Noah cinta sejati aku rupanya aku silap.

"Nak tanya satu soalan boleh?"

"Apa dia?"

"Kalau saya curang awak marah?"

"Marah."

"Oo tahu pula marah. Macam tu juga saya."

"I tahu you takkan sanggup lakukan semua tu, that's why i kahwin dengan you."

"Awak penipu! Awak tak cintakan saya!"
Suaraku naik seoktaf.

"Maafkan i Sophea. I akui i belum cintakan you lagi but i tak nak you jatuh ke tangan lelaki lain."

Terasa ada cecair mengalir. Aku kesat. Bukan air mata tapi darah.

Sedihnya hidup aku! Aku rasa nak bunuh je Noah sekarang ni!

?????

Sudah beberapa hari aku tidak bercakap dengan Noah. Aku memilih untuk diam. Noah juga sama. Dia langsung tak lakukan sesuatu untuk pulihkan hubungan kami.

Orang tua tu memang jenis tak ada perasaan agaknya. Macam mana aku boleh kahwin dengan dia. Dahla aku dijadikan vampire tanpa kerelaan aku.

Aku rindu nak jadi manusia semula.

Hari ni tiba-tiba mummy ajak kami makan di rumah. Maklumlah pengantin baru. Nak cakap ke tak pada Noah. Cakap jelah.

Aku turun ke tingkat bawah dan terus menuju ke bahagian ruang tamu. Noah ada di situ. Bersepah meja kopi dengan helaian kertas.

Tanpa dipelawa aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Noah, urm..mummy ajak kita dinner dekat rumah malam ni."

Dia pandang aku sekejap sebelum meneruskan kerja.

"Kalau awak sibuk, saya cakap dekat mummy yang kita tak dapat pergi."

"Kita pergi." ujarnya tanpa memandang aku.

"Okay."

Aku terus bangun. Takut dia halau pula aku.

??????

Dalam kereta aku hanya senyap tak berkata apa-apa. Hanya lagu menemani kami.

Sejujurnya aku tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih ketika aku berdua-duaan di dalam kereta bersama Noah. Lagu yang terpasang di radio lagu-lagu instrumental yang slow dan sedih.

Kami tetap dalam keadaan begitu sehinggalah sampai di rumah keluargaku. Aku keluar dari kereta dan menuju ke arah pintu tanpa menunggu Noah terlebih dahulu.

Baru nak tekan loceng, pintu dibuka. Daddy dan mummy sudah menunggu kehadiran kami. Aku berpelukan dengan mereka sebelum Noah membuat perkara yang sama.

Abang pula datang dan menyambut kami. Ceria sahaja wajahnya. Aku rasa dia dah ada girlfriend. Tercabar melihat adiknya kahwin terlebih dahulu.

Di meja makan aku hanya diam. Noah yang banyak bercakap. Cakap yang baik-baik sahaja. Lepas tu siap bahan aku lagi. Sesekali dia menggenggam tanganku. Aku hanya biarkan. Nak tengok sejauh mana permainan Noah.

hipokrit betul dia.

Aku cerita pasal kes dia bawa perempuan baru dia tahu. Tapi bila fikir, kalau aku cerita daddy dan mummy akan backup Noah punya. Percayalah cakap aku.

"Sophea."

"Hah!" Aku tersentak apabila namaku dipanggil.

"Kenapa diam je dari tadi. Okay tak ni? Ke tak sihat?"

"Okay je."

"Tak luak pun makanan. Penat-penat mummy masak makanan kegemaran kamu."

Dengan pantas aku makan sampai habis. Terkejut mereka semua. Waktu nak minum air, aku pandang cecair pekat di dalam gelas. Tahu sangat tu darah.

"Minumlah. Fresh blood" ujar daddy.

Aku telan air liur. Ikutkan hati, aku mahukan darah itu tapi aku cuba tahan. Cuba untuk bertindak seperti manusia normal walaupun aku bukan.

"Minum air kosong jelah."

Semua orang ketawa.

"Kenapa nak tahan keinginan diri. You are vampire now."

Terus aku bangun dari kerusi dan blah macam tu je.

Marah..geram semua ada sekarang ni.

Mereka tak tahu ke yang aku tak rela jadi seperti mereka! Aku nak jadi manusia biasa!

Aku duduk termenung di katil. Rindunya kehidupan aku sebagai manusia.

"You tak patut buat macam tu Sophea."

Suara Noah kedengaran. Aku angkat kepala dan pandang. Dia sedang bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh memandang aku.

"Macam nak menyalahkan takdir pula." Sambung Noah lagi.

"ok. Maaf."

"Kita kena balik sekarang. I masih ada kerja nak settle."

"Awak baliklah seorang Noah. Saya nak duduk sini."

"Tak boleh. You kena ikut i balik."

"Saya nak minta izin duduk sini untuk beberapa hari. Saya nak keluar dengan Suzy dan Melissa. Mereka tak dijemput pun waktu majlis kita."

"No."

"Kenapa pula!"

Aku mula naik angin.

"You masih baru Sophea. I takut you tak boleh kawal diri you. Kalau you sayangkan mereka berhenti kawan dengan mereka."

"Sebab apa? Sebab saya bukan manusia dan mereka manusia. Macam tu ke?"

"Ye."

"Lepas tu apa yang patut saya buat? Tinggal bersama lelaki yang tak mencintai saya dekat rumah tu dan tak dibenarkan bergaul dengan sesiapa. Macam tu ke?"

"You masih boleh bekerja Sophea. I tak halang you."

Aku tersenyum sinis.

"Bekerja? Dengan awak?"

"Yes."

"Okay."

Dia bagi aku kerja? Bagus! Aku tahulah apa nak buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience